Ahad, 17 Mei 2020

solat sunat

Mungkin ramai macam saya. Hajat hati nak solat banyak.

Lalu diatur tentatif solat malam. lepas solat Isyak, turutannya seperti berikut:

1. Rawatib (ba'diah)
2. Tarawih
3. Tahajjud
4. Witir

Tapi kadang-kadang datang juga rasa lemah. Penat sangat. Atau masa tak sempat sebab tidur banyak.

Nak solat semua senarai kat atas tu tak mampu. Jadi kena pilih mana yang paling banyak fadilatnya.

Dalam Hasyiah I'anah Tolibin dan Hasyiah al-Jamal, ke'afdal'an solat adalah seperti berikut:

Witir
Rawatib
Tarawih
Tahajjud

Kalau hanya mampu solat satu jenis sahaja, pilihlah witir. Sebab Nabi tak pernah tinggal sampai mazhab Hanafi mewajibkannya.

Kalau boleh solat lebih dari satu, pastikan Witir paling akhir. Ia adalah solat penutup.

Rawatib seeloknya dikerjakan selepas solat Isyak. Menurut ulama', ia adalah penghias kepada solat Fardu.

Tahajjud sewajarnya kita tidur dahulu. Bangun sahur, eloklah solat tahajjud dulu. Akhiri dengan witir. Ambil fadilat sepertiga akhir malam.

Paling lowclass? Solatlah Maghrib dan Isyak berjemaah. InsyaAllah dah dapat pahala qiamullail. Kebetulan malam tu Lailatulqadr, dapat gandaan pahala lebih dari 1000 bulan.

Allahummasyhad..
*Terima kasih kawan-kawan fuqaha' yang membantu.

(Alang Ibn Shukrimun)
24 Ramadhan 1441
17 Mei 2020

Sabtu, 16 Mei 2020

rider foodpanda

Cerita tentang,
Seorang Rider FoodPanda
Namanya Hasif Abdullah
Anak muda yang sangat gigih berusaha.

Beliau sebelum ini melakukan tugasan di kawasan Salak Tinggi Sepang,
Namun,
Berlaku pengurangan permintaan servis FoodPanda di kawasan itu sejak PKP,
Hasif mula mengatur gerak langkah,
Membuat percaturan untuk keluar dari kawasannya sendiri,
Masuk kawasan Cyberjaya,
Kira-kira 30-40 minit dari tempatnya,
Meredah basahnya hujan,
Meredah teriknya panas,
Banjir peluh di tubuh tiada dipeduli,
Asal kudrat dimanfaatkan semaksimanya.

Hari-hari beliau begitu,
Demi mencari rezeki,
Untuk keperluan keluarga.

Dan semalam,
Dalam tugas hendak menyempurnakan amanah orang,
Beliau telah kemalangan sendirian untuk balik berbuka puasa di Jalan Jenderam Hilir Dengkil,
Maka,
Beliau telah dihantar ke hospital putrajaya,
Telah mngalami patah kedua2 tangan dan kaki kiri dan juga mngalami kecederaan dalaman dan kepala

Dan saya meyakini,
Anak muda ini orang yang baik,
Disenangi rakan taulan,
Kerana,
Boleh dilihat,
Ramai sahabatnya menunggu di hospital.

Disaat orang lain berkurung di dalam rumah,
Mereka berada di luar rumah,
Menjadi 'posmen' kepada hajat kalian,
Hajat untuk membeli atau menjual makanan dan minuman.

Usahlah berkira upah buat mereka,
Hargailah mereka,
Mungkin,
Upah kita harini,
Rupanya,
Bekalan yang mereka tinggalkan buat keluarganya esok hari,
Disaat mereka tiada lagi di dunia ini.

Erti hidup pada memberi.

Sedekah tidak pernah memiskinkan kita,
Malah menggandakan harta.

Life is not about us,
Life is about others

Rabu, 13 Mei 2020

solat di covid

*بسم اللّه الرّحمن الرّحيم*.
*السّلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته*.

*TAZKIRAH PAGI:*
14 Mei 2020 Khamis.
21 Ramadhan 1441 H.

  Ketahuilah bahawa.. *Kenapa Masjid Tidak Dibuka Ketika PKPB?*.
 Umum sedia maklum.. *kebanyakan sektor telah dibenarkan untuk dibuka ketika fasa 5 ini*.
 *PKP* juga ditukar nama menjadi *PKPB*..tapi *kenapa masjid masih tidak dibuka?*.
 Inilah antara *sebab²nya*.

 *<Warga Emas>*
 Seperti yg kita semua tahu.. *masjid selalunya dipenuhi oleh Warga Emas*..Risiko untuk Warga Emas *dijangkiti Covid 19 adalah tinggi*..Apatah lagi Warga Emas *kebanyakannya menghidap penyakit kronik* yg meningkatkan lagi *peratus jangkitan*.

 *<Amalan Ketika Solat>*
 Sejak lama dahulu *amalan bersalaman selepas solat sudah diamalkan sejak dahulu lagi*.
 Selain itu apabila solat.. *kita sudah terbiasa berdiri dekat antara satu sama lain*..Jadi *amalan² sebegini susah diubah sekelip mata*.
 Perjarakan sosial sebanyak *1 meter susah untuk dilaksanakan*.

 Solat juga *memerlukan kita rukuk & sujud*..jadi dikhuatiri *di karpet tempat solat nanti* ada yg *tinggalkan virus* kalau *batuk @ bersin*.
 Dan orang seterusnya yg menggunakan karpet *berkemungkinan akan terkena jangkitan tanpa sedar*.

*والسّلام...*

jutawan

KINI TRENDING

MAY, 13 2020

*Balik Kelantan Naik Jet Peribadi Semata-Mata Nak Beli ‘Akok’,*

Baca 11 Nasihat Jutawan Ini

by Shira

Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap manusia di muka bumi ini sememangnya mempunyai kehendak yang berbeza-beza seperti keinginan memiliki pelbagai jenis pakaian, jam tangan, makanan dan lain-lain. Untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati ianya perlu diiringi dengan usaha dan perancangan.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Hafizi Zain yang berkongsi pengalamannya mengikut ‘Silent Billionaire’ menaiki jet peribadinya ke Kelantan semata-mata untuk membeli kuih akok. Lebih menarik perhatian apabila ‘Silent Billionaire’ tersebut selesa untuk berkongsi tips kejayaan beliau.

Naik jet peribadi beli kuih akok

Pernah tengok tak ada orang balik Kelate semata-mata nak beli Kuih Akok naik private jet? Beliau merupakan seorang ‘Silent Billionnaire’. Tak suka dikenali orang dan tak suka bercakap kosong. Saya tak mahu bercerita lebih tentang siapa beliau.
Tapi saya nak ceritakan tentang 11 Nasihat Emas yang saya dapat sepanjang 30minit penerbangan dari Kota Bharu ke Subang Airport pada hari Ahad lepas dengan menaiki pesawat peribadi milik beliau. Saya post kat sini adalah supaya saya boleh ingat pesanan dari beliau.

Nasihat daripada Silent Billionaire

_Hafizi Zain bergambar bersama jet peribadi Silent Billionaire_

1. When u do business, don’t put all eggs in one basket. Kalau basket tu jatuh, habis semua telur-telur tu akan pecah.. Asingkan 1 bisnes, 1 company. 1 projek, 1 company.. Jangan campur adukkan semua di bawah 1 company sahaja.

2. Jangan menganggap cabaran ekonomi semasa menghalang utk kita buat bisnes. Sbg contoh, musim covid ni.. Memang ada bisnes yang tak boleh nak jalan.. Tapi ada banyak lagi peluang bisnes yang kita boleh lakukan dan boleh sukses. Explore dan terus take action. Kalau kita hanya terperap saja kat rumah mengenang nasib, memang rugi lah!

3. Jangan pernah berhenti dari memberi sedekah..sedekah dan lupakan.. Lagi banyak sedekah, lagi banyak rezeki datang mencurah-curah. Utamakan sedekah kepada adik beradik dan saudara mara dahulu. Walaupun ada saudara mara yang pernah mengguris hati, sedekahkan juga tanpa berkira.

4. Buat bisnes yang tidak melibatkan loan bank. Sebab loan bank ni lah sebenarnya yang menyebabkan cash outflow company makin drop. Dapat untung je, buat bayar loan. Baik tak payah.

5. Banyakkan networking dengan orang-orang penting. Waktu mula-mula-mula networking, mungkin takde rasa apa yang perlu. Tapi one day, pasti akan ada benda yang kita saling perlukan pertolongan antara satu sama lain.

Rancang kehidupan betul-betul

_Hafizi Zain bergambar bersama jet peribadi Silent Billionaire_

6. Pekakkan telinga dengan apa yang orang berkata negatif tentang kita. Sebab setiap apa yang kita buat, hanya kita saja yang tahu.. Orang lain tahu mengata jer.. so, the best solution, FOKUS dengan apa yang kita nak buat, dan apa yang kita nak capai.

7. Plan betul-betul life kita. Umur sekian sekian, apa target kita. Dari segi kerjaya, kehidupan, rumah, kereta anak dan lain-lain. Jangan kita hanya hidup mengikut arus semata-mata.

8. Kena bijak mengambil peluang. Kadang-kadang peluang tu orang tak nampak hanya kita je nampak. Tapi kita tak berani sebetulnya, bila dah nampak peluang tu, grab cepat-cepat sebelum orang lain grab dulu.

9. Bila berinteraksi dengan orang kenamaan, jangan tunjuk yang kita lemah. Kena tunjuk kita ni kuat dan ada kelebihan. Jangan hanya tunduk, diam dan setuju semata-mata dengan apa yang tengah dibincangkan bersama mereka. Lontarkan idea-idea bernas untuk mereka. Barulah mereka pandang tinggi dan berani bagi projek kat kita.

10. Sekiranya kita nak business secara long term, elakkan dari melibatkan diri secara serius dalam politik. Sebab ianya sangat bahaya. Fokus kepada business bukan fokus kepada politik.

11. Jangan terlalu nak ‘beremosi’ dalam bisnes kalau kita buat satu-satu bisnes, dan bisnes tu asyik rugi dan takde masa depan. Tutup saja bisnes tu tak perlu nak meratap sayu bina bisnes baru yang lebih profitable.

Sumber: Hafizi Zain

pasca covid pdp

Antara Isu yang sering diperkatakan ialah berkaitan peranti dan kumpulan murid daripada B40

Antara strategi yang disusun oleh KPM
1. Melalui Saluran TV iaitu : Okey dan TV Pendidikan

2. Mengadakan Kerjasama bersama ASTRO melalui saluran 601 dan 603 ASTRO selama 2 jam selama 5 hari (Isnin – Jumaat ) pada jam 11 pagi – 1 petang dan siaran ulangan (3-5petang )

3. Bahan Sokongan dikeluarkan seperti Digital Textbook

4. Pembangunan Kurikulum juga membantu seperti bahan STEM



5. Penekanan Home Based Learning. Fokus adalah Digital Learning.

Apakah saranan kepada warga pendidik dalam mendepani Cabaran Covid19

Antaran cabaran utama ialah

1. Bagaimana melaksana PAK21

2. Revolusi Industri 4.0

3. Covid-19

Guru yang ada dalam sistem perlu mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak. Guru perlu meningkatkan ilmu masing-masing. Perlu sentiasa beriltizam dan sentiasa mahu mencari ilmu baharu.

Guru tidak boleh berhenti belajar. Suasana baru covid menyebabkan ilmu digital perlu dikuasai dan mahir. Contoh pelantar pembelajaran.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah banyak fokus kepada KBAT dan problem solving.

PBD perlu diberikan penekanan kerana Nilai, sahsiah adalah tuntutan dalam masyarakat


PBD adalah satu ruang untuk keluar daripada kelompok peperiksaan dan melihat secara kemanjadian murid secara holistik.

Bagaimana PBD dilaksanakan selepas ini?

Peranan guru penting, guru memberi tugasan dalam talian seperti kuiz, tugasan dan projek mudah.

Contoh: memberi projek mudah tanpa murid keluar rumah. Hanya kajian dalam internet sahaja. Guru monitor pembelajaran murid.

Murid perlu menguasai Minimum tahap 3 dengan sedikit tahap aplikasi. Bimbing murid agar mampu bergerak kepada tahap seterusnya. Dengan menggunakan template dan kreativiti PBD boleh diteruskan.

Hala Tuju PDP dalam Pasca Covid19

3 perkara perlu utama :
1. Mantapkan Pendidikan digital
– keperluan masa hadapan
– Keperluan akses kepada semua murid termasuk peranti
– Bahan-bahan dalam bentuk digital. Bhgn sumber dan teknolgi telah digital kebanyakan bahan

2. Latihan guru penting . Perlu disediakan. Guru muda ada kemahiran internet. Tetapi guru berusia lebih 40 tahun memerlukan lebih latihan.

Berbanding dengan sektor lain sebagai contoh :

Bank, bermula dengan penggunaan awal buku bank. Seterusnya Mesin ATM , penggunaan online dan sekarang e wallet.

Tetapi Pendidikan masih mengamalkan latihan / perjumpaan bersemuka sehingga kini. Maka Pendidikan juga perlu perubahan.

3. Pentaksiran.
Tujuan utama pergi sekolah adalah untuk belajar, seronok belajar, menjadi yakin dan disediakan mereka dengan masa depan. Maka cara pemikiran sangat penting.

Webinar dan skype juga banyak diadakan untuk guru.

Sambutan Hari Guru telah berubah, sambutan secara digital dan maya. Hari Guru tetap berjalan pada 16 Mei walau dengan cara berbeza.

Terima kasih dan syabas kepada hampir 500 ribu guru yang sedia hadapi cabaran baru.

PDP perlu dilaksanakan dalam keadaan berbeza. Gunakan Digital Platform.

Selamat Hari Guru. Terima kasih Cikgu
Sekian.

Tema Hari Guru 2020: Berguru demi ilmu, Bina Generasi Baharu