*_JIKA MAHU KAYA & BERHARTA, BERKAHWINLAH_*
Di Amerika, ia telah pun dibuktikan melalui kajian. Mereka yang sudah berkahwin, lebih mudah dan lebih cerah berpeluang menjadi lebih kaya.
Kenapa berkahwin boleh menjadi kaya?
Sebab #1 – Lebih Serius Mengurus Duit
Lelaki bila dah berkahwin mula menjadi lebih bertanggungjawab dalam urusan duitnya berbanding ketika masih bujang.
Semasa makan sama-sama sebelum berkahwin, mungkin sang kekanda keluarkan dompet dulu sebab nak tunjuk kepada adinda, kanda ada duit. Duit pinjam kawan, si dia bukan tahu pun.
Dah kahwin, waktu itulah teruji. Nak menunjuk mampu makan di restoran mahal hari-hari atau bagaimana? Dompet kawan kita tebal mana pun, takkan nak pinjam hari-hari.
Sebab #2 – Bila Mertua Datang Rumah
Keduanya, apabila mertua datang rumah. Saya tiada pengalaman mak bapak sendiri datang rumah lepas berkahwin apa rasanya. Saya bernikah waktu tu dah jadi yatim piatu.
Tapi sebagai suami, malam-malam jenguk mertua tidur, kita rasa,
“macam ni je mertua aku tidur dekat rumah aku,”.
1001 persoalan. Sudah beri yang terbaik atau belum? Katilnya, tilamnya, kipasnya, biliknya, aircondnya. Selesa ke tidak. Seronok ke tidak dia tengok anak dia tinggal di mana.
Sebab #3 – Bila Dapat Anak
Ketiga, bila anak dah lahir. Tangisan pertama anak itu menyebabkan kita terfikir,
“Anak aku ni lahir takde baju. Baju pertama disarungkan pun hospital bagi pinjam. Lepas ni takkan dia nak berbogel aje.”
Setahun boleh lah bertahan susu ibu. Lepas tu, dah mula banyak makan makanan lain.
Mungkin sebab itu kita sunat melaungkan azan dan iqamah, antaranya ‘Marilah menuju kejayaan’ sebanyak 4x di telinga anak yang baru lahir. Anak kecik tu bukan faham pun. Bapak yang jadi tukang azan dan iqamah tu yang kena faham!
Masya-Allah!
Si isteri pula, tersenyum riang. Makannya, pakainya, tempat tidurnya sudah ada yang beri. Banyak tu dapat jimat duit. Isteri nak bagi, suami senyum. Isteri tak nak bagi, isteri tak berdosa pun.
Suami kena banyak-banyaklah berdoa supaya isteri tak habis bershopping online di pejabat. He he he. Isteri-isteri tak shopping online di rumah. Pos pun guna alamat pejabat.
Jadi, suami tiada pilihan, mesti jadi kaya. Isteri, sudah ada pilihan, nak kaya bersama suami atau nak kaya sorang-sorang. Dalam Islam, matematiknya 1+1 jawapannya tidak semestinya 2.
Jika sekadar 2 sekalipun, sudah pasti lebih banyak dari 1!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan