Puaka di rumah
*****
Maaf, saya mungkin agak emosi dengan topik hari ini. 😢 Maka tulisan saya menjadi sedikit panjang.
Baru-baru ini saya melihat nasib malang seorang wanita yang keretanya ditarik. beriya-iya dia mempertahankan keretanya daripada diambil.
Hati terdetik: Mungkinkah ini seorang guru? Melihat kepada caranya mempertahankan hartanya, mungkinkah sebelum ini semua miliknya telah dirampas daripadanya (kebahagiaan, anak, keluarga), dan kereta itulah satu2nya kepunyaannya yang tinggal? Even THAT car was going to be taken away 😭😭
Apakah faktor yang mencetuskan masalah emosi wanita itu? Ia mengingatkan saya kepada kata2 seseorang tahun lalu:
Untunglah perempuan yg dapat suami yg tak 'naik tangan' (mendera fizikal).
Untung? He was absolutely WRONG.
Perempuan yg tidak didera secara fizikal sebenarnya lebih MALANG berbanding yg didera fizikal. Mereka tidak dapat menunjukkan di mana kesan penderaan itu, kerana ia bernanah di hati dan minda. Makan dalam! 😖
Sekiranya mereka mengadu, apa buktinya? Tiada! Mereka nampak sihat fizikal tanpa cacat cela. Silap2 mereka pula dikata mereka cerita...Derhaka!
Tiada siapa tahu makian, carutan dan perang psikologi yg mereka perlu hadap hari2.
Org lihat suami menghantar mereka pergi kerja hari2, wah...baiknya suami. Walhal isteri sudah separuh gila menunggu suami yg sengaja melengah2kan masa hingga last minute baru nak start kereta sehingga isteri sering lewat ke tempat kerja dan dicop pekerja bermasalah.
Balik pula, setengah jam sebelum waktu balik, suami dah tunggu dlm kereta. Ditekan2 minyak mengaum2 sebagai isyarat tanda. Maka isteri pun kelamkabut cari alasan balik segera walaupun mesyuarat sedang berjalan. Dapatlah dia title Pekerja Berkira. 😢
Orang lihat suami isteri sering mengeteh malam2 buta. Wah... sweetnya. Walhal pada masa itu si isteri sudah lunyai keletihan dan perlu bangun pula pukul 4 pagi besoknya menyiapkan makanan & menguruskan anak2 yg akan ke sekolah.
Orang tidak tahu ibu2 muda bangun 2 jam sekali utk bancuh susu anak, ditambah pula dgn suami yg irihati dgn perhatian yg anak dapat (yes...makhluk ni dengan anak pun mereka boleh berdengki) maka mereka juga minta dilayan, maka ibu2 ini dapat tidur maksima 3 jam sahaja. Besoknya pagi2 bersiap hadap jem ke tempat kerja. Suami? Sambung tidur...😬🙄
Orang tidak tahu isteri keluar bekerja pagi2, keletihan sangkut dalam jem dan balik hadap jem lagi sampai rumah disambut dgn tuduhan dan makian lewat sampai rumah kerana ada skandal.
Malam2 bersengkang mata nak mengisi markah murid, dapatkan line SAPS dan 'e' yg lain, dituduh pula berskandal online dgn Encik SAPari atau dgn Encik E.
Orang tidak tahu isteri dihantui dan diserang panggilan telefon dari bank/ pengutip hutang sehingga ke tempat kerja disebabkan suami yg berhutang menggunakan nama isteri tetapi melengah2kan bayaran ansurannya.
Orang tidak tahu dilemanya isteri apabila bergambar beramai2 untuk aktiviti dan apabila suami mengintip telefon dan lihat gambar itu, maka semua lelaki yang berada di kiri-kanan isteri itu ditelefon dan dituduh skandal dengan isterinya!
Kalau dah begitu, patutnya isteri itu disimpan saja di rumah dan suami itu buatlah dua tiga kerja untuk menampung keluarga. Paling tidak pun, carikan isteri itu sekolah yang mana guru2nya perempuan belaka. Boleh?
Apabila ada konflik sebegitu, adakah isteri itu dicederakan secara fizikal? Tidak...sekadar mendapat sedikit panggilan manja perempuan j****g selama seminggu saja...😖😭
Semua itu orang tidak tahu kerana tiada tanda fizikal yg jelas di mata.
Apabila ada guru perempuan yg tiba2 bertindak di luar kawalan dan mengamuk atau memukul muridnya...maka barulah orang tahu.
Apabila ada pekerja perempuan yg acah2 nak pergi main terjun2 laut atau bangunan...maka barulah terbuka mata.
Apabila perempuan collapse di tempat kerja akibat anxiety & keletihan melampau...maka barulah mereka nampak perkara sebenar.
Maka barulah mereka berkata:
Oh kesiannya dia. Kami fikir suaminya sgt baik, nampak loving2 saja.
Well...mereka terpedaya. Suami yg begitulah BAPAK PUAKA sebenarnya. Mereka boleh menghantui siang malam tanpa sesiapa pun menyedari. Memang untunglah si isteri...bolehlah dapat peluang melawat klinik psikiatri.
Memang syurga yg dicari, tetapi jika neraka yg menanti di rumah setiap hari, sejauh manakah jiwa halus isteri mampu menghadapi? 😰
Saya pernah mendengar cerita isteri yang rasa keberatan untuk pulang ke rumah ketika suaminya cuti. Lebih berat hati apabila lihat kereta suami dah ada di rumah, kerana pastinya suami akan tanya kenapa lewat dan disemak kedudukan kerusi kereta dan di dalam kereta untuk cari apa2 yang mencurigakan yg menjurus kepada skandal. 😬😡
Namun, beruntunglah isteri2 kepada ahli SGM ini. Saya lihat suami-suami yg bekerja sebagai guru lebih penyayang dan memahami. Malah yang di dalam SGM ini juga sangat prihatin terhadap isteri. 😍 Alhamdulillah.
Tapi sekiranya anda lihat ada rakan guru/pekerja wanita yang kelihatannya terperangkap dalam belenggu emosi seperti ini, sebagai pentadbir, sebagai rakan, cubalah beri sokongan dan memahami. Yang lelaki, jangan beri sokongan terlebih2 pulak. 😎
Saya mohon, janganlah hanya renung2kan, tapi berilah perhatian. Sebenarnya ada ramai rakan guru kita yang sedang berperang dengan emosinya. Hanya menunggu masa untuk meletus.
Thanks
#rajahood
Tiada ulasan:
Catat Ulasan