38 HARI DI HOSPITAL (11 Sept - 19 Okt 2018)
= 22 HARI DI ICU
= 16 HARI DI WAD BIASA
Alhamdulillah, hari ini cikgu berkesempatan menulis pengalaman hidup yg Allah beri pada bulan September lalu. Allah swt yg maha pengasih dan penyayang, yang maha mengetahui, telah menguji kami dengan ujian anak yg sakit dan masuk ke hospital selama 38 hari. Kata doktor Muhammad diserang sakit meningitis (Radang Otak) Wallahualam. Semua penyakit ada penawar kecuali maut dan ketuaan. Anak kecil yg sakit tiada dosa, sesungguhnya penyakit anak kecil ini adalah pelajaran untuk kita, yg baligh agar berfikir tentang nikmat sihat ini. Terima kasih buat seluruh nurse, staf dan doktor yg merawat anak kami khususnya di wad icu pediatric dan wad. Semoga Allah swt membalas kebaikan kalian dengan sebesar besar kebaikan di akhirat.
Tiada lagi tempat untuk berharap melainkan Allah. Pengalaman berada di hospital dalam tempoh ini mmg pengalaman yg sangat berharga buat kami sekeluarga. Apabila kita berada di hospital dengan keadaan ujian sakit dan melihat kebesaran Allah , sangat berbeza dengan kita ke hospital dengan niat yg lain.
Setiap hari yg berlalu dirasakan begitu lama. Ujian terpaksa meninggalkan 6 anak yg lain juga begitu berat. Hidup agak kelam kabut selama anak di wad (Terima kasih buat ibuk dan papa serta adik beradik yang banyak membantu menjaga 6 anak kami)
Melihat 3 anak di icu di hadapan anak cikgu meninggal dunia, cukup membuatkan hati ini begitu gentar dan harap kepada Allah. Rasa sedih melihat keadaan Ummat yg di hospital samada bekerja atau sakit, tapi masih sengaja melewatkan solat tanpa apa apa keperluan yg mendesak, yg x menutup aurat, walhal pelbagai kebesaran Allah berada di hadapan mereka setiap hari di hospital.
Nikmat sihat yg Allah beri pada kita begitu besar. Tidak dapat kita nak berhujah depan Allah dengan nikmat ini. Sedang kita sihat, Allah panggil kita melalui azan, kita masih berlengah X ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, kita ada motor, ada kereta, ada kaki, masih enggan masjid?? , kita berada dalam masalah yg sangat besar, apatah lagi meninggalkan solat.
Nikmat yg sihat, kita masih X mahu baca Quran setiap hari minimum 4 muka surat untuk tunai hak Quran, walhal kita habiskan banyak masa baca berita² viral, tengok video viral, baca msg group whatsapp telegram Instagram twitter, tapi kita xde masa nak baca Quran 4 muka surat, kita akan menyesal atas nikmat sihat ini di akhirat. Sebaiknya kita habiskan setiap hari 1 juz Quran.
Nikmat Allah beri kita sihat untuk berfikir, tapi kita masih X mahu taat Allah, X mahu ikut perintah nabi. Masih berani X tutup aurat, masih berani x pakai tudung, masih berani keluar rumah baju lengan pendek wanita, masih berani wanita x pakai Stokin, kita akan menyesal di akhirat. Satu hari akhirat = 1000 tahun dunia.
Nikmat sihat yg Allah beri, kita masih X mahu keluar jalan Allah, tak mahu buat dakwah ajak jiran jiran untuk taat Allah, walhal nabi dan sahabat, dalam keadaan kelaparan, susah, sakit, mereka keluar di jalan Allah untuk mengajak Ummat ini kepada Allah. Mereka tinggal di Mekah madinah, tempat yg amal digandakan 100,000 kali ganda, tapi mereka tinggalkan haramain dan syahid di jalan Allah semata mata untuk kerja dakwah, bawa Ummat ini kepada Allah. Kita akan menyesal kerana habiskan masa dengan sibuk memenuhi nafsu kita, sibuk nak makan sana sini, sibuk nak jalan sana sini, sibuk nak berfoto sana sini. Kita akan menyesal.
38 hari yg sangat berharga dan sehingga hari ini, anak cikgu masih sakit saraf otak (semoga Allah menyembuhkan dan berikan Muhammad yg terbaik), pengalaman itu masih segar dalam ingatan. Doakan Muhammad.
Terima kasih buat semua saudara mara dan sahabat² serta guru Guruku yg datang menziarahi kami di wad dan di rumah. Tiada lagi yg lebih menggembirakan apabila ada saudara mara dan sahabat² yg datang menziarahi kita. Semoga Allah swt mengganjari kalian dengan sebesar besar kebaikan di akhirat.
Tiada lagi air mata untuk ditangiskan, semoga Allah menjadikan ujian ini asbab kami terlepas dari azab neraka mu ya Allah....
#doabuatMuhammad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan