Rabu, 1 April 2020

online

Utk PPD, JPN dan Jabatan di Kementerian Pendidikan
------------------
Guru-guru sekolah banyak yang buat kelas online dan juga bg kerja rumah pada anak-anak utk penerusan PdP di rumah, katanya atas arahan JPN, PPD atau Jabatan di Kementerian.
Siap minta guru-guru buat pelaporan lagi, berapa ramai yg buat, apa aktiviti termasuk ada arahan kena buat group bersama ibubapa.

Sedangkan di Universiti, semuanya PdP telah dihentikan semasa PKP ini atas arahan jelas daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dgn mengambil kira pelbagai kekangan. Inilah yg dikatakan Tindakan Berhikmah.

Perkara yg perlu difikirkan oleh JPN, PPD, dan Jabatan di Kementerian Pendidikan (yang mengarahkan sedemikian):
1. Tak semua org dpt akses internet yang baik
2. Ada mak ayah yg tak mampu nak sediakan data (walaupun esok 1.4.20 dah ada Telco bg data free, kena ingat cuma 1GB shj... berapa lama sgt boleh pakai dgn Video Call Online Classes etc. Itu kalau 1 subjek, kena 5 subjek?
3. Dalam kesempitan ini, ada perkara asas yg mak ayah perlu fikirkan, terutamanya keluarga yg hilang sumber pendapatan.

Jadilah pentadbir sekolah yg bijak pegawai2 yg berada di JPN, PPD dan Jabatan Kementerian. Fikir2kan sedikit tindakan berhikmah.
Jgn fikirkan KPI awak shj.

*(Terima kasih bg sebahagian pentadbir JPN, PPD dan berkaitan yg memahami dan tidak mengeluarkan arahan sama)

----------------
Utk guru-guru,

Terima kasih atas inisiatif memastikan anak2 ada aktiviti pembelajaran.

Cuma utk segelintir guru-guru, jangan la selfish, bg kerja macam subjek dia shj yg anak2 kena buat kerja, bg kerja sampai terbeban anak2.
Siap paksa anak2 hantar dlm tempoh yg tak munasabah dgn kerja yg diberikan.

Utk setiap subjek, kena ingat ada Student Learning Time (SLT). Guru mcm ni, yg jenis fikir, "yg penting budak2 Skor Subjek aku" (langsung tak de hikmah sbg pendidik)

Utk guru2 terbabit, fikir2kan juga,
1. bukan subjek awak shj anak2 kena buat kerja sekolah
2. Mak ayah bukan semua pandai utk ajar subjek2 yg anak2 belajar, tak semua ada pendidikan setara

Tambahan, fikirkan tension anak2 yg terperap 24 jam di rumah, tension tak boleh ke mana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan