Haji Abdullah Suboh : “Pencinta Solat Subuh”
“Siapa Haji Abdullah Suboh ni ya”, tanya saya pada Ustaz Khairul ahli Lembaga Sekolah Rendah Akademi Islam Haji Abdullah Suboh (SRAIHAS) ketika hadir mewakili Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SRAIHAS.
“Haji Abdullah Suboh ni Tok Wan saya ustaz. Bekas Imam Rawatib Masjid Zahir”.
“Memang nama sebenar Abdullah Suboh ka?”, tanya saya.
“Nama sebenarnya beliau adalah Haji Abdullah Bin Mat Taib. Tapi orang gelar Haji Abdullah Suboh sebab walaupun tinggal di Kampung Batu Menunggul, Pendang, tapi dia boleh mai jadi imam Subuh di Masjid Zahir. Zaman tu kayuh sampan saja ustaz. Tapi dia boleh mai. Sebab tu orang gelar dia Haji Abdullah Suboh”, cerita Ustaz Khairul kepada saya.
Inilah kali pertama saya mendengar kisah tersebut. Bagi saya, kisah ini cukup hebat untuk dikongsikan dengan generasi yang ada pada hari ini. Ketekunan seorang orang alim dan soleh dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja dan hamba kepada Allah S.W.T.
“Masih ramai kisah alim ulama Kedah yang tidak diketahui orang”, bisik hati kecil ini.
Jarak di antara Pendang dan Masjid Zahir bukannya dekat. Lebih dari 30 kilometer sekiranya melalui jalan biasa. Sekiranya menaiki kereta, melalui jalan biasa sekitar 30 minit, manakala melalui lebuhraya sekitar 15 hingga 20 minit. Tetapi beliau mampu hadir tepat pada masanya bagi mengimamkan solat Fardhu Subuh di Masjid Zahir dengan hanya mendayung sampan itu adalah perkara luar biasa.
Jika dilihat pada senarai nama Imam Rawatib Masjid Zahir, Tuan Haji Abdullah Suboh adalah Imam Rawatib yang keempat. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau, tetapi mendengar kisah hidupnya sudah cukup untuk mengagumi kehebatan beliau.
Dari perspektif seorang hamba Allah, beliau hadir bukan kerana tugas semata-mata, tetapi kerana cinta. Bak kata pepatah, cinta itu buta. Orang yang bercinta itu sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Tetapi orang yang cintakan Allah sanggup melakukan apa sahaja untuk bertemu penciptanya.
Dari aspek pekerja, beliau boleh diangkat sebagai salah seorang tokoh pekerja cemerlang pada zaman tersebut. Bekerja tanpa sebarang alasan dan menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah walaupun pada akal dan fikiran kita ianya adalah suatu yang begitu sukar untuk dilaksanakan.
“Commitment to full fill requirement”. Komitmen beliau untuk memenuhi tanggungjawab yang dipersetujui ketika menerima jawatan imam tersebut. Jika difikir, boleh sahaja beliau mengelak untuk tidak hadir bertugas pada waktu Subuh memandangkan jarak di antara rumah beliau dengan Masjid Zahir begitu jauh. Tetapi di atas rasa tanggungjawab, beliau hadir bertugas tanpa culas hingga digelar “Abdullah Suboh”. Gelaran tersebut sudah cukup kuat untuk menggambarkan kepada kita bahawa beliau adalah seorang pekerja yang tekun.
Haji Abdullah Suboh menghembuskan nafasnya yang terakhir dibumi Mekah selepas berhijrah menetap di Mekah.
Namanya diabadikan diatas tanah “anugerah” Tuanku Sultan Negeri Kedah kepada beliau yang kemudiannya diwakafkan untuk dibina sebuah sekolah bagi mengenangkan legasi peninggalan beliau.
Penaung pertama projek pembinaan Akademi Islam Haji Abdullah Subuh adalah Allahyarham Dato’ Murshid DiRaja, Syeikh Abdul Majid Bin Mohd Nor, mantan Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Hari ini, sukar untuk kita memenuhkan ruang surau dan masjid diwaktu subuh. Bilangan rumah beribu-ribu buah, tetapi bilangan Jemaah boleh dihitung dengan jari. Lebih menyedihkan, terdapat imam masjid yang meninggalkan tanggungjawab tanpa sebarang keuzuran. Hanya datang pada hari Jumaat dan majlis akad nikah sahaja. Selebihnya diserahkan kepada AJK masjid.
Andai roh “Abdullah Suboh” ini hidup dalam jiwa masyarakat pada hari ini, nescaya masyarakat Islam akan terus bangkit seperti kata-kata popular yang sering dilaungkan ketika menceritakan perjuangan rakyat Palestin.
“Palestin tidak akan dapat dibebaskan selagi masjid tidak dilimpahi oleh umat islam pada waktu subuh seperti mana solat jumaat”.
Saya terfikir ketika itu, “Kalaulah semua kakitangan zakat solat subuh berjemaah dimasjid, nescaya zakat akan kuat”.
Walaupun saya tahu ianya adalah suatu yang mustahil.
Semoga Allah merahmati Allahyarham Haji Abdullah Suboh.
Faisal Mustaffa
19 November 2018
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Selasa, 20 November 2018
Rabu, 14 November 2018
Uiam
SIAPA MAK AYAH DI MATA KAMI?
Saya tak sangka gambar kami adik beradik 10 orang memakai robe UIAM yang saya upload semalam menjadi tular dan mendapat perhatian pihak UIAM. Ramai yang mengucapkan tahniah, tak kurang juga yang minta kongsi tips bagaimana cara mak ayah kami mendidik kami.
Jadi in sha Allah saya akan cuba kongsi sedikit sebanyak tentang siapa mak ayah di mata kami.
Memandangkan saya merupakan anak kesembilan, mungkin banyak saya akan cerita berdasarkan apa yang saya tahu dan dengar daripada abang-abang dan kakak saya sahaja. Ayah kami, Ir Haji Fauzi bin Abdullah merupakan seorang jurutera sivil graduan University of Manchester manakala mak, Wan Jamaliah binti Megat Hashim pula seorang suri rumah.
Didikan ayah memang jenis style ‘old school’ sikit. Ayah merupakan seorang yang sangat tegas, berdisiplin dan tidak boleh berkompromi terutamanya perkara-perkara berkaitan prinsip agama. Ayah awal-awal dulu tersangatlah tegas dan garang. Saya yang last-last ni tak merasa sangat zaman awal didikan ayah.
Menurut kakak, ayah sangat mengambil berat tentang didikan agama, pergaulan, pemakaian dan pemakanan kami. Bahkan ketika zaman sistem perbankan islam belum ada, ayah tidak pernah berhutang untuk membeli kereta atau rumah kerana ayah tidak mahu anak-anak disuap daripada hasil riba. Begitulah betapa telitinya ayah dalam membesarkan kami.
Pendidikan agama sangat ditekankan sejak dari kecil lagi. Ayah sendiri yang mengajar abang dan kakak kami untuk mengaji alquran di rumah dan kemudiannya diteruskan oleh kakak kami Maryam Fauzi yang akan mengetuai adik beradik lain mengaji alquran setiap kali selepas maghrib. Beliau siap buat jadual silibus khas untuk adik-adik yang lain capai. Ada target.
Setiap malam Jumaat pula kami akan duduk bersama-sama membaca surah alkahfi beramai-ramai. Dan tidak salah saya rasa kalau saya katakan adik beradik kami hafal surah alkahfi sejak sekolah lagi kerana amalan ini! Manakala setiap pagi hujung minggu, kami diwajibkan untuk membaca al-ma’surat beramai-ramai sampai habis.
Kami semua dihantar ke sekolah agama sejak sekolah rendah lagi kecuali abang dan kakak-kakak yang atas kerana masa tu sekolah rendah agama mungkin belum ada. Yang lain dihantar bersekolah di Sekolah Rendah Islam Aman (bawah kelolaan MUSLEH) manakala sekolah menengah pula kami semua dihantar belajar di sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu, sekolah kelolaan kerajaan negeri Kelantan. 3 orang daripada kami dihantar belajar tahfiz di Darul Quran dan saya merupakan salah seorang daripadanya.
Ayah dan mak banyak mengajar kami berdikari sejak kecil. Kerja rumah, belajar dan kebersihan ayah akan selalu pantau. Kalau kat rumah ayah memang tak bagi kami membazir masa. Tidur selepas subuh pun tak boleh. Buat la apa sahaja. Baca buku, tolong buat kerja rumah, memasak dan sebagainya. Janji jangan membazir masa. Pelajaran pula ayah dan mak akan pastikan kami boleh fokus sendiri tanpa disuruh-suruh.
Ayah dengan mak memang sangat rajin beramal. Tahajud dan qiyamullail sudah menjadi rutin biasa. Pergi mana-mana, solat berjemaah subuh dan baca ma’surat memang tak pernah sekali pun tertinggal sepanjang saya kenal ayah!. Ayah akan pastikan juga untuk solat berjemaah walaupun hanya di rumah bersama keluarga.
Ayah dan mak selalu berpesan, pergi mana-mana pun, jaga imej Islam dan keluarga. Solat dan alquran jangan pernah lupa. Hidup ini tak kekal lama. Sentiasa jadi yang terbaik dalam bidang kita dan bermanfaat pada orang, walau ke mana pun kami dicampak. Apabila tahu cerita kami tular, ayah hanya berpesan supaya gunakan platform yang Allah bagi ini untuk berdakwah kepada orang lain.
Begitulah serba sedikit tentang mak dan ayah kami. Nampak saja tegas, tapi sangat penyayang. Kami sangat-sangat bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang mementingkan Islam sebagai cara hidup tanpa meminggirkan urusan dunia.
Ayah dan mak meninggalkan satu amanah yang besar untuk kami pikul. Agar anak cucu mak ayah, terus menerus mendidik generasi akan datang, menjadi manusia yang berguna khususnya untuk agama.
Lastly kenapa memilih UIAM bukan institusi pengajian lain? Itu kena tanya ayah. Sebab ayah rasakan UIAM yang paling terbaik untuk kami sekeluarga dan memang rezeki kami untuk belajar dan grad di sini.
Sekian sahaja coretan daripada saya. Moga ada manfaat untuk semua. Anda boleh share je post ni tanpa minta izin ya. :)
ان اكرمكم عند الله اتقاكم ان الله عليم خبير
-Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz
BDS IIUM
Anak Haji Fauzi dan Wan Jamaliah yang ke 9

Sabtu, 10 November 2018
Tazkirah
*Tazkirah pagi*
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
*Layakkah Kita Bergelar Ketua keluarga Dan Ahli Fisabillah*
Layakkah kita bergelar ketua keluarga dan ahli Fisabillah sekiranya kita tidak memgambil perhatian tentang perkara2 ini :
*✅Mengabaikan tanggungjawab kita kepada keluarga kita dari segi nafkah dan didikan agama dan tidak pernah menjadi imam kepada ahli keluarga kita.*
*✅ Tidak langsung pernah bersolat atau mengabai solat dan tidak pernah mempelajari ilmu fardu ain serta tidak memahami & melaksanakan bait-bait ayat yang diucapkan dalam bai'ah kita sendiri.*
*✅ Tidak pernah bersolat jemaah dalam Qariah sendiri baik solat 5 waktu dan solat jumaat,hanya berkopiah apabila pergi ke majlis-majlis dan bertandang ke rumah-rumah sahabat sahaja.*
*✅ Tidak amanah tugas dengan tanggungjawab serta pecah amanah baik dari segi janji dan dari segi kewangan.*
*✅Sering memfitnah dan mereka2 keburukan seseorang apabila tidak menyukai seseorang itu.*
*✅Sering memungkiri janji dari segi percakapan janji dan berhutang wang ringgit tapi lari dari membayar hutang itu..*
*✅Jahil dalam pengetahuan asas agama sehingga tidak tahu lansung dan faham apa yang disebutkan dalam bacaan solat dan ada yang tidak tahu membaca doa qunut.*
*✅Hanya pentingkan jawatan dan pangkat yang sering dicanang ke sana sini tetapi tidak tahu akan tanggungjawab yang dipikul dan hanya mementingkan watikah dan perlantikan yang diberikan yang diusung kesana sini untuk diperlihatkan kepada orang untuk mengesahkan akan jawatannya itu.*
*✅Bercakap lalu ia berdusta.*
*✅ Tidak menyampaikan amanah yang diberikan kepada sesama saudara islam...,mulut berkata amal maqruf nahi mungkar tetapi perbuatan dan amalannya amal mungkar nahi maqruf...*
*Semoga bermanfaat*....

Jumaat, 9 November 2018
Sejarah nogori
Melayu yang pemberani;
Buat bacaan peminat sejarah tanah air ....
Peristiwa Perang Senapang dan Parang Batu Kikir
Perang Batu Kikir adalah satu peperangan yang agak aneh jika dibandingkan dengan peperangan yang pernah berlaku di tempat lain. Dalam peperangan ini kedua-dua pihak telah menggunakan senjata yang berlainan. Satu pihak menggunakan senjata api manakala yang satu lagi menggunakan peralatan tradisional iaitu parang. Tetapi yang anehnya pihak yang menggunakan peralatan tradisional telah berjaya, dengan jumlah korban yang minima, menewaskan pihak yang satu lagi.
Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Senapang dan Parang. Pertempuran tersebut dikatakan berlaku pada hari Ahad bersamaan 11 November 1946, selepas waktu Asar iaitu sejurus berlakunya rusuhan kaum/peristiwa amuk di Pekan Padang Lebar pada 6 November 1946.
Selepas peristiwa di pekan Padang Lebar, pihak berkuasa melarang keras senjata tajam untuk dibawa ke mana-mana. Dengan itu, pihak Bintang Tiga telah menggunakan kesempatan ini untuk menangkap dan membunuh orang-orang yang mereka fikirkan boleh mengancam kedudukan dan kekuatan mereka.
Penduduk yang bergelar “Tuan Haji” merupakan sasaran utama mereka. Ini kerana orang yang mempunyai gelaran tersebut mempunyai pengaruh kuat di kalangan orang Melayu. Ini kerana mereka berpendapat, dengan menangkap atau membunuh mereka, kekuatan orang Melayu memjadi lemah. Dalam masa yang sama, pihak Bintang Tiga turut menangkap dan membunuh orang-orang yang mereka dendami ketika tentera Jepun memerintah Tanah Melayu sebelum itu. Ini kerana ramai orang cina dibunuh dengan kejam waktu itu. Antara kampung yang menjadi sasaran pihak Bintang Tiga ialah Kampung Kelulut.
Kebanyakan mereka ditahan di rumah sendiri. Agen-agen Bintang Tiga akan ke rumah-rumah mangsa dan memanggil mereka keluar. Apabila keluar, leher mereka terus ditanjul dan direntap ke tanah. Pada masa yang sama, seorang penduduk yang dihormati, Tuan Haji Husin dari Kampung Serting telah dibunuh. Tindakan Bintang Tiga ini menyebabkan orang-orang kampung mula hilang kesabaran.
Kemarahan orang kampung di sekitar pekan Batu Kikir tiba kemuncaknya apabila Tuan Haji Yahya ditangkap oleh sekumpulan pasukan Bintang Tiga. Beliau ditangkap kerana didapati membawa sebilah parang dalam perjalanan pulang dari pekan Kuala Pilah. Penangkapan beliau telah disaksikan oleh anak buahnya, Jamin. Jamin terus menyampaikan berita tersebut ke kampungnya iaitu Kampung Lonek. Orang-orang kampung dari jauh dan dekat, termasuk dari Kampung Terusan dan Kampung Padang Lalang mula berkumpul di Kampung Lonek. Masing-masing bersenjatakan parang. Jumlah mereka hampir tiga ratus semuanya. Mereka berunding dengan Kiai Selamat (seorang yang alim dan arif dalam ilmu persilatan) mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan Tuan Haji Yahya daripada tahanan Bintang Tiga.
Pada sesiapa yang berani tampil ke hadapan untuk mementang ahli Bintang Tiga dianugerahkan ‘ijazah” oleh Kiai Selamat. Setiap seorang dikenakan ‘pengeras’ sebanyak seringgit. Imam masjid Kampung Lonek ketika itu diamanahkan mengutip wang tersebut.
Selesai sahaja sembahyang asar dan membaca surah Yasin dan berdoa kepada Allah S. W.T., merekapun bersiap sedia untuk ke pekan Batu Kikir. Dalam pada itu, ada berita menyatakan bahawa Tuan Haji Yahya akan dibawa ke pekan Kuala Pilah oleh pihak Bintang Tiga menyebabkan perarakan tadi berpecah mengikut taktik yang telah dirancang. Mereka memakai Selendang Merah menandakan ada mangsa yang akan menjadi korban. Dari Kampung Lonek mereka menuju ke Bukit Gombang, kemudian belok ke kanan menyeberang Sungai Jempol ke Kampung Bukit Gombang – dan terus ke Kampung Bukit Kerdas. Dari Kampung Bukit Kerdas, mereka menghala pula ke simpang Bahau dan terus menuju ke pekan Batu Kikir.
Dalam perjalanan, mereka melaungkan zikir Allah. Ada antara penduduk yang berada jauh dari tempat kejadian mendengar seolah-olah zikir itu datangnya dari langit. Bagi peniaga-peniaga Cina di pekan Batu Kikir pula, mereka mengatakan telah melihat seorang penunggang kuda berpakaian serba hitam melalui jambatan Batu Kikir menuju ke arah Kuala Pilah kemudiannya terus ghaib. Bagi mereka yang menyaksikannya terus berkemas dan meninggalkan pekan tersebut. Cuma tentera Bintang Tiga yang berdegil sahaja yang tinggal disitu.
Ketika orang-orang Melayu melalui jambatan Batu Kikir, tiba-tiba pihak Bintang Tiga melepaskan tembakan ke arah mereka. Tembakan itu telah mengenai 4 orang yang berada di barisan hadapan. Namun, rakan-rakannya yang lain terus mara dan berjaya membunuh 3 orang Bintang Tiga. Mayat-mayat mereka telah ditetak hingga hancur. Setelah itu mereka bergerak ke hadapan tetapi dihalang oleh lebih kurang 30 orang musuh. Apabila diselidiki didapati ramai lagi musuh di bawah jambatan dan di seberang sungai hingga ke masjid lama pekan Batu Kikir. Setelah orang-orang Melayu lain tiba, maka berlakulah pertempuran. Seramai 16 orang musuh telah dapat dibunuh ketika itu. Kesemuanya dicampakkan ke dalam sungai. Mereka yang menyaksikan pertempuran itu mengatakan peristiwa itu berlaku lebih kurang 15 minit.
Mengikut cerita anggota-anggota tentera Bintang Tiga yang terselamat, banyak perkara pelik telah berlaku sewaktu pertempuran itu antaranya ada yang mengatakan orang melayu yang ditembak tingginya lebih kurang 15 kaki. Ada pula yang ditembak berkali-kali tidak cedera ataupun mati. Keadaan itu memaksa pihak Bintang Tiga berundur ke Balai Polis Batu Kikir untuk bertahan.
Ada juga kanak-kanak turut serta dalam pertempuran ini, Antaranya, Latif, yang baru berusia dua belas tahun ketika itu. Mengikut cerita Latif, dua orang tentera Bintang Tiga telah berlutut meminta ampun daripadanya. Oleh sebab beliau masih kecil, beliau tidak tergamak untuk membunuh. Namun, kedua-dua pengganas itu telah dipenggal lehernya oleh seorang penduduk keturunan Jawa, Wak Sekam.
Di Balai polis itu pula dikawal oleh sepasukan Polis Punjab. Antara mereka ada yang beragama islam. Dikatakan ada diantara mereka juga bersubahat dengan orang melayu dengan menunjukkan tempat persembunyian anggota-anggota tentera Bintang Tiga. Ada juga yang memberi kata semangat dan ada juga yang membantu mereka yang tercedera.
Beberapa orang peniaga Cina juga turut terbunuh kerana orang-orang Melayu tidak dapat membezakan mereka dengan anggota tentera Bintang Tiga. Walau bagaimanapun, barang-barang perniagaan kepunyaan orang-orang Cina di pekan itu tidak disentuh langsung oleh orang-orang Melayu.
Penduduk-penduduk kampung yang semakin ramai tiba di pekan Batu Kikir. Mereka cuba mencari Tuan Haji Yahya. Tetapi beliau sudahpun dibawa dengan kenderaan Bintang Tiga menuju ke Kuala Pilah. Walaubagaimanapun, kenderaan tersebut mengalami kerosakan di atas Bukit Engku Sulaiman (Dihadapan SRJK(C) Batu Kikir sekarang). Tuan Haji Yahya berjaya melepaskan ikatan pada badannya dan bertindak membunuh 6 musuh yang mengawalnya.
Peperangan tamat setelah tujuan sebenar untuk menyelamatkan Tuan Haji Yahya berjaya. Saki baki anggota Bintang Tiga melarikan diri ke dalam hutan. Setelah selesai sembahyang Maghrib, para penduduk mula mengumpul mayat-mayat dan senjata yang ditinggalkan musuh. Penduduk Melayu ramai juga yang terkorban dalam pertempuran itu sungguhpun ada yang mengatakan mereka adalah kebal, kebanyakannya kecundang juga dalam pertempuran itu.
Orang-orang kuat Bintang Tiga seperti Ah Pong dan Ujang dapat melarikan diri. Ujang dikatakan telah bertaubat setelah berjumpa dengan Tuan Haji Majid, seorang ulama pada ketika itu. Ah Pong pula telah mati dibunuh pada 13hb. Mei 1969 semasa dalam perjalanan ke Bahau. Dia dikatakan cuba memberi wang yang banyak kepada pembunuhnya supaya tidak diapa-apakan.
Keesokannya, pekan Batu Kikir didatangi Pegawai Daerah Kuala Pilah ketika itu, Gordon Hall. Beliau hairan melihatkan cuma seorang awam sahaja yang mati. Ini tidak seperti yang berlaku di pekan Padang Lebar. Kebanyakan yang mati di pekan Batu Kikir ialah tentera Bintang Tiga. Oleh sebab cuma seorang sahaja orang awam yang mati, tiada tangkapan dibuat. Beberapa orang penduduk telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk Tuan Haji Yahya.
Ekoran daripada peristiwa berdarah ini, satu majlis berdamai telah diadakan antara orang Melayu dan Cina di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir. Majlis ini bertujuan untuk memujuk kedua-dua belah pihak supaya berdamai dan menghilangkan perasan takut dan dendam. Antara yang hadir ialah Lim Chee Hwa (kini bergelar Dato’) dari Bahau.
Peristiwa yang telah berlaku harus dijadikan tauladan dan ikhtibar oleh seluruh masyarakat. Untuk hidup aman dan damai, kita harus bertolak ansur dan jangan leka dengan kemewahan yang ada. Sejarah telah membuktikan bahawa kaum yang tidak berwaspada akan hancur kerana musuh sentiasa mencari kesempatan apabila kita khayal dan leka. – Sumber Jamaludin Samsudin
*Dipetik dari blog orang nogori

Solawat
KISAH LELAKI TUA DAN SELAWAT NABI S.A.W
Seorang LELAKI TUA mengayuh basikal setiap pagi dari kampungnya ke pekan, sejauh kira-kira 15km, untuk menjual ulam-ulaman dan sayuran, buat menyara hidupnya...
Itulah kerja hariannya...
Selesai berjual, DIA AKAN SINGGAH DAHULU KE MASJID di pekan itu, untuk bersolat zuhur, sebelum pulang ke rumah...
Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, lelaki itu akan MEMBERSIHKAN DEDAUN YANG BERSELERAK DI HALAMAN MASJID...
Ini dilakukannya setiap hari selepas solat zuhur, sejak beberapa bulan lalu...
Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang kekampungnya...
JEMAAH DAN JAWATANKUASA MASJID KASIHAN melihat keadaan lelaki tua itu...
Mereka lalu mengupah seorang pekerja untuk membersihkan daun2 itu setiap pagi...
Tujuan mereka, usaha itu akan membantu lelaki tua tadi, agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu...
Rupanya, niat baik itu telah membuat LELAKI TUA TERSEBUT MENANGIS SEDIH...
Dia bermohon supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti biasa...
Itulah sahaja SUMBANGAN YANG DIA MAMPU lakukan, untuk mesjid tersebut, katanya...
Akhirnya, pihak masjid terpaksa membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya lelaki tua itu tidak lagi merasa sedih....
Satu ketika, sedang dia sedang menyapu daun-daun, Imam mesjid datang kepadanya, dan bertanya, mengapa dia perlu melakukan hal itu, lelaki tua tersebut menjawab:
“SAYA INI ORANG BODOH, TUAN...
Saya tahu amal saya ini kecil sahaja...
Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat, TANPA SYAFA’AT RASULULLAH SOLLALLAHU ALAIHI WASALLAM...
Setiap kali saya menyapu sehelai daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam...
Kelak jika saya mati, SAYA INGIN RASULULLAH MENJEMPUT SAYA...
Biarlah dedaun ini menjadi saksi bahawa saya telah membacakan selawat kepada Junjungan Nabi sollallahu alaihi wasallam...
Kata lelaki tua itu dengan hiba...Air matanya mengalir turun melalui pipinya yang sudah berkedut-kedut itu...
Pak Imam itu juga turut merasa sebak, kerana terharu.... ALLAHU AKBAR...
Allah SWT berfirman :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya BERSELAWAT KEPADA NABI...Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah, dan berilah salam kepadanya.. “ **(Surah Al-Ahzab 33: 56)**
Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku, kecuali Allah akan menyampaikan kepada rohku, sehingga aku menjawab salam itu...”`
(HR Abu Dawud dari Abu Hurairah... Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih)

Langgan:
Catatan (Atom)