Nah! Bagus tulisan ini. Baca
FAHAMILAH BAGAIMANA PENYAKIT PEMBODOHAN ITU BERLAKU PADA SESEBUAH BANGSA ATAU TEMADUN...
Yang miskin dan kaya bergantung pada org
AKHIRNYA ORG AGAMA AMBIL PELUANG
Org miskin bergantung kpd org kaya utk membantunya melalui sedekah duit dan org kaya bergantung kpd org miskin utk masuk ke syurga.Pergantungan inilah yg membuatkan bangsa ini mundur dan ramai pula mengambil kesempatan.
Org miskin ( sihat tubuh badan ) menjadi peminta sedekah tanpa bersusah payah bekerja. Akhirnya mereka menjadi pemalas dan hanya duduk diam menghulurkan tangan.
Org kaya pula meminta ahli2 masjid di kampung mendoakannya dan menjemput ke rumah setiap bulan utk bacaan Yasin. Mengharap org lain membaca agar dia mendapat pahalan dan bukan dirinya sendiri berbuat demikian.
Lebih menyakitkan hati org beragama juga turut mengambil kesempatan ke atas org kaya dan jahil agama utk mencari keuntungan peribadi. Ini semua seperti kta Zaaba dlm bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.
Hari ini ada org beragama telah mengambil kesempatan ke atas kelemahan dua golongan ini. Dlm maksud lain kedua golongan ini mencari jalan pintas ke syurga dgn pergantungan kpd org lain bukannya dari amalannya dirinya sendiri.
Mahu diubah? Kata Abdullah Mursyi dlm karangannya Pelayaran Abdullah Ke Kota Bharu,"Kamu dibesarkan oleh org tua yg menanam benih pembodohan. Sumpahan paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan yang ditanam sendiri oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina."
Pendita Zaaba juga menceritakan keadaan yg hampir sama selepas lebih 50 tahun kritikan Abdullah Mursyi. Kata Zaaba, "Agama yg telah diajar oleh org Melayu kpd org Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yg tidak boleh bangkit."
Kata2 cerdik pandai ini telah diwarisi hingga sekarang oleh bangsa kita walaupun sudah ada sedikit perubahan. Saya ambil contoh jika dulu setiap kali anak hendak exam dimintanya air jampi.
Wahai org Melayu jika benar air jampi boleh beri org pandai tanpa membaca buku ulangkaji....dah lama Nabi doakan air zam zam utk pujuk Quraisy memeluk agama Islam.
Lihat lagi sikap org Melayu yg suka bergantung kpd hidup pada org lain. Jika ada kematian 7 malam diadakan bacaan Tahlil, hari ke 40 baca lagi dan hari 100. Ia dilakukan dgn harapan bacaan Tahlil itu mampu membantu si mati di dlm kubur berhadapan dgn malaikat.
Moralnya pergantungan org Melayu kpd org lain ke syurga sampai dia dah mati. Dia tidak bergantung kpd amalan solehnya, sedekahnua dan anak2.
Apabila Hamka menegur sikap org Melayu membuat majlis tahlil ketika era zamannya... melenting org Melayu dgn alasan bacaan Tahlil itu adalah ajaran yg telah diajar dari warisan guru2 terdahulu.
Org Melayu jenis mengikut adat seperti slogannya biar mati anak jgn mati adat hingga sanggup menuduh Hamka sebagai Wahabi.
Sebab itu Abdullah Mursyi, Pendita Zaaba dan Hamka telah ditentang oleh kebanyakkan org Melayu di zaman mereka kerana pemikiran mereka yg kritis, berwawasan dan cuba membetulkan yg tidak betul kpd betul.
Zaaba menulis org Melayu ini malas mencari ilmu dan cukup berpuas hati sekadarnya sahaja. Zaaba mengatakan org Melayu pergi ke sekolah cukup hanya boleh membaca, menulis dan mengira utk menjadi kerani di pejabat2.
Saya mengajak kalian melihat sikap org Melayu yg sgt lucu. Al Quran 100% org Melayu menyimpan di rumah tetapi tidak memanfaatkan kitab itu sebagai amalannya utk bekalan akhirat. Org Melayu kebanyakkan mengharap pertolongan kitab Al Quran menjaga dirinya dari gangguan syaitan dgn hanya meletakkan ia di kepala katil dan sebagainya.
Org Melayu jika diberi lesen berniaga disewakan. Semuanya cuba mengambil jalan pintas utk menjadi kaya tanpa berusaha. Hingga kan mencari syurga pun ramai org Melayu mengambil jalan pintas dgn menyertai parti tertentu yg kononnya perjuangan mereka adalah mencari syurga.
Lihatlah apabila pemimpin mereka disaman, menjelang PRU dan pemimpin2 dlm kesulitan maka tin milo menjadi sandaran. Berceramah lah mereka setiap malam memaki hamun sambil mengharapkan tin milo penuh. Sedangkan kehidupan pemimpinnya bermewah mewah.
Mereka diajar menjadi taklid buta. Apa sahaja pasti ada dalilnya. Rampas kerajaan oleh musuh hukum haram. Tapi bila mereka merampasnya hukumnya bertukar ia adalah anugerah Allah.
Hudud adalah nyawa kami tetapi apabila duduk dgn kuasa politik tiba2 mengatakan adalah sukar utk hudud dilaksanakan. Sdgkan sebelum itu puluhan ribu ahli dikumpulkan atas nama jihad... dtg berbondong bondong ahli terdiri dari org2 kampung dan susah berkumpul di KL dgn wang ringgit sendiri. Bukankah ia hanya sia2?
Lihat semalam apabila pemimpinnya berseronok bermain salji ditimpa musibah...terus bantuan diperlukan sedangkan org yg menderma itu tgk salji pun belum pernah. Sebab apa pemimpin2nya sesuka hati berbuat demikian? Semua ini kerana pengikut mudah dikeldaikan. Sedangkan kos rawatan Covid-19 percuma.
Sebab itulah ramai para agamawan mengambil kesempatan menggunakan agama utk kemewahan peribadi. Air mineral dibaca surah2 sekian2 dari modal RM 1 dijual RM 10. Kismi yg dibaca surah2 tertentu dijual harga 10 kali ganda. Yg ini patuh syariah yg itu patuh syariah... selagi boleh diniagakan.
Agama kita teruk diekplotasikan oleh golongan agama samada tujuan peribadi atau politik. Kesemua ini berlaku kerana kita tiada ilmu dan tidak mahu belajar. Kemudian terlalu mengharapkan bantuan org lain sehingga mudah dipergunakan.
Nabi tu dijamin masuk syurga tapi masih berusaha dgn solatnya. Nabi org yg paling yakin dgn Allah apatah lagi baginda sendiri pernah melihat syurga dan neraka jika berperang tetap memakai baju besi. Baginda juga pergi berniaga utk nafkah keluarga... tiba2 kamu masuk parti dan taat membabi buta dijamin masuk syurga?
Berubah jgn kita menjadi pentaksub mana2 pemimpin atau parti. Salah tetap salah. Utk mencari kebenaran itu dari terus diperbodohkan cari ilmu. Membaca itu utk mencari makna dan membaca itu utk membuka minda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan