S E D E K A H - W A R G A - A S I N G
Tadi saya pergi Mr D.I.Y nak beli barang sikit.
Sampai dekat pintu macam biasa lah, kena cek suhu, tulis nama dan no tel.
Lepas setel tulis, saya pun nak masuk ke dalam kedai, bila nak masuk, penjaga (bangla) tu tahan saya (cegat saya guna tangan).
Saya pun pandang senget kat muka dia, dan standby untuk lepaskan tumbukan padu lagi berbisa. hehe.
Saya cakap dalam hati ( boleh tahan dia ni tahan aku).
Dia tanya saya U student? Sebab saya pakai jubah dan berbadan kecil sahaja.
Saya tercengang sekejap dengan soalan nya.
Lepas tu dia tanya lagi U Teacher ?
Saya cakap dalam hati, dia nak apa sebenarnya ni.
Dia tanya lagi, U orang masjid?
Dalam fikiran saya kata mungkin dia nak bagi diskaun kot. Adoii.
Saya pun angguk kepala.
Lepas tu dia buka dompet dan bagi saya duit rm5.
Lagi tambah aku pelik.
Abang tolong masukkan duit ni dalam tabung masjid..
Terus saya menangis.
Kemudian dia bagi saya rm3.
Abang tolong bagi rm3 ni pada student ye.
Lagi berkecai hati saya. Seolah aku yang kena tumbuk.
Lepas tu saya masuk kedai beli barang, bayar dan balik.
Dalam perjalanan, puas fikir kenapa dia tak bagi sendiri?
Kenapa dia tak sedekah sendiri?
Ooohhh. Baru saya faham.
Masjid-masjid tidak dibenarkan warga asing untuk solat berjemaah dan solat jumaat. Hanya warga tempatan sahaja.
Masya Allah.
Begitu semangat dan tergambar pada wajahnya MERINDUI untuk SEDEKAH dirumah Allah dan para penuntut ilmu.
Walau sedikit.
Tak boleh menyampaikan sedekah, namun berusaha untuk mencari jalan supaya hartanya sampai kerumah Allah dan penuntut ilmu.
Aku menjadi saksi dengan kebaikanmu dimuka bumi.
Allah Allah. Sungguh kejadian ini bukan satu kebetulan.
Semua telah disusun dan dirancang oleh Allah untuk memberi pengajaran pada kita yang suka menangguh untuk bersedekah dan sayang pada harta.
Terima kasih Ya ALLAH kerana mendidik ku untuk bersedekah melalui hamba-Mu yang mulia hatinya.
Abu Dzar Omar
11 Jun 2020 (7:08 minit)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan