Sabtu, 8 Februari 2020

Pengurusan janazah

SENARAI TUGAS PENGURUSAN JENAZAH

Fasal Pertama   :  Ketika Nazak
1.             AJARKAN KALIMAH SYAHADAH di telinga kanan.
2.             HADAPKAN MUKANYA ke arah kiblat dengan kakinya dilunjur kearah kiblat.
3.             TITISKAN AIR ke dalam mulut pesakit.

Fasal Kedua    :  Setelah Mati
  1. SELIMUTKAN dengan kain yang bersih.
  2. TANGGALKAN pakaiannya.
  3. SENAMKAN SENDI tangan dan kakinya.
  4. PEJAM KEDUA BELAH MATA, ikat dagu dan pergelangan kaki, Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.
  5. HUBUNGI Pegawai Masjid atau Surau.
  6. BUAT LAPORAN di Balai Polis berhampiran.
  7. URUSKAN BELIAN kain kapan, alatan mandi, tempat mandi, papan keranda (mengikut keadaan dan keperluan)
  8. HUBUNGI KENDERAAN JENAZAH dan PENGALI KUBUR.

Fasal Ketiga : Pembelian Alat Kelengkapan Kapan
1.             15 Meter Kain Putih( bidang 60-70 inci untuk orang Dewasa)
2.             3 bantal Kapas.
3.             1 kotak Kapur Barus.
4.             1 botol Air Mawar.
5.             5 bungkus Serbuk Kayu Cendana.
6.             1 botol Minyak Wangi.
7.             1 gulung Tikar berukuran sederhana.
8.             Tanah Untuk Tayammum bagi Mayat yang uzur atau Kanak-Kanak Lelaki belum berkhatan.
9.             Sebotol “Body Shampoo” / Mandian Buih.
10.          Span untuk Mandian.
11.          Sekotak Putik Kapas.
12.          3-5 biji Gayung atau Getah Paip.
13.          Sarung Tangan Getah / Plastik (digunakan untuk semua Jenazah umum / HIV).
14.          Lain-lain keperluan mengikut keadaan Jenazah :-
i)              Jag untuk isi air
ii)             Limau Nipis
iii)            Batu Nisan
iv)            Apa-apa jenis Pewangi / Spray / Bakaran

Fasal Keempat: Memotong Kain Kapan
1.             Potong Kain Kapan / Kain Putih sama panjang sebanyak Lima (5) helai iaitu :-
i)              Tiga (3) helai Kain Kapan
ii)             Satu (1) helai Kain Mandi.
iii)            Satu (1) helai Kain Lap
2.             Satu (1) helai Jubah atau Telekong ( boleh ditambah kain untuk pakaian).
3.             Sarung Tangan Kain.
4.             Lima Belas (15) Gulung Kayu Penyugi atau seumpanya.
5.             Tiga (3) potong Kapas mengikut ukuran Jenazah iaitu :-
i)              Dua (2) potong diletakkan pada Belakang Badan Jenazah.
ii)             Satu (1) potong diletakkan pada Atas Dada Jenazah.
6.             Tiga (3) potong Kapas berukuran 2 kaki setiap satu.
i)              diletakkan pada bahu sehingga ke hujung jari tangan kanan.
ii)             diletakkan pada bahu sehingga ke hujung jari tangan kiri
iii)            Lilitan pada kepala.
7.             Lima (5) utas Tali Pengikat (di ambil dari tepi kain kapan atau seumpamanya).

Fasal Kelima : Peralatan Kelengkapan Mandi
1.             Tempat Khas untuk Memandikan Jenazah.
2.             Tiga (3) buah Besen / Baldi untuk takungan air.
3.             Tiga (3) buah Gayung / Getah Paip Air
4.             Satu (1) botol Body Syampooo / Mandian Buih
5.             Sarung Tangan Getah dan kain yang secukupnya.
6.             Serbuk Kayu Cendana.
7.             Span Untuk Mandian.
8.             Kapur Barus
9.             Kapas Gulung (mengikut keperluan).
10.          Gunting / Pisau.
11.          Pewangi / Spray / Bakaran mengikut keperluan.

Fasal Keenam   :   Pengurusan Jenazah HIV
Pengurusan Jenazah HIV adalah tanggungjawab keluarga Si Mati dan FARDU KIFAYAH dari hukum Syarak. Pihak hospital atau klinik kesihatan kerajaan tidak menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bagi Pengurusan Jenazah tersebut.


Peralatan Mandi Jenazah HIV

  1. Baju Khas atau Apron Plastik (kalis air) untuk dipakai oleh setiap petugas (digalakkan).
  2. Sarung Tangan Getah / Plastik (sebaik-baiknya sebanyak 2 lapis)
  3. Penutup Mulut dan Pelindung Mata (digalakkan).
  4. But Getah yang panjang.
  5. Penyepit @ Alatan yang berfungsi sebagai Pemegang Kapas.
  6. Gunting.
  7. Kapas.
  8. Bahan Peluntur seperti Clorok (nisbah 1 : 9 - iaitu Satu (1) bahagian Bahan Peluntur dibancuh dengan Sembilan (9) bahagian Air Mutlak.)

Fasal Ketujuh   :  Mandi

  1. Senamkan dan lembutkan sendi tangan dan kakinya.
  2. Siram dengan Air Mutlak sehingga rata ke seluruh anggotannya.
  3. Bersihkan jari / kuku tangan dan kaki, kedua cuping telinga, lubang hidung dan sugi giginya.
  4. Angkat Jenazah setinggi 10°-15°. Tekan perutnya dengan tangan kanan dan istinjak dengan tangan kiri yang berbalut / bersarung.
  5. Wudukkan Jenazah (boleh di awal atau di akhir).
  6. Siram dan gosok bahagian atas badan dengan air mutlak bercampur body shampoo dari kepala hingga ke kaki.
  7. Siram dan gosok bahagian rusuk kanan.
  8. Siram dan gosok bahagian rusuk kiri.
  9. Iringkan badannya dengan rusuk kanan, siram dan gosok keseluruhannya.
  10. lringkan badannya dengan rusuk kiri, siram dan gosok keseluruhannya.
  11. Telentangkan Badannya dan siram dengan air mutlak.
  12. SUNAT di ulangi sebanyak Tiga (3) kali mandi ke atas Jenazah tersebut.
  13. Wudukkan Jenazah jika belum diwudukkan.
  14. Siram sebanyak Tiga (3) kali bermula dari kepala sehingga ke kaki dengan air mutlak yang
  15. bercampur Air Kapur Barus dan Kayu Cendana.
  16. Salinkan kain mandi dengan kain lap serta lapkan hingga kering.

Fasal Kelapan   :  Mandi Jenazah HIV 
  1.  Sediakan Bancuhan Peluntur (Clorok) dan Air Mutlak dengan nisbah (1:9) di dalam bekas yang mencukupi.
  2. Siram dengan air yang telah dicampur ke seluruh tubuh badan Jenazah.
  3. Bersih dan sumbatkan semua rongga seperti mulut, telinga, hidung, faraj dengan menggunakan kapas yang dicelup dengan air campuran bahan peluntur menggunakan penyepit.
  4. Lakukan langkah seterusnya seperti Jenazah biasa.
  5. Bilas dengan air campuran bahan peluntur.

Fasal Kesembilan   :  Jenazah Reput / Hancur
  1. Bentangkan sehelai kain putih dan masukkan cebisan daging / tulang ke dalam kain yang di tegang setiap penjuru.
  2. Siram dengan air mutlak.
  3. Wudukkan dan mandi hanya dengan niat seandainya bermasaalah.
  4. Siram dengan air body shampoo sehingga diyakini bersih dan suci.
  5. Cantumkan semua penjuru kain dan dibunjutkan.
  6. Bentangkan Tiga (3) lapis kain kapan dan Satu (1) helai plastik yang telah dibentangkan kapas di atasnya serta taburkan Serbuk Cendana dan Kapur Barus.
  7. Letakkan Jenazah yang telah dibunjutkan di atas plastik dan bunjutkan kesemuanya.

Fasal Kesepuluh    :    Mengkapankan Jenazah

  1. Bentangkan Tiga (3) helai Kain Kapan.
  2. Bentangkan Jubah atau Telekong.
  3. Bentangkan Dua (2) potong Kapas yang panjang dan taburkan Serbuk Kayu Cendana, Kapur Barus di atas kapas tersebut.
  4. Letakkan Jenazah di atas kapas yang disediakan.
  5. Bentangkan Satu (1) potong kapas yang panjang di atas dada Jenazah bermula daripada leher hingga ke kaki.
  6. Bentangkan Dua (2) potong kapas yang pendek pada bahu kanan dan kiri, lilitan pada kepala dan pakaikan serban / serkup kepala bagi Perempuan.
  7. Lipatkan jubah / telekong / kain kapan dimulai pada sebelah kiri ke kanan dan kemudaiannya dari kanan ke kiri sehingga lapisan terakhir.
  8. Ikat Jenazah dengan Lima (5) Tali Pengikat dan disimpulkan pada sebelah rusuk kiri.

Fasal Kesebelas   :   Mengkapankan Jenazah HIV
  1. Bentangkan Tiga (3) helai Kain Kapan.
  2. Bentangkan Lapisan Plastik Lut Sinar yang lembut.
  3. Bentangkan Jubah / Telekong.
  4. Bentangkan Kapas seperti Jenazah biasa di atas Jubah / Telekong.     
  5. Lakukan langkah seterusnya seperti Jenazah biasa.
  6. Pastikan semua rongga disumbat semula dengan kapas yang direndam dengan campuran Air Mutlak dan Clorok.

Fasal Kedua Belas  :   Solat Jenazah
  1. SUNAT dibuat dalam Tiga (3) Saf.
  2. Kepala Jenazah LELAKI hendaklah di sebelah KIRI Imam dan kepala Jenazah PEREMPUAN / KHUNSA di sebelah KANAN Imam.
  3. Imam berdiri selari dengan bahu Jenazah Lelaki dan Imam berdiri selari pada pinggang Jenazah Perempuan.

Fasal Ketiga Belas  :   Syarat-Syarat Solat Jenazah
  1.  Jenazah itu adalah Muslim.
  2. Jenazah hendaklah disuci terlebih dahulu dengan Air Mutlak atau Tayammum.
  3. Jenazah hendaklah diletakkan di sebelah Kiblat.
  4. Orang yang menyembahyangkannya tidak membelakangi Jenazah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan