Bismillah,
Assalammualaikum warga MAHN 🙂
Ireland 🇮🇪 hari ke 18 RMO,
Kes di Ireland semakin meningkat
Total Kes 2910 termasuk 295 kes baru dan 8 kematian. Sudah melebihi Malaysia daripada jumlah yg dijangkiti.
Paling aku kagum sebagai rakyat Malaysia walaupun tinggal diperantauan betapa cekap dan maju sistem Kesihatan dan Perubatan di Malaysia.
Kes pertama di Malaysia bermula pada 23 January dan di Ireland kes pertama disahkan pada 29 Februari. Sehingga hari ini cuma 5 pesakit kembali pulih dan disahkan bebas Covid19 manakala Malaysia sudah berjaya merawat 479 pesakit dan disahkan bebas covid19. Kalau diambil kira ia satu pencapaian yg amat baik berbanding negara maju yang lain termasuk beberapa negara di eropah dari kiraan peratus.Tahniah kepada semua yg terlibat terutama front liners 👏👏👏
Di Ireland penduduk tak sampai 5juta pun, lebih kecil dibanding penduduk Selangor yg hampir 7juta. Apatah lagi Malaysia keseluruhan penduduk yang sudah hampir 30 juta. Jadi untuk kes jangkitan dari segi angka dan peratusan di sini lagi membimbangkan. Terutama negara eropah yg kebanyakannya terjejas teruk 😥
Kalau orang Malaysia complain pegi hospital kena tunggu sampai 4 jam untuk rawatan di unit kecemasan, maka harus org tu datang sini, sebab kebiasaan menunggu di unit kecemasan disini tak lama cuma dlm 6 jam paling cepat, tp tu pun Country side(Kawasan pedalaman).. Klu dekat Dublin dlm 12 jam itu standard. Aku pernah temankan kawan 2 kali, yg pertama 19 jam yg ke2 pergi 21 jam 😖. Mula sampai buat 1st screening dan diberi paracetamol utk tahan sakit sementara tunggu nama dipanggil. Tak boleh nak kemana2 sebab takut missed bile doctor panggil. Saya yg teman pun blh sakit ye..Bayaran bukan seringgit ye tapi 100 euro lebih kurang 470 ringgit x termasuk ubat ye 🙄. Bukan saje2 nak pegi unit kecemasan tapi mmg sistem dia kat sini lepas jumpa GP atau doctor kat klinik mereka akan refer hospital, 1st kena melalui unit kecemasan tak kisah apa kes pun. Nama pun unit kecemasan, dah tentu rawatan diutamakan pada yg boleh menyebabkan kehilangan nyawa dahulu, contoh kemalangan. Jadi kalau boleh di Malaysia jangan la kita suka2 ke unit kecemasan sebab masih banyak klinik Kesihatan untuk mendapatkan rawatan awal, kecuali utk kes yg betul2 perlukan rawatan kecemasan sebab bila lama menunggu anda mengeluh. 😥 Saya yakin ramai yg dlm bidang ni terutama doctor dan nurses setujukan??
Untung kat Malaysia siap datang jemput ke hospital untuk kes covod19, di Europe kebanyakan masih menunggu giliran untuk diberikan ujian atau saringan, belum lagi rawatan. Cuma diminta kuarantin dan isolation di rumah sendiri kecuali kes yang kritikal. Kalau di US saringan percuma jika didapati positif covid19 tapi kalau negative tunggu je bil beribu sampai. Jadi anda rasa ramai ke yang sanggup volunteer buat saringan kalau tak yakin betul2 terkena jangkitan? 🤔 Jadi bersyukur jika anda masih di Malaysia sebab saya cemburu 😟
Tahniah kepada semua para pekerja KKM dan semua front liners termasuk yg masih bekerja di pasaraya dan untuk semua yg sentiasa berdoa untuk kesejateraan semua. Kerana doa adalah senjata kita yg plg mujarab, InshaAllah. Aaminn.
#StayHomeSaveLives
Maaf panjang lagi karangan harini.. 😁 Kalau bosan abaikan je, sekadar berkongsi pandangan dan kebanggaan seorg rakyat Malaysia diperantauan. ♥️♥️♥️
Khayla Noreen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan