Monday, 10 February 2014

Hati

"Perempuan yang pernah berzina & Mahar Perkahwinan" :

Siapakah kita untuk menentukan hala tuju syurga neraka seseorang? Siapakah kita untuk menghukum takdir hidup seseorang? Siapakah kita untuk menghukum perempuan-perempuan yang pernah hanyut sebagai 'sampah' DALAM SEBUAH INSTITUSI PERKAHWINAN??

Amat malang sekali bila kaum perempuan yang pernah hanyut, yang pernah terlanjur dengan dosa-dosanya DIHUKUM TERUS MENERUS sehingga DINAFIKAN HAKnya sebagai manusia dan makhluk Tuhan. Sehinggakan mereka ini DIPERSENDAKAN dalam institusi perkahwinan itu sendiri.

BOLEH JADI perempuan-perempuan yang pernah berzina atau 'ringan-ringan' dengan bekas teman lelaki mereka itu LEBIH MULIA di sisi ALLAH disebabkan oleh TAUBAT dan KEINSAFAN MEREKA, bahkan LEBIH MULIA lagi dari seorang perempuan yang berilmu agama dan hafizah Al-Quran yang TERPESONG AQIDAHNYA KERANA mempercayai perkara-perkara Syirik, khurafat dan tahyul, YANG SUKA MENGHUKUM ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN MAKSIAT, yang amat buruk muamalahnya sesama makhluk Allah.

Allah memberikan rahmatNya kepada semua hambaNya yang ikhlas dan yang memiliki jiwa besar. BOLEH JADI perempuan-perempuan yang pernah berzina kerana keadaan yang memaksanya berbuat demikian, atau kehidupan yang mendesaknya, atau keadaan suasana yang mengheretnya begitu. Allah LEBIH MENGETAHUI tentang dirinya daripada kita, Allah LEBIH TAHU TENTANG mengenai kebaikan dan ketulusan yang ada pada jiwanya.

Suka untuk aku sebutkan sekali lagi hadith tentang kisah seorang perempuan pelacur dengan seekor anjing. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu..." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rahmat Allah itu cukup luas buat hamba-hambaNya yang berhati tulus. Allah Maha Mengetahui Zahir dan Batin hambaNya. Seorang perempuan penzina yang bersifat ikhlas dan mempunyai jiwa yang luhur murni dijanjikan keampunan oleh Allah hatta dengan secebis kebaikan yang dilakukannya.

Perempuan pelacur atau penzina dianggap "MURAH" dan "HINA" dalam mana-mana peradaban masyarakat manusia, termasuk masyarakat Melayu. begitu juga anjing. Anjing dianggap sebagai haiwan "NAJIS MUGHALLAZAH" oleh sebahagian besar masyarakat Melayu. Jika difikir secara logik akal, apalah sangat seorang pelacur yang murah memberi minum seekor anjing yang bersifat najis?? TIDAK...!!! itu hanya pada pandangan zahir manusia..!! Namun Allah lebih MENGETAHUI tentang urusan dalaman hati hamba-hambaNya.

Ilmu agama dan kepandaian dalam menghafaz Al-Quran bukannya boleh dibeli dengan nilai harga wang ringgit. Ilmu agama itu warisan daripada Nabi untuk umat manusia. Al-Quran itu kalam Allah. Alangkah DANGKALNYA DAN BODOHNYA APABILA PEREMPUAN-PEREMPUAN HAFIZAH membida ilmunya, membida kepandaiannya menghafaz Al-Quran, bahkan kalau dilihat mereka ini LEBIH TERUK DAN LEBIH JAHAT daripada perempuan-perempuan yang pernah berzina kerana telah memayahkan urusan perkahwinan itu sendiri dan juga seolah-olah telah MENJUAL AGAMA SENDIRI demi KEPENTINGAN PERIBADI....!!!

"Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan Maharnya..." (Riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi dengan sanad Sahih)

Boleh jadi perempuan yang pernah berzina yang diberi mahar perkahwinan hanya dengan senaskhah Al-Quran itu lebih memanfaatkan mahar yang diberikan kepadanya dengan mempelajari Al-Quran, mendalami serta menghayati isi ajaran yang terkandung di dalamNya. Berbanding perempuan Hafizah yang membida ilmu agama dan kepandaiannya menghafaz Al-Quran, namun GAGAL menghayati isi kandungan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Tidak sedikit yang begitu.

Aku tidak nafikan bahawa jarang lelaki mahu menikahi perempuan yang pernah berzina atau yang pernah melakukan 'ringan-ringan' dengan bekas kekasih mereka. Itu hak korang. Korang berhak untuk menentukan hala tuju hidup korang. TETAPI membanding-bandingkan maruah seorang perempuan dengan tahap mahar perkahwinannya adalah ZALIM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN...!!!

Aku mempunyai ramai kawan yang pernah berzina, dan ada yang pernah mengandung sebelum berkahwin. Untuk menutup malu, ibu bapa mereka mengahwinkan mereka dengan pemuda-pemuda tertentu dengan kadar mas kahwin yang cukup rendah. Selepas berkahwin, mereka ini ramai yang hidup bahagia bersama suami dan anak masing-masing, bahkan ada yang berjaya membuka butik menjahit pakaian, dan ada juga yang mengenakan purdah (niqab). Mereka inilah yang banyak membantu aku, menolong aku ketika aku dalam kesusahan, mereka ini juga sering menelefonku untuk bertanyakan tentang hukum-hakam agama dan nasihat.

Manusia boleh berubah jika kantung hatinya ada sifat luhur dan mempunyai jiwa yang suci. Kita bukan Tuhan untuk menghukum mereka. BIARKANLAH DOSA-DOSA SILAM MEREKA ITU PERGI. Kadang-kadang solat dua rakaat si penzina yang telah bertaubat itu LEBIH DITERIMA DISISI ALLAH jika dilakukan dengan penuh khusyuk, ikhlas dan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, BERBANDING SOLAT seorang HAFIZ/HAFIZAH/USTAZ/USTAZAH sebanyak berpuluh-puluh rakaat tetapi dilakukan dengan tidak khusyuk.

Kesalahan mereka adalah kesalahan yang berkaitan dengan akhlak dan moral. Bahkan ada sahabat Rasulullah yang pernah melakukan kesalahan aqidah tetapi apabila dia kembali ke jalan Islam, dialah yang bangkit memperjuangkan Islam hingga menjadi gemilang ke saat ini.

"ITULAH UMAR IBNU AL-KHATTAB...!!!!!"

Tidak mustahil perempuan-perempuan yang pernah berzina dan telah bertaubat ini suatu hari nanti akan menjadi salah satu golongan yang disebut oleh Allah dalam firmanNya :

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya..." (Surah Ali Imran : Ayat 104)

Dan boleh jadi mereka ini bangun pada malam hari untuk bermunajat kepada Tuhannya Yang Esa di kala Hafizah-hafizah lain sedang nyeyak dibuai mimpi indah.

Tuhan memandang bagaimana "HATI" kita, bukannya bagaimana "KITA"

No comments:

Post a Comment