Jumaat, 24 Januari 2020

tahajjud

SOLAT SUNAT TAHAJJUD Secara Ringkas

Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar.

Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar.

Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga sebelum masuk waktu subuh.

Sembahyang ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian.

Dan sangat baik di lakukanlah lebih dari 2 rakaat, sebanyak yang di sukai, tiada had, jika mampu.

Tetapi jika tidak mampu, memadai lah sekadar solat 2 rakaat, yg sebaiknya di lakukan setiap malam secara berterusan.

✅ CARA Solat Sunat Tahajjud

Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"

✅ BACAAN ketika solat sunat tahajjud

1. Pada rakaat pertama baca Surah Al Fatihah dan Surah Al-Kafirun.

2. Pada rakaat kedua selepas Surah Al Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas.

ATAU baca saja mana-mana surah lain yang anda tahu.

✅ BERDOA Selepas Solat Tahajjud

Selepas memberi salam & selesai solat, bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau minta lah apa sahaja hajat dalam bahasa kita sendiri.

Bermohonlah sepenuh hati.

Selamat berjihad sahabat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan