Begitulah hebatnya percaturan Dajjal melalui org2Nya, iaitu yahudi-zionis. Hasil buah fikiran Dajjal, kemudiannya disusun dgn menjadikan peperiksaan akal sbg halatuju atau tanda aras kehebatan akal seseorang. Disusun sedemikian rupa sehingga wujudnya "kasta" di dlm sistem pendidikan. Pelajar yg pandai dipisahkan dgn pelajar yg lemah kekuatan akalnya. Akhirnya wujud jurang yg nyata di antara mereka. Hasilnya kedua2 golongan pelajar yg lahir drpd sistem itu, tetap menyuburkan sifat2 mazmumah(sifat2 tercela) di dlm diri. Pelajar pandai yg dihasilkan menjadi sombong, ego dan rasa hebat dgn ilmu dan didirinya. Manakala pelajar yg kurang pandai pula menjadi pelajar yg rasa rendah diri. Rasa diri tidak berguna kerana disisihkan. Akhirnya menjadi seseorang sentiasa berputusasa di dlm kehidupannya.
Natijahnya sistem pendidikan hari ini yg telah disusun dgn begitu "cantik" dgn falsafah, misi dan visinya tetap bersifat fizikal atau kulit shj. Ia tidak mampu diterjemahkan kpd para pelajar. Sebab utamanya sistem pendidikan yg disusun di dlmnya berbagai program jangka panjang dan pendek, tidak ada roh di dlmnya. Tidak "ada" Tuhan di dlmnya. Sistem yg dihasilkan tetap tidak membesarkan Tuhan. Terpisah drpd Tuhan. Dlm perkataan mudah sistem pendidikan yg dibentuk masih "sekular". Iaitu, nilainya masih terpisah di antara dunia dan akhirat. Matlamatnya hanya di dunia, tidak sampai ke akhirat. Walaupun falsafah atau ciri2nya ada menyebut atau menyentuh hal akhirat. Ttp matlamat utama hanya setakat di dunia shj.
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Isnin, 4 Disember 2017
Pengalaman
*PERKONGSIAN PENGALAMAN BELAJAR*
Ini cuma satu perkongsian. Ia pengalaman hidup saya sendiri. Mana-mana yang baik daripada coretan ini bolehlah dipungut sebagai panduan, yang buruk pula sila ketepi dan abaikan.
Boleh dikatakan saya menempuh kehidupan belajar pada peringkat menengah di sekolah menengah harian dan matrikulasi memang agak tidak berapa bergantung kepada guru kerana kekurangan/kelemahan saya sendiri disebabkan masalah penglihatan dan pendengaran yang kurang baik. Memang tidak dinafikan kebanyakan guru telah melaksanakan tugas mereka dengan baik, tetapi ia tidak begitu berjaya menyampaikan apa yang saya perlu faham dan notakan walaupun pada tahap 40%. Memang ada juga seorang guru yang jarang melaksanakan tugas di kelas (semasa tingkatan 5), cuma selalu memberi tahu pelajar buat kerja sendiri, namun sikap guru ini saya terima sebagai sesuatu yang sangat berharga. Semua keadaan ini menjadikan saya sedar bahawa untuk berjaya saya perlu berusaha keras dan berusaha sendiri. Oleh kerana itu, saya terpaksa membaca buku teks daripada kulit depan sehingga ke kulit belakang dan membuat nota sendiri dan berusaha merumus isinya dengan meringkaskan nota-nota itu. Saya juga terpaksa mencari buku-buku latihan daripada kedai buku dan membuat latihan dan memeriksa jawapan akhir di belakang buku-buku itu secara bersendirian kerana tidak ada kawan yang mengambil aliran sains di kampung saya. Jadi itulah yang saya buat sebagai rutin kehidupan belajar saya. Hasil usaha ini saya menyelesaikan SRP dengan agregat 11 dan SPM dengan 24 unit. Subjek yang gurunya tidak begitu melaksanakan kelas itu saya telah mendapat gred yang baik (iaitu A1).
Oleh kerana keputusan gred 1 SPM yang saya perolehi itu di sempadan antara gred 1 dan gred 2, jadi pada mulanya saya cuma ditawarkan ke Tingkatan 6. Selepas sebulan kursus Matrikulasi yang dikendalikan oleh universiti bermula, saya mendapat tawaran panggilan kedua kursus matrikulasi untuk mengisi tempat yang dikosongkan oleh lepasan SPM yang cemerlang yang ditawarkan belajar di luar negara. Saya menerima tawaran itu. Tanpa kelas-kelas tambahan untuk pelajar yang ditawarkan lewat dan tanpa apa-apa nota khas diberikan oleh guru matrikulasi yang mengajar saya pada masa itu, saya terpaksa meneruskan pembelajaran dan meneruskan perjuangan dengan kesedaran bahawa untuk berjaya dalam pelajaran saya perlu meneruskan perjuangan yang telah saya mulakan semasa di sekolah menengah. Akhirnya saya berjaya di peringkat pengajian matrikulasi walaupun tidak secemerlang pelajar lain yang telah melalui pendidikan di sekolah asrama penuh yang ramai boleh mengikuti kursus perubatan dan kursus lain yang berprestij. Saya hanya mampu mengambil kursus Fizik di peringkat ijazah pertama. Kalau di negara barat, pelajar fizik adalah pelajar yang memang lebih hebat kelayakan mereka daripada kursus lain kerana sifat subjek itu sendiri sangat memerlukan begitu, berbeza dengan kita di sini. Dengan berbekalkan pengalaman belajar yang penuh kesukaran dan kerja keras, saya belajar di universiti sehingga akhirnya saya mendapat ijazah kepujian kelas dua tinggi dan dianugerahkan pingat emas universiti untuk bidang fizik.
Sesuatu yang jelas kepada saya adalah ilmu yang diperolehi semasa mengikuti program ijazah adalah tidak mencukupi dan perlu ditambah dan diperkukuhkan serta digilap semasa mula bekerja. Semasa bekerja, kita akan banyak membuat refleksi dan interpretasi semula berkenaan teori yang telah dipelajari semasa belajar. Apabila ini berlaku, kita mampu mencabar, mengupas dan mempersoalkan idea dan perkara dalam subjek kita yang diberikan oleh orang yang dianggap lebih kanan dan berpengalaman daripada kita. Oleh kerana pentingnya proses ini, memang penting wujudnya housemanship untuk profesional seperti untuk bidang Perubatan.
Setelah saya mengajar, saya membuat refleksi semula kenapa saya boleh berada di situ dengan segala kisah yang diperihalkan itu. Saya menyimpulkan bahawa untuk seseorang pelajar berjaya dengan baik, peranan guru yang penting yang saya sendiri tidak pernah perolehi semasa belajar adalah memberikan ilmu berkenaan kemahiran dan teknik belajar (termasuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif) dan melaksanakan program untuk menyedarkan pelajar bahawa usaha dan amalan pembelajaran sendiri itu sangat penting untuk berjaya dalam pendidikan dan kehidupan.
Sepanjang kerjaya saya, memang saya tidak mengharapkan jawatan istimewa walaupun saya dengan salah seorang Pengarah yang mana saya lama bertugas di bawahnya dulu (1986 - 2009) boleh dikatakan rapat. Saya kenal beliau lebih kurang 14 tahun sebelum beliau bertugas pada jawatan itu. Keluarga beliau memang mengenali keluarga saya dan anak beliau memang pernah belajar sekelas dengan anak saya dan berkawan baik. Saya tidak pernah meminta apa-apa pos daripada beliau, selain saya pernah meminta daripada beliau supaya saya dikeluarkan daripada sektor di bawah pengurusan beliau yang ketuanya menghalang saya menyumbang dalam bidang yang saya berkemahiran.
Sebagai perkongsian, saya bertugas sebagai pendidik bukanlah melalui laluan biasa seperti tuan/puan yang telah melalui kursus Diploma Pendidikan terlebih dahulu. Ilmu berkaitan pendidikan saya perolehi melalui kursus-kursus pendek (anjuran Unit Penasihatan Pengajaran dan Pembelajaran di universiti di mana saya bertugas), pengalaman dan pembacaan/rujukan sendiri. Ilmu berkaitan penyelidikan pendidikan pun diperolehi melalui penerokaan dengan pembacaan sendiri dan penglibatan dalam kajian secara berkumpulan.
Segala kekurangan yang saya lalui semasa belajar daripada peringkat sekolah menengah dulu saya cuba perbaiki untuk pelajar saya. Tetapi usaha ke arah itu memang sukar dan menerima tentangan daripada ketua-ketua yang mementingkan pameran keputusan peperiksaan dengan gred-gred yang hebat walaupun pada pemerhatian saya semua itu adalah cuma kepalsuan.
Sekian, sahaja perkongsian saya untuk kali ini.
==================
Nota:
InsyaAllah 'perkongsian' ini akan dimasukkan dalam kenangan peribadi saya.
MAMJ.
4/12/2017.

Sabtu, 2 Disember 2017
Keter
NILAI SEBUAH KERETA
(sooo deep) must read!
Ada sahabat saya kongsikan.. Saya edit sedikit supaya mudah dibaca .. Saya sangat terasa dengan perkongsian beliau... Semoga bermanfaat..
Orangnya sangat merendah diri. Datang bawa kereta honda yg telah berusia 20tahun. Ingat mat despatch mana. Rupanya Vice Presiden Bank Muamalat. Malah kereta beliau pernah di clamp oleh Pengawal Keselamatan di HQ Bank Muamalat disebabkan salah faham
Nasihat beliau juga pada kami. Jangan nilai kekayaan deripada jenis kereta yang dipakai tetapi pengurusan kewangan..Pakai kereta lama, beli barang boleh dapat murah sampai RM5. Guna Mercedes 5 siri kena bayar extra RM20. Ini pengalaman beliau masa beli durian😅😅
Beliau ada kereta Mercedes tapi Bank Muamalat yg bayar semua. Beliau tak sanggup beli kereta baru.. Bukan sebab beliau kedekut. Tapi pengalaman beliau pernah tertunggak bayaran kereta lama selama 2 bulan. Kata beliau
"Saya bayar RM1k setiap bulan pada kereta
Tapi Saya bayar RM300 sebulan untuk keperluan anak. Darah daging sendiri. Ikat perut."
"Hari jadi kereta saya bayar roadtax dan insuran lebih dari seribu lebih Tapi
Harijadi anak dan isteri saya sekadar beri ucapan selamat sahaja"
"Kenapa nak bermewah untuk kereta yang bakal jadi besi buruk? Sedangkan bila kita sakit anak bini yang jaga"
Insaf saya😞😞...
Memang betul apa yang dikatakan.. Tak semua tapi ada segelintir dari kalangan kita sanggup habis beribu makeup kereta bayar insuran kereta setiap bulan dan repair kereta tetapi berkira kira nak keluar duit untuk isteri pergi klinik atau facial.. Kekadang belanja anak pun berkira sedangkan merekalah yang akan mendoakan kita nanti..

Jumaat, 1 Disember 2017
Ibadah
20 Tahun Tak Pernah Tinggal Solat Malam Tapi Tak Masuk Syurga. Puncanya Buat Ramai TERGAMAM
Seperti yang diceritakan oleh seorang ustaz. Al kisah zaman dahulu ada seorang ahli ibadah yang sangat rajin beribadah. Selama 20 tahun, dia tak pernah tinggal solat malam. Tapi dia bukanlah ahli syurga. Puncanya buat ramai tergamam….
MALAIKAT DATANG
Alkisah ada ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim (bukan nama sebenar) yg kuat sekali tahajudnya (solat malam). Hampir 20 tahun dia tak pernah tinggal melakukan solat tahajud.
Pada suatu ketika saat hendak mengambil wudhu utk tahajud, Abu dikejutkan oleh kedatangan makhluk yg duduk di laman rumahnya. Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”
Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah”.
Abu Bin Hasyim terkejut tetapi sekaligus bangga krn kedatangan tamu malaikat mulia. Dia lalu bertanya, “Apa yg sedang kamu lakukan di sini?”
Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.”
HAMBA PENCINTA ALLAH
Melihat Malaikat itu memegang kitab tebal, Abu lalu bertanya; “Wahai Malaikat, buku apakah yg kau bawa?”
Malaikat menjawab; “Ini adalah kumpulan nama hamba2 pencinta Allah.”
Mendengar jawaban Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dlm hati namanya ada di situ. Maka ditanyalah Malaikat itu. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”
Abu percaya bahwa namanya ada di buku itu, mengingat amalan ibadahnya yg tdk kenal putusnya. Selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan bermunajat pd Allâh SWT di sepertiga malam.
“Baiklah, aku buka,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tak menemukn nama Abu di dalamnya.
Tdk percaya, Abu bin Hasyim meminta Malaikat mencarinya sekali lagi.
“Betul … namamu tak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat.
Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat. Dia menangis se-jadi2nya.
“Rugi sekali diriku yg selalu tegak berdiri di setiap malam dlm tahajud dan bermunajat … tetapi namaku tak masuk dlm golongan para hamba pecinta Allah,” ratapnya.
Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tak tahu engkau bangun setiap malam ketika yg lain tidur … mengambil air wudhu dan kedinginan pada saat orang lain terlelap dlm buaian malam. Tapi tanganku dilarang Allâh menulis namamu.”
PUNCA TAK MASUK SYURGA
“Apakah gerangan yg menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.
“Engkau memang bermunajat kpd Allâh, tapi engkau pamerkan dgn rasa bangga ke- mana2 dan asyik beribadah memikirkan diri sendiri.
Di kanan kirimu ada org sakit atau lapar, tdk engkau tengok dan beri makan. Bgmn mungkin engkau dapat menjadi hamba pecinta Allah kalau engkau sendiri tdk pernah mencintai hamba2 yg diciptakan Allâh ?” kata Malaikat itu.
Abu bin Hasyim seperti disambar petir di siang hari. Dia tersedar hubungan ibadah manusia taklah hanya kpd Allâh semata (hablumminAllâh), tetapi juga ke sesama manusia (hablumminannâs) dan alam.
JANGAN BANGGA DENGAN BANYAK SHALAT, PUASA, DAN ZIKIR KARENA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!
*_Nabi Musa : Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?_*
*_Allah SWT:_*
*_SHALAT? Sholat mu itu untukmu sendiri, karena dengan mengerjakan shalat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar._*
*_DZIKIR? Dzikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang._*
*_PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri._*
*_Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?_*
*_Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu._*
_Itulah yang membuat AKU senang, karena tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. —Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)—_
*_Nah, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu… maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah._*
*_Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain… maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang karenanya._*
*_Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidupmu lapang dan bahagia_*
*(Dikutip dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)* Saudaraku seiman, sebarkanlah ilmu ini agar kita makin barakah. Pentingnya Silahtuhrahmi. Aamiin …

Beli umah
ABANG NAK TEGUR
1. Pointer kat universiti memang bukan penentu gaji kau berapa. Tapi, kalau pointer bagus, mak bapak kau kan happy gila.
2. Sebelum habis belajar, dah boleh mula cari side income untuk masukkan dalam tabung kahwin atau tabung untuk modal beli rumah.
3. Duit PTPTN jangan kau habiskan. Saya galakkan masuk UiTM. Sebab yurannya murah. Universiti lain jangan jeleslah.
4. Yang dapat biasiswa pulak, biasanya dapat lebih banyak daripada PTPTN. Jadi, sepatutnya mesti boleh simpan lebih banyak, kan.
5. Masa belajar bukan masa untuk kau bercinta. Buat habis duit PTPTN saja. Yang untung, perempuan. Yang sengkek, lelaki lah.
6. Buat dana kecemasan sebelum habis belajar. Katakan gaji fresh graduate RM1,500. Kau kena simpan 6 kali ganda, RM9,000.
7. Sebaiknya simpan kat Tabung Haji dan ASB. Paling kurang, dapat bonus dan dividen tinggi. Kau simpan dalam akaun bank, rugi.
8. Mula hantar resume dan cari kerja beberapa bulan sebelum kau habis belajar. Tak payah nak buang duit jalan ke Krabi, dan Korea.
9. Bayar PTPTN, jangan mengelat. Pasal tu kena cari kerja cepat. Sebab kau dah kena bayar lepas 12 bulan pengajian tamat.
10. Untung kau yang buat side income sejak masih belajar, kau boleh buat simpanan cepat, tak perlu tunggu dapat kerja.
11. Nanti bila dapat kerja, cukup 6 payslip kau kumpul, dah boleh beli rumah pertama. Modal? Kan dah kumpul awal-awal.
12. Masa belajar dulu kau kan dah ada motor seketul bapak kau belikan. Kau pakai tu dulu, kalau kereta tu belum kau perlu.
13. Tabung kecemasan > Tabung modal rumah > Tabung kahwin. Beberapa bulan sebelum kahwin, kau angkatlah kereta sebijik.
14. Kau jangan lurus bendul sangat. Kalau kau nak kahwin awal-awal pun takpa. Tak salah pun. Tapi belanja bulanan jadi tinggi sikitlah.
15. Sebelum kahwin, kau boleh lagi duduk bilik berkongsi. Tapi, selepas dah kahwin, mesti kena sewa satu rumah terus nanti.
16. Sebelum kahwin, tak kisah merempit naik motor saja ke sana sini. Selepas kahwin, paling kurang kena ada kereta sebiji.
17. Sebelum kahwin, kau ada satu kampung saja. Selepas kahwin, kau ada dua kampung. Satu kampung kau, satu kampung bini.
18. Bagus kahwin awal, tapi rancanglah betul betul. Lepas kahwin, rezeki banyak masuk. Perlu usaha, segala kerja kau kena sauk.
19. Abang tak ada apa nak tegur. Yang kat atas tu hanya pesanan saja. "Tegur" bunyi macam bagus sangat. "Pesan" bunyi lebih murni.
20. Abang nak pesan lagi, si bujang wajib simpan 30%-50% gaji. Zaman sekarang, perlu buat side income walau dah ada gaji hakiki.
21. Jangan malu pakai motor, orang kutuk, kau tolak ke tepi. Kawan kau pakai kereta, tapi hujung bulan tak happy tengok baki gaji.
22. Yang laki beli rumah sebelum kahwin supaya nampak berharta, bijak kewangan. Tak puas beli satu, belilah sampai jadi jutawan.
23. Yang perempuan, belilah rumah sebelum dinikahkan, supaya rasa lebih selamat dan pastinya lebih terjamin masa depan.
24. Nak beli rumah? Kalau gaji kau RM1,500 dan kau rasa tak cukup, carilah side income yang berpenyata supaya bank pandang.
25. Tak ada cara lain. Nak berjimat, dah jimat habis. Memang kena cari side income. Iya, memang tak senang kalau nak senang.
26. Anak muda bukan manja, tapi tak jumpa cara. Anak muda bukan suka mengeluh, tapi tak tahu jalan mana untuk disuluh.
27. Mulakan dengan baca buku urus kewangan dan hartanah. Jangan baca novel fantasi, cintan cintun, sweet nak mati.
28. Mulakan follow rapat Facebook dan page yang selalu cerita pasal kewangan dan hartanah. Semuanya FREE. Nak follow saya pun boleh. Facebook saya ada ciri-ciri tu. Eh!
29. Dah banyak yang saya bebelkan kat sini. Sekadar cuma teringin nak tengok anak muda kita jadi bijak, kuat, kaya, dan berdikari.
30. Kau nak ikut pesanan ni, silakan. Kau nak kecam pun, silakan. Abang dah biasa kena kecam dik. Abang rela, asalkan anak muda jadi bijak. Rasa macam poyo pulak.
Haha! - HF
#harithfaisal
SHARE jika bermanfaat

Langgan:
Catatan (Atom)