"Harga minyak jatuh ke negatif!" "Habis lah!"
Rileks, harga minyak mentah sedunia memang jatuh teruk, tapi yang jatuh 306% jadi $-37.63 setong tu cuma harga bagi "West Texas Intermediate" (WTI) keluaran US.
Untuk minyak Brent (keluaran Shell UK), harga masih positif, dalam $25. Harga minyak "Tapis" keluaran Malaysia pun masih $28, jatuh 1.7% je.
Minyak mentah ni macam kurma juga. Lain tempat lain keluaran, walaupun semua dikenali sebagai kurma. Ajwa tu keluaran Madinah, Deglet Noor Algeria, Medjool dari Morocco. Kualiti pun lain-lain.
Minyak mentah pula, selain WTI dan Brent, ada juga ESPO (Rusia), Urals (Rusia), Maya (Mexico), Minas (Indonesia) dan macam-macam lagi. Keluaran Malaysia selain "Tapis" ada juga "Bintulu Condensate", "Miri" dan lain-lain. Kualiti berbeza-beza ikut kandungan sulfur ("sweet" atau "sour") dan graviti ("heavy" atau "light").
Minyak WTI ni "sweet" dan "light", ramai suka beli, sebab tu harganya dijadikan "benchmark" dan dilaporkan dalam berita setiap hari bersama-sama Brent. Tapi harga WTI tak mewakili semua minyak yang ada di pasaran.
Yang lebih penting, kita kena faham minyak mentah ni didagang pakai "futures" atau kontrak ke hadapan. Katakan kau nak stok minyak pada Mei 2020, kau kena order semasa April.
Minyak mentah ni pembeli dia adalah syarikat-syarikat pemprosesan minyak. Diorang tak beli on the spot tapi beli in advance pakai "futures" supaya boleh manage risiko perubahan harga.
Yang jadi negatif ni adalah kontrak untuk penghantaran Mei. WTI ni bersifat "physical delivery", kau order untuk Mei, minyak tu secara fizikal sampai kat kau selaku pemegang kontrak Mei.
Gila apa, time-time ni siapa nak pakai minyak. Stok minyak masih berlambak sebab hampir satu dunia masih dalam lockdown. Kereta tak leh jalan, kapal terbang tak leh terbang, nak buat masak pun tak boleh walaupun "sweet" konon.
Jadi, disebabkan kontrak untuk Mei 2020 akan expire pada esok waktu tempatan US (21 April 2020), orang just lepaskan kontrak tu tak kisah apa harga. Better rugi duit kontrak dari minyak tu hantar kat kilang kau. Sebab tu harga jatuh ke negatif.
Kalau Brent tak jadi macam tu sebab dia boleh "roll over", tak nak kontrak Mei boleh jual ganti dengan kontrak Jun. Sebab tu tak ada masalah yang sama.
Tapi harga kontrak WTI untuk Jun sebenarnya masih OK, masih di paras $20, dan akan naik selepas itu sebab minggu lepas negara OPEC (yang diketuai Saudi) dan bukan OPEC (seperti Rusia dan US) dah capai persetujuan potong bekalan sebanyak 9.7 juta tong sehari (10% daripada jumlah keluaran dunia) untuk bulan Mei dan Jun.
Harga minyak ditentukan oleh supply dan demand, kalau harga jatuh sebab demand jatuh, maka negara-negara pengeluar minyak volunteer untuk cut supply supaya naikkan harga balik. Macam yang aku ulas dulu:
Tapi apa pun, berita minyak negatif ni adalah good reminder bahawa "the era of oil is coming to an end".
Dan untuk tahun-tahun akan datang, "cheap oil" akan jadi "new normal".
Akan ada banyak syarikat-syarikat minyak kecil yang lingkup setahun dua ni dan dibeli oleh syarikat-syarikat besar.
Macam dulu pasaran minyak dikuasai oleh "Seven Sisters" (BP, Shell, SoCal, Gulf Oil, Texaco, Exxon, Mobil), selepas kejatuhan harga minyak 1980-an tinggal jadi Four Sisters saja: SoCal, Gulf Oil dan Texaco bergabung jadi Chevron (pemilik Caltex), Exxon dan Mobil bergabung jadi ExxonMobil (pemilik Esso).
Dulu harga minyak mahal sebab minyak dulu scarce resources. US sampai nak berperang dengan Iraq untuk dapatkan stok minyak. Now korang bagi minyak free kat US pun belum tentu diorang nak. Lambakan minyak tu yang jadi harga negatif tu.
Sejak zaman Obama (2009-2017), US mula menghasilkan shale oil untuk ganti pergantungan kepada minyak petroleum, dan sekarang US adalah pengeluar minyak terbesar di dunia. Shale oil ni punya supply almost limitless, tak macam petroleum sekali gali habis. So basically harga minyak tak akan kembali ke zaman kegemilangannya lagi.
Sebab tu Saudi semua kena longgarkan cara hidup konservatif diorang untuk tarik pelaburan asing. Brunei pun mula kena berfikir pasal "diversification" (pempelbagaian) ekonomi.
"Oil is a curse". Kebergantungan kepada minyak bukan saja lambatkan negara jadi negara industri jadi negara maju, malah ia akan menggugat kelangsungan hidup negara di zaman new normal.
Harga minyak NEGATIF, macam mana tu? Bukan mimpi tapi realiti.
Harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) di Amerika jatuh bawah SIFAR semalam!
Bayangkan harga minyak petrol negatif tiga ringgit seliter.
Macam mana ek cara bayar ni? Isi minyak 10 liter dapat cash RM 30 ke?
Minyak terlalu murah hingga tokey minyak pun tak nak simpan, siapa ambil siap bagi duit lagi.
Tapi tank minyak kereta di musim Covid-19, masih tak luak. Yang dua minggu lepas pun tak turun setakuk pun lagi.
Bayangkan.. just imagine that😄.
Tapi sebenarnya ia tak akan berlaku di stesen minyak. Harga negatif ini berlaku di pasaran hadapan minyak mentah yang didagangkan di US.
Kontrak hadapan ialah beli atau jual minyak tiga bulan akan datang. Ini kita panggil minyak kertas.
Harga minyak ni yang kita duk follow di berita.
Yang turun negatif tu, kontrak untuk delivery bulan May, yang akan expired 21hb April.
Maknanya, sesiapa yang masih hold kontrak hingga expiry terpaksa menerima atau deliver minyak physical.
Kalau kita lihat kontrak hadapan untuk June delivery, harganya sekitar USD 20.
Dalam pasaran hadapan (macam forex), ada dua pemain utama. Pertama pemain komersial seperti syarikat minyak. Kedua speculator.
Speculator hanya berminat untuk buat trade atas kertas sahaja, tanpa berminat untuk menerima atau menjual minyak physical.
Jadi biasanya mereka akan roll over kontrak yang nak expired dengan kontrak bulan seterusnya.
Apabila harga minyak tidak ada tanda nak naik, semua speculator akan bersesak nak masuk gua. Mereka semua nak jual sebelum expired.
In addition to that, when hours to expiry nearer and nearer, mereka semua makin terdesak. Sama ada, ada buyer atau terpaksa terima minyak physical.
Spekulator nak buat apa dengan minyak mentah tu. Bukan ada refinery boleh proses.
Jadi mereka menjadi senak perut.
Setelah speculator sama speculator bermandi darah antara mereka and rush to exit door, ada pemain komersial yang memang hold dan ready untuk terima minyak mentah sebagai settlement.
A contract must have both a buyer and a seller. Commercial player hold and ready for physical delivery, thus a seller side must reduce asking price lower and lower.
Commercial player boleh terima physical oil, tetapi minyak yang disimpan ada storage cost. Jadi walaupun harga minyak 'FREE', mereka boleh rugi kalau simpan minyak.
Storage cost termasuklah sewa kapal tanker VLCC. Disebabkan demand untuk storage oil tinggi sekarang dengan harapan harga minyak lebih tinggi kemudiannya, oil tanker rate pun naik.
Oleh itu, untuk compensate storage cost, commercial minta dibayar untuk terima minyak. Haha.
Itulah ceritanya macam mana boleh jadi negatif di pasaran hadapan (future market).
Kesimpulannya, tak ada maknanya akan dapat harga minyak negatif di stesen minyak.
Ini hanya fenomena pertama kali yang berlaku di pasaran hadapan (future market).
Esok kontrak bulan May dah tutup. Lepas tu kita akan nampak harga minyak mentah naik ke sekitar $18-20. Ini kontrak bulan Jun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan