Rabu, 7 November 2018

Ilmu

PERINGATAN BAGI SEMUA..
PERBEZAAN ANTARA ILMU DAN HARTA

Suatu hari Sayyidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta oleh 10 orang Khawarij. Tiap-tiap mereka mahukan jawapan yang berbeza lalu Saidina Ali menjawab seperti berikut:-

Ilmu adalah warisan para Nabi, sedangkan harta warisan si Firaun.

Ilmu akan memberi perlindungan kepada kita, sedangkan harta haruslah kita yang menjaganya.

Orang yang banyak ilmu ada ramai kawan, sedangkan orang yang mempunyai harta yang banyak mempunyai ramai musuh.

Jika ilmu dipergunakan akan bertambah, sedangkan harta dipergunakan akan berkurang.

Ilmu tak kan boleh dicuri sedangkan harta boleh dicuri.

Pemilik ilmu akan selalu disebut mulia dan terhormat, sedangkan pemilik harta akan disebut pelit dan rakus.

Ilmu itu tak akan musnah ditelan zaman, sedangkan harta akan musnah.

Ilmu akan menyinari hati, sedangkan harta akan mengeraskan hati.

Pemilik ilmu akan diberi syafa’at di akhirat, sedangkan pemilik harta akan dihisab

Pemilik ilmu akan dimuliakan walaupun sedikit ilmunya, sedangkan pemilik harta disebut besar setelah banyak hartanya

Kesimpulannya adalah ilmu lebih berharga dari harta. Berusahalah mencari ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan