Khamis, 16 November 2017

Periksa

 *Kenapa broken sebab exam?*
Dah habes study, dah habes berusaha, tapi last2 jawab macam tak pernah study?

Come on sahabat 🌹

Semua orang yang ambik exam akan rase benda yang same. Nak tahu tak sebab apa kita broken? Sebab ..... *kita letak expectations yang terlalu tinggi pada diri kita sendiri*. Kita expect yang soalan2 yang keluar setanding dengan usaha kita yang tiap hari study tak henti2.

Ya, confident tuh memang bagus tapi bukan over confident.

Kita rasa bila kita dah study 24/7, kita boleh jawab semua benda yang keluar. Kita rasa bila kita buat latihan banyak2, kita boleh komfem dapat A.

Gaisss, ilmu tuh Allah punya. Salah satu nikmat yang diberi untuk kita.

Even kita study tak henti2 pun, buat latihan tiap hari pun, boleh jadi kita stuck waktu exam. Semua tuh luar bidang kuasa kita.

Muhasabah diri balek.

Anggap je tuh ujian untuk kita. Kita dah berusaha, dan sekarang tugas kite doa je. Believe in Allah. Letakkan pengharapan dan tawakal pada Allah sepenuhnya. Bukan pada jawapan yang kite tulis. 🌹

InshaAllah Allah uji sebab Allah nak kita makin dekat dengan Dia. Allah sayang kita sahabat. 😍 Beruntung sangat sape2 yang diuji Allah.

Dan, amat2 penting untuk kita tajdid niat betul2. Exam kerana Allah, kerana nak banggakan mak ayah, kerana nak banggakan Islam. Bukan kerana gred. Percayalah, lepas dah usaha, A tuh sendiri yang akan datang kat kita bile keberkatan dari Allah ade. 🌸💎

Pesan selalu pada hati, Allah tahu apa yang kita taktahu. Yakinlah dengan janji Allah, 'bersama kesulitan ada kemudahan'.

Utamakan keberkatan Allah dalam apa2 yang kita buat.

Kalau Allah redha dengan kita, inshaAllah keajaiban akan ade.

Contoh kalau kita rase memang takleh jawab n kita tahu akan failed, tapi tut tut bile dapat result kite lulus.

Amazing right? Dan sangat mustahil. Tapi tuh kata kita.

Ingat, Allah tahu apa yang kita taktahu.

Allah boleh je bagi kita keajaiban bila2 masa yang Dia kehendaki.

Tugas kite yakin je dengan kuasa Allah. Cari keredhaan Allah. Jage hubungan dengan Allah, jage hubungan dengan manusia. InshaAllah semuanya baik2. 🌸

Yang penting Allah redha, Allah berkat. 😍

Kita semua boleh. 💪🏾😉 Percayalah. Ramai orang nak tengok kejayaan kita. 😍

Ahad, 12 November 2017

Guru

Jika bos pun merendahkan martabat anak buah, nak harapkan siapa lagi?

Aku bukan cikgu. Aku cuma seorang pemandu teksi yang suka menulis. Walaupun aku bukan cikgu, tapi aku sangat menghormati golongan yang menyampaikan ilmu ini.

Aku cuma pemandu teksi, bukan cikgu. Aku tidak tahu pahit jerit yang sebenar-benar menjadi seorang cikgu. Pahit getir sebagai pemandu teksi aku tahu dan faham sangat.

Tapi aku tahu membaca sebab cikgu aku ajar aku kecil dahulu. Apa yang aku faham, cikgu-cikgu ini ditekan dari segenap sudut. Murid naik basikal malam pun cikgu dipersalahkan. Murid mengandung pun salah cikgu. Buku teks koyak salah cikgu. Gejala sosial salah cikgu. Murid tak pergi sekolah salah cikgu. Bak kata semuanya salah cikgu.

Banyak sangat sampai tak tertulis.

Aku cuma pemandu teksi, namun ramai saudara dan sahabat aku kerjanya cikgu. Pelanggan teksi aku pun ramai juga cikgu. Pernah suatu hari, seorang perempuan telefon aku dan minta perkhidmatan aku.

Aku pergi ambil, dia mendukung seorang kanak kanak seusia setahun lebih, dan dia pimpin seorang lagi anak umur 3 tahun.

Rupanya dia nak ke sekolah. Dia seorang cikgu dan hari itu ada kelas tambahan. Suaminya kerja jauh, keretanya rosak. Pengasuh anak yang selalu dia hantar pulang kampung untuk urusan kecemasan selama 3 hari.

Dia bawa anak di atas dukung, seorang lagi dia pimpin. Semata-mata nak ke sekolah untuk beri kelas tambahan percuma. Katanya kesian pada murid-murid, periksa sudah tak lama lagi. Masih ramai murid kurang faham katanya. Jadi dia ambil keputusan buat kelas tambahan percuma sebelah petang dan malam.

3 hari itu, setiap hari dia guna perkhidmatan teksi aku. Dia kata dia kesiankan murid. Tapi aku sebenarnya lebih kesiankan dia.

Demi kejayaan anak-anak orang lain, dia rela bawa anak sendiri walau masih kecil.

Dan berita yang aku baca ini buat aku sedikit marah. Sepatutnya Timbalan Menteri atau siapa sahaja yang berjawatan di dalam bidang pendidikan back up golongan guru. Back up orang bawahan dia.

Bukan menyalahkan orang bawahan dia macam ini.

Aku bukan cikgu. Aku cuma pemandu teksi.

Aku tidak tahu banyak pasal dunia seorang cikgu. Tapi aku tahu cikgu-cikgu seluruh Malaysia dah banyak berkorban demi anak-anak murid mereka.

Aku cuma pemandu teksi. Aku bukan cikgu.

Tapi aku tahu, tindakan menyalahkan anak buah sendiri adalah salah. Sudahlah seluruh dunia menuding jari ke arah cikgu atas apa-apa masalah. Kini bos sendiri pun salahkan mereka juga.

Entahlah, aku pun tak tahu nak kata apa lagi. Kerana aku cuma seorang pemandu teksi dan aku tiada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Abang Teksi
Yang Menulis
#puakabersekutu

Rabu, 8 November 2017

Pensyarah matrikulasi

Assalam

Tazkirah pagi

*Kesempurnaan Tugas dan Tanggungjawab Pensyarah dan Pelajar Matrikulasi*

Prinsip saya mudah sahaja dalam urusan kerja sebagai pensyarah.

Peranan (tugas dan tanggungjawab) saya sebagai pensyarah adalah menyampaikan ilmu kepada pelajar saya dengan pendekatan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Untuk pelaksanaan tugas dan tanggungjawab ini saya dibayar (menerima) gaji. Saya berusaha memastikan tugas menyampaikan ilmu itu dilakukan dengan baik kerana gaji yang saya terima perlu sepadan dengan kesempurnaan tugas dan tanggungjawab saya. Peranan pelajar adalah berusaha menerima ilmu yang disampaikan pensyarah demi kebaikan dan masa depan mereka sendiri.

Untuk menjadi pelajar yang baik saya berusaha menyedarkan pelajar berkenaan keperluan mereka menguasai teknik dan kemahiran belajar dan menawarkan kesempatan untuk mereka meneliti diri mereka dan mendapatkan bimbingan saya dan pensyarah lain dalam aspek ini (jika perlu). Saya juga selalu mengingatkan pelajar saya bahawa pada umur 18 tahun, 80% kejayaan mereka adalah daripada usaha mereka dan hanya 20% sahaja kejayaan pelajar disumbangkan oleh pensyarah. Ini berkaitan dengan graf Kebersandaran Usaha dan Pergantungan kepada Umur Pelajar (yang pernah dimaklumkan dulu).

Saya selalu mengingatkan pelajar dan diri saya sendiri bahawa saya adalah pensyarah (seperti yang digazetkan perjawatannya oleh JPA) dan bukan guru supaya saya dan mereka ingat kepada peranan masing-masing dan matlamat asal pengwujudan Program Matrikulasi.

Apabila pelajar minta saya halalkan ilmu yang saya ajar, saya selalunya mengatakan ilmu itu memang sentiasa halal kerana itu adalah tugas saya yang berkewajipan menyampaikan ilmu itu dan kewajipan pelajar untuk menerima ilmu itu.

 Selagi kedua-dua pihak menunaikan kewajipan masing-masing dengan sempurna, maka ilmu itu adalah halal.