Isnin, 10 Februari 2014

Cerai

Bacalah dgn hati
TIPS MUNAKAHAT – PERANAN LELAKI DALAM MENGELAKKAN PENCERAIAN

Sejak akhir-akhir ini kami terima banyak kes rumahtangga yang serius dan telah pun melibatkan penceraian. Sepertimana biasa ramai yang akan menuding pihak isteri kerana menjadi penyebab kepada ketidakpuasan hati suami dan retaknya rumahtangga. Hari ini ingin kami kongsikan kepada para pembaca supaya sama-sama dapat ambil iktibar dan sama-sama mencari jalan penyelesaiannya.

Statistik menunjukkan lebih 30 peratus kadar penceraian telah berlaku. Ini bermakna, setiap 10 pasangan yang mendirikan rumahtangga, lebih dari 3 pasangan akan ke mahkamah syariah semula untuk tujuan bercerai. Ada yang bercerai sejurus selepas bernikah, ada yang seminggu dua, sebulan dua, atau setahun dua selepas itu. Bahkan ada yang masih tergamak bercerai selepas mempunyai 10 orang anak. Situasi ini sesungguhnya amat membimbangkan.

Kami ada kes dilapur oleh seorang anak yang bijak. Sejak kecil mendapat A untuk semua mata pelajaran namun lari dari rumah untuk belajar di Maktab Tentera dengan biaya sendiri, namun hanya sekerat jalan dan akhirnya berhenti sekolah. Si Bapa adalah seorang gurubesar, ibu juga seorang guru. Namun sukar sekali untuk melihat satu hari di mana ibubapa mereka tidak bergaduh. Si bapa tidak puashati dengan ibu, si ibu pula jenis sentiasa meninggi suara dengan suaminya, keras kepala dan tidak boleh dinasihati.

Akibatnya si bapa sentiasa keluar rumah, menghabiskan masa main majong bersama rakan-rakan, anak-anak menjadi tempat ibu melepas geram dan merasa tertekan. Lebih malang, anak-anak perempuan pasangan ini sudah mengikuti tabiat ibunya. Akibatnya, yang sulung awal-awal lagi sudah bercerai dan menjanda hingga sekarang. Yang kedua kebetulan mempunyai suami yang lembut dan boleh didominasi olehnya. Si ayah sudah meninggal dan semua anak tidak mengindahkan ibunya yang sudah tua. Pengadu sendiri pernah bercerai dengan isteri pertama dan kini bersama isteri kedua.

PUNCA UTAMA PENCERAIAN

Sepertimana biasa, pencerian di peringkat awal biasanya disebabkan samada isteri atau suami merasa tertipu. Semua tembelang yang tersimpan semasa perkenalan dahulu hanya terzahir selepas bernikah.

Ada suami yang segera menceraikan isteri apabila mengetahui isterinya telah ditebuk tupai, pemalas, pengotor dan sebagainya. Asbab ini boleh menyababkan penceraian berlaku pada kadar sangat segera. Pihak isteri pula mula mengetahui bahawa suami kaki betina, ramai teman wanita, pemalas, tiada kerja dan pendapatan tetap, tidak bertanggungjawab, rosak akhlak, kaki dadah dan sebagainya. Cuma penceraian dari asbab ini akan sedikit memakan masa, kerana kuasa mencerai berada di tangan suami.

Dari kes-kes vateran yang kami kendalikan, didapati rata-rata sebabnya adalah kerana suami tidak puashati dengan layanan dibilik tidur oleh isteri, juga disebabkan isteri pengotor, rumah berselerak, malas memasak, boros, tidak pandai menjaga anak dan tidak kurang yang disebabkan isteri berselengkoh dengan jantan lain.

Penceraian akan segera terjadi apabila si isteri pula sama sahaja tahap ketidakpuasan hati mereka terhadap suami. Suami dilapurkan ganas, selalu memukul isteri, terlalu cemburu, tidak berkerjasama, tidak pandai melayan serta mendidik isteri dan sebagainya. Hubungan mesra dan tanya menanya tidak berlaku. Mereka duduk serumah tapi tiada silah (perhubungan) yang sangat perlu untuk memupuk kasih sayang sesama mereka.

Dari kes-kes lain juga disebabkan suami tidak tidak bekerja dan pemboros, sakit dan tidak upaya, campurtangan pihak keluarga atau pihak ketiga dalam keluarga yang tinggal serumah, seperti berselengkoh dengan ipar duai dan sebagainya.

KAEDAH MENDAMAIKAN YANG ADIL

Untuk Warga Prihatin, kami akan meneliti setiap kes yang dirujuk melalui kaedah syuro. Niat utama ialah mengelakkan penceraian. Pasangan yang berkrisis akan kami wawancara secara berasingan oleh beberapa wakil dari kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa yang berpengalaman dan tiada kepentingan. Semuanya kami tangani secara NAHNIAH bukan ANANIAH. Kami tidak akan membiarkan mana-mana pihak menipu atau memutarbelitkan fakta. Kaedah yang kami gunakan akan amat mudah untuk mengesan kefasikannya.

Kemudian hasil soal-siasat itu akan kami bincangkan dalam syuro harian kami. Di situ sama-sama kami fikirkan, sama-sama memperhalusi semua punca krisis tersebut dan berjemaah mencari kaedah penyelesaiannya. Biasanya kami akan gunakan kekuatan dan keikhlasan jemaah, tanpa prejudis dalam mengadili kedua-dua belah pihak.

Rujukan dari alquran dan sunnah akan kami gunakan dengan tegas tanpa kompromi dalam menyelesaikan semua masalah yang berlaku. Minggu lepas sahaja kami telah berjaya menyelamatkan dua pasangan yang secara spiritnya telah bercerai, bahkan telah dilafaz oleh pihak suami berulang kali dalam keadaan beremosi. Anak-anak mereka menjadi murung dan amat tertekan sekian lama. Hari ini mereka dapat hidup mesra dan berbaik semula. Alhamdulillah, anak mereka juga telah turut kembali ceria.

PEDOMAN RUMAHTANGGA YANG DILUPAKAN

Dalam surah AnNisa’ ayat 34, alquran ada melakarkan pedoman berumahtangga dengan jelas. Suami seharusnya mampu bertegas MEMIMPIN dan MENDIDIK isteri. Suami juga bertanggungjawab memenuhi NAFKAH buat isteri. Selain nafkah batin yang melibatkan hubungan intim, pendidikan agama dan khidmat nasihat juga adalah sebahagian dari bentuk NAFKAH BATIN bagi seorang suami terhadap isterinya.

Apabila berlaku masalah isteri yang NUSYUS, langkah pertama yang Allah nasihatkan dalam ayat itu ialah dengan memberikan NASIHAT kepada isteri. Apabila nasihat tidak berkesan, maka tindakan seterusnya adalah MEMISAHKAN TEMPAT TIDUR. Jika itupun tidak berkesan barulah dibenarkan MEMUKUL ISTERI.

Namun kajian kami menunjukkan terdapat banyak kelemahan yang jelas terhadap para suami. Kami ada pandangan tersendiri dalam isu MEMUKUL ISTERI ini, bahkan ia bukan pukulan fizikal sepertimana yang kita amalkan. Ramai suami yang menggunakan ayat ini sebagai sandaran untuk memukul isteri sewenang-wenang. Sebenarnya, ini adalah langkah terakhir yang Allah sarankan, namun ramai yang menggunakan ini sebagai langkah pertama, melupakan urusan NASIHAT, dan pisah tempat tidur (BOIKOT).

SUAMI PERLU BERILMU DAN MENGALIRKANNYA:

Lelaki sepatutnya rakus menuntut ilmu agar dapat mengendali rumahtangga dengan ilmu, namun hakikatnya kini wanita yang lebih rakuskan ilmu. Dalam kes isteri nusyuz, sering para suami terus bertindak dengan beremosi. Sebenarnya, segala yang berlaku ada puncanya yang tidak diperhatikan dengan baik sejak mula. Lama kelamaan ia menjadi kebiasaan dan menunggu letupan ibarat bom jangka. Proses tanya menanya, nasihat menasihati dengan istiqomah tidak berlaku.

HABLUMINALLAH, WAHABLU MINANNAS – jagalah “PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN PERHUBUNGAN DENGAN MANUSIA”. Hubungan dengan Allah adalah dengan membaca dan memahami mesej ayat-ayat Allah dari surat-suratNya. Ia juga berlaku melalui kaedah solat yang kita laksanakan 5x sehari, di mana kita mengambil pelajaran dari ayat-ayat yang dibaca dalam solat.

Hubungan dengan manusia ialah melaksanakan pelajaran yang dibaca dalam solat untuk digunakan bagi mengatur hidup sesama manusia. Rasulullah SAW telah katakan “ASSOLATUDDU’A - SOLAT adalah DO’A / SERUAN”. Selaku imam dan ketua keluarga, lanjutan dari solat harus dikembangkan melalui proses MENYERU kepada ahli keluarga. Itulah hakikat amal yang harus dilaksanakan dengan jelas dan istiqomah. Segala perbuatan keji dan mungkar kita basmi dan sucikan menggunapakai semua prinsip dari pelajaran yang kita cerap dari solat harian kita.

Malangnya ramai pasangan yang solat 5x sehari, namun tidak mentarbiahkan disiplin dalam solat untuk diterapkan dalam kehidupan ahli keluarganya. Proses silatulrahim, tanya menanya yang menjadi sarana aliran ilmu dan kefahaman tidak berlaku di antara mereka. Kerana itu, solat mereka tidak mampu mencegah segala perbuatan keji dan mungkar dalam rumahtangga mereka.

Nabi SAW katakan “syurga itu adalah taman-taman ilmu”. Allah pula katakan yang “aliran sungai (ilmu) adalah sarana syurga”. Maka kegagalan aliran ini melalui syuro keluarga menyebabkan pembentukan rumahku syurgaku tidak berlaku. Ahli keluarga kekal hidup dalam KEJAHILAN dan mengharungi hidup dengan tabiat JAHILIAH. Mereka sentiasa dalam keadaan tegang, bercanggah pendapat dan berselisih faham kerana tidak diberikan kefahaman YANG SAMA, menggunakan FAHAMAN ALLAH YANG SATU.

Tiada rumahtangga yang tidak dilanda badai dan selisih faham. Itu semua kita tahu. Namun ramai pasangan yang mengambil jalan singkat dan ditunggangi emosi dalam menangani masalah yang melanda. “BASTOTAN FIL ‘ILMI WALJISMI - Dengan ilmu yang luas, badan jadi perkasa”. Jika kefahaman yang mantap berjaya disampaikan, maka tindakan masing-masing akan teratur. Jika adapun masalah, rujukan yang difahami tadi akan membuatkan masing-masing kuat dan tabah menanggungnya.

Lelaki seharusnya ada 9 akal dan 1 nafsu, wanita pula adalah sebaliknya. Namun dalam menangani masalah rumahtangga ini, kajian kami mendapati banyak kes yang menunjukkan sebaliknya. Inilah punca gejala yang sebenarnya. Hari ini ramai sekali para isteri yang suka meminta cerai. Suami pula suka melafazkan cerai, menghalau isteri tanpa hak secara beremosi dengan sewenang-wenang. Ada kes di mana isteri dipaksa keluar rumah jam 5 pagi. Ini menyalahi keadilan hukum Islam dan kami nampakkan kesilapan itu dengan rujukan wahyu.

Lelaki sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap anak isteri, dari segi nafkah, pendidikan dan sebagainya. Namun kami dapati ramai wanita yang terpaksa bertungkus lumus mencari nafkah, memikirkan kebajikan diri dan anak-anak. Ramai sekali para suami yang lepas tangan, anak nak sekolah, nak masuk universiti, anak masuk hospital, lockup dan penjara, anak kena rogol, anak mengandung atau lari rumah semuanya diserah kepada isteri belaka.

KESILAPAN SUAMI MENGIKUT SUNNAH TANPA BASMALLAH

Sunnah Rasulullah SAW adalah berpedomankan wahyu dan Basmallah. Malangnya ramai juga (walaupun tidak semua) suami yang menggunakan sunnah nabi secara jahiliyah. Mereka ikut yang mana mereka suka sahaja. Nabi berpoligami mereka ikut. Mereka lupa bahawa Nabi lakukannya dengan ilmu sedangkan mereka melakukannya dengan kejahilan. Nabi berakhlak, adil, namun mereka sering tidak adil dan menganiaya.

Ramai suami yang menjaja sunnah nabi, yang menggunakan harta isteri baginda Sayidatina Khadijah r.a. untuk membolehkan mereka lakukan perkara yang sama. Mereka lupa yang isteri nabi tidak serah harta pada nabi untuk kegunaan peribadi, tetapi menyerahkan untuk urusan dakwah baginda. Nabi tidak gunakan harta isteri untuk memenuhi hobi dan maksiat seperti mereka.

Budaya sesetengah pengamal poligami zaman ini pula terbalik. Kita gunakan harta isteri untuk bayar rumah, untuk beli motor besar, buat loan beli kereta dan enjoy sana sini. Kita mengumpul isteri untuk ditugaskan mengurus cawangan perniagaan ataupun mengumpul gaji-gaji mereka. Semua itu agar kita dapat enjoy, bersenang lenang dengan harta isteri. Kami ada terlalu banyak kes sebegini.

Tinjauan kami mendapati ramai sekali isteri yang bekerja atau berharta sangat inginkan suami mereka mendekatkan diri pada agama. Mereka redha jika terpaksa menanggung suami yang berjihad di jalan Allah. Contohnya ada suami yang menguruskan rumah anak yatim, tahfiz, jadi imam masjid sepenuh masa dan sebagainya. Inilah sunnah yang sebenarnya. Para isteri hanya kesal jika suami menghabiskan wang mereka untuk tujuan hobi dan maksiat.

PISAH TEMPAT TIDUR YANG TIDAK BERKESAN

Fitrah wanita memang banyak bercakap. Bicara mereka lebih beremosi jika dilayan. Kerana itu Allah sarankan suami untuk menasihati mereka secara istiqomah hanya tatkala mereka dalam keadaan tenang dan redha. Jika mereka masih Nusyuz, Allah sarankan kita boikot mereka dengan memisahkan tempat tidur. Tetapi ramai yang mengadu usaha itu tidak berkesan. Mengapa jadi begitu?

Hasil soal selidik kami mendapati pasangan sebegini rupanya telah terlalu lama mengabaikan urusan bilik tidur mereka. Duduk sebumbung namun sering tidur berasingan. Ada yang sudah lupa bila kali terakhir mereka jimak isteri mereka. Sedar tak sedar ada yang mengaku sudah 6 bulan, malah 8 bulan tidak ‘bersama’ dengan isteri. Biar apa pun alasannya, ini adalah suatu yang sangat tidak fitrah dalam hubungan suami isteri. Bukan begini yang Islam sarankan.

Fitrah wanita memang suka dibelai. Jika lelaki sering bersifat lembut dan manja SEBELUM ‘bersama isteri’, namun wanita akan lembut SELEPAS ‘bersama suami’. Ramai suami yang sengsara menyiksa diri ‘menghukum’ isteri dengan mengabaikan urusan jimak. Sebenarnya tindakan itu membodoh dan menyisa diri sendiri kerana nafsu wanita akan menjadi semakin keras jika tidak dibelai. Cukuplah pusingan HAID bulanan atau NIFAS yang Allah sudah tetapkan untuk berehat mengumpul tenaga keintiman jika perlu. Janganlah kita tambah dengan apa yang kita reka sendiri. Harap anda faham maksud kami.

Jika kita berupaya, nabi sarankan agar kita jimak isteri sekitar 2-3 kali seminggu. Jika kurang mampu sekurang-kurangnya 1 kali. Itulah yang kita faham akan tugas suami di malam jumaat kononnya. Sebenarnya, jika kita laksanakan sunnah nabi dan hidayah Allah yang lurus dalam ayat tadi secara istiqomah (itulah isi fatihah ayat 6), maka nasihat dan ilmu yang mengalir tanpa putus itu sahaja sudah cukup untuk membentuk isteri mengikut acuan Allah yang mampu membahagiakan kita.

Jika ada yang terlanggar oleh isteri ke arah NUSYUZ, tindakan boikot atau pisah tempat tidur akan menjadi sangat berkesan dan meresahkan sang isteri. Tidak perlu kita bertengkar riuh rendah sehingga membuatkan anak-anak kita lari. Sepatah dua tambahan teguran selepas itu adalah satu PUKULAN yang berat bagi isteri. InsyaAllah ia bakal mampu memulihkan keadaan. Jauh sekali sampai peringkat memukul, berkungfu dan bertinju, menghempas dan membaling itu dan ini secara fizikal.

KESIMPULAN

Fahami emosi wanita dan keterkaitannya dengan pusingan haid bulanan mereka. Baiki pendekatan keintiman anda dengan isteri, kerapkan tanya menaya. Jemput isteri untuk menjadi mesra dengan salam dan senyum. Didik dan fahamkan isteri untuk memenuhi kesukaan anda, asalkan tidak melampaui batas syarak, biar dia tahu bagaimana menggamit selera dan kasih sayang anda. Membiarkan isteri lama tidak ‘disentuh’ akan membuatkan hati mereka semakin keras membatu.

Bagi pasangan vateran, bukanlah semata-mata urusan jimak yang menjadi ukuran. Interaksi kalam (silatulrahim) dan sentuhan tubuh, belaian dan dakapan tangan anda lebih bermakna kerana isteri dan suami kedua-duanya mungkin sudah semakin tidak berselera jasadnya, namun bukankah dalam syurga kita sebaya? Kekalkanlah intensiti berkasih sayang sepertimana umur di syurga, sepertimana orang muda juga.

Jika setiap hari anda saling bertanya dan bermesra, saling berkongsi ilmu dan maklumat, pasti akan kurang selisih faham. Jika setiap malam anda dakap dan peluk pasangan anda, anda kucup, gigit dan cubit dengan mesra, maka dengan sedikit boikot saja bakal membuatkan masing-masing rindu dan berusaha untuk memulihkan semula kemesraan sebelumnya.

Gunakan kaedah pisah tempat tidur atau boikot. Jangan layan bertengkar dengan isteri kerana mereka memang banyak cakap dan sukar mengawal emosi. Nanti anda juga yang semakin sakit hati. Sedikit teguran tambahan selepas boikot itu akan menjadi satu pukulan yang berat bagi isteri anda. Tidak perlu anda bersilat berkongfu dengan isteri kerana wanita bukan lawan lelaki.

Kudap munakahat
WARGA PRIHATIN.

Mahsyar

Assalamualaikum semua. Just nak share satu sharing dari seorang teman. Kuliah maghrib di masjid attaqwa,bertam indah.tajuk kuliah, "Mizan dan Sirat" oleh ustaz wadi annuar.

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar.para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan.tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile makaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54.ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu.Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama.lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab.jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi,bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2.lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je,dek padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula,kitab3 amalan kite akan turun dari arash.mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu.kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite,masih tak menjamin kite ke syurga.kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab.sebelum Allah mule hisab,Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia.tak de satu pun tertinggal.lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 2)tak ingat 3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita.seolah-olah sikit lagi kite ke syurga,tetapi final check Allah buat.Allah tanye kepada semua orang,siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.antara yang mula3 bangun adalah anak isteri keluarga,jiran2,kawan2,etc.jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan,pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang.jika pahala dah habis,dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tp affect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita..

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.

Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.

Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin..

Hati

"Perempuan yang pernah berzina & Mahar Perkahwinan" :

Siapakah kita untuk menentukan hala tuju syurga neraka seseorang? Siapakah kita untuk menghukum takdir hidup seseorang? Siapakah kita untuk menghukum perempuan-perempuan yang pernah hanyut sebagai 'sampah' DALAM SEBUAH INSTITUSI PERKAHWINAN??

Amat malang sekali bila kaum perempuan yang pernah hanyut, yang pernah terlanjur dengan dosa-dosanya DIHUKUM TERUS MENERUS sehingga DINAFIKAN HAKnya sebagai manusia dan makhluk Tuhan. Sehinggakan mereka ini DIPERSENDAKAN dalam institusi perkahwinan itu sendiri.

BOLEH JADI perempuan-perempuan yang pernah berzina atau 'ringan-ringan' dengan bekas teman lelaki mereka itu LEBIH MULIA di sisi ALLAH disebabkan oleh TAUBAT dan KEINSAFAN MEREKA, bahkan LEBIH MULIA lagi dari seorang perempuan yang berilmu agama dan hafizah Al-Quran yang TERPESONG AQIDAHNYA KERANA mempercayai perkara-perkara Syirik, khurafat dan tahyul, YANG SUKA MENGHUKUM ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN MAKSIAT, yang amat buruk muamalahnya sesama makhluk Allah.

Allah memberikan rahmatNya kepada semua hambaNya yang ikhlas dan yang memiliki jiwa besar. BOLEH JADI perempuan-perempuan yang pernah berzina kerana keadaan yang memaksanya berbuat demikian, atau kehidupan yang mendesaknya, atau keadaan suasana yang mengheretnya begitu. Allah LEBIH MENGETAHUI tentang dirinya daripada kita, Allah LEBIH TAHU TENTANG mengenai kebaikan dan ketulusan yang ada pada jiwanya.

Suka untuk aku sebutkan sekali lagi hadith tentang kisah seorang perempuan pelacur dengan seekor anjing. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu..." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rahmat Allah itu cukup luas buat hamba-hambaNya yang berhati tulus. Allah Maha Mengetahui Zahir dan Batin hambaNya. Seorang perempuan penzina yang bersifat ikhlas dan mempunyai jiwa yang luhur murni dijanjikan keampunan oleh Allah hatta dengan secebis kebaikan yang dilakukannya.

Perempuan pelacur atau penzina dianggap "MURAH" dan "HINA" dalam mana-mana peradaban masyarakat manusia, termasuk masyarakat Melayu. begitu juga anjing. Anjing dianggap sebagai haiwan "NAJIS MUGHALLAZAH" oleh sebahagian besar masyarakat Melayu. Jika difikir secara logik akal, apalah sangat seorang pelacur yang murah memberi minum seekor anjing yang bersifat najis?? TIDAK...!!! itu hanya pada pandangan zahir manusia..!! Namun Allah lebih MENGETAHUI tentang urusan dalaman hati hamba-hambaNya.

Ilmu agama dan kepandaian dalam menghafaz Al-Quran bukannya boleh dibeli dengan nilai harga wang ringgit. Ilmu agama itu warisan daripada Nabi untuk umat manusia. Al-Quran itu kalam Allah. Alangkah DANGKALNYA DAN BODOHNYA APABILA PEREMPUAN-PEREMPUAN HAFIZAH membida ilmunya, membida kepandaiannya menghafaz Al-Quran, bahkan kalau dilihat mereka ini LEBIH TERUK DAN LEBIH JAHAT daripada perempuan-perempuan yang pernah berzina kerana telah memayahkan urusan perkahwinan itu sendiri dan juga seolah-olah telah MENJUAL AGAMA SENDIRI demi KEPENTINGAN PERIBADI....!!!

"Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan Maharnya..." (Riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi dengan sanad Sahih)

Boleh jadi perempuan yang pernah berzina yang diberi mahar perkahwinan hanya dengan senaskhah Al-Quran itu lebih memanfaatkan mahar yang diberikan kepadanya dengan mempelajari Al-Quran, mendalami serta menghayati isi ajaran yang terkandung di dalamNya. Berbanding perempuan Hafizah yang membida ilmu agama dan kepandaiannya menghafaz Al-Quran, namun GAGAL menghayati isi kandungan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Tidak sedikit yang begitu.

Aku tidak nafikan bahawa jarang lelaki mahu menikahi perempuan yang pernah berzina atau yang pernah melakukan 'ringan-ringan' dengan bekas kekasih mereka. Itu hak korang. Korang berhak untuk menentukan hala tuju hidup korang. TETAPI membanding-bandingkan maruah seorang perempuan dengan tahap mahar perkahwinannya adalah ZALIM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN...!!!

Aku mempunyai ramai kawan yang pernah berzina, dan ada yang pernah mengandung sebelum berkahwin. Untuk menutup malu, ibu bapa mereka mengahwinkan mereka dengan pemuda-pemuda tertentu dengan kadar mas kahwin yang cukup rendah. Selepas berkahwin, mereka ini ramai yang hidup bahagia bersama suami dan anak masing-masing, bahkan ada yang berjaya membuka butik menjahit pakaian, dan ada juga yang mengenakan purdah (niqab). Mereka inilah yang banyak membantu aku, menolong aku ketika aku dalam kesusahan, mereka ini juga sering menelefonku untuk bertanyakan tentang hukum-hakam agama dan nasihat.

Manusia boleh berubah jika kantung hatinya ada sifat luhur dan mempunyai jiwa yang suci. Kita bukan Tuhan untuk menghukum mereka. BIARKANLAH DOSA-DOSA SILAM MEREKA ITU PERGI. Kadang-kadang solat dua rakaat si penzina yang telah bertaubat itu LEBIH DITERIMA DISISI ALLAH jika dilakukan dengan penuh khusyuk, ikhlas dan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, BERBANDING SOLAT seorang HAFIZ/HAFIZAH/USTAZ/USTAZAH sebanyak berpuluh-puluh rakaat tetapi dilakukan dengan tidak khusyuk.

Kesalahan mereka adalah kesalahan yang berkaitan dengan akhlak dan moral. Bahkan ada sahabat Rasulullah yang pernah melakukan kesalahan aqidah tetapi apabila dia kembali ke jalan Islam, dialah yang bangkit memperjuangkan Islam hingga menjadi gemilang ke saat ini.

"ITULAH UMAR IBNU AL-KHATTAB...!!!!!"

Tidak mustahil perempuan-perempuan yang pernah berzina dan telah bertaubat ini suatu hari nanti akan menjadi salah satu golongan yang disebut oleh Allah dalam firmanNya :

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya..." (Surah Ali Imran : Ayat 104)

Dan boleh jadi mereka ini bangun pada malam hari untuk bermunajat kepada Tuhannya Yang Esa di kala Hafizah-hafizah lain sedang nyeyak dibuai mimpi indah.

Tuhan memandang bagaimana "HATI" kita, bukannya bagaimana "KITA"

Ahad, 9 Februari 2014

Kuda Liar

TUGAS wartawan seumpama posmen, demikian saya dan rakan-rakan selalu diingatkan seorang pensyarah kewartawanan puluhan tahun lalu. Hantar saja surat (laporan) kepada penerima (pembaca), jangan sesekali 'memasukkan fikiran atau pendapat' sendiri dalam sesuatu laporan itu. 


Lapor seperti apa yang kamu nampak, katanya, jangan pandai-pandai membuat tambahan. Namun hal ini menjadi amalan dalam penulisan berita, tidak dalam penulisan bentuk lain seperti komentar, ulasan dan ruangan pojok.


Apabila semakin matang dalam dunia penulisan, sebahagian wartawan kanan sudah ada kolum masing-masing. Mereka berkomentar dalam ruangan pojok dan dalam banyak kesempatan, selalunya mereka menyuarakan pendapat sendiri terhadap isu semasa tertentu termasuklah keadaan sosial masyarakat. Ada yang menyentuh jati diri generasi baru yang semakin terhakis sifat mulia seperti terlalu mementingkan diri sendiri, tidak sabar, tamak haloba dan sebagainya.

Benar, tugas penulis adalah 'menyuluh' hal ehwal masyarakat, kemudian membentangkannya untuk tatapan dan renungan kumpulan sasaran (seperti pembaca). Namun teramat jarang, penulis 'membedah siasat' dirinya sendiri; sebagai contoh apabila dia menulis menyatakan sifat sabar semakin terhakis di kalangan orang awam, sebenarnya diri kita sendirilah yang tak sabar. Jika kita menuding jari menyatakan seseorang itu salah, tiga jari kita akan menuding ke arah kita, menunjukkan kitalah yang bersalah.

Ibrahim Adham, seorang tokoh sufi termasyhur dalam menyatakan 10 sebab mengapa doa kita ditolak, antara lain berkata: "Kamu sibuk menceritakan/melihat akan keburukan orang, tetapi kamu tidak melihat pun keburukan diri kamu." Jadi, apabila kita katakan orang tidak sabar, hakikatnya kitalah yang tidak sabar. Memang betul, apabila seseorang rakan kita ditimpa sesuatu musibah, kita ucapkan kepadanya, "bersabarlah." Namun, apabila berada di kedudukan kawan kita itu, adakah kita 'dapat bersabar' seperti yang kita pinta rakan kita lakukan?

Seorang cendekiawan berkata setiap orang dibekalkan nafsu. Nafsu diibaratkannya bagai kuda liar. 'Kuda liar' ini ada dalam diri kita. 'Kuda liar' ini mendesak diri kita mencontohi tokoh pengikut hawa nafsu seperti Firaun, Hamman, Qarun dan Abu Jahal. Semua tokoh ini pakar dalam bidang masing-masing, misalnya Firaun dari segi kekuasaan manakala Qarun dari segi kekayaan.

Semua orang mahu berkuasa dan kaya, ternama, disanjung dan sebagainya. Jadi sifat Firaun, Hamman, Qarun dan Abu Jahal ada dalam semua orang. Semua orang berpotensi jadi Firaun dan 'teman-teman seangkatannya'. Nafsu mendorong ke arah itu. Itulah sebabnya kita sebagai orang berakal dan beramal (beragama) diperlukan untuk menundukkan (menjinakkan) 'kuda liar' bernama nafsu itu.

Apabila kuda liar dapat dijinakkan, maka dapatlah kita menunggangnya. Menggunakannya ke arah kebaikan. Namun tidak mudah kita menjinakkan nafsu sebab wujud makhluk lain sebagai penghasut; itulah iblis dan syaitan dariada kalangan jin dan manusia. Malah, walaupun nafsu sudah dapat dijinakkan, tak mustahil seseorang itu tewas di tangan iblis dan syaitan pula yang tersangat ingin melihat kita berakhir di neraka Allah SWT.
Sekalipun 'Firaun, Hamman, Qarun dan Abu Jahal' ada dalam diri kita, tidak ramai orang menyedarinya. Malah mungkin ramai yang tak tahu pun. Seorang ulama berkata, kita jangan perasaan kita baik dan orang lain tak baik, hakikatnya jika kita berbuat baik itu pun atas pertolongan Allah SWT. 

***************************** Sebenarnya, hati dan diri kita pun kita tak terkawal. Itulah sebabnya antara lain orang beriman selalu berdoa, yang antara lain bermaksud: "Ya, Tuhanku, tolong jangan lepaskan diriku pada diriku sendiri...Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku..." ************************** Berbalik kepada 'kisah Firaun, Hamman, Qarun dan Abu Jahal'; kita janganlah lihat orang itu dan ini sebagai Firaun dan 'teman-temannya'. Renungi-renungilah sedalam-dalamnya dan apabila hidayah mula masuk ke dalam diri, kita akan menginsafi diri penuh ketakutan bahawa sebenarnya 'akulah Firaun penindas pekerja di pejabat'; 'akulah Abu Jahal yang bikin onar dalam rumah tanggaku'; 'akulah Qarun yang gila mengumpul harta sehingga tak mengerti apa itu siang dan malam' dan 'akulah Hamman yang kuat membodek asalkan kedudukan tetap terjamin'. 

*************************** Jadi tak payahlah kita cakap atau tulis orang itu Firaun, Hamman, Abu Jahal dan Qarun; tetapi mengakulah akulah Firaun, akulah Abu Jahal, akulah Hamman dan akulah Qarun dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk menyingkirkan mereka daripada diri ini sebelum terlambat apabila diri ini dijemput Ilahi!

Bintang tiga

Dahulu, Samsung dianggap sebagai jenama elektronik kelas ke-dua. Produk mereka dianggap kurang berkualiti dan kurang berstatus dibandingkan dengan jenama lain, khususnya jenama berasal dari Jepun.

Namun kerja keras Samsung akhirnya membuahkan hasil. Hingga akhirnya vendor berasal dari Korea Selatan tersebut saat ini menjadi pengeluar elektronik kelas dunia yang disegani. Ingin tahu beberapa fakta menarik mengenai pengeluar smartphone terbesar di dunia ini? Jemput baca.

1. Punya Bisnes Dalam Bidang Pembinaan dan Perkapalan 

Samsung Electronics yang memproduksi smartphone, peti ais, sehingga mesin basuh adalah sebahagian daripada konglomerat bernama Samsung Group. Samsung Group beroperasi di dalam lebih daripada 80 sektor perniagaan.


Di bidang pembinaan, wujud anak syarikat Samsung Engineering and Samsung C&T. Mereka antara lain membangun Burj Khalifa di Dubai, UAE, yang berstatus gedung tertinggi di dunia. Malah salah satu daripada Menara Berkembar Petronas di Malaysia, turut dibina oleh Samsung

Selain itu, Samsung turut mempunyai syarikat Samsung Heavy Industries yang bergerak di dalam industri perkapalan. Ditilik dari sisi pendapatan, divisyen ini adalah pengeluar kapal terbesar kedua di dunia.

Samsung Group juga mempunyai Everland, sebuah taman tema hiburan terkenal dan tertua di Korea Selatan. Mereka juga turut mepunyai syarikat insuran dan syarikat pengeluar kereta yang bekerja sama dengan Renault.

2. Perusahaan yang Dikendalikan Keluarga 

Samsung adalah sebuah chaebol.

Chaebol merupakan istilah bagi perusahaan konglomerat besar yang dikendalikan oleh keluarga secara turun temurun.

Samsung didirikan oleh Lee Byung-chull. Setelah dia meninggal, kepemimpinan di Samsung diteruskan oleh Lee Kun-hee yang merupakan anak ketiga Byung-chull.

Keluarga Lee memang sangat berkuasa di dalam Samsung. Anak Lee Kun-hee yang bernama Lee Jae-yong, saat ini menjadi presiden dan Chief Operating Officer Samsung Electronics.

Lee Kun-hee sendiri mempunyai harta melimpah dan masuk senarai orang terkaya di dunia. Menurut perkiraan oleh majalah Forbes, dia mempunyai kekayaanber nilai USD 10.8 billion (RM 33 billion).

3. Bermula daripada Syarikat Mie 


Pada awalnya, Samsung sama sekali tidak memproduksi barang elektronik. Syarikat ini didirikan oleh Lee Byung-chull pada tahun 1938 sebagai syarikat perdagangan makanan.




Samsung ketika itu antara lain menghasilkan mie dan beribupejabat di wilayah Daegu, Korea Selatan. Perniagaan ini berjaya dan kemudian berpindah ibupejabatnya ke Seoul.

Setelah perang Korea selesai, Samsung mulai melebarkan sayap bisnesnya. Pada tahun 1954, Samsung membangunkan kilang pakaian cotton terbesar di Korea Selatan.

Berjaya di bidang bisnis yang dirintisnya, Samsung akhirnya memutuskan masuk ke bisnes elektronik pada tahun 1960. Produk pertama mereka adalah televisyen berlayar hitam putih.

4. Rahsia Kejayaan Samsung 

Pada tahun 1993, Lee Kun-hee selaku Chairman Samsung mengadakan lawatan keliling dunia. Dia ingin tahu bagaimana tanggapan pasaran antarabangsa terhadap produk buatan Samsung.

Lee berasa tidak gembira. Di California, Amerika Syarikat, dia menyaksikan televisyen Samsung berada di rak bawah dan tersembunyi. Sedangkan televisyen Sony dan Panasonic berada di rak atas yang mudah dilihat pengguna.

Lee berhasrat mengubah Samsung menjadi pengeluar eletronik kelas satu yang disegani. Dia kemudiannya mengumpulkan para eksekutif Samsung di Jerman untuk mentransformasikan syarikat itu dengan pantas.

Pidatonya ketika itu dijuluki sebagai Frankfurt Declaration Of 1993. Lee menegaskan strategi Samsung harus diubah untuk mengejar pesaing.

“Ubahlah semuanya selain isteri dan anak-anak anda,” sebut Lee. Sejak itu, Samsung benar-benar berevolusi menjadi pengeluar elektronik yang disegani.

5. Pengeluar Elektronik Raksasa

Sejak tahun 1990-an, Samsung Electronicskhususnya mencapai puncak kejayaan. Mereka menjadi pengeluar memori cip terbesar di dunia pada tahun 1992 dan pengeluar cip nombor dua setelah Intel.

Dilihat dari unit terjual, Samsung ketika ini adalah pengeluar telefon mudah alih terbesar di dunia menggantikan Nokia. Tahun lalu, Samsung menjual 215.8 juta unit telefon . Lebih banyak dari kombinasi 3 pengeluar telefon mudah alih ranking di bawahnya.

Mereka juga berstatus sebagai pengeluar televisyen dengan tahap penjualan terbanyak sejak tahun 2006.

Kejayaan Samsung di banyak bidang eletronik membuat pengeluar elektronik berasal dari Jepun ketinggalan. Sejak tahun 2005, jenama Samsung sudah lebih popular berbanding Sony menurut kajian Interbrand.

6. Korea Selatan Digelar Republic of Samsung

 

Samsung mepunyai peranan ekonomi yang sangat penting bagi Korea Selatan. Diperkirakan, 17% dari Gross Domestic Product (GDP) Korea Selatan adalah dari Samsung.

Produk dan perkhidmatan buatan Samsung hampir menyentuh semua area kehidupan masyarakat Korea Selatan. Ini tidak lepas dari banyaknya bisnes yang digarap Samsung.




Warga Korea Selatan mungkin memakai smartphone Samsung dan tinggal di apartemen yang dibuat oleh Samsung juga. Dan mengambil perlindungan insurans Samsung Life.

Dan para top management Samsung jugan sangat berkuasa.

“Anda bahkan boleh mengatakan chairman Samsung lebih berkuasa dibandingkan dengan presiden Korea Selatan. Orang Korea berpendapat Samsung tidak dapat disentuh dan berada di atas undang-undang” ucap Woo Suk-hoon, seorang penganalisis ekonomi.