Isnin, 13 Januari 2020

anggur

Kenapa ramai graduan menganggur?

Mengikut statistik, pada bulan Nov tahun 2019, kadar pengangguran di Msia turun kepada 3.2% dari 3.3% pd bulan yg sama tahun sebelumnya. Data menunjukkan jumlah pencari pekerjaan aktif adalah seramai 513,900 org. Jumlah tenaga kerja skrg adalah 15.83 juta. Jadi soalan pertama adalah bagaimana kadar pengangguran dikira? Senang saja, hanya ambil bilangan pencari pekerjaan (penganggur) dan bahagikan dgn jumlah tenaga kerja..lps tu darabkan dgn 100%. Jadi 0.5139/15.83 * 100% = 3.2%..senangkan?

Persoalannya skrg adalah kenapa ramai graduan yg tanam anggur (menganggur)? Adakah mereka malas? TIDAK....TIDAK...dan TIDAK.

Pada pandangan saya sebenarnya faktor utama adalah keadaan ekonomi yg kurang comey menyebabkan tiada peluang pekerjaan. Jadi saya harap janganlah ada pihak-pihak tertentu  asyik nak nyalahkan graduan shj...cuba lah cari jalan penyelesaian.

Antara cadangan:

Pertama: Jika kita dpt tambah bilangan pelaburan di negara kita, sudah pasti separuh dari masalah kita selesai. Ini pelabur yg sedia ada pun cabut lari.

Kedua: Perkasakan sektor pertanian.dan industri asas tani. Kerajaan Negeri perlu ambil inisiatif secara lebih aktif dan bantu kerajaan pusat (Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani). Kerajaan Negeri perlu bertindak segera...adakan kerjasama dgn institusi yg sedia ada.

Ketiga: Cari pasaran utk komoditi kita..tambah dan jgn kurangkan. Lihat apa jadi kat sawit kita...harga pasti merudum nanti...syarikat pembekal dari India dah mula nak gam Msia. Hati kena baik..tapi ekonomi  negara kena jaga. Msia sepatutnya berbaik dgn Indon supaya kita dpt salurkan minyak sawit mentah kita ke Indon.

Keempat: Tambah dan buka pengambilan k/tangan kerajaan. Sebenarnya banyak sektor perkhidmatan kerajaan yg kurang k/tangan....Hospital: doktor, farmasi, jururawat; Pendidikan: guru, pegawai tadbir dll.

Jika kita lihat skrg satu kelas di sekolah punya hampir 40 org pljr..sepatutnya 20 org shj utk p&p berkesan..apa maksudnya? Maknanya guru yg diperlukan sebenarnya adalah dua kali ganda dari skrg.

Sekolah juga sepatutnya ada seorang pegawai tadbir bagi setiap sekolah utk uruskan pentadbiran dan pengurusan sekolah...so ada berapa buah sekolah di Msia dan ada berapa org guru di Msia? Sekolah rendah = 7,772 buah; sekolah menengah = 2,436 buah..Bilangan guru pula skrg: sek  rendah = 182,587 org; sek menengah = 237,317 org. Hah...rasanya tiada lagi graduan yg menganggur slps ini...kenapa kita tak buat ini? Kenapa asyik salahkan graduan dgn pelbagai alasan? Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan