Selasa, 14 Januari 2020

normalisasi

APA ITU NORMALISASI DOSA?

Kebelakangan ini, kalau korang perasan, ada banyak projek daripada Yahudi Zionis, Barat dan sekutunya cuba untuk merosakkan umat Islam.

Antara projek merosakkan umat Islam adalah Normalisasi. Normalisasi adalah proses nyahsensitif (desensitization) dalam jiwa umat Islam untuk RASA BIASA dan NORMAL dengan dosa. Sebab sepatutnya ciri seorang mukmin adalah SENSITIF dengan dosa. Sepatutnyalah. Sepatutnya kita boleh beza dosa dan pahala, baik dan buruk, sebab keduanya tidak akan sama. Rasulullah ﷺ sebut,

"Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.”
(Riwayat Al-Bukhari)

Kalau korang nak tahu juga, projek normalisasi adalah salah satu agenda golongan liberal sekular. Bawah ini adalah contoh projek normalisasi yang telah berlaku pada Muslim di Malaysia berserta alasan cliche untuk membenarkan dosanya,

1. Melihat aurat - alasannya, macam mana nak tengok TV, jalan di shopping mall, dll. Takkanlah nak duduk rumah menghadap buku saja. Semua drama, movie ada buka aurat. Takkan nak duduk dalam gua.
2. Mengumpat - alasannya, aku cakap perkara betul.
3. Memfitnah - alasannya, aku cakap je, mana tahu betul?
4. Perempuan menjadi model - alasannya, biasalah marketing dalam bisnes. Marketing kan tujuannya nak menarik perhatian prospek.
5. Melihat seks kecil di tv seperti adegan bercumbuan - alasannya, ala, drama Melayu pun banyak juga aksi lucah kecil ni. Takkan nak kutuk drama korea, jepun, hollywood, bangla, dll je?
6. Mengangkat orang kafir, menghina Muslim - alasannya, kita nak dakwah. Orang kafir lebih telus, orang Islam banyak korup. Dan orang islam patutnya tahu pasal islam, sebab tu boleh hina mereka.
7. Pertahankan dosa / maksiat yang dibuat - alasannya, eleh, kubur masing-masing. Mak bapak aku pun tak marah. Kau peduli apa?

Dan banyak lagi. Belum lagi sebut tentang ikhtilat, tinggal solat, judi, arak dan lain-lain. Manakala normalisasi dosa yang sedang berlaku dan mungkin akan berlaku kelak,

1. LGBT - atas alasan, apa salahnya, itukan hak masing-masing. Jangan diskriminasi hak mereka bekerja.
2. Membela anjing tanpa sebab - alasannya, kita nak tunjukkan Muslim tak benci anjing.
3. Seks bebas - alasannya, mak bapa dia pun tak kisah.
4. Syiah, qadiyani, dan lain-lain ajaran sesat - alasannya, itu hak mereka nak amalkan kepercayaan masing-masing. Bukannya kacau keluarga kau pun.
5. Seks (berzina) selamat - alasannya, yang penting tak mengandung dan buang anak, oklah tu. Takkan nak kahwin muda, bukannya matang pun.

Dan sebagainya. Korang sendiri boleh perasan perkara ini. Dan banyak lagi yang SEDANG dan AKAN berlaku. Kesan normalisasi dosa punca kepada hilangnya sensitiviti iman.

Dan bila dah ramai hilang sensitif iman, maka makin ramai orang buat. Akhirnya, kita pun tidak rasa apa-apa dosa. Seolah perkara itu halal pula. Tepuk dada tanya diri,

“Apa khabar iman aku?”

Sebab tu Rasulullah ﷺ penah sebut dalam satu hadis sahih bahawa Islam ini datang dengan asing, dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang yang asing itu (Riwayat Muslim). Ada hadis lain Rasulullah ﷺ sebut bahawa akhir zaman ini pegang Islam (syariat) seperti pegang bara api (Riwayat Tirmidzi).

Memang susah nak jaga, tetapi at least CUBA sedaya upaya sehingga ke titisan peluh dan air mata yang terakhir untuk jaga sebaiknya. Kalau dah buat salah, TAUBAT dan akui kesalahan. Moga kita sekurangnya rasalah BERSALAH dengan dosa dan paling minima membenci dengan hati. Kerana itulah selemah iman.

Moga Allah ampunkan kelemahan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan