Selasa, 2 Jun 2020

bersara

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT hari ini 1 Jun 2020 hari yang paling bahagia dan menggembirakan kerana hari  persaraan saya sebagai guru dan Penjawat Awam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia...

Saya telah memilih untuk  bersara pilihan 56 Tahun setelah berkhidmat selama 34 tahun 3 bulan (411 bulan).. Terima kasih JPN .. terima kasih KPM .. terima kasih JPA kerana telah menyokong dan meluluskan persaraan saya.

Saya mula menjadi guru pada 03.01.1986 dengan Gred C2 gaji permulaan RM425.15 selepas menamatkan pengajian di MPSP PP dalam bidang Pengajian Sekolah Rendah (PSR)
Sepanjang perkhidmatan ...16 tahun saya menjadi Guru Akademik Biasa.. 6 tahun menjadi Guru Cemerlang Sains dan 12 Tahun menjadi Guru Besar ..

Sebagai guru biasa saya sentiasa patuh pada pentadbir dan tidak pernah " menentang arus" .. sentiasa ikut ,patuh apa jua yg diarahkan..selalu ingat " jika kita mengajar anak orang bersungguh sungguh insyaallah orang akan ajar anak kita juga bersungguh sungguh."

Saya tidak pernah memegang mana mana jawatan Penolong Kanan..sebanyak 3 kali  permohonan saya untuk jawatan GPK ditolak oleh Bahagian Sumber Manusia KPM kerana tidak cukup edah (tempoh 5 tahun ) sebagai guru cemerlang ...untuk menjadi Guru Cemerlang @ istilah sebelumnya Guru Pakar sangattt sukar kerana dinilai oleh Nazir sebanyak 4 kali. penilaian rakan sekerja dan penilaian murid... Alhamdulillah pada 3 Mac 2004 saya lulus dan dilantik sebagai guru cemerlang sains..Jawatan Guru Cemerlang pada waktu itu  setara dng GPK tetapi bukan hakiki iaitu KUP..

Setelah tamat 5 tahun menjawat jawatan guru cemerlang saya terus memohon jawatan GPK TETAPI pada 01.10.2009 JPN terus menawarkan saya sebagai Guru Besar..pada waktu itu belum ada lagi NPQEL.. Dalam tempoh 12 tahun menjadi Guru Besar saya dihantar berkursus sebanyak 14 kali di IAB Genting , IAB Enstek dan IAB Jitra.

Selama 12 tahun sebagai Guru Besar di 3 buah sekolah yang besar .. Alhamdulillah syukur saya dapat melaksanakan tugas dengan baik..
Sebagai guru besar saya lbh berprinsip Tegas tetapi lebih mengutamakan " budi bicara" ... walaupun Peraturan Ikut Buku tetapi budibicara  ikut aku (GB)..Saya lebih suka kepada intruksional iaitu memimpin daripada autokratik...lebih membeli hati dan menyantuni guru... memudahkan guru dalam semua hal.. membantu dan menyelesaikan masalahnya guru ...pergi mana pun boleh asal bagi tahu saya (GB)...Di mana nak jumpa saya pun boleh untuk berbincang atau mohon tanda tangan ...pejabat saya 24 jam buka saya tidak benarkan ditutup..dan saya tidak mahu jadi ikan dlm akuarium nak jumpa GB takut terintai2..CRK pun boleh ambil wlpun sambut hari jadi suami atau isteri ..selagi kelas@ sekolah masih boleh beroperasi.. Alhamdulillah semua guru menjadi hormat , segan dan bersungguh sungguh dalam semua hal...Setiap hari balik sekolah saya akan sangkut jawatan GB saya di pintu pagar sekolah dan esok saya akan ambil balik untuk mengurus sekolah.Cara saya menjaga semua warga sekolah:
Setiap hari raya semua guru mesti saya bagi duit raya
Setiap murid menang apa jua permainan atau kejohanan mesti saya beri duit
Setiap mesyuarat atau taklimat mesti saya bagi jamuan.
Murid yang malas nakal sy ingatkan guru2 jangan dipukul serah pada GB ..saya akan bawa naik kereta belanja minum ,makan roti canai dan selepas itu dalam kereta saya akan tazkirah ..turun kereta saya akan bg rm2 ..saya beli hati murid..setiap hari mesti salam GB .. insyaallah murid jd baik.

Saya sentiasa berkongsi sikat dng murid murid lelaki ..setiap hari saya akan sikat rambut murid jika tidak kemas atau kusut ..saya pernah beri semua 986 org murid sikat ..
Saya mahu murid saya hadir ke sekolah sentiasa kemas  dan membawa bekal " ADAB" ke sekolah...Guru membawa bekal " KESABARAN"

Alhamdulillah syukur pada hari ini saya dapat bersara dalam keadaan sihat ceria wlpun dlm tempoh PKP dan  waktu cuti persekolahan ..

Terima kasih kepada semua sahabat sahabat ,rakan rakan khususnya Admin SGM yang dapat menerima saya dalam group ini yang saya kira sangat baik  dalam memberi pandangan , pendapat ,komen dan kritikan dalam wadah Guru Malaysia..

Terima kasih SGM .. semoga menjadi yang terbaik ..
Pergi ke sungai memancing ikan
Jangan lupa membawa juadah
Jawatan guru saya tinggalkan
Semoga menjadi amal ibadah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan