Biar teman ulas apakah penjelasan faktor
What Went Wrong aka 3W sindrom
Iaitu bila seseorang yang sentiasa berjaya dengan kata lain tidak pernah gagal daripada dia lahir sehinggalah dia kecundang....
Katakanlah pada umur dia 40 tahun dia dibuang kerja akibat pandemik maka dia akan mudah untuk terus menyerah kalah sehingga ada yang tergamak membunuh diri sendiri.
نعوذبالله من ذلك
Dalam hidup teman kegagalan pertama yang teman rasa adalah ketika teman berada di tahun 3 iaitu rasa semua orang boleh teka.
Ya ya.... tidak mendapat tempat pertama dalam peperiksaan ujian tengah tahun dan akhir tahun sekolah pagi dan sekolah agama. So xde la hadiah masa hari penyampaian hadiah.
Kejayaan kedua adalah masuk asrama penuh aka SBP aka residential boarding school sebab dapat 4A UPSR 1992.
الحمدلله
Berkat doa ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan ketika di Tahun 6 di SK Sungai Lang.
Kegagalan kedua apabila teman tidak dapat menerima gaya pembelajaran di asrama penuh yang seolah-olah teman kena ikut
what u must do...
bukan I know what the best for me... so teman seolah-olah memberontak pada diri sendiri tapi akhirnya PMR pada tahun 95 teman dapat 8A. Ni kejayaan ke-3.
الحمدلله
Tapi teman terus bertahan sehingga SPM sebab teman tak nak menghampakan harapan sesiapa maka seperti yang telah di duga atau dijangka keputusan SPM teman pun biasa-biasa jer.
Tapi teman tak kata teman gagal semasa SPM. Teman hanya tak dapat suasana atau keadaan kondusif untuk teman terus memacu kejayaan.
Kegagalan teman yang ke-3 adalah tidak berjaya masuk ke mana-mana matrik U atau asasi sains untuk terus ke ijazah. Laluan teman agak panjang sedikit iaitu masuk ke F6.
Tapi kita kena sentiasa bersangka baik dengan الله dan الله akan bersangka baik dengan kita.
Allah gantikan kegagalan teman .... tapi sebenarnya bukan gagal pon. Cuma orang tua2 kata tak ada rezeki. Kecewa?... adalah sket. move on jer. Dan الله ganti x dapat masuk matrik 22 tahun dolu2 dengan jadi pensyarah matrikulasi KPM subjek kimi-A!. Diam2 dah 16 tahun di matrik.
Hikmah masuk F6?.... Teman jumpa jodoh. Ni first time teman bagi tahu kat semua orang di medsos betul Norhana Yahya? lain...? x nampak lagi wat masa ni. Anak? .... baru 5 الحمدلله.
Teman berpegang pada prinsip kegagalan mestilah seiring dengan kejayaan. Samalah macam kaki kanan dan kaki kiri kita melangkah untuk kita terus maju ke hadapan.
Kegagalan yang الله tak izinkan adalah teman hampir-hampir tidak dapat diserap sebagai penjawat awam aka sah jawatan.
Mungkin teman akan cerita bila teman dah pencen nanti dalam ucapan persaraan ان شآءالله pada 13 September 2040. ada lagi 20 tahun.
Tunggu ya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan