Riba & Dajjal
Sedikit ringkasan dari kuliah Sheikh Imran Hossein pada 26 jun di Masjid Al Ghufran.
Kalau tak insaf lagi aku tak tahu lah. Baca sampai habis. Aku tolong ringkaskan dan terjemahkan ni.
Semua ni dari apa yang Sheikh Imran kongsikan bukan dari ulasan aku sendiri.
1. Beli rumah cara islamic beng
How did ur grandfather build house in kampung ? Adakah dengan cara riba ?
Mereka bina rumah kecil dulu, bila ada duit lebih dia buat lagi bilik kecil, tandas dan lain2.
Tapi kau mahu rumah besar di Shah Alam so kau kena sujud dan patuh pada riba.
Mereka kata lagi kita tiada alternatif lain, ini kes darurat.
Sheikh tak tahu ke, bila kita takde makanan kita dibenarkan makan babi.
Ok baik. Saya kata, kalau macam tu kenapa kau makan babi selama 30 tahun dan siap jilat jari dengan lidah lagi macam ni ( Sheikh imran tunjuk jari jilat di lidah ).
Kau terlalu happy beli rumah ni. Kau beli kereta ni. Kau jilat jari kau lagi.
Yang keduanya kau mesti makan paling minimum babi tu. Tapi kenapa kau bedal sampai penuh sekor babi tu ?
Yang ketiganya bila kau bedal babi tu, kau mesti kena cari makanan lain. Bila kau dah dapat makanan lain, kau mesti kena stop segera makan babi tu.
Tapi kau siap sain kontrak 30 tahun untuk makan babi tu. Tokdan nak mikir kata Sheikh Imran.
Bab islamic beng ?
Ada penjual musang king offer 1 basket RM1000.
So saya kata saya takde duit RM1000 untuk bayar boleh bagi saya masa.
So penjual musang king kata berapa lama masa awak perlukan ? Bagi saya 1 bulan, saya bayar awak lepas 1 bulan.
Penjual kata ok, tapi bayar extra RM100 jadi RM1100. Harga pertama RM1000 ialah harga cash.
Harga kedua RM1100 adalah harga hutang disebabkan dia perlu tunggu duit dia so dia letak RM100 extra.
So perbezaan 2 harga ni not because of durian, tapi because of time. Money cannot increase over time because that is riba.
Sekiranya rumah di Taman Tun Dr Ismail nak dijual dengan harga RM1 million.
Kau takde duit then kau datang kepada aku. Ok i will sell the house for u and give the time to pay.
The cash price is RM1 million. But because u taking the credit now so the new selling price is RM2 million and i give u 5 years.
Perbezaan harga antara cash price dan credit price is riba.
Then kau bagi BIG NAME called MURABAHA. Inilah cara islamix bengking.
Tapi bila mereka di akhirat nanti, mereka akan berkata, sekiranya kita dengar dan fikir, sudah tentu kita tak berada dalam neraka hari ni.
.
2. Riba ni dajjal's major weapon.
Charity is kau bagi sesuatu pada orang dan kau tak harapkan sesuatu apa pun in return.
Riba ni pulak terbalik, kau ambil sesuatu daripada orang, dan kau bagi orang lain nothing in return.
Seorang ostad, sheikh, maulana, mufti, dah khianat Allah dan khianat Rasullulah.
Pergi dan cari mereka, adakah mereka mengangkat subjek bab riba ni.
Mereka tak naikkan walaupun jari kelingking untuk perangi riba. Mereka dah khianat Allah dan Rasul. Mereka khianat kebenaran.
Saya dah bercakap hal ni selama 25 tahun. Mereka tak dengar pun kata saya. Mereka kata saya ni sesat.
Tapi pada hari ni saya kata kau adalah yang khianat kebenaran.
.
3. Credit card
Kebanyakan mereka ada kredit kad dalam poket.
Apa tu kredit kad ? Apa salahnya kredit kad ni ?
Kalau kau tak tahu kredit kad ni kau memang bebal.
Bila guna kredit kad kau telah guna duit orang lain.
Setiap kali kau guna kredit kad untuk beli barang, kau telah guna duit orang lain bukan duit kau.
Kalau kau pakai debit kad, kau pakai duit kau sendiri.
Bila kau pakai duit orang lain, kau mesti dikenakan syarat.
Apa syaratnya ?
The condition is, if u not repay me on time, u agree to pay riba.
So dia jerut tali dah kat leher kau. Then kau kata thank you dajjal sebab dah jerut leher aku.
Then ada sorang Sheikh kata, kalau aku bayar on time, takde lah riba, so takde haram lagi.
Sheikh Imran kata ada sorang sheikh syiah di new jersey ni pakai kredit kad, sheikh imran nampak dan tanya sheikh apa ni ? Sheikh tu jawab ni kredit kad. Sheikh Imran kata ini haram.
Sheikh syiah tu kata saya bayar setiap bulan on time, so saya takde riba.
Sheikh imran kata look, credit card ni kasi kau kontrak. Kontrak tu kata kalau kau tak bayar on time, then kau kena bayar interests.
So kau sain kontrak tu ? Sheikh syiah tu kata ya saya sain.
Ok, katalah kontrak ni kata macam ni, sekiranya kau tak dapat bayar on time, kau kena minum whiskey ? Kau akan sain ?
Sheikh tu kata no no no. If company credit card tu buat syarat, sekiranya kau lambat bayar kau kena pergi berzina, kau akan sain ? Sheikh tu kata haram haram no no.
So setuju untuk bayar riba sekiranya lambat bayar ini sama bahkan riba ni lagi berat.
1 dirham dari riba lebih berat dosanya dari 36 kali zina.
Pada hari ni boleh katakan setiap orang ada kredit kad.
Tapi masa di jahanam kau akan ingat firman Allah dan hadis Rasullulah tentang peringatan riba ni.
.
4. Laknat dari Rasullulah
Rasullulah telah melaknat penerima riba, pemberi riba, saksi dan jurutulis. Mereka semua sama saja.
Bila kau kena laknat dari Rasullulah, kau boleh solat, kau puasa di ramadhan tak diterima pun.
Sekiranya kau terkena laknat Rasullulah, kau boleh pergi haji tapi haji kau tak diterima.
Bila kau kena laknat dari Rasullulah, tempat kau jahanam kau takde lagi jalan keluar.
Kita doa kepada Allah agar Dia beri rahmat atas apa yang kita buat cuba stay away dari riba ni.
.
5. Apa beza riba dan jual beli ?
Jual beli halal di sisi Allah, Riba haram di sisi Allah sampai kiamat.
Jual beli ada risiko, riba tiada risiko. Jual beli ni kau boleh jadi untung, boleh jadi rugi.
Tapi riba ni 1 pihak sentiasa untung tanpa rugi. Yang rugi pihak 1 lagi kena tanggung dan surely dia takkan sesekali untung.
Harta kekayaan tidak akan berputar dengan riba melalui ekonomi. Duit bertambah hanya kerana penangguhan masa.
Dengan jual beli, harta berputar melalui ekonomi untuk pergi kepada seluruh peringkat sama ada yang kaya ataupun yang miskin.
Dengan jual beli, yang kaya tidak kekal kaya, yang miskin tidak kekal miskin.
Tapi dengan riba, yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin.
Dengan riba juga, yang kaya hapuskan kerugian dari dirinya, kau kebalkan diri kau dari kerugian. Pihak lain kena tanggung kerugian kau. Kau sentiasa untung, sentiasa kaya raya.
Kerana itulah riba tidak layak digelar sebagai bisnes. Kerana itulah Allah halalkan jual beli dan haramkan riba.