Isnin, 29 Jun 2020

doyan timbang kati

DURIAN TIMBANG KILO

Selain dari pencerahan Fatwa Tuan Mufti berkaitan *isu Durian timbang kilo* dan sebagaimana yang Pok janjikan, Pok akan perbincangkan isu jualan *durian timbang kilo* yang seakan-akan cara jualbelinya meragukan dari segi syariat islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
*“Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat), banyak orang yang tidak tahu, apakah dia termasuk dalam perkara yang halal ataukah yang haram? Maka sesiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya maka dia akan selamat dan sesiapa yang mengerjakan sedikit pun daripadanya hampir-hampir dia akan jatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan.”*

( Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi dan riwayat ini adalah lafaz al-Tarmizi) (Dr. Yusof al-Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal 37).

Mengambil manfaat dari hadith di atas mengajar kita agar berhati-hati pada *perkara kesamaran (Syubhat)* termasuklah dalam urusan urusniaga yang meragukan.

Kita tak boleh samakan timbangan ayam atau daging kerana manfaat yang ingin kita beli *dapat dilihat dengan mata kasar.* Sedang Durian ada kesamarannya... Ada yang nampak elok  di luar...  Tapi hampa di dalam.

*PERTAMA:-*
Jika kita ambil kira bab muamalah iaitu  urusniaga pada barang manfaat iaitu *isi durian belum disaksikan (ainun Ghaib), maka hukumnya tidak sah dan dilarang dalam syariat Islam*

Seperti contoh:-
Seorang nelayan yang mahu ke laut untuk menangkap ikan. Maka sebelum ke laut dia sudah berurusniaga dengan pelanggannya dan mengambil *imbuhan (bayaran)*, bila ditanya tentang  ikan (manfaat) dia tunjuk pada laut yang terbentang  luas.

Sama jua dengan urusniaga Durian, bila ditanya akan isinya (manfaat) maka ditunjuk pada buah durian (kulit yang membalut isi) sedangkan *pelanggan perlukan isi* manakala kulit tidak memberi manfaat pada mereka.

Di bawah ini adalah WhatsApp dari salah seorang sahabat untuk dibuat iktibar :

( *Haritu kawan dalam fb beli RM140.00 sebiji.. langsung takda isi di dalam buah tu.. heran betul buah sekarang ni..*)

Soalan Pok,  di mana ada *keredhaan bersama* dari segi hukum jualbeli dalam syariat Islam?

 *KEDUA*
Mungkin ada yang berpendapat ianya berbentuk *nasib baik (luck)*. Kalau nasib baik... Ada isi dan seimbang dengan bayarannya, kalau nasib buruk....tidak seimbang dengan bayarannya  dikira hangus (burn)  maka redhalah...

Jual beli macam ini mirip kepada *perjudian* dan amat bahaya dari segi akidah kita.  Urusniaga yang bercirikan untung nasib amat dilarang dalam Islam .Yang untung hanya pada sebelah pihak sahaja iaitu *Peniaga Durian.* Timbang dan terima bayaran, manakala pelanggan bergantung pada nasib untuk mendapat manfaatnya.

Lebih mirip pada *"cabutan bertuah".* Pada asasnya cabutan bertuah jika dibuat tanpa bayaran tertentu adalah *HARUS.*

Contoh:-
*"Ambillah sebiji sorang buah durian ni.... Tapi hasil isinya tak pasti... Bergantung pada nasib seseoranglah"* ujar peniaga durian sebagai hadiah /sedekah.
*(Ini dibenarkan)*

Tapi jika dikenakan bayaran tertentu, ia adalah disifatkan  sebagai perjudian dan *diharamkan.* Terlalu banyak hadith Rasulullah saw yg melarang serta mengancam keras pada urusniaga  berunsur perjudian ini. Begitu juga dengan dalil Al-Quran  seperti:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

*Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…”*

Surah al-Baqarah (219)

Kerana itu,  eloklah kita kembali kepada saranan Tuan Mufti seperti diatas. Di bawah Pok muatkan apa yang dicerita oleh seorang sahabat Pok bagaimana urusniaga durian di masa dahulu. Ianya lebih selamat dalam memdapat rezeki yang halal untuk kita dan anak isteri kita:

( *Dulu...TokWan beli Doyan, bawak tupperware besaq..timbangan isi, buang kulit*)

*Bukak kat situ jugak, bila ada rosak, ganti yang baru.*
*Isi tak cukup, tambah lagi...*)

Soal berapa pun bayaran boleh diperbincangkan dengan pelanggan. Bagi yang berminat dan berkemampuan soal harga sudah jatuh no 2 asalkan manfaatnya dapat mereka nikmati.

Ini berlainan dengan keluhan sahabat Pok di atas...  Bagi Pok, usah kata RM140.......satu sen tak tidak ada nilai,  jika dibawa pulang, dibelah dan dibuang dalam tong sampah je.

Pok melihat prosedur  kerajaan Negara Cina lebih konsisten dalam menerima kehadiran buah Durian dari Malaysia. Durian disyaratkan dijual dalam bentuk isi (ditempat dalam polisterin dan dibalut dengan plastik lut sinar) Ini lebih menjamin keadilan semua pihak. Walaupun negara China itu sendiri tidak mengamal urusniaga  berciri patuh syariah. So  kita perlu rasa malu dan pihak berwajib perlu ada garis panduan yang ketat dalam urusan jualbeli buah yang bernama *DURIAN* ini.
Wassalam.

 Saya pernah beli durian di Sarawak sekitar 2015/16 ..tepi jalan area Bau/Serikin..

Mula-mula panik jugak.. penjualnya langsung x timbang buah durian tersebut.. tapi saya diam saja..mungkin nanti dia akan kira/caj ikut sebiji sebiji ..

Tapi rupanya bukan mcm tuu..

Penjual tersebut bukan caj kira biji.. Tapi dia caj ikut ulas yang kita makan..So kalau seulas RM1... jika sebiji buah durian tu ada 10 ulas yang kita makan.. maka harganya RM10... kalau yang boleh dimakan 5 ulas..maka harganya RM5 lah..

Lebih adil untuk pembeli kan..?

Menariknya.. penjualnya adalah bumiputera non muslim Sarawak ..

Bolehkah kita peniaga durian muslim mengikut contoh ini..

Bab beli durian ni, banyak terkena daripada x kena, Ayat penjual memang manis-manis, ni ok, baik ni dll..

Takdenya kat Semenanjung nak buat macam tu, dulu orang Melayu jual durian kira longgok, sekarang Cina Jual kira kilo.

 *Kita pakat KEMPEN, beli isi durian sahaja, baru timbangan kilo, buang kulit yang x dak manfaat*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan