Puaka di rumah
*****
Maaf, saya mungkin agak emosi dengan topik hari ini. 😢 Maka tulisan saya menjadi sedikit panjang.
Baru-baru ini saya melihat nasib malang seorang wanita yang keretanya ditarik. beriya-iya dia mempertahankan keretanya daripada diambil.
Hati terdetik: Mungkinkah ini seorang guru? Melihat kepada caranya mempertahankan hartanya, mungkinkah sebelum ini semua miliknya telah dirampas daripadanya (kebahagiaan, anak, keluarga), dan kereta itulah satu2nya kepunyaannya yang tinggal? Even THAT car was going to be taken away 😭😭
Apakah faktor yang mencetuskan masalah emosi wanita itu? Ia mengingatkan saya kepada kata2 seseorang tahun lalu:
Untunglah perempuan yg dapat suami yg tak 'naik tangan' (mendera fizikal).
Untung? He was absolutely WRONG.
Perempuan yg tidak didera secara fizikal sebenarnya lebih MALANG berbanding yg didera fizikal. Mereka tidak dapat menunjukkan di mana kesan penderaan itu, kerana ia bernanah di hati dan minda. Makan dalam! 😖
Sekiranya mereka mengadu, apa buktinya? Tiada! Mereka nampak sihat fizikal tanpa cacat cela. Silap2 mereka pula dikata mereka cerita...Derhaka!
Tiada siapa tahu makian, carutan dan perang psikologi yg mereka perlu hadap hari2.
Org lihat suami menghantar mereka pergi kerja hari2, wah...baiknya suami. Walhal isteri sudah separuh gila menunggu suami yg sengaja melengah2kan masa hingga last minute baru nak start kereta sehingga isteri sering lewat ke tempat kerja dan dicop pekerja bermasalah.
Balik pula, setengah jam sebelum waktu balik, suami dah tunggu dlm kereta. Ditekan2 minyak mengaum2 sebagai isyarat tanda. Maka isteri pun kelamkabut cari alasan balik segera walaupun mesyuarat sedang berjalan. Dapatlah dia title Pekerja Berkira. 😢
Orang lihat suami isteri sering mengeteh malam2 buta. Wah... sweetnya. Walhal pada masa itu si isteri sudah lunyai keletihan dan perlu bangun pula pukul 4 pagi besoknya menyiapkan makanan & menguruskan anak2 yg akan ke sekolah.
Orang tidak tahu ibu2 muda bangun 2 jam sekali utk bancuh susu anak, ditambah pula dgn suami yg irihati dgn perhatian yg anak dapat (yes...makhluk ni dengan anak pun mereka boleh berdengki) maka mereka juga minta dilayan, maka ibu2 ini dapat tidur maksima 3 jam sahaja. Besoknya pagi2 bersiap hadap jem ke tempat kerja. Suami? Sambung tidur...😬🙄
Orang tidak tahu isteri keluar bekerja pagi2, keletihan sangkut dalam jem dan balik hadap jem lagi sampai rumah disambut dgn tuduhan dan makian lewat sampai rumah kerana ada skandal.
Malam2 bersengkang mata nak mengisi markah murid, dapatkan line SAPS dan 'e' yg lain, dituduh pula berskandal online dgn Encik SAPari atau dgn Encik E.
Orang tidak tahu isteri dihantui dan diserang panggilan telefon dari bank/ pengutip hutang sehingga ke tempat kerja disebabkan suami yg berhutang menggunakan nama isteri tetapi melengah2kan bayaran ansurannya.
Orang tidak tahu dilemanya isteri apabila bergambar beramai2 untuk aktiviti dan apabila suami mengintip telefon dan lihat gambar itu, maka semua lelaki yang berada di kiri-kanan isteri itu ditelefon dan dituduh skandal dengan isterinya!
Kalau dah begitu, patutnya isteri itu disimpan saja di rumah dan suami itu buatlah dua tiga kerja untuk menampung keluarga. Paling tidak pun, carikan isteri itu sekolah yang mana guru2nya perempuan belaka. Boleh?
Apabila ada konflik sebegitu, adakah isteri itu dicederakan secara fizikal? Tidak...sekadar mendapat sedikit panggilan manja perempuan j****g selama seminggu saja...😖😭
Semua itu orang tidak tahu kerana tiada tanda fizikal yg jelas di mata.
Apabila ada guru perempuan yg tiba2 bertindak di luar kawalan dan mengamuk atau memukul muridnya...maka barulah orang tahu.
Apabila ada pekerja perempuan yg acah2 nak pergi main terjun2 laut atau bangunan...maka barulah terbuka mata.
Apabila perempuan collapse di tempat kerja akibat anxiety & keletihan melampau...maka barulah mereka nampak perkara sebenar.
Maka barulah mereka berkata:
Oh kesiannya dia. Kami fikir suaminya sgt baik, nampak loving2 saja.
Well...mereka terpedaya. Suami yg begitulah BAPAK PUAKA sebenarnya. Mereka boleh menghantui siang malam tanpa sesiapa pun menyedari. Memang untunglah si isteri...bolehlah dapat peluang melawat klinik psikiatri.
Memang syurga yg dicari, tetapi jika neraka yg menanti di rumah setiap hari, sejauh manakah jiwa halus isteri mampu menghadapi? 😰
Saya pernah mendengar cerita isteri yang rasa keberatan untuk pulang ke rumah ketika suaminya cuti. Lebih berat hati apabila lihat kereta suami dah ada di rumah, kerana pastinya suami akan tanya kenapa lewat dan disemak kedudukan kerusi kereta dan di dalam kereta untuk cari apa2 yang mencurigakan yg menjurus kepada skandal. 😬😡
Namun, beruntunglah isteri2 kepada ahli SGM ini. Saya lihat suami-suami yg bekerja sebagai guru lebih penyayang dan memahami. Malah yang di dalam SGM ini juga sangat prihatin terhadap isteri. 😍 Alhamdulillah.
Tapi sekiranya anda lihat ada rakan guru/pekerja wanita yang kelihatannya terperangkap dalam belenggu emosi seperti ini, sebagai pentadbir, sebagai rakan, cubalah beri sokongan dan memahami. Yang lelaki, jangan beri sokongan terlebih2 pulak. 😎
Saya mohon, janganlah hanya renung2kan, tapi berilah perhatian. Sebenarnya ada ramai rakan guru kita yang sedang berperang dengan emosinya. Hanya menunggu masa untuk meletus.
Thanks
#rajahood
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Ahad, 9 Februari 2020
Sabtu, 8 Februari 2020
Pengurusan janazah
SENARAI TUGAS PENGURUSAN JENAZAH
Oleh Ipin Upin pada Jumaat, 25 November 2011 jam 9:19 PG
Fasal Pertama : Ketika Nazak
1. AJARKAN KALIMAH SYAHADAH di telinga kanan.
2. HADAPKAN MUKANYA ke arah kiblat dengan kakinya dilunjur kearah kiblat.
3. TITISKAN AIR ke dalam mulut pesakit.
Fasal Kedua : Setelah Mati
- SELIMUTKAN dengan kain yang bersih.
- TANGGALKAN pakaiannya.
- SENAMKAN SENDI tangan dan kakinya.
- PEJAM KEDUA BELAH MATA, ikat dagu dan pergelangan kaki, Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
- HUBUNGI Pegawai Masjid atau Surau.
- BUAT LAPORAN di Balai Polis berhampiran.
- URUSKAN BELIAN kain kapan, alatan mandi, tempat mandi, papan keranda (mengikut keadaan dan keperluan)
- HUBUNGI KENDERAAN JENAZAH dan PENGALI KUBUR.
Fasal Ketiga : Pembelian Alat Kelengkapan Kapan
1. 15 Meter Kain Putih( bidang 60-70 inci untuk orang Dewasa)
2. 3 bantal Kapas.
3. 1 kotak Kapur Barus.
4. 1 botol Air Mawar.
5. 5 bungkus Serbuk Kayu Cendana.
6. 1 botol Minyak Wangi.
7. 1 gulung Tikar berukuran sederhana.
8. Tanah Untuk Tayammum bagi Mayat yang uzur atau Kanak-Kanak Lelaki belum berkhatan.
9. Sebotol “Body Shampoo” / Mandian Buih.
10. Span untuk Mandian.
11. Sekotak Putik Kapas.
12. 3-5 biji Gayung atau Getah Paip.
13. Sarung Tangan Getah / Plastik (digunakan untuk semua Jenazah umum / HIV).
14. Lain-lain keperluan mengikut keadaan Jenazah :-
i) Jag untuk isi air
ii) Limau Nipis
iii) Batu Nisan
iv) Apa-apa jenis Pewangi / Spray / Bakaran
Fasal Keempat: Memotong Kain Kapan
1. Potong Kain Kapan / Kain Putih sama panjang sebanyak Lima (5) helai iaitu :-
i) Tiga (3) helai Kain Kapan
ii) Satu (1) helai Kain Mandi.
iii) Satu (1) helai Kain Lap
2. Satu (1) helai Jubah atau Telekong ( boleh ditambah kain untuk pakaian).
3. Sarung Tangan Kain.
4. Lima Belas (15) Gulung Kayu Penyugi atau seumpanya.
5. Tiga (3) potong Kapas mengikut ukuran Jenazah iaitu :-
i) Dua (2) potong diletakkan pada Belakang Badan Jenazah.
ii) Satu (1) potong diletakkan pada Atas Dada Jenazah.
6. Tiga (3) potong Kapas berukuran 2 kaki setiap satu.
i) diletakkan pada bahu sehingga ke hujung jari tangan kanan.
ii) diletakkan pada bahu sehingga ke hujung jari tangan kiri
iii) Lilitan pada kepala.
7. Lima (5) utas Tali Pengikat (di ambil dari tepi kain kapan atau seumpamanya).
Fasal Kelima : Peralatan Kelengkapan Mandi
1. Tempat Khas untuk Memandikan Jenazah.
2. Tiga (3) buah Besen / Baldi untuk takungan air.
3. Tiga (3) buah Gayung / Getah Paip Air
4. Satu (1) botol Body Syampooo / Mandian Buih
5. Sarung Tangan Getah dan kain yang secukupnya.
6. Serbuk Kayu Cendana.
7. Span Untuk Mandian.
8. Kapur Barus
9. Kapas Gulung (mengikut keperluan).
10. Gunting / Pisau.
11. Pewangi / Spray / Bakaran mengikut keperluan.
Fasal Keenam : Pengurusan Jenazah HIV
Pengurusan Jenazah HIV adalah tanggungjawab keluarga Si Mati dan FARDU KIFAYAH dari hukum Syarak. Pihak hospital atau klinik kesihatan kerajaan tidak menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bagi Pengurusan Jenazah tersebut.
Peralatan Mandi Jenazah HIV
- Baju Khas atau Apron Plastik (kalis air) untuk dipakai oleh setiap petugas (digalakkan).
- Sarung Tangan Getah / Plastik (sebaik-baiknya sebanyak 2 lapis)
- Penutup Mulut dan Pelindung Mata (digalakkan).
- But Getah yang panjang.
- Penyepit @ Alatan yang berfungsi sebagai Pemegang Kapas.
- Gunting.
- Kapas.
- Bahan Peluntur seperti Clorok (nisbah 1 : 9 - iaitu Satu (1) bahagian Bahan Peluntur dibancuh dengan Sembilan (9) bahagian Air Mutlak.)
Fasal Ketujuh : Mandi
- Senamkan dan lembutkan sendi tangan dan kakinya.
- Siram dengan Air Mutlak sehingga rata ke seluruh anggotannya.
- Bersihkan jari / kuku tangan dan kaki, kedua cuping telinga, lubang hidung dan sugi giginya.
- Angkat Jenazah setinggi 10°-15°. Tekan perutnya dengan tangan kanan dan istinjak dengan tangan kiri yang berbalut / bersarung.
- Wudukkan Jenazah (boleh di awal atau di akhir).
- Siram dan gosok bahagian atas badan dengan air mutlak bercampur body shampoo dari kepala hingga ke kaki.
- Siram dan gosok bahagian rusuk kanan.
- Siram dan gosok bahagian rusuk kiri.
- Iringkan badannya dengan rusuk kanan, siram dan gosok keseluruhannya.
- lringkan badannya dengan rusuk kiri, siram dan gosok keseluruhannya.
- Telentangkan Badannya dan siram dengan air mutlak.
- SUNAT di ulangi sebanyak Tiga (3) kali mandi ke atas Jenazah tersebut.
- Wudukkan Jenazah jika belum diwudukkan.
- Siram sebanyak Tiga (3) kali bermula dari kepala sehingga ke kaki dengan air mutlak yang
- bercampur Air Kapur Barus dan Kayu Cendana.
- Salinkan kain mandi dengan kain lap serta lapkan hingga kering.
Fasal Kelapan : Mandi Jenazah HIV
- Sediakan Bancuhan Peluntur (Clorok) dan Air Mutlak dengan nisbah (1:9) di dalam bekas yang mencukupi.
- Siram dengan air yang telah dicampur ke seluruh tubuh badan Jenazah.
- Bersih dan sumbatkan semua rongga seperti mulut, telinga, hidung, faraj dengan menggunakan kapas yang dicelup dengan air campuran bahan peluntur menggunakan penyepit.
- Lakukan langkah seterusnya seperti Jenazah biasa.
- Bilas dengan air campuran bahan peluntur.
Fasal Kesembilan : Jenazah Reput / Hancur
- Bentangkan sehelai kain putih dan masukkan cebisan daging / tulang ke dalam kain yang di tegang setiap penjuru.
- Siram dengan air mutlak.
- Wudukkan dan mandi hanya dengan niat seandainya bermasaalah.
- Siram dengan air body shampoo sehingga diyakini bersih dan suci.
- Cantumkan semua penjuru kain dan dibunjutkan.
- Bentangkan Tiga (3) lapis kain kapan dan Satu (1) helai plastik yang telah dibentangkan kapas di atasnya serta taburkan Serbuk Cendana dan Kapur Barus.
- Letakkan Jenazah yang telah dibunjutkan di atas plastik dan bunjutkan kesemuanya.
Fasal Kesepuluh : Mengkapankan Jenazah
- Bentangkan Tiga (3) helai Kain Kapan.
- Bentangkan Jubah atau Telekong.
- Bentangkan Dua (2) potong Kapas yang panjang dan taburkan Serbuk Kayu Cendana, Kapur Barus di atas kapas tersebut.
- Letakkan Jenazah di atas kapas yang disediakan.
- Bentangkan Satu (1) potong kapas yang panjang di atas dada Jenazah bermula daripada leher hingga ke kaki.
- Bentangkan Dua (2) potong kapas yang pendek pada bahu kanan dan kiri, lilitan pada kepala dan pakaikan serban / serkup kepala bagi Perempuan.
- Lipatkan jubah / telekong / kain kapan dimulai pada sebelah kiri ke kanan dan kemudaiannya dari kanan ke kiri sehingga lapisan terakhir.
- Ikat Jenazah dengan Lima (5) Tali Pengikat dan disimpulkan pada sebelah rusuk kiri.
Fasal Kesebelas : Mengkapankan Jenazah HIV
- Bentangkan Tiga (3) helai Kain Kapan.
- Bentangkan Lapisan Plastik Lut Sinar yang lembut.
- Bentangkan Jubah / Telekong.
- Bentangkan Kapas seperti Jenazah biasa di atas Jubah / Telekong.
- Lakukan langkah seterusnya seperti Jenazah biasa.
- Pastikan semua rongga disumbat semula dengan kapas yang direndam dengan campuran Air Mutlak dan Clorok.
Fasal Kedua Belas : Solat Jenazah
- SUNAT dibuat dalam Tiga (3) Saf.
- Kepala Jenazah LELAKI hendaklah di sebelah KIRI Imam dan kepala Jenazah PEREMPUAN / KHUNSA di sebelah KANAN Imam.
- Imam berdiri selari dengan bahu Jenazah Lelaki dan Imam berdiri selari pada pinggang Jenazah Perempuan.
Fasal Ketiga Belas : Syarat-Syarat Solat Jenazah
- Jenazah itu adalah Muslim.
- Jenazah hendaklah disuci terlebih dahulu dengan Air Mutlak atau Tayammum.
- Jenazah hendaklah diletakkan di sebelah Kiblat.
- Orang yang menyembahyangkannya tidak membelakangi Jenazah.
nikah di masjid
*Sedikit peringatan tentang nikah d masjid*
Nak nikah kat masjid kena patuhi undang-undang dirumah Allah.
1) Baju pengantin perempuan pastikan menutup aurat dgn sempurna. Maksudnya takboleh ketat macam kerengga. Takboleh belanja dada. Wajib pakai stokin.
2) Kawan-kawan perempuan wajib menutup aurat dengan sempurna. Temasuk pakai stokin. Dan baju tudung tak boleh ketat. Takboleh tudung atas dada. Asingan jauh lelaki dengan perempuan.
3) Sarung cincin sarung dekat rumah. Di masjid tak boleh bersentuhan lelaki dengan perempuan, cukup sekadar serahan mas kahwin.
Tapi kita semua tak nampak. *Rumah Allah kita buat macam rumah kita.*
*Sepatutnya masuk masjid kena solat sunat dua rakaat.* Tapi bila akad nikah *tak ada pun solat sunat masuk masjid.?*
Malah perempuan majoriti aurat tak tutup dengan sempurna kaki wajib tutup, baju ketat tudung singkat.
Rumah Allah orang sudah tak hormat.
Banyak benda nak kena betulkan. Kalau nak nikah kat masjid. *Kena belajar adab dalam masjid.*
Bukan pentingkan adat. Nak kena cukupkan hantaran dll. Itu je orang fokus.
Kalau tak mampu patuhi adab masjid. Jangan nikah di masjid. Nikah kat mana-mana boleh. Penting adab kena jaga.
Info dari kariah masjid wilayah......ingat mengingatkn...manusia mudah lupa...yang mna adat yang mana syariat

Ahad, 26 Januari 2020
studi last minute
26 Januari 2017...Tepat 1:11 am....
Siapa student KMS yang masih tak tidur lagi....kenapa tak tidur lagi?
Tak pe...saya faham.....
Kita geng...""
Study "last minute" tak melambangkan kita pemalas cuma kita ni jenis yang perlu belajar dalam tekanan baru masuk....kalau tak de tekanan...memang tak jalan...
Bila tiada tekanan...apa yang kita baca tu seolah2 tak dapat masuk....bukan kita baca buku...tapi buku yang dah dapat baca perangai kita...
Cumanya kalau kita tak sempat nak baca semua topik....bila keluar dalam "exam" topik yang kita tak sempat "cover", mesti diri ni rasa penuh sesalan....itu lumrah seorang pelajar "last minute"....
Kepada student "last minute"... Teman nak pesan skit...khas untuk mike....
Kalau boleh buat peta minda dan nota "super duper hyper" ringkas...melihat, membaca, sebut, dengar apa yg disebut serta menulis lagi cepat masuk berbanding melihat dan membaca dalam hati sahaja...
Baca kuat2 bila dah last minute ni....lantak la orang nak cakap apa....
Ingat....masa baca...fokus pada key point...hafal dan fahamkan....lepas tu baca sepintas lalu "Elaboration" dia untuk lebih menghayati....last minute macam ni...dah tak sempat nak baca panjang2 dah....terpulang pada skill "menggoreng" masing2....
"Key Point" yang kukuh dicampur dengan "skill goreng" elaboration" yang mantap akan menghasilkan jawapan yang KBKK bukannya sebiji2 macam "skema jawapan"....
Kalau mike dapat pensyarah yang berjiwa KBAT bukan KBAS atau KBAR apatah lagi KBTA....confirm dia suka...kalau dapat pensyarah yang skematik...pasrah la dengan result yang dapat....
Teman ni bukannya best student..tak kurang sangat...tak lebih sangat...sederhana sahaja semasa di U dulu....sedikit nasihat dari pengalaman bila dah jadi psyarah kimi-A! ni...teman jumpa banyak manusia jenis "skematik" di luar sini...kalau teman nak cari pekerja dan business partner yang cemerlang...teman cari manusia yang berjiwa KBAPT bukannya robot atau pakar menghafal sedunia aka rote learning....!
p/s: Nasihat di atas hanya sesuai untuk mereka yang "Last Minute is Our Trust" namun kurang sesuai dengan mereka yang "Practice Makes Perfect"
Yang mana dah selesa....Sila stay dengan "skill" dan "habit" anda masing2..
Courtesy Zuhairil Zainul

Jumaat, 24 Januari 2020
tahajjud
SOLAT SUNAT TAHAJJUD Secara Ringkas
Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar.
Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar.
Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga sebelum masuk waktu subuh.
Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian.
Dan sangat baik di lakukanlah lebih dari 2 rakaat, sebanyak yang di sukai, tiada had, jika mampu.
Tetapi jika tidak mampu, memadai lah sekadar solat 2 rakaat, yg sebaiknya di lakukan setiap malam secara berterusan.
✅ CARA Solat Sunat Tahajjud
Lafaz niat:
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"
✅ BACAAN ketika solat sunat tahajjud
1. Pada rakaat pertama baca Surah Al Fatihah dan Surah Al-Kafirun.
2. Pada rakaat kedua selepas Surah Al Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas.
ATAU baca saja mana-mana surah lain yang anda tahu.
✅ BERDOA Selepas Solat Tahajjud
Selepas memberi salam & selesai solat, bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau minta lah apa sahaja hajat dalam bahasa kita sendiri.
Bermohonlah sepenuh hati.
Selamat berjihad sahabat

Langgan:
Catatan (Atom)