Rabu, 15 Januari 2020

akhirat

Persiapan Awal..

Seorg pemuda lalu disebuah negeri.. Kekecohan sdg berlaku..Lalu si pemuda pergi menyiasat..
Rupanya mereka dlm proses melantik raja.. Yg peliknya.. Seorang pun tak sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut..
Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah... Sesiapa yg dilantik menjadi raja atau pemerintah..Dia akan dibuang negara di padang tandus slps 10 tahun memerintah😯
Pemuda tadi mengangkat tangan.. "saya sanggup!"
Maka dia dilantik menjadi raja /pemerintah negara itu.
Org ramai mgatakan pemuda ini bodoh.. Hilang akal..
Tamak pangkat..
 dan sebagainya....😰

Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah.. Dia menghantar orang  untuk meninjau tanah tandus yg bakal dia dibuang selepas 10 tahun nanti..
Tahun kedua.. Pemuda mula menghantar jurutera untuk membina jalan :
Tahun ketiga.. Menghantar expert dlm bidang pertanian utk bercucuk tanam
Tahun ke empat engineer mula membangunkan bangunan² canggih..
Dan seterusnya..
Sehinggalah tahun ke 10..

Pemuda tersebut tidak sabar utk dibuang negeri😄
Masanya tiba..
Beliau sudah bersedia..
Kerana..
Sang pemuda tahu..
Dia sudah mghntar "bekalan" terlebih dahulu sbgi persediaaan..

Kesimpulannya..
Ibarat hidup kita..
Kita tahu yg kita akan "dibuang" ke "tempat itu"

Sudahkah kita mengirimkan bekalan?
Adakah tempat itu padang tandus..
Atau sudahkah kita semai benih benih yg akan menjadi pohon rimbun?
Sudahkah kita kirim "bahan binaan" utk membina sebuah mahligai yg akan kita diami? Atau biarkan saja ia kekal sebagai padang tandus..😪

ITULAH GAMBARAN AKHIRAT KELAK .

Sudah bersediakah kita dgn bekalan2nya ❓

Wallahu'alam والله اعلم🌹🤲

Tiada ulasan:

Catat Ulasan