Isnin, 3 Februari 2014

Bakar perahu


Jika anda ingin cara ekstrim untuk membangkit motivasi paling kuat dalam diri anda adalah dengan membakar kapal anda untuk pulang. Sehingga tidak ada jalan lain kecuali kejayaan. Tidak ada pilihan mundur atau menyerah. Tidak ada pilihan malas atau bersantai-santai. 

Cara ini seperti ini dilakukan oleh Thariq bin Ziyad, saat memotivasi pasukannya agar boleh menaklukan Sepanyol (Andalusia ketika itu). Panglima perang Thariq bin Ziyad bersama tenteranya, berjaya mendarat ke Sepanyol, tiba-tiba Thariq mengambil langkah berani yang hingga sampai kini membuat tercengang para ahli sejarah.

Beliau telah membakar perahu-perahu yang digunakan untuk mengangkut pasukannya itu. Lalu ia berdiri di hadapan bala tentaranya sambil berpidato dengan lantang berwibawa dan tegas. Dalam pidatonya yang penuh semangat, panglima Thariq berkata; “Di mana jalan pulang? Laut berada di belakang kalian. Musuh di hadapan kalian. Sungguh kalian tidak memiliki apa-apa kecuali sikap benar dan sabar.”

Dipendekkan cerita, Thariq bin Ziyad dan pasukannya berjaya menakluk Sepanyol dengan gemilang. Beranikah anda membakar perahu anda sehingga tidak ada jalan lagi kecuali sukses?

Tika anda tidak takut gagal kerana masih ada ‘zon selamat’ yang masih memayungi anda. Ertinya anda belum membakar perahu anda. Anda harus berada dalam situasi dimana anda tidak ada pilihan lain kecuali anda mesti BERJAYA!

Buatlah diri anda dalam terdesak, tidak ada jalan lagi kecuali anda berusaha
dengan hebat, kerja keras, kerja dengan cergas dan pantang menyerah. Antara HIDUP dan MATI. Beranikah anda?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan