Dimensi dan Kualiti Kehidupan: Biasanya kita selalu memikirkan yg dimensi merupakan pengukuran kedudukan atau size sesuatu objek..kita sukat x, y dan z...contoh jika kita ada sebuah kereta maka kita ukur panjang, lebar dan tinggi..jadi itu menjadi 3 dimensi.
Jika kereta itu boleh terbang (spt kereta terbang), kita akan beri tambahan satu lagi dimensi iaitu masa (t=time) sbb nya pada masa mula t=0 dia ada bersama kita..selepas beberapa minit, dia dah berada di kedudukan lain.
Dalam kehidupan juga kita ada dimensi. Pembolehubah x, y dan z menunjukkan kedudukan (lokasi) di mana kita tinggal misalnya. Dimensi seterusnya (yg keempat) adalah masa iaitu di mana kedudukan umur kita...dan dimensi yg seterusnya yg sgt penting ialah dimensi kelima yg dinamakan KUALITI KEHIDUPAN (Quality of Life).
Mengikut Kesatuan Eropah (EU), kualiti kehidupan boleh diukur dgn menggunakan 8 petunjuk (indicator).
Indikator 1: Keadaan Kehidupan Material - merangkumi pendapatan, harta milik: rumah/keadaan rumah, kereta, bil anak, bil isteri dll.
Indikator 2: Produktif atau Aktiviti Utama - kerja atau tidak, atau belajar, berpencen..jika bekerja pula adakah kerja bergaji atau sukarela...adakah kerja tetap atau sementara/kontrak
Indikator 3: Kesihatan - sihat/sakit
Indikator 4: Pendidikan - sampai mana tahap pendidikan dicapai...sbb tahap pendidikan menentukan pengetahuan, nilai dan kemahiran yg akhirnya boleh dikaitkan dgn pendapatan
Indikator 5: Berhibur dan Interaksi Sosial - jika banyak duit boleh selalu pergi berhibur (mkn angin, main bowling, tengok movies dll)...jika ada ramai kawan bersosial pun dah cukup bagus, bepersatuan, group wa dll
Indikator 6: Jaminan ekonomi serta jaminan keselamatan - adakah kita mampu menerima tekanan perbelanjaan yg tetiba meningkat...atau adakah kita rasa sentiasa tak selamat utk tinggalkan kereta/rumah atau berjalan sendirian
Indikator 7: Pentadbiran/Kerajaan dan Hak Asasi - inilah yg selalu kita pertikaikan (hak manusia sejagat, pematuhan undang-undang, kerajaan yg boleh dipercayai)..sistem kehakiman, polisi kerajaan, perkhidmatan awam..rasuah, gangguan politik, prejudis, ketelusan dll.
Indikator 8: Persekitaran Tempat Tinggal - pencemaran dan kebersihan sekitaran..ini menentukan kesihatan kita serta nilai hartanah yg kita punyai. Jika kwsn tak molek, harga rumah/tanah semua jatuh.
Indikator 9: Pengalaman Kehidupan secara Menyeluruh - jika kita diberi skala 1 hingga 10, dimanakah kedudukan kepuasan kehidupan kita skrg...nombor 1 bagi yg sgt tak berpuashati dgn kehidupannya masa kini atau nombor 10 bagi yg sgt seronok dgn kehidupannya. Kita boleh cuba yg ini..purata kat EU adalah sekitar 7.
Secara ringkasnya, pada masa kini kita rakyat Msia sangat menumpukan kepada Indikator ke-7..dan kita lupa semua 7 lagi indikator kehidupan yg sgt penting yg kita perlu jaga dan uruskan. Fikirkan lah...semoga kita mendapat rahmatNya..ameen.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan