Sabtu, 15 Februari 2014

Mejar Zaidi

Tabik untuk Mejar Zaidi, kata-kata terkini beliau

Juruterbang Mejar Zaidi Ahmad, 45 kini berhadapan dengan tindakan mahkamah dan bakal dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun kerana aduannya dakwat kekal yang tak kekal pada PRU lalu.

Beliau yang terpaksa didakwa, SPR dan pembekal dakwat dilepaskan begitu sahaja.

“Saya tahu akan ada kesan tetapi saya terkejut apabila pembekal dan SPR dilepaskan begitu sahaja sedangkan saya sebaliknya,” kata Zaidi kepada The Malaysian Insider melalui temuramah e-mel.

Zaidi tetap bertegas, sebagai seorang Islam beliau perlu membuat laporan.

“Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara.

“Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal,” katanya.

“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran.”

“Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini.

“Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar,” katanya. Seterusnya untuk maklumat
 — bersama Nanie N Seni dan 14 yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan