Isnin, 13 Januari 2020

flipp classroom

Pengalaman Flip Classroom saya sebagai pemudah cara di tutor

1. Maklumkan pelajar untuk buat ulangkaji bagi topik alkene C=C melalui aplikasi whatsapp. Ujian topikal akan diberikan semasa sesi tutorial nanti

2. Sesi tutorial: ujian selama 1 jam.

3. selepas 20 minit pertama ujian dijalankan, saya benarkan pelajar untuk bertanya mana mana part yang mereka tidak faham atau perlukan penjelasan dalam masa 10 minit sahaja. sesi ini bagus untuk menggalakkan pelajar bertanya dan saya juga dapat kenalpasti kemampuan pelajar secara individu dan salah faham pelajar.

4. selepas 30 minit ujian dijalankan saya benarkan pelajar buka nota. hal ini bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menyemak semula jawapan mereka atau sebarang perkara yang mereka terlupa dan terlepas pandang. biasalah, masa pengajar bagi penerangan, semua rasa mudah dan macam boleh je buat. bila buat sendiri baru perasan, ianya tak semudah yang disangka. open book test sehingga tamat ujian.

5. berbaki lagi 15 minit sebelum ujian tamat, saya benarkan pelajar duduk secara berkumpulan max tiga orang untuk bandingkan jawapan dan berbincang mahupun meniru. bagi saya, tidaklah active learning jika tiada collaborative learning.

6. 5 minit sebelum ujian tamat, saya benarkan pelajar tengok jawapan untuk dibandingkan dengan jawapan mereka. Ini bagi memudahkan pelajar mengenalpasti kesilapan yang mereka lalukan. Sekiranya betul, mereka merasa lega.

7. Skrip jawapan akan disemak oleh rakan praktikum lain bersama sama dengan saya. Saya mengajar 3 tutor. Jadi saya tukar tukar sahaja. Ini bagi membiasakan pelajar dengan situasi penandaan. Aspek skema pemarkahan dan kekemasan jawapan amat saya tekankan.

8. Bila diserahkan semula kertas jawapan dan markah kepada pelajar, saya minta pelajar semak semula kertas mereka. Kot kot ada salah kira penandaan dan pemarkahan yang dilakukan rakan mereka. Pelajar dibenarkan argue jawapan mereka dengan saya jika merasakan ianya betul. Jika jawapan mereka memang salah, mereka lebih jelas kesalahan mereka. Jika betul, extra mark lah!

Sekian, refleksi pembelajaran saya hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan