1. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
2. Dikesempatan ni saya ulas sedikit berkaitan perihal permasalahan ekonomi kita. Saya dari tahun lepas lagi menyebut bakal berlaku satu ‘re-set’ kepada sistem kewangan kita dalam masa terdekat. Dan ianya sedang berlaku. Dengan kehadiran serangan virus Covic19, terserlah akan kerapuhan sistem kewangan negara kita dan dunia amnya. Kebanyakan aktiviti ekonomi hampir keseluruhan negara di dunia disentap dan seterusnya terjerumus ke dalam kemurungan ekonomi yang parah.
3. Negara kita juga tiada kecualinya. Kita tidaklah kaya mana pun. Sekadar panduan, data-data ekonomi dan perbankan semuanya kita akses dengan mudah di laman web berkaitan. Secara umumnya jumlah duit tersimpan dalam system perbankan kita dalam USD464B pada April 2020.
https://www.ceicdata.com/en/indicator/malaysia/total-deposits
4. Manakala jumlah nilai pasaran saham di Bursa Kuala Lumpur pula dalam RM1.57T. Jumlah ini tidak termasuk bon atau warrant dan seumpamanya. Maka, dengan ketenatan ekonomi sekarang, tidak ada bangsa yang boleh mendabik dada mengaku dialah juara atau raja duit di negara kita.
https://www.ceicdata.com/en/malaysia/bursa-malaysia-market-capitalization/bursa-malaysia-market-capitalization.
5. Yang saya nak ulas ialah bagaimana kita nak memitigasikan kesan ekonomi ini kepada rakyat kita. Langkah paling penting, negara kena bersedia ‘membeli hutang rakyat’ dan menyusun-semula hutang-hutang berkenaan secepat mungkin. Langkah ini macam melakukan bail-out kepada hutang-hutang rakyat. Kemungkinan pembayaran sudah pasti berlaku sebaik sahaja tempoh moratorium pembayaran hutang yang diberi kerajaan tamat pada bulan Oktober nanti. Ini kerana ramai peminjam telah diberhentikan kerja atau dikurangi jumlah pendaatan sehinggakan hilang kemampuan membayar hutang berjadual mereka.
6. Mudah kifa fahami, bila dibelenggu hutang sehinggakan diisytihar bankrap atau disenarai-hitam oleh sistem kredit berpusat, seseorang itu tidak mampu lagi bekerja secara produktif atau lebih malang, ditolak dari ditawarkan sebarang pekerjaan terutama yang melibatkan penurunan authoriti kewangan seperti menanda-tangani cek dan dokumen rasmi.
7. Umumnya hutang persendirian adalah bagi sewa-beli kenderaan, gadai-janji hartanah dan juga hutang peribadi termasuk kad kredit dan pinjaman mudah tanpa koleteral. Tindakan membeli hutang ini bolehlah diuruskanl oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Kalau sebelum ni, AKPK sekadar mengatur penyelesaian hutang tertunggak tetapi yang dicadangkan sekarang, AKPK akan bertindak sebagai pengurus kepada satu Dana Harta yang mengatur dan membeli seterusnya mengurus hutang tertunggak terbabit.
8. Mana-mana asset hutang yang boleh dijual seperti rumah kedua dan seterusnya bolehlah ditawarkan untuk jualan atau diambil-alih oleh Dana Harta ini bagi memulihkan status kewangan peminjam. Perinciannya bolehlah diputusan nanti. Seterusnya hutang-hutang korporat, kaedah Dana Harta membeli hutang-hutang korporat khususnya yang strategik semasa kemelesetan dahulu hendaklah diaktifkan kembali. Saya percaya ramai yang amat faham hal ini tetapi persoalan pokok adalah DUIT… Di mana duitnya…?
9. Di sini saya nak rujuk kembali tentang kewujudan rezab istimewa yang nilai mukanya disebutkan oleh Perdana Menteri Interim (Tun Dr Mahathir) sebelum PKP dahulu. Sila semak posting Tuan Tanah sebelum ni). Tun M ada menyebut rezab berkenaan berjumlah USD2.0T. Yaa… Saya yakin itulah jumlahnya, kalau dalam matawang kita, niainya kira-kira RM8.5T.
10.Sementelah itu, apabila kerajaan PN memerintah, tersebar berita mengatakan yang Menteri Kewangan baru dari kerajaan PN terkejut yang negara kita sebenarnya tidak memerlukan pinjaman asing seperti Bon Samurai kerana duit kita berlambak. Yaa… Saya setuju pandangan beliau tetapi duit berkenaan masih berada di baki akaun lejer, belum lagi ‘berjaya’ dipindahkan ke baki akaun boleh-guna.
11.Saya berpendapat, duit ini saya nak panggil duit istimewa yang ‘wujud’ sebagai talian hayat kepada kesihatan kewangan negara kita. Persoalan sekarang, bagaimana nak ambil duit tu…? Sehubungan itu, saya berkali-kali mendapatkan kepastian dari pihak yang mengawal duit-duit ini. Yaa… Mereka adalah golongan Wali Allah yang menjaga kedaulatan harta (duit) berkenaan.
12.Maknanya, inilah kedudukan duit ber-Trilion tersebut. Duit ini hanya boleh diambil oleh Waris Yang Berhak sahaja. Manakala insan yang dibenarkan membantu Waris berkenaan adalah Atok si Tua Nyanyuk (yang sering disebut ramai waktu ini) yang bernama Mahathir bin Mohamad. ALLAH SWT melanjutkan usianya bukanlah semata-mata untuk beliau melihat keburukan hasil tangannya tetapi juga memberi sentuhan akhir tangannya untuk pemanfaatan harta (duit) warisan istimewa yang boleh dah tentu lebih dari mampu membayar-kembali segala keburukannya terdahulu, mana yang dilakukannya kerana kita semua bukan maksum seperti para Rasul.
13.Itu adalah perjanjian. Sehingga setakat ini, itulah yang termaktub. Pusinglah ikut mana sekali pun, tidak mungkin berjaya duit-duit warisan dimanfaatkan tanpa air tangannya selagi beliau hidup.
14.Pernah ditanya kepada para pengawal ghaib mengapa beliau, jawapan mudah ialah berlakunya perjanjian semasa tamatnya Perang Dunia ke-2 dulu, orang tua ini telah besar panjang dan beliau tahu benda ni in-person waktu itu. Jadi, tiada sanggahan saya untuk itu. Jika kehendak ALLAH SWT mengizinkan duit warisan ini membantu menyelamatakan negara kita di saat genting ini, nescaya DIA juga akan mengaturkan kembali Orang Tua ini untuk berkuasa seketika semata-mata menunaikan tugasan terakhirnya… Jom kita tunggu dan lihat sajalah…Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan