INILAH 4 WIRID YANG MENGGERUNKAN DAN MENAKUTKAN MUSUH-MUSUH ISLAM.
Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan bagi menghadapi musuh durjana yang menyerang, memperkosa dan membunuh orang Islam.
Setiap wirid ini dibaca sebanyak 33 kali.
1. Tasbih Yunus (Al-Anbia:8)
لَِا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنِّيْ كُنْْتُ مِنَ الظََّاِلِمْين
“Tiada tuhan melainkanMu, Maha SuciMu (Ya Allah), sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim.”
(Al Anbiya:8)
2. Doa Hindari Kepahitan (Yusuf:21)
وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أمْرِِِْهِ
“Sesungguhnya Allah berkuasa penuh atas setiap urusannya”(Yusuf:21)
3. Doa Asif Barkhiya
يَاحَيُ يَا قَيُّوْمً يَا إِلَهَنَا وَإِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ إِلَهاً وْاَحِداً لَاِ إِلَهَ إِلَا أَنْتَ
“Wahai Tuhan yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha berdiri sendiri, Wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan yang satu, Tiada tuhan melainkanMu (Ya Allah)”
4. Asma Allah
يَا ذَالْجَلا لِ وَالِْا كْرَم
“Wahai Tuhan yang memiliki segala Kebesaran dan Kemuliaan (Asmaul Al Husna)
Insyallah semuga musuh-musuh Islam akan gerun dan takut dengan orang yang mengamalkan zikir dan wirid ini.
Credit to *_Rahmat Rahman_*
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Jumaat, 28 Februari 2020
Jumaat, 21 Februari 2020
wanita
"BUATMU WANITA"
Andai kau dihina lantaran engkau seorang janda. Allah SWT memelukmu dengan kisah Atiqah binti Zaid yang diangkat martabatnya apabila sesiapa yang dikahwininya menemui syahid (matlamat yang menjadi impian para muslim) untuk kau teruskan melangkah ke hadapan..
Andai kau dikurniakan suami yang sentiasa diuji, Allah SWT menghamparkanmu kisah Saidatina Khadijah yang sentiasa berada di sisi Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah untuk kau terus setia dan tabah..
Andai kau diuji suamimu derhaka kepada Allah SWT, Allah SWT memujukmu dengan kisah Asiah isteri Firaun yang membulatkan hatinya kepada Allah SWT untuk kau terus bersabar.
Andai kau diejek lantaran engkau masih bujang ketika usiamu sudah lewat, Allah SWT menghantarkanmu kisah Rabiatul Adawiyah wanita sufi untuk kau mengubati hati..
Andai kau diperlekehkan lantaran dirimu masih belum punyai zuriat, Allah SWT memujukmu dengan kisah Siti Sarah yang menimang zuriat di usia senja untuk kau terus tabah menunggu saat yang tepat untuk kau punyai permata hati..
Andai kau dibebani menjadi ibu tunggal, Allah SWT menyelitkan kisah Siti Hajar di padang pasir berseorangan bersama anaknya Nabi Ismail untuk kau terus cekal..
Andai kau disangkal apabila berada di medan juang, Allah SWT menyantunimu kisah Nusaibah binti Kaab,srikandi yang menjadikan tubuhnya sebagai perisai Rasulullah SAW untuk kau terus bersemangat..
Andai kau diperli menuntut ilmu ke tahap tertinggi, tetapi akhirnya tetap berada di ceruk dapur, Allah SWT mengzahirkan kehebatan Saidatina Aishah dalam ilmunya untuk kau terus belajar..
Andai kau diuji dengan fitnah yang tidak mampu untuk kau pertahankan dirimu, Allah SWT menyelimutimu dengan kisah Maryam binti Imran yang terus bersabar dengan fitnah ke atasnya untuk kau terus beriman dan bertaqwa kepadaNya..
Andai kau merasakan doamu tidak dimakbulkan, Allah SWT menghadiahkanmu kisah Khaulah binti Tha'labah yang digelar Wanita yang didengar keluhannya dari langit ketujuh supaya kau tidak berputus asa dalam berdoa..
Andai kau tiada daya dan lemah jiwa tatkala dirimu kehilangan anak, Allah SWT membelaimu dengan kisah Kabsyah bin Rafi' yang kehilangan anaknya di medan Uhud untuk kau terus redha..
Andai kau penat dengan urusan rumahtanggamu, Allah SWT memperlihatkanmu kisah Saidatina Fatimah yang mengadu perihal kepenatannya kepada Rasulullah SAW, lantas Rasulullah SAW mengajarkannya zikir yang dikenali sebagai zikir fatimah untuk kau terus berkhidmat dalam rumahtanggamu..
Satu persamaan dari Srikandi-srikandi Islam ini, mereka tidak sesekali berputus asa dengan rahmatNya.. Sentiasa terus bertawakal kepadaNya.. Dan meninggikan lagi ketaqwaan mereka kepadaNya..
Buatmu wanita yang sentiasa diuji.. Allah itu Maha Penyayang.. Dia yang lebih mengetahui keadaan dirimu.. Letakkan pengharapan dan pergantunganmu kepadaNya.. Moga kalian sentiasa berada dalam pelukan cintaNya..
#copyandpaste

Khamis, 20 Februari 2020
rentas masa
KAJIAN AL-QURAN : MESIN MERENTAS MASA
Dunia perfileman barat amat beriya-iya mempromosikan filem yang bercorak “merentas masa”. Mereka cuba mengakademikkan angan-angan dengan mencipta pelbagai teori matematik dan fizik. Maka muncullah formula-formula palsu untuk mencipta mesin merentas masa.
KONSEP EINSTEIN DAN RELATIVITI MASA
Dunia kajian merentas masa dari pandangan barat dikatakan dipelopori oleh profesor Yahudi bernama Albert Einstein. Profesor ini dalam kajian-kajian awalnya mengatakan masa boleh direntas sekiranya kita dapat menjumpai ruang masa ini.
Menurut pakar fizik dan astronomi, John Wheeler, Wormhole adalah sejenis ruang perjalanan pintas ke arah tempat yang jauh dan masa. Melalui wormhole, manusia dapat pergi ke satu generasi ke generasi yang lain dalam jarak masa yang singkat.
Manusia juga dapat memilih tarikh, tahun dan tempoh yang dikehendaki untuk pergi ke sana dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan sekatan.
Antara filem yang paling mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia tentang time travel ialah Back to the Future. Kebijaksanaan seorang profesor yang berimej rambut ala Einstein telah berjaya membantu seorang remaja kembali ke masa lampau.
Namun begitu, John Wheeler yang sudah membangunkan teori Wormhole sejak 1957 sendiri tidak mampu memberikan bukti-bukti kukuh untuk menyakinkan masyarakat tentang kemampuan merentas masa. Wheeler sendiri kelihatan banyak menciplak idea-idea Hermann Wehl dari Jerman yang sudah pun berteori tentang wormhole sejak 1921.
KEGHAIRAHAN DUNIA AKEDEMIK DALAM TEORI MERENTAS MASA
Merentas masa adalah satu angan-angan yang cuba direalisasikan oleh dunia akademik barat. Ringkas kata, Dajjal memang tahu ianya tidak akan berlaku tetapi ia mahu masyarakat dunia berusaha ke arah angan-angan kosong yang tidak akan berlaku sehingga kiamat.
Jikapun Allah mengizinkan ada mesin yang mampu merentas masa, maka orang yang paling bermasalah ialah Dajjal itu sendiri. Apakah mungkin syeikh-syeikh Arab sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus billion dollar untuk melancong dengan mesin tersebut?
Jika ada orang Islam yang mempunyai mesin masa, sudah pastilah Dajjal akan menghadapi masalah paling besar kerana 10 tahun dari sekarang kemungkinan besar teori bahawa Samiri yang disebut dalam surah Toha adalah Dajjal mungkin sudah banyak terima pakai.
Apabila teori Samiri adalah Dajjal diterima pakai, maka lebih baiklah orang Islam pergi berjumpa dengan Samiri yang mengikut rombongan Bani Israel merentas Laut Merah dan membunuhnya terus. Mungkin itulah yang paling banyak akan berlaku.
Masalahnya, masyarakat Islam tidak mahu menerima hakikat dan masih seronok berteori dengan Teori Relativiti ciptaan Albert Einstein itu. Amat menghairankan…
BUKTI MESIN MERENTAS MASA TIDAK AKAN WUJUD
1) Bukti Pertama : Peringatan Rasulullah SAW
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan manusia tidak dibenarkan atau diizinkan merentas masa lampau (past) dan pergi ke masa hadapan (future).
Persoalan perkara yang lepas (past), sememangnya wajibak diimani bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke masa tersebut. Sabda Rasulullah SAW;
“Rebutlah peluang lima sebelum lima; masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa hidup sebelum tiba mati.”
Jika masa itu boleh berpatah balik maka tak perlulah Rasulullah SAW bersabda seperti di atas. Adalah lebih baik baginda mengatakan “…kembalilah kamu ke masa lampau untuk memperbetul kesilapan.”
Baginda Rasulullah SAW yang maksum dan penghulu segala nabi sendiri tidak diberikan kelebihan merentasi masa, inikan pula kita manusia biasa yang penuh dengan noda. Hadith di atas jelas menunjukkan ketegasan Rasulullah mengenai masa.
Ia bermakna, seseorang hamba Allah tidak akan dapat mengembalikan waktu-waktu yang telah lepas. Setiap waktu dan saat yang dianugerahkan Allah untuk dilaluinya adalah amat berharga.
2) Bukti Kedua : Peringatan Allah SWT Dalam Al-Quran
Di dalam ayat Al-Quran, Allah SWT menegaskan dengan jelas berkenaan masa;
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta pula berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Al-Asr, 1-2)
Nah, keseluruhan surah ini sudah tepat untuk membalas semua hujah ahli-ahli fizik seluruh dunia yang cuba memperkenalkan teori merentas masa. Tidak perlulah lagi bagi kami menghurai panjang akan ia.
3) Bukti Ketiga : Merentas Masa Menyalahi Konsep Taubat
Bukti ke 3 yang menunjukkan mesin merentas masa tidak akan tercipta ialah kerana ia membelakangi konsep taubat. Islam menyuruh umatnya sentiasa bertaubat bukan sahaja kerana dosa tetapi kerana masa tidak boleh berpatah balik.
Konsep taubat ini wujud kerana semua umat Islam harus meyakini bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lalu untuk membetulkan semula kesilapan lampau.
Setiap umat Islam disarankan memperbanyakkan taubat tanpa menunggu dosa itu wujud. Ini berdasarkan firman Allah SWT;
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan orang-orang yang banyak mensucikan diri.”
(al-Baqarah, 222)
Firman Allah lagi;
“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran.”
(an-Nur, 31)
Allah SWT telah memberi amaran kepada usaha sia-sia manusia ini dengan mendedahkan bahawa semua urusan peribadi manusia dan takdir masa depannya sudah pun tertulis di dalam Lauh Mahfudz. Allah sudah pun menetapkan bagaimanakah nasib setiap hamba ciptaan-Nya.
ISU MERENTAS MASA DIKALANGAN PARA WALI
Dikalangan para ulama hatta nabi sekali pun tidak berlaku ke atas mereka kemampuan “merentas masa”, inikan pula kita manusia yang penuh hina dan noda. Apatah lagi golongan kafir seperti Albert Einstein yang bercita-cita tinggi itu.
Hatta Dajjal sekali pun tahu masa tidak boleh diubah, yang berlalu tetap berlalu dan yang akan datang belum pasti lagi.
Setakat ini, belum lagi kita melihat ada dikalangan wali dapat pergi ke masa lampau atau masa hadapan. Terdapat isu seseorang yang istimewa atau mempunyai kelebihan psikik anugerah Allah.
Golongan ini dapat melihat masa lampau hanya dengan cara menyentuh barang-barang kegunaan orang lain atau memegang sesuatu objek atau melalui sesuatu kawasan. Ia perkara yang benar dan realiti.
PSIKIK TIDAK MERENTAS MASA
Psikik terkenal bernama Dorothy Allison (gambar) yang tinggal di daerah Nutley, New Jersey pernah membantu polis negeri dan FBI menyelesaikan kes jenayah misteri iaitu kes JonBenet Ramsey (JBR). Kejayaan Allison membuatkan dia dipanggil sebagai tetamu undangan khas rancangan Larry King Live.
Tetapi Allison tetap berada di tempat kejadian untuk mengesan kesan-kesan yang ditinggalkan penjenayah. Allison tidak hilang dari kedudukannya untuk pergi ke zaman silam. Ini secara langsung membuktikan individu psikik tidak boleh merentas masa.
PANDANGAN PARA WALI MELIHAT SEJARAH HIDUP SESEORANG
Melihat sejarah hidup seseorang dengan cara merenung wajahnya bukanlah tergolong dalam konsep merentas masa. Walaupun si pelihat itu (mungkin wali atau nabi) mampu melihat secara jelas, tetapi ia tidak mampu masuk ke dalam “masa lampau” yang dilihat. Ia hanya mampu menjadi penonton.
Suatu perkara yang mampu diusahakan manusia berkaitan masa ialah mempercepatkan perjalanan. Misalnya, pukul 2.00 petang berada di London, kemudian pukul 2.15 berada di Tokyo. Hanya itulah peluang yang ada untuk diusahakan oleh manusia.
Melajukan pergerakan objek tidak akan terkeluar dari batas masa. Jika objek itu boleh bergerak 100 kali lebih laju dari kelajuan cahaya pada tarikh 23 Januari 2009, maka objek itu tetap akan berada pada tarikh dan hari yang sama juga iaitu 23 Januari 2009.
Maka peluang itu nampaknya jelas kelihatan diambil sepenuhnya oleh Nikola Tesla dalam projek Eksperimen Philadephia
KEFANATIKAN GOLONGAN FIZIK
Amat menyedihkan apabila pakar-pakar fizik umat Islam boleh terpengaruh dengan dakyah sesat teori Einstein, Wheeler dan Hermann. Mereka amat kagum dengan susunan fungsi fizik yang penuh nilai estetik.
Mereka berbincang berbicara suatu perkara yang telah ditetapkan dalam lauh mahfudz. Padahal, itu hanyalah pekerjaan yang sia-sia sahaja. Catatan dalam lauh mahfudz adalah kekuasaan Allah. Ianya tidak boleh diubah lagi, ianya tetap tertulis di situ.
Firman Allah SWT;
“(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran.”
(al-Buruj, 19)
“(lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfudz.”
(al-Buruj, 22)
Kefanatikan golongan fizik lebih kelihatan fanatik apabila suatu pendekatan fungsi fizik diperkenalkan iaitu Wormhole Metric. Secara pokoknya, masyarakat cuba diberitahu bahawa merentas masa itu boleh dilakukan jika pengirannya betul dan formulanya tepat.
Maka disebabkan itu, seringkali kita dihidangkan dengan filem-filem merentas masa yang akan mempamerkan seseorang saintis membuat pengiraan matematik fizik di buku notanya.
ISU RUANG MASA DALAM BUKU MUHAMMAD ISA DAWUD
Berasaskan ulasan buku Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia yang pernah kami nyatakan sebelum ini, Muhammad Isa Dawud banyak membangkitkan soal masa dan celahan-celahannya. Namun begitu, ulasannya dilihat berhati-hati dan tidak mempersoalkan merentas ke masa lampau.
Antara kes-kes celahan masa yang dimuatkan Muhammad Isa Dawud ialah berkenaan seorang kanak-kanak perempuan bernama Karen yang terjatuh di suatu tempat asing. Dikhabarkan bahawa Karen telah dibawa oleh sekumpulan makhluk seakan-akan manusia meninjau ke kawasan mereka.
Karen merasakan ia berada dikalangan makhluk-makhluk itu dalam tempoh sehari semalam sahaja tetapi, ibu bapanya hanya menjumpai beliau selepas 8 hari pencarian. Kes ini ditafsirkan oleh Muhammad Isa Dawud sebagai terjatuh di celah masa. Muhammad Isa Dawud juga berandaikan anda kehidupan lain yang jauh di dalam bumi.
TINGGAL YANG SIA-SIA, KEJAR YANG TERSEDIA
Apakah peranan umat Islam dalam isu time travel ini? Tidak lain tidak bukan ialah jangan membuang masa untuk mencipta mesin merentas masa kerana mesin itu memang mudah dicipta tetapi ia tidak mampu pun bergerak.
Satu perkara yang perlu pakar-pakar fizik Muslim menyibukkan diri adalah berkaitan dengan mencari pendekatan fizik untuk melajukan pergerakan objek dalam period masa yang sama. Pakar-pakar fizik Muslim perlu mencontohi usaha Prof Dr. Yahaya Said al-Mahjari.
Walaupun sekadar teori, usahanya bukanlah untuk mencari bagaimana untuk merentas masa, tetapi ia mencari bagaimana menggerakkan suatu objek ke tempat yang jauh tanpa sebarang pengangkutan seperti yang dilakukan Asif bin Barqiya. Usaha sebegitu tidak terkeluar dan terlanggar persoalan keimanan kepada qada’ dan qadar Allah.
Wallahu’alam…
p/s : Bagi yang kurang yakin dengan hadis atau ayat Al-Quran, saya sertakan bukti saintifik kenapa penjelajahan masa adalah mustahil.
Pertama sekali, hukum fizik menyatakan bahawa tiada objek yang bergerak lebih laju daripada cahaya. Apabila sesuatu objek memecut/bergerak pantas, jisimnya akan bertambah dan menjadi bertambah berat. Pergerakannya akan menjadi perlahan sehingga satu tahap akan kelihatan seakan-akan berhenti. Ia satu mekanisme untuk mengelakkan sesuatu objek daripada melampaui had laju cahaya.
Yang kedua, jika penjelajahan masa adalah possible, maka akan terjadi time paradox. Apa akan jadi jika saya kembali ke masa lampau dan selamatkan Nabi Isa daripada dibunuh? Apa akan jadi kalau saya tolong Hitler semasa perang dunia kedua? Penjelajahan masa hanya mengundang perbincangan yang sia-sia dan tidak berkesudahan.

Selasa, 18 Februari 2020
sedekah
Hikmah sedekah @ hadiah,
"Pahala daripada pintu yang tidak disangka sangka"
Adik saya, Raja Kamaluddin pernah menghadiahkan saya satu seluar pejabat yang amat berkualiti, harga beratus ringgit sempena hadiah hari lahir. Jenis saya, seluar paling mahal pun RM50, kalau lebih daripada itu mesti ada orang hadiahkan, biasanya mak ayah isteri lah. haha
Berbalik kepada seluar tadi, ianya menjadi seluar bekerja kegemaran saya, yang saya pakai kerap melakukan kerja sebagai pengajar dan hasil pendapatannya, of course digunakan untuk nafkah keluarga dan sebahagiannya untuk kebajikan.
Daripada hasil hadiah seluar tadi, sudah pasti ada saham pahala di situ untuk adik saya. Saham pahala saya mengajar, saham pahala saya mencari pendapatan untuk menyara keluarga, saham bahagian pendapatan yang digunakan untuk bersedekah, saham pahala saya menutup aurat dan entah berapa banyak lagi saham pahala yang lain. Allahua'alam.
Saya nak highlight sikit saham mengajar ni besar, daripada ilmu yang diajari, ramai umat manusia mampu mengubah nasib hidupnya ke arah lebih baik. Anak anak pelajar ni pasti akan meneruskan saham pahala apabila ilmu yang dipelajari digunakan dan diajarkan pula kepada orang lain dalam hidupnya. Pahala menyebarkan ilmu tidak pernah putus dengan izin Allah.
Justeru, hasil hadiah yang tak nampak pun kaitannya, tetapi rupanya Allah sediakan pelbagai ruang pahala untuk adik saya setiap minggu, tanpa dia sedari pun. Tak ingat pun mungkin, ada dihadiahkan seluar kepada saya. hahaha.
Satu lagi pengajaran yang boleh kita ambil di sini, jika nak bersedekah atau memberi hadiah, carilah para guru para ustaz ustazah sebagai pilihan utama, seperti saya 😜 hahahaha. nampak sangat ini tujuan utama post ni. haha. ehem ehem... sambung sikit lagi.. tak perlulah tunggu hari guru, baru nak berikan hadiah..
Hadiahkanlah sesuatu yang boleh guru gunakan semasa mengajar seperti pakaian, marker pen, kertas A4, peralatan menulis. Zaman laa ni pengajaran bersifat digital, boleh juga jika ada kemampuan, tapaukan para guru gadget pendidikan spt portable projector, tablet, camera dan microphone untuk video lessons, dan sebagainya. Jangan lah pi tanya cikgu apa cikgu nak, mesti cikgu cakap "cukuplah tuan puan doakan saya" hahaha. nanti kalau minta minta, kena kecam tak ikhlas.
Terima kasih sudi membaca.

Isnin, 17 Februari 2020
masjid
*PESAN KEPADA PENGURUS MASJID*
Ada sahabat yg menyarankan *_bukalah pintu masjid mu 24 jam,_* (menutup tetapi tidak mengunci), agar engkau tidak malu di hadapan Allah yang membukakan pintu rezeki dan ampunan-Nya untuk kita semua setiap waktu.’
Barangkali ada saudara kita yang ingin beri’tikaf malam atau bertahajjud dan pintu masjid yg dijaga oleh ta’mir tetap terbuka.
*_Pesan ke 2_*, jangan pernah engkau tulis *_‘Dilarang Tidur di Masjid‘_*
Anda tidak tahu ada beberapa musafir yg sama sekali tidak punya wang untuk menginap di hotel /penginapan. Akibatnya di lantai depan masjid-lah mereka mengistirahatkan kepenatannya.
Setidaknya, sediakan karpet,tikar di beranda masjid...
*_Pesan ke 3_*, jangan pernah engkau tulis *_‘Selain jamaah masjid dilarang menggunakan toilet" atau "Toilet Bukan Untuk Mandi‘_*
Mengapa begitu perhitungannya kita dgn musafir, hanya menumpang buang air kecil pun atau untuk membersihkan diri dicegah? Padahal ceramah Khatib mengatakan “kebersihan sebahagian dari iman”.
*_Pesan ke 4_*, jangan pernah engkau tulis *_Jangan membawa anak kecil"_Anak-anak kecil dilarang masuk_* atau berkata “Huss... jangan bising!”
Ketahuilah anak² kecil itulah yang akan menjadi penerus kita nanti sebagai pemakmur masjid, baik selagi kita masih hidup mau pun setelah kita wafat. Biasakanlah anak-anak kita dengan masjid,pantau akhlak mereka dalam masjid.
*_Pesan ke 5_*, ‘Bangunlah,makmurkan masjidmu sebaik mungkin, kerana masjid bukan hanya sekadar tempat bersujud@bersolat,berwirid,berzikir,berdoa tetapi bisa digunakan untuk bermusyawarah, mengurus,menyelesai masalah semasa umat, menimba ilmu serta menenangkan hati dan mengistirahatkan zahir dan batin kita yg senantiasa bertimpa2 ujian.
*_Pesan keenam_*, ‘Jangan bangga dengan jumlah infak yg ratusan juta RM tetapi tidak digunakan untuk kemakmuran masjid’.
Ingatlah! Orang berinfak ke masjid itu berharap pahala jariyah mereka secepat mungkin. Bagaimana mereka akan mendapatkan pahala amal jariyah dan anda mendapatkan pahala menjaga amanahnya, sedangkan wang infak mereka tidak kamu gunakan? Sebaliknya anda menyimpan wang infak masjid di bank yang boleh jadi dinikmati oleh para kapitalis kafir.
Apakah anda tahu, boleh jadi di sekitar masjid ada warga yang terjerat,terbeban demi memulai usaha mikro atau usaha kecil?
*_Permudahlah setiap orang yang hadir ke masjid mu!!!_*
Barangkali kerana amal kecil itu bisa menjadi sebab mu ke syurgaNya. *_Bagaimana mungkin anda menyebut masjid itu “Rumah Allah” sedangkan anda atur buka,mengurusnya dan tutupnya laksana gudang Pasaraya._*
Sekian,Harap MokLong.
*#KopipesTanpaPermitChe'guSha'ri*

Langgan:
Catatan (Atom)