Nak tahu kenapa durian musang king MAHAL?
15 years back musang king ni takde harga pun. in fact durian takde harga.
D24 gred AA aku ambik kat segamat RM0.90 je sekilo.
Jual kat depan south city RM3.50 sekilo, 3 kilo RM10
XO, 101 pun RM6 sekilo. Itulah paling mahal.
Durian kampun orang campak2 je.
Sekarang takyah cerita la. Nampak gerai durian pun pecut laju-laju, takut anak mintak.
Korang mesti cakap ini kerja cina, naikkan harga.
Kau sebenarnya silap.
Ini semua kerja orang kita. Specifically Fama.
For years, durian yang masuk dalam market China adalah Durian Thailand.
Durian Thailand ni agak bland, sebab dia diperam. Agronomi practice diaorang lain.
Tapi since dia dah penetrate market China bertahun lama dan conquer channel sana, orang China dah accustomed dengan rasa tu.
10 tahun lepas, Fama ditugaskan untuk penetrate market China.
Task yang nearly impossible. Macam mana nak penetrate market sana.
So diorang pun bawak durian raja kunyit. Sebab warna dan taste dia superior dari durian Thailand.
Bila sampai di Expo China tu, they have a problem.
Berapa nak letak harga?
Ada yang suggest rendah sikit dari Thailand. Ada suggest sama je. Sebab nak compete. Kalau Mahal sangat orang tak beli.
After discussion, diaorang ambik satu decision drastik.
Since nak compete dengan Thailand dari segi volume tak boleh, diaorang compete dari kualiti.
Dan harga dia letak out of this world.
1500 yuan sekilo!
Dekat RM800 sekilo!
Dan ceritanya adalah durian ini adalah durian yang super RARE, Harganya AMAT MAHAL.
Hari pertama booth Thailand Penuh. Tapi masuk hari kedua Booth Thailand kosong.
Semua orang datang bertumpu kat Booth Malaysia. Semua nak rasa durian 1500yuan sekilo tu macam mana rasa.
Dan memang sedap, sebab diorang dah biasa makan durian thailand yang tasteless.
Even harga 1500 yuan pun, orang sanggup beli. Beratur. Dan yang beli semuanya nyonya tua.
Bila dah nak habis tu, diorang tanyakan pada yang beli tu, kenapa dia beli padahal mahal namatey?
Nyonya ni jawab, durian ni simbol status. Bila dia bawak balik ke rumah, jiran-jiran boleh bau.
Dan bila jiran tanya berapa harga, dengan bangga diorang jawab 1500 yuan SEKILO!
Esoknya pulak Jiran tu datang, sebab mana boleh kalah. Sebelah rumah dah beli,.dia pun nak jugak.
So dari sini, mulalah kisah Malaysia mengeksport Durian Musang King ke China.
Dia marketkan kepada emosi. Bukan pada rasional akal.
So bila dah meletup, makin ramai orang nak cari durian Malaysia, demand pun makin naik dan secara tak langsung harga durian lain naik.
Itu yang jadi mahal tu. Sampai RM12 sekilo durian kampung pun.
Tapi takpe, kurang-kurang orang kampung, petani boleh la dapat duit lebih sikit. Rata-rata pun orang kita jugak.
Itulah kisah kehebatan orang Fama berniaga. Jangan kau cakap orang kerajaan makan gaji buto yo.
Sumber : Wan Muhd Syafis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan