Rabu, 19 Februari 2014

solat

Ringkasan tatacara menunaikan solat ketika sakit mengikut kemampuan adalah seperti yang berikut:

1. Solat secara duduk: Sekiranya berkemampuan hendaklah duduk secara iftirasy (duduk seperti semasa membaca tahiyat awal). Namun sekiranya tidak mampu, hendaklah duduk mengikut kemampuan. Ketika rukuk, hendaklah ditundukkan kepala sedikit iaiatu dahi berada setentang dengan tempat sujud atau bertentangan dengan hadapan lutut, manakala sujud dilakukan seperti biasa.

2. Solat secara mengiring: Berbaring sambil mengiring di atas rusuk kanan. Muka dan dada dihadapkan ke arah kiblat. Rukuk dan sujud dilakukan menerusi isyarat kepala.

3. Solat secara menelentang: Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang. Kaki menghala ke kiblat, kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat dihadapkan ke arah kiblat. Rukuk dan sujud dilakukan menerusi isyarat kepala.

4. Solat secara melakukan isyarat kelopak mata: Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang. Kaki menghala ke arah kiblat. Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.

5. Solat secara ingat di dalam hati: Menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan