KISAH LELAKI TUA DAN SELAWAT NABI S.A.W
Seorang LELAKI TUA mengayuh basikal setiap pagi dari kampungnya ke pekan, sejauh kira-kira 15km, untuk menjual ulam-ulaman dan sayuran, buat menyara hidupnya...
Itulah kerja hariannya...
Selesai berjual, DIA AKAN SINGGAH DAHULU KE MASJID di pekan itu, untuk bersolat zuhur, sebelum pulang ke rumah...
Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, lelaki itu akan MEMBERSIHKAN DEDAUN YANG BERSELERAK DI HALAMAN MASJID...
Ini dilakukannya setiap hari selepas solat zuhur, sejak beberapa bulan lalu...
Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang kekampungnya...
JEMAAH DAN JAWATANKUASA MASJID KASIHAN melihat keadaan lelaki tua itu...
Mereka lalu mengupah seorang pekerja untuk membersihkan daun2 itu setiap pagi...
Tujuan mereka, usaha itu akan membantu lelaki tua tadi, agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu...
Rupanya, niat baik itu telah membuat LELAKI TUA TERSEBUT MENANGIS SEDIH...
Dia bermohon supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti biasa...
Itulah sahaja SUMBANGAN YANG DIA MAMPU lakukan, untuk mesjid tersebut, katanya...
Akhirnya, pihak masjid terpaksa membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya lelaki tua itu tidak lagi merasa sedih....
Satu ketika, sedang dia sedang menyapu daun-daun, Imam mesjid datang kepadanya, dan bertanya, mengapa dia perlu melakukan hal itu, lelaki tua tersebut menjawab:
“SAYA INI ORANG BODOH, TUAN...
Saya tahu amal saya ini kecil sahaja...
Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat, TANPA SYAFA’AT RASULULLAH SOLLALLAHU ALAIHI WASALLAM...
Setiap kali saya menyapu sehelai daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah sollallahu alaihi wasallam...
Kelak jika saya mati, SAYA INGIN RASULULLAH MENJEMPUT SAYA...
Biarlah dedaun ini menjadi saksi bahawa saya telah membacakan selawat kepada Junjungan Nabi sollallahu alaihi wasallam...
Kata lelaki tua itu dengan hiba...Air matanya mengalir turun melalui pipinya yang sudah berkedut-kedut itu...
Pak Imam itu juga turut merasa sebak, kerana terharu.... ALLAHU AKBAR...
Allah SWT berfirman :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya BERSELAWAT KEPADA NABI...Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah, dan berilah salam kepadanya.. “ **(Surah Al-Ahzab 33: 56)**
Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku, kecuali Allah akan menyampaikan kepada rohku, sehingga aku menjawab salam itu...”`
(HR Abu Dawud dari Abu Hurairah... Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan