Isnin, 15 Jun 2020

koje KFC

Tadi sewaktu makan anak teman yang di tahun 3 ada bertanya.

Betulkah abah pernah bekerja di KFC?

Teman bertanya balik mana dapat tahu ni?

Anak menjawab nenek yang bagi tahu iaitu mak sayalah sebab mak saya duduk dengan saya.... opss tersilap. Saya duduk dengan mak ke...  mana-mana betul?

So bila cerita tentang kerja KFC part time ni saya telah ambil SPM ketika itu dah masuk ke form 6.  Punca kawan sekelas saya sebelum dia pindah ke kelas sebelah iaitu kelas sastera.

 Saya tengok tangannya penuh dengan tompok tompok minyak panas. Maka saya pun satu hari tu bertanya

Kenapa tangan jadi macam tu?

Dia jawab dia kerja tapi dia tak nak bagi tau kerja apa. Ada la tanya dekat dua tiga kali.

 Biasalah teman bab-bab mengorek rahsia orang ni ان شآءالله serah kepada teman setel.

Akhirnya... dia mengakulah kerja KFC. Klu kata nak kerja jomlah datang interview.

Teman dapat jawatan sebagai sebagai buzzer aka cleaner table. Lepas tu manager Bangla suruh teman jadi cashier untuk sebulan.

Macam-macam pengalaman sepanjang koje KFC. Teman dah target teman takkan kerja lama di KFC Sebab gaji pada masa tu tahun 98 betul-betul 2 bulan sebelum Anwar dipecat hanya sejam dua ringgit.

Kerja sebagai part time so sebulan dapat RM400++. Lani elaun perumahan teman pun RM400.

Moral of the story... belajarlah agar dapat mengubah masa depan anda. Jangan biarkan anda berkerja untuk duit.

Biarkan duit bekerja untuk anda iaitu anda kena ada kelulusan yang dari situ kita boleh menerima gaji setimpal dengan akademik anda

sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan