Selasa, 6 November 2018

Sedekad

*6 perkara saya belajar selepas lebih sedekad bekerja dalam organisasi*...

1. *Ambil cuti jika perlu*. Jangan harap dapat imbuhan jika banyak cuti terkumpul semasa bersara. Dah ramai rakan sekerja saya yang tak sempat merasainya sebab meninggal sebelum bersara. Ada yang terpaksa bersara senyap-senyap saja tanpa majlis apapun sebab sakit kronik dan berpencen ilat.

2. *Bila sakit, berehatlah*. Cuti sakit untuk orang sakit. Cuti bersalin untuk ibu yang baru beranak.Tinggalkan kerja untuk sementara; pandai-pandailah pihak atasan urus kerja yang tak sempat disiapkan. Kalau masih kerja ketika sakit, adakah boss dan rakan sekerja datang ziarah setiap hari bila anda terlantar di wad?

3. *Jangan tubuh clique dalam organisasi*. Jangan jadi pengikut. Anda boleh tersepit antara 2 geng yang bertelingkah..lagi pening jika terpaksa ketepikan pendirian untuk kekal dalam clique tu. Berkawan dengan semua je. Semua superhero bebas bergerak.

4. *Asingkan hal kerja dengan hal peribadi* . Lagi kurang mereka tau, lagi kurang modal membawang.

5. Jangan harapkan apa-apa daripada organisasi dan orang lain. *Kerja ikhlas itu satu ibadah*. Barulah hati tenang dan mudah move on. Kita kerja bukan nak jadi orang paling hebat atau paling itu ini.. kita kerja dengan harapan dapat rezeki halal dan rahmatNya. Biarlah apa orang lain nak kata atau nak menyampah, esok lusa semua bakal mengadapNya jua..jawablah di sana.

6. *Be kind*. Permudahkan urusan orang lain. Fikirkan kesulitan orang lain dan hak mereka..mereka yang sakit, yang ahli keluarganya kurang sihat, yang terpaksa pencen ilat, dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan