Rabu, 1 April 2020

ireland

Bismillah,

Assalammualaikum warga MAHN 🙂

Ireland 🇮🇪 hari ke 18 RMO,

Kes di Ireland semakin meningkat

Total Kes 2910 termasuk 295 kes baru dan 8 kematian. Sudah melebihi Malaysia daripada jumlah yg dijangkiti.

Paling aku kagum sebagai rakyat Malaysia walaupun tinggal diperantauan betapa cekap dan maju sistem Kesihatan dan Perubatan di Malaysia.

Kes pertama di Malaysia bermula pada 23 January dan di Ireland kes pertama disahkan  pada 29 Februari. Sehingga hari ini cuma 5 pesakit kembali pulih dan disahkan bebas Covid19 manakala Malaysia sudah berjaya merawat 479 pesakit dan disahkan bebas covid19. Kalau diambil kira ia satu pencapaian yg amat baik berbanding negara maju yang lain termasuk beberapa negara di eropah dari kiraan peratus.Tahniah kepada semua yg terlibat terutama front liners 👏👏👏

Di Ireland penduduk tak sampai 5juta pun, lebih kecil dibanding penduduk Selangor yg hampir 7juta. Apatah lagi Malaysia keseluruhan  penduduk yang sudah hampir 30 juta. Jadi untuk kes jangkitan dari segi angka dan peratusan di sini lagi membimbangkan. Terutama negara eropah yg kebanyakannya  terjejas teruk 😥 

Kalau orang Malaysia complain pegi hospital kena tunggu sampai 4 jam untuk rawatan di unit kecemasan, maka harus org tu datang sini, sebab kebiasaan menunggu di unit kecemasan disini tak lama cuma dlm 6 jam paling cepat, tp tu pun Country side(Kawasan pedalaman).. Klu dekat Dublin dlm 12 jam itu standard. Aku pernah temankan kawan 2 kali, yg pertama 19 jam yg ke2 pergi 21 jam 😖. Mula sampai buat 1st screening dan diberi paracetamol utk tahan sakit sementara tunggu nama dipanggil. Tak boleh nak kemana2 sebab takut missed bile doctor panggil. Saya yg teman pun blh sakit ye..Bayaran bukan seringgit ye tapi 100 euro lebih kurang 470 ringgit x termasuk ubat ye 🙄. Bukan saje2 nak pegi unit kecemasan tapi mmg sistem dia kat sini lepas jumpa GP atau doctor kat klinik mereka akan refer hospital, 1st  kena melalui unit kecemasan tak kisah apa kes pun. Nama pun unit kecemasan, dah tentu rawatan diutamakan pada yg boleh menyebabkan kehilangan nyawa dahulu, contoh kemalangan. Jadi kalau boleh di Malaysia jangan la kita suka2 ke unit kecemasan sebab masih banyak klinik Kesihatan untuk mendapatkan rawatan awal, kecuali utk kes yg betul2 perlukan rawatan kecemasan sebab bila lama menunggu anda mengeluh. 😥 Saya yakin ramai yg dlm bidang ni terutama doctor dan nurses setujukan??

Untung kat Malaysia siap datang jemput ke hospital untuk kes covod19, di Europe kebanyakan masih menunggu giliran untuk diberikan ujian atau saringan, belum lagi rawatan. Cuma diminta kuarantin dan isolation di rumah sendiri kecuali kes yang kritikal. Kalau di US saringan percuma jika didapati positif covid19 tapi kalau negative tunggu je bil beribu sampai. Jadi anda rasa ramai ke yang sanggup volunteer buat saringan kalau tak yakin betul2 terkena jangkitan? 🤔 Jadi bersyukur jika anda masih di Malaysia sebab saya cemburu 😟

Tahniah kepada semua para pekerja KKM dan semua front liners termasuk yg masih bekerja di pasaraya dan untuk semua yg sentiasa berdoa untuk kesejateraan semua. Kerana doa adalah senjata kita yg plg mujarab, InshaAllah. Aaminn.

#StayHomeSaveLives

Maaf panjang lagi karangan harini.. 😁 Kalau bosan abaikan je, sekadar berkongsi pandangan dan kebanggaan seorg rakyat Malaysia diperantauan. ♥️♥️♥️

Khayla Noreen

online

Utk PPD, JPN dan Jabatan di Kementerian Pendidikan
------------------
Guru-guru sekolah banyak yang buat kelas online dan juga bg kerja rumah pada anak-anak utk penerusan PdP di rumah, katanya atas arahan JPN, PPD atau Jabatan di Kementerian.
Siap minta guru-guru buat pelaporan lagi, berapa ramai yg buat, apa aktiviti termasuk ada arahan kena buat group bersama ibubapa.

Sedangkan di Universiti, semuanya PdP telah dihentikan semasa PKP ini atas arahan jelas daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dgn mengambil kira pelbagai kekangan. Inilah yg dikatakan Tindakan Berhikmah.

Perkara yg perlu difikirkan oleh JPN, PPD, dan Jabatan di Kementerian Pendidikan (yang mengarahkan sedemikian):
1. Tak semua org dpt akses internet yang baik
2. Ada mak ayah yg tak mampu nak sediakan data (walaupun esok 1.4.20 dah ada Telco bg data free, kena ingat cuma 1GB shj... berapa lama sgt boleh pakai dgn Video Call Online Classes etc. Itu kalau 1 subjek, kena 5 subjek?
3. Dalam kesempitan ini, ada perkara asas yg mak ayah perlu fikirkan, terutamanya keluarga yg hilang sumber pendapatan.

Jadilah pentadbir sekolah yg bijak pegawai2 yg berada di JPN, PPD dan Jabatan Kementerian. Fikir2kan sedikit tindakan berhikmah.
Jgn fikirkan KPI awak shj.

*(Terima kasih bg sebahagian pentadbir JPN, PPD dan berkaitan yg memahami dan tidak mengeluarkan arahan sama)

----------------
Utk guru-guru,

Terima kasih atas inisiatif memastikan anak2 ada aktiviti pembelajaran.

Cuma utk segelintir guru-guru, jangan la selfish, bg kerja macam subjek dia shj yg anak2 kena buat kerja, bg kerja sampai terbeban anak2.
Siap paksa anak2 hantar dlm tempoh yg tak munasabah dgn kerja yg diberikan.

Utk setiap subjek, kena ingat ada Student Learning Time (SLT). Guru mcm ni, yg jenis fikir, "yg penting budak2 Skor Subjek aku" (langsung tak de hikmah sbg pendidik)

Utk guru2 terbabit, fikir2kan juga,
1. bukan subjek awak shj anak2 kena buat kerja sekolah
2. Mak ayah bukan semua pandai utk ajar subjek2 yg anak2 belajar, tak semua ada pendidikan setara

Tambahan, fikirkan tension anak2 yg terperap 24 jam di rumah, tension tak boleh ke mana.

guru

ANDAINYA INI SILAP SEORANG INSAN BERGELAR GURU, MAAFKANLAH...

Cikgu print bahan. Cikgu pergi fotostat. Kerap juga dah fotostat, kemudian gunting dan gam. Tampal atas kertas baru. Sebab nak jimat. Cikgu pun faham bajet untuk kertas putih terhad di pejabat. Padatkan latihan selagi boleh.

Tapi most of the time - Kertas sendiri. Ink sendiri. Duit sendiri. Takde mengeluh, tak merungut. Tapi pernah dengar ke askar beli peluru sendiri untuk latihan menembak?

Kadangkala sembang guru di bilik guru ialah, "Kedai fotostat mana yang paling murah eh?". Pastinya bajet dari poket sendiri.

Hari ni edar kertas, esoknya dah jadi bahan kitar semula. Ada kawan saya, keluar aje dari kelas, tengok modul yang dicetak dengan duit sendiri dah ada dalam tong sampah. Kertas yang difotostat dengan duit poket cikgu berselerak bawah meja. Belum lagi kisah kerja tak siap. Meniru. Alasannya soalan susah. Jawapan tak pernah cukup. Jawapan cuma sekadar ada. Bila disoal, katanya tak tahu kenapa jawapannya begitu. Kata mak yang ajar. Kakak ajar. Boyfriend ajar.

Bukan nak merungut. Tapi itulah situasi sebenar cikgu di sekolah. Bersyukurlah apabila guru peduli terhadap pendidikan anak. Cuba hitung, berapa ramai cikgu yang bekerja 6 hari seminggu terutama sekali cikgu kelas peperiksaan?

Hari ni dalam tempoh PKP, ramai yang mengeluh apabila guru hantar kerja suruh print. Cikgu jenis macam ni pun satu hal juga, ingat semua orang ada printer berdakwat dan berkertas ke pun?

Tapi tunggu, cuba fikirkan kos yang selama ini ditanggung oleh guru untuk mengajar anak tuan² dan puan². Cuba darabkan dengan bilangan murid dalam kelas. Kemudian darabkan dengan bilangan hari bersekolah. Cuba buat anggaran berapa banyak cikgu² dah bersedekah.

Kemudian periksa beg anak tuan² dan puan². Lengkapkah buku mereka? Dah tiga bulan bersekolah, adakah latihan mereka buat cukup? Adakah anak tuan² dan puan² lengkapkan latihan? Buat pembetulan?

Ramai ibu bapa merungut dengan workload anak² katanya. Saya pun naik hairan apa yang parents mahukan sebenarnya untuk pendidikan anak-anak mereka. Tuan² dan puan², anak² tidak bersekolah untuk tempoh 32 hari (14 Mac 2020 - 14 April 2020), sedangkan beban kerja sekolah tu tak mungkin bernilai 32 hari ponnn..!

Terima kasih cikgu atas segala usahamu. Maafkan guru-guru andai mereka terlampau rajin untuk dikejar. Maafkan guru-guru yang kurang cermat memberikan kerja. Btw buat guru-guru, ingatlah kata pujangga nenek moyang kita: "Buat baik berpada-pada".

Selasa, 31 Mac 2020

corona

Don't panic guys  ...😎😎 doctor kementerian kesihatan MALAYSIA buat penerangan tentang camne nk berperang dgn covid-19 ni ....... Mudah dan amat tenang utk faham ....

1) covid-19 ni tak berjangkit melalui udara guys   .. covid-19 ni ni perlukan platform utk membiak ....ko akan kena Covid-19 ni hanya bila air liur atau hingus penghidap covid-19 ni terkena ko... sebab tu kita kena pastikan kita berjarak lebih kurang satu meter...sbb xde org batuk dan sampai kepada org sebelah sejauh 1 meter...so kalau ko duduk sejauh 2 meter ko ketegori selamat.... Jadi pada sesiapa yang ada batuk mohon belajar cara batuk yg betul ye..... So kita selamat..... Jadi x perlu mask semua... Nak jimat beli mask utk ketua kuarga shj ... Yang lain jgn keluar dok je umah..

2) covid-19 ni akan terhapus dgn mudah je ... Cth org kena Covid-19 batuk air liur dia kena meja  ..  so covid-19 tu ada kt meja tu...sebab penting nya hand senitizer ... Sarung tangan... Kata lah ko tersapu covid-19 ...senang citer lepas ko pegang brg ke apa2 jangan dh pegang2 muka ke hidung ke mata ke...so dia akan jdi pemindahan kat situ... Ko just balik umah basuh diri ko..basuh tangan lelama dan so sarung tangan tu basuh dlu then buang ...so covid-19 akan mati begitu shj  ... Ko bleh basuh dgn sabun apa saja x semesti nya Dettol or antibacterial sabun... Sbb bukan sume org mampu beli...ileks Allah tu maha adil .. covid-19 akan mati bila kena air dan air sabun...

3) setakat ini yang meninggal org2 yang mmg dh ada rekod sakit teruk....cancer..jantung...asma teruk...paru2 ..dan orang2 tua...dorang ni sume sistem imun sgt rendah ada tu xde  ...jadi kalau ko bukan ketegori org sakit kronik ...kalau ko kena Covid-19..ko demam...ko selsema..jangan buat kelam kabut pegi hospital sbb ko akan susah kan ramai org dgn panik ko tu... Ko duduk rumah je ..ni kalau ko demam n selsema.... Ko set dlm otak ko..ko just demam n selsema mcm biasa je ..so after 7 days to 14 days ko akan sihat walafiat mcm biasa... Makan bubur ...minum air panas2 mcm biasa ko demam tu .... Ko xyah nk kelam kabut g sepital.... Sbb doctor ckp kebanyakan yang pegi hospital tu kalau dorang bukan ketegori pesakit kronik...dorang akan d suruh tggu lebih lama kt hospital so dari ko bleh rawat sndiri terus kena susah kan org sepital.... Sbb di hospital dorang akan bagi laluan pada org yang ada rekod sakit kronik..... Jadi jangan panik sgt duduk rumah walau ko sakit tekak..demam selsema 

4) andai kata ko penah kena Covid-19 ni esok2 ko mesti akan kena lagi...tapi bila dh penah kena ko pon dh mampu pulih elok ..mean badan ko dh ada data covid...so next time kena lagi dlm 24jam je dh bleh recovery...

5) yang mati sekarang reramai kebanyakan nya mmg positive corona tapi dorang dh psiko diri dorang ..kena je mati...senang citer mati ketakutan lah ... Haaa gitu nampak mcm mana penting nya ko kena ada positive mindset ... So skrg ko faham lah berapa ramai org takut mati.... N dorang mati sebab dorang set sendiri yang dorang kena mati...

6) Covid-19 ni banyak kelemahan sgt ... Jangan takut dengan covid-19... Tuhan tegur kita semua mybe sbb kita kaum yang kuat membazir ... Membazir makanan...membazir masa ..   membazir mcm2.... So skrg Tuhan nk ajar kita supaya kita jadi org yang berjimat cermat ....Tuhan cuba jd kn kita org yg lbih ahklak mulia..

7)jgn takut dgn kuman virus ni semua....Allah x zalim cuma dia nak kita semua hidup bersederhana.... muhasabah diri masing2 tu lbih baik...

😎 jangan susah kan kakitangan hospital kalau ko setakat demam skit2 ...

9)jaga diri jgn jatuh sakit buat masa skrg ni..klo rasa nk selsema cepat2 mkn ubat selsema..

10)kalo ko bkn org susah jgn lh susah kn org yg sedia susah...bnyk duit sedekah kn  ..

Allah itu maha adil
Allah itu maha pengasih dan penyayang.. ❤️❤️

#  Copy paste jer...tahniah yg baca sampai abis.☺️☺️

syair corona

Tuan2 guru..  Ini syair ulamak kita ni.. bagaimana 1000 tahun yg lampau dia boleh cerita ttg covid19 dgn terperinci.. dan mmg tepat apa yg disebut

*Terdapat dalam kitab Aza'imu Duhur oleh Abi Ali Addabiziri tahun 565*.

1.Ketika menjelang kurun ke 21,
2. Dunia diserang oleh korona hasil dari perbuatan manusia yg sesat.
3. Maka matilah pembesar² mereka dan hidup rakyat² mereka.
4. Amat ditakuti oleh orang² yg kuat dan tidak selamat juga golongan yg lemah.
5. Menghuruharakan penghuni² istana dan tidak selamat darinya para pembesar.
6. Berterbangan dikalangan mereka spt KURRAT, yg menyerang halkum dan paru².
7. Tidak berguna lg berbekam....hanya boleh dielak dgn bertopeng
8. Virus ini menyerang kapal² dan sunyilah awan  dari penunggang²nya(k.terbang)
9. Kilang² ditutup dan tidak ada pendinding.
10. Bermula dari negeri china dan sampai spanyol.
11. Sunyilah jalan² dari manusia, dan dikawal oleh tentera².
12. Menggegarkan Rom dan itali dan tidak merasa selamat negara² jirannya.
13. Mereka memandang remeh pada permulaan penyakit dan akhirnya para doktor berputus asa utk menghadapinya.
14. Mereka menyebarkan mklmt² (covid), dan mereka mengkaji tanpa ada manfaat.
15. Org baik dan org jahat semuanya takut, serta mereka mengkebumikan mangsa² nya.
16. Terhenti solat² dan byk doa².
17.ramai org yg bersedekah, dan ramai yg membeli apa yg dijual.
18. Raja² di bumi dlm keadaan putus asa dlm memeranginya.
19. Pada zaman yg terlalu sedikit kebenaran dlm pengurusan, dan sedikitnya ihsan.
20. Kemudian diangkat musibah ini dgn kembali kpd Allah.
21. Bersinarlah hati² yg kembali kpd Allah, bersolawat kpd anbiya dan doa kpd org yg soleh.