Isnin, 17 Februari 2014

terompah

Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.

Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : “Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti”

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawa : “Namaku Nu’man” “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?” budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawa : “Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut, namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”

Budak itu lalu menjawa : “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”

Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.

Allahuakbar. Moga-moga kita juga dapat mengambil iktibar dari akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini.

Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan