Isnin, 30 Disember 2019

lemah

*MENGHINA YG LEMAH*

_Apa harta yg paling bernilai sekali atas dunia ini?_

*EMAS*. Ya, emas adalah antara benda yg paling mahal di dunia ini. Dan sudah menjadi lumrah, benda yg mahal akan disukai oleh semua manusia.

Emas juga adalah sejenis batu yg agak istimewa. Satu-satunya batu yg dikenakan zakat keatasnya. Dan batu yg dilarang bagi lelaki untuk memakainya.

_Apa perbezaan emas dan kayu?_

Yg jelas bagi kita dari segi nilainya yg jauh berbeza. Emas jauh lebih berharga dari kayu.

Tapi, di saat kita akan tenggelam di lautan. Kayulah yg akan kita pegang erat. Dan emas pun akan kita buang. Semata-mata nak menyelamatkan diri.

Sebab itulah jangan sesekali memandang remeh pada sesuatu yg lemah. Kerana ada saatnya, yg lemah itu jauh lebih berharga kepada kita.

_Jangan remehkan kawan kita yg lemah. Kerana mungkin dia yg akan membantu saat kita susah._

_Jangan remehkan orang yg serba kekurangan. Mungkin, dia yg akan tarik kita ke syurga._

_Jangan remehkan setiap ilmu yg kita miliki. Kerana mungkin, ilmu itu yg membezakan darjat kita dengan yg lain._

_Jangan remehkan setiap amalan kebaikan yg kita buat. Kerana mungkin, amalan itu menjadi penyebab kita ke syurga._

Kesimpulannya, hormati dan hargai segala perkara dalam hidup kita. Tak kira lah kecil atau besar. Kerana kita tidak tahu yg mana lebih tinggi nilainya kepada kita.

Ikhlas,
Ustaz Yusri.
Tim Nusrah Prihatin

Rabu, 25 Disember 2019

solat gerhana

🔵 *SEMPENA GERHANA MATAHARI*
          *26 Disember 2019 (Khamis)*

▶ *AMALAN SUNAT KETIKA GERHANA*
1) Melihat kejadian gerhana.
2) Melakukan dua (2) khutbah selepas melaksanakan shalat sunat gerhana.
3) Memperbanyakkan doa kepada الله سبحانه و تعالى memohon keselamatan dan menolak bala bencana.
4) Beristighfar.
5) Bersedekah.
6) Mengelakkan diri daripada mempercayai sebarang khurafat, tahyul dan iktikad yang salah mengenai kejadian gerhana.

▶ *SHALAT GERHANA*
1) Hukum : _Sunat Muakkad (sangat dituntut)._

2) Masa : _Afdhal pada waktu kemuncak gerhana._

3) Memanggil Jemaah : _Memadai dengan lafaz "الصلاة جامعة"._

_Daripada 'Aisyah r.a, bahawasanya matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah ﷺ, dengan "as-Shalatu Jami'ah" (ayuh shalat berjemaah). Beliau pun lantas tampil ke hadapan, bertakbir dan melaksanakan shalat dengan dua rakaat yang di dalamnya dilaksanakan empat (4) kali rukuk._
📗 _Riwayat Muslim : No. 1501_.

4) Niat : _Lafaz Shalat Gerhana Matahari_

*i - Bersendirian;*
~ *أصلي سُنَّةً كُسُوفِ الشَّمْسِ ركعتين لله تعالى* ~
Maksudnya : _"Sahaja aku shalat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala."_

*ii - Berjemaah;*
~ *أصلي سُنَّةً كُسُوفِ الشَّمْسِ ركعتين إِمَامًا/مأمُومًا لله تعالى* ~
Maksudnya : _"Sahaja aku shalat sunat gerhana matahari dua rakaat (imam/makmum) kerana Allah Ta'ala."_

▶ *TATACARA*
- Shalat gerhana dilakukan dengan dua (2) rakaat dimana setiap rakaat mestilah mempunyai :
a) Dua (2) kali qiyam (berdiri);
b) Dua (2) kali membaca surah;
c) Dua (2) kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.

- Jadi untuk dua (2) rakaat kita hendaklah mempunyai :
a) Empat (4) qiyam (berdiri);
b) Empat (4) kali membaca surah;
c) Empat (4) kali rukuk kesemuanya.

- Sah juga dilakukan sunat gerhana ini sebagaimana shalat Juma'at atau shalat sunat biasa dengan dua (2) rakaat, dua (2) qiyam dan dua (2) rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah ﷺ.

*A< Rakaat Pertama.*
1) Takbiratul ihram.
2) Membaca doa iftitah.
3) Membaca Ta'awudz (تعاوذ).
4) Membaca surah al-Fatihah.
5) Membaca surah, afdhal adalah surah al-Baqarah (Riwayat al-Bukhari : No.986).
6) Rukuk dan membaca tasbih
(سبحان ربي العظيم وبحمده).
7) Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah, afdhal adalah surah ali-Imran.
8) Rukuk dengan membaca tasbih.
9) Iktidal.
10) Sujud dan membaca tasbih (سبحان ربي الاعلى وبحمده).
11) Duduk di antara dua (2) sujud.
12) Sujud kedua dan membaca tasbih.
13) Berdiri rakaat kedua.

*B< Rakaat Kedua*
1) Membaca surah al-Fatihah.
2) Membaca surah dan yang lebih afdhal surah an-Nisa'.
3) Rukuk dan membaca tasbih.
4) Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah, afdhal adalah surah al-Maidah.
5) Rukuk dengan membaca tasbih.
6) Iktidal
7) Sujud kedua dan membaca tasbih.
8) Duduk di antara dua (2) sujud.
9) Sujud kedua dan membaca tasbih.
10) Membaca tasyahud akhir.
11) Memberi salam.

📕 _(Kitab *Sabil al-Muhtadin*, Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah al-Banjari, Juz.2 Halaman 58-60)_

*~ _Ustaz Ismail Al-Bakabi_* ✒

Sabtu, 21 Disember 2019

Dakwah

:: INGATLAH, ALLAH MASIH BERI KITA PELUANG...

Setahun yg lalu, pada tarikh ini, aku berada di ICU PPUM, dengan ujian anak yg sakit tenat. Terkadang kita tak ingat, yg Allah beri kita pelbagai nikmat, kita sihat, isteri sihat, anak anak sihat. Allah bg kita kerja elok, harta banyak, duit masuk, untung sana sini. Kelapangan masa. Boleh jalan sana sini. Ni semua ujian Allah bg kita. Sbb Allah masih bg kita peluang....

Tapi kadang kita lupa untuk taat Allah dan Rasul. Banyak perintah Allah kita buat main. Tak jaga aurat, tudung tak nak pakai labuh, Stokin tak nak jugak pakai, baju nak pakai ketat, main bola, nak jugak pakai seluar pendek... Kita ingat kita sihat sbb kita rajin bersukan atau sbb kita jaga pemakanan... Tak sebenarnya, kita sihat dengan Qudrat Allah. Allah bagi nikmat sihat kat kita, kat anak isteri kita. Kalau Allah nak bg kita, atau anak bini kita sakit, masuk icu, tenat, lumpuh, dan macam macam, kita pun x boleh nak buat apa. Masa tu baru kita faham nikmat ni...

Jadi, ketika ini, Allah masih beri kita peluang mengecapi nikmat sihat, keluarga sihat, rezeki Allah lapangkan, niaga pun ada untung, jangan la kita nak biadap ngan Allah. Allah panggil melalui muazin, kita buat dek je. Padahal, nak tunggu exam spm pun kita tunggu depan dewan. Nak flight pun kita tunggu sejam lebih kat ruang tunggu. Nikan pula  nak jumpa Allah, kita boleh delay delay. Allah masih bg kita peluang...

Kita yg dah jaga solat, keluarga kita baik, jangan pula kita rasa selesa. Sbb nabi kata, X sempurna iman, kalau kita X kasih sedara kita, macam kita kasih diri kita, kita nak selamatkan diri kita dari neraka, tapi sedara kita, jiran jiran kita, kawan opis kita, kita buat x tau je. Kalau rumah jiran kita terbakar, kita biar je, itupun kita akan di kecam dan di dakwa oleh jiran yg lain. Inikan pula kalau jiran kita sedang berlari ke neraka, X jaga solat, X tutup aurat. Kita sebagai jiran bertanggungjawab. Kenali jiran, ziarah jiran, motivasi jiran dan doa untuk jiran.

((لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأ َخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ))

Nabi SAW yg mulia, badan yg mulia, lalat pun X hinggap badan nabi, tapi sbb kerja dakwah, ajak manusia pada Allah, di hujani batu di taif, nak dibunuh, semua ini sbb nabi buat dakwah. Sahabat2 nabi SAW, mereka orang paling alim, mereka tahu ganjaran ibadat di masjidil haram ganda 100,000 kali ganda, tapi, mereka tetap tinggalkan Mekah madinah untuk kerja dakwah. Kesannya, hari ini, walaupun nabi dan sahabat x sampai Malaysia, kita lahir dari perut ibu orang islam. Ini semua berkat korban mereka. Tapi hari ini, kita, untuk korbankan sedikit masa ke masjid pun x sedia. Bila ada orang mula beri masa 4 bulan, atau 40 hari untuk kerja kerja agama, kita, sudahlah X sedia beri masa, kita memburuk burukkan pula orang itu, Allahuakbar... Bagaimana kita nak jawab nanti di akhirat depan nabi SAW. Di saat Ummat jauh pada agama, jiran jiran pun kita X pernah nak jumpa untuk ajak pada Allah dan Rasul, kemudian ada orang yg nak belajar buat kerja dakwah, kita susahkan pula mereka... Semoga Allah swt maafkan kita.

Hidup ini hanyalah sementara. InnsyaAllah 100 tahun lagi kita akan tinggalkan tempat ini, walaupun kita ada 100 bilion dolar pun. Kita akan pergi dan bawa balik bekal yg sebenar iaitu iman yg sohih dan amal yg soleh. Allah beri kita peluang, sebelum maut datang, untuk kita buat persiapan dan belajar lah buat kerja dakwah. Sbb xde lagi nabi lepas nabi Muhammad SAW. Allah kata kita ni Ummat terbaik, sbb kita ni diberi tanggungjawab kerja dakwah. Sbb tu kita masuk syurga dulu dari Ummat lain. Walhal ibadat kita mmg lemah, umur pun pendek. Macam ambulance, walaupun van x mewah, yg drive pun budak spm je, tapi bila dia lalu, semua kete bg laluan, sbb ambulance tu buat kerja fikir atas kesihatan orang lain. Begitulah Ummat ini, bila Ummat ini ambil kerja fikir atas orang lain, maka di akhirat Allah akan muliakan Ummat ini dengan beri ini Ummat masuk syurga dahulu.
كنتم خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Semoga Allah maafkan kita, ada yg dah pergi haji atau umrah, masih lagi kita main main dalam waktu solat, main main dalam kerja dakwah. Di. Mekah dulu, 2 jam sebelum azan kita dah ada di masjid tunggu subuh, tapi sekarang, dah azan pun kita masih atas tilam. Semoga Allah swt berikan kita kekuatan untuk belajar kerja dakwah nabi SAW dan dengan itu Allah kuatkan iman kita dengan membentuk suasana iman.

#DelUwaisAlqarni
#Muhammad

Jumaat, 20 Disember 2019

Niaga

*Luahan A+, antara sentimen kesian dan agama*

Salah satu perniagaan aku ialah menjual buah Nanas MD2, Nanas potong MD2 dan Jus Nanas MD2 100%.

Aku seronok dan tidak segan untuk menjual Nanas di jalanan dan kaki lima.

Melalui berniaga di jalanan dan kaki lima, aku dapat melihat dan merasai sedikit sebanyak perit jerih peniaga jalanan dan ragam2 pelanggan.

Pengalaman aku berniaga di kaki lima  Maybank Seksyen 9 BB Bangi, aku dapat melihat betapa lebih menguntungkan mencari 'perniagaan' berupa SIMPATI dan sentimen.

Lebih kurang jam 8.30 malam, setiap kali aku sampai ke Maybank untuk berniaga, akan kelihatan 2 orang dari Selatan Thai yang berpangkat pakcik dan makcik memakai Kopiah, kain pelekat, tudung labuh dan sanggup duduk langsung di atas lantai kaki lima. Memang nampak kesian. Berkesan sungguh emotional effect pada org lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai. Padahal kotor lantai tu. Yang makcik tu akan letaklah keropok2 (tak berkualiti dan murahan) atas lantai. Tak susun elok2 pun, macam tak minat jual sgt pun. Yang pakcik pula, bawa bam (takde kualiti dan murahan) dalam beg kecil kononnya sebagai barang perniagaan. Harga yg dijual RM10 sangat tidak setimpal dengan kualiti barang yg dijual. Mereka sentiasa datang awal dan akan port betul2 di kiri kanan pintu masuk bank. Terpaksalah aku pergi jauh dari lokasi strategik yang mereka sudah ambil. Mereka boleh berbahasa 'kelate' dan akan cuba create 'small talk' dengan aku mungkin sebab segan dgn kehadiran anak tempatan yang mencari rezeki berniaga ditanahair sendiri.

Kalau dibandingkan bisnes model aku dengan mereka, jauh lebih sukar bisnes aku sebab utk aku set up booth sahaja akan mengambil masa 20 minit. Itupun kalau aku dapat parking MPV aku dekat dengan kaki lima dan dapat offload barang dgn lebih efisyen. Itupun kalau parking ada kosong. Selepas itu, aku kena angkat 2-3 bakul berisi Nenas seberat 50-100kg, peti sejukbeku  polystrene berisi Nenas potong dan Jus, penimbang digital, 3 keping plywood utk letak Nenas, kain utk lap botol jus, tisu, baldi kecik isi air utk cairkan jus yg beku, bekas duit tukar, tester Nenas, toothpick, beg plastik, stand up bunting, papan harga, dll. Itu belum diambil kira proses persediaan sebelumnya iaitu proses mengupas kulit Nenas, membuang mata Nenas, memotong Nenas, slow juicing nenas, memasukkan dalam container plastik dan botol jus, melabelkan bekas dan botol dgn stiker produk, dll. Kesimpulannya, bisnes model aku berteraskan kualiti, harga berpatutan dan usaha yang gigih. PENAT.

Setelah aku bersedia untuk memulakan proses menjual produk Nenas2ku, kagum aku melihat 'perniagaan' berteraskan simpati Pakcik Makcik itu begitu laris. Boleh kata ada saje pelanggan yang 'mencampakkan' 10 ringgit, 5 ringgit kepada mereka. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa2 pun barang jualan mereka. Ajaib sungguh. Duit masuk, barang tak keluar. WOW!

Sedang aku pula, walaupun nenas MD2 aku sedap, berkualiti, value for money dan hanya dijual pada harga RM6, pelanggan akan bertanya macam2 dan membuat muka serius sebelum membeli. Itupun hanya dibeli setelah aku berjaya memberi layanan dan penerangan yg dapat meyakinkan mereka.

Ada juga insiden di mana, seorang pelanggan muslimah siap berniqab ini baru keluar bank dan terus meluru ke booth nenas ku, kusangkakan nak beli nenas, rupa2nya nak tukar duit saje. Tanpa berfikir, aku pun menukarkan duit RM10 dia kepada RM5 dua keping. Ingatkan utk apa, rupa2nya diberikan RM5 itu kepada setiap seorg Pakcik dan Makcik bersila atas lantai itu tanpa mengambil satu barang jualan pun. Takdepun dia nak beli satu pun jualan Nanas ku. Takpelah.

Dari jam 8.30 sehingga 9.30 mlm , aku anggarkan pendapatan PakCik Makcik itu boleh mencecah RM150 setiap seorg. Sungguh lumayan. Hanya dalam 1 jam. Sedang aku masih terkial2 nak buat sales RM30 sahaja pun. Penat berdiri, menyusun buah, mengelap botol yg basah, dll. Seronoknya 'perniagaan' mereka.

Ada sekali tu, duit tukar aku dah habis, jadi aku risau tak dapat nak bagi duit tukar pada pelanggan nanti, jadi aku minta pada pakcik dan makcik tu nak tukar note 50 aku sebab aku tahu mereka dapat banyak duit note 10 dan 5. Yang menyedihkan, mereka kata takde dan tak dapatlah aku tukar duit dgn mereka. Nampak sangat menipu. Aku rasa mereka telah dilatih utk tidak bagi kerjasama sebab nanti 'kantoi' la mereka dapat banyak duit. Setelah beberapa kali aku berniaga di situ, aku dapat rasakan mereka rasa 'tak sedap' sebab mereka tahu aku tahu 'taktik' mereka dan pendapatan mereka. Mereka cuba berbaik2 dgn aku, biasalah sembang2 tanya itu ini. Kadang2 macam kenen2 nak makan free. Maaf, aku tak dapat bagi. Dia mampu beli sebab dapat duit banyak. Cuma taknak beli supaya nak kekal nampak susah dan nampak kesian. Sedang aku yang penat berusaha nak proses Nanas2 tu lagi, nak berniaga lagi, tiada siapa nak kesian.

Jadi aku layan gitu2 je mereka dan ada sekali tu aku bagi penegasan sikit (indirect) yg aku berniaga bukan mudah, kena usaha lebih, ada proses. Bukan senang nak dapat duit org. Pakcik tu terasa. Terus bangun blah. Malu kot.

Aku perati, dekat2 jam 12 malam (ATM tutup), akan sampai satu TOYOTA HILUX plate Thailand. Parking jauh sikit, nak sorok2 le tu. Dan disuruh seorg budak kecik utk pergi ke Pakcik dan Makcik tu. Macam messenger la. Supaya tak nampak pemandu Hilux tu. Pakcik dan Makcik tu pun akan berjalan menuju ke Hilux tu membawa hasil yg lumayan. Dan berlalu pergilah bisnesman dan bisneswoman hebat dari Selatan Thai itu. Esok kemari lagi dari siang sampai ke malam. Hasil perniagaaan mereka akan dibawa ke tempat mereka tanpa memberi apa2 faedah kepada anak2 jati Malaysia yg masih ramai yg susah dan gigih berusaha siang malam.

Bisnes model menagih simpati dan 'agama' sangat berjaya di dalam pasaran orang Melayu di serata lokasi. Orang Melayu memang 'cerdik'.

KOPIAH

Muka aku sebijik macam Cina. Org Cina pun ingat aku Cina. Jadi, kalau aku jaga booth aku, org Melayu tgk atas bawah dari jauh. Payah nak singgah membeli. Apa nak buat. BMF punye 'kejayaan'.

Jadi, walaupun aku paling tak suka 'menunggang' agama, aku terpaksa pakai kopiah semasa berniaga. Analisa aku menunjukkan, jumlah sales sangat jauh berbeza apabila aku memakai kopiah dengan apabila aku tidak berkopiah. Sales jatuh teruk apabila aku tertinggal kopiah aku kat rumah. Pelik. Produk aku kualiti dan halal tetap yg sama tetapi Sales figure berbeza apabila berkopiah dan tak berkopiah. Hahaha. Giler!

Penat aku menulis, namun aku yakin pasaran orang Melayu akan terus 'cerdik' mengkayakan orang Selatan Thai, orang Pakistan berjubah dan berjambang, orang Afganistan berjubah, penunggang agama dan watak2 kesian. Tidak menilai melalui kualiti, kebersihan dan harga barang yang dibeli. Patutlah sehingga harini orang Islam ke, Melayu ke masih belum dapat membuat kapal terbang sendiri, kereta sendiri, basikal ke, handphone sendiri ke, waima seluar dalam sendiri pun belum lagi. Sebabnya, buat apa susah payah buat dan keluarkan teknologi sendiri. Kan lebih syok duduk atas lantai dan menadah tangan mengaut untung.

Dan aku juga yakin, selagi orang Islam meminta-minta, menipu dan masih tidak 'cerdik' di dalam memberi sedekah atau membeli, umat Islam akan terus mundur. Buktinya ialah, mana ada negara2 maju seperti Jepun, Korea, Switzerland, Denmark, Australia dll yg rakyatnya akan menyusun strategi, taktik dan meminta-minta dan menagih simpati.

Berniaga itu SUNNAH. Meminta-meminta bukan SUNNAH.

Gunakan akal kita. Bukan hanya emosi.

FB Moreeza Mohamad

Hajar aswad

Satu nukilan yang saya baca...

*Mencium Hajar Aswad*

Suatu hari, di Masjidil Haram, sehabis menyelesaikan tawaf, saya segera menepi mencari tempat strategik yang berhadapan langsung dengan Multazam untuk berdoa.

Saya menemukan tempat yang kebetulan kosong di hadapan ka'bah.
Lalu saya bersimpuh dan memanjatkan do'a sambil menunggu waktu subuh menjelang.

Saat itulah saya melihat seorang lelaki hitam legam dari benua Afrika datang dan langsung mengambil tempat di sisi kanan.

Terlintas dalam hati, _"dengan potongan perawakan dan tampang seperti ini, lelaki kulit hitam ini biasanya orangnya kasar yang tidak berpendidikan"._

Lalu sebagaimana kebiasaan di masjid ketika duduk bersebelahan dalam satu jamaah, saya menyalaminya.

Tiba-tiba ia bertanya dengan bahasa inggris yang bagus sekali tentang asal saya.
_"Saya dari Nigeria, kamu dari mana?"._
Saya jawab, saya berasal dari Malaysia...

_"Kenapa orang Malaysia suka sekali berusaha mencium batu hajar aswad..?"_, tanyanya memulai percakapan.

_"Mungkin kerana cinta._
_Ka'bah adalah rumah Allah, dan hajar aswad adalah batu yang pernah dicium Rasulullah. Maka mencium hajar aswad adalah refleksi cinta orang Malaysia terhadap Allah dan Rasul-Nya",_ jawab saya sekenanya.

_"Apakah orang Malaysia juga bertingkah laku seperti itu terhadap cinta Allah SWT yang dianugerahkan kepada mereka?",_ tanyanya.

_"Maksud anda?,  cinta Allah SWT seperti apa yang dianugerahkan kepada kami?"_, jawab saya dengan bingung.

Lalu lelaki hitam itu menjawab,  _"jika Allah Ta'ala menganugerahkan kalian isteri, anak-anak, dan orang tua yang masih hidup, itulah wujud cinta Allah kepada kalian."_

_"Pertanyaan saya",_ katanya,
_"Apakah orang-orang Malaysia, berusaha dengan keras dan gigih mencurahkan kasih sayang terhadap anak, isteri dan orang tua mereka yang masih hidup yang diamanahkan Allah Ta'ala sebagaimana mereka berusaha mencium hajar aswad?"_

_"Jika terhadap batu saja refleksi cinta kalian begitu dahsyat, lebih lagi terhadap makhluk Allah yang telah diamanahkan kepada kalian?"_ tegasnya lagi.

Saya tercengang, hilang akal, dan tak mampu berkata-kata lagi...

Apalagi saat ia bercerita bahwa ia menyelesaikan *PhD*-nya di *Harvard University , USA*, kemudian ditawar pekerjaan dan jawatan tinggi di USA, namun memilih pulang membesarkan anak-anaknya yg 6 orang, agar mampu menjadi muslim yang baik.

Maka hancurlah semua persangkaan saya terhadap orang ini. ALLAH membayarnya terus secara tunai saat itu juga.

Setelah solat subuh, sebelum berpisah, ia memberi nasehat yang sampai saat ini masih teringat di kepala saya.

_"Kejayaan haji atau umrah kita, mabrur atau tidaknya, dinilai bukan pada masa kita menyelesaikan perbuatan2 haji atau umrah, seperti tawaf atau bahkan mencium hajar aswad, namun *dinilai pada masa kita kembali*"._

_"Apakah kita mampu menunaikan amanah-amanah, anugerah-anugerah, cinta dan kasih sayang Allah Ta'ala kepada kita dengan bersungguh-sungguh, bersusah payah, mencurahkan kasih sayang kepada orang-orang yang kita cintai, pekerjaan dan masyarakat."_

Saya genggam tangannya, saya memeluknya dengan erat dan menyampaikan rasa terima kasih yang mendalam.

Saat dia pergi, di antara kerumunan orang, saya faham, inilah cara Allah Ta'ala menegur saya dan menyampaikan makna mencium hajar aswad...

*******

Saudara2ku tercinta...
Semoga Allah selalu menjaga hati dan fikiran kita agar selalu lembut dan jernih, hingga dapat menangkap petunjuk² Ilahiyah yang sangat halus...
😊❤💕

-peringatan buat diri saya sendiri-