Sabtu, 18 April 2020

ketua keluarga

Arahan sepanjang PKP hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan,

Sebab ape kebenaran tu diberi kepada ketua keluarga?

Penolong ketua keluarga x berkaliber ke nak membeli barang keperluan sedangkan selama ni urusan pembelian penolong ketua keluarga yang uruskan,

Sebenarnya PM kita dah nampak dah situasi yang akan jadi bila penolong ketua keluarga yang keluar membeli,

Contohnya dalam senarai ada 10 barang yang hendak dibeli,

Maka penolong pun bersiap sedia membuat pembelian,

Dalam kepala dia dah ada pelan susun atur rak2 barangan di pasaraya tersebut,

Dia pun masuk ke lorong rak yang menjual tepung gandum,

Dia amik tepung gandum yang memang ada dalam senarai barangan yang hendak dibeli,

Tiba2 dia terpandang serbuk koko,

Dia terfikir ,

Resepi kek marble azlina ina yang dia share petang tadi belum buat lagi,

Sedap jugak makan  kek marble petang2 sambil minum air kopi,

Dia pun amik serbuk koko,

Nak buat kek kena guna baking powder,

Dia amik pulak baking powder,

Selesai urusan kat rak tepung,

Dia pegi pulak kat rak mee kuning,

Dalam senarai barangan ada tertulis mee kuning,

Dia amik mee kuning,

Sebelah rak mee kuning dia nampak pulak kuetiau dok tergolek2 kat tepi tu,

Tiba2 dalam kepalanya terbayang wajah anak keduanya ,

Kak ngah suka makan kuetiau goreng,

Kalau masak kuetiau goreng bertambah2 dia makan,

Jadinya mee pun dia amik kuetiau pun amik,

Dia pegi pulak kat lorong sayur,

Dalam senarai ada  sayur sawi je yang hendak dibeli,

Dia pun amik sayur sawi,

Eh, segar2 pulak kangkung dengan bunga kobis ni,

Geram pulak tengok sayur segar2 ni,

Akhirnya selain sawi,kangkung n bunga kobis pun dia amik,

Begitulah keadaannya bila dia masuk ke lorong jual ayam dan lorong2 yang lain2 nya,

Sedar tak sedar penuh troli barang yang hendak dibeli,

Dia pun beratur nak bayar ,

Sambil beratur tu dia dok scan lagi barang ape yang dia blom beli,

Alamak!!

Milo lupa nak amik,

Dan sesungguhnya dia sanggup keluar barisan untuk amik sepeket milo tersebut,

Rupanya senarai barangan yang ditulis tu ada sambungannya,

Kat mana sambungannya,

Sambungannya dalam kepala dia,

Ada ke dia risau duit x cukup bila nak bayar,

Jarang terjadi x cukup duit masa nak bayar sebab dia dah tahu perkara ni akan terjadi n dia standby duit lebih awal2 lagi,

Jadi nampak tak kenapa PM hanya benarkan ketua keluarga yang keluar beli barang,

Sebabnya kebanyakan penolong menghadapi kesukaran untuk patuh kepada senarai barangan yang tertulis pada kertas,

Langkah penjimatan sangat susah nak dibuat bila penolong yang berbelanja,

Setuju tak pendapat kak pa ni.

C&p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan