Rabu, 10 Jun 2020

doyyan

Durian

Saya orang Minang. Isteri orang Jawa. Kedua-dua anak kami lahir di Malaysia. Alhamdulillah, justeru dengan perbezaanlah kami memaknai indahnya kebersamaan.

Saya biasa dengan buah durian sejak kecil. Di Malaysia, durian adalah buah yang tidak lepas daripada masharakatnya ketika musimnya tiba.

Isteri tidak terbiasa dengan buah. 13 tahun berstatus isteri saya, baru tahun lepas isteri boleh mencicipi dan kini suka durian. Ada kisah di sebalik sukanya isteri pada buah ini.

Adapun anak-anak, alhamdulillah kedua-duanya berpihak kepada saya dalam minat buah-buahan. Termasuk pada buah durian.

Setiap saya beli durian, saya dan anak-anak akan membuka buah di luar rumah. Setiap makan, Si Sulung bersuara sambil melihat umminya di dalam rumah memperhatikan, "Ummi, sedap tau. Jomlah cuba!"

Sampai satu masa, ketika kami dibenarkan makan durian di dalam rumah, dan tahun lepas, saya meminta isteri menonton satu video tentang satu keluarga orang putih yang pertama kali makan durian.

Apa yang menarik, setiap ahli dalam keluarga itu sebelum mencicipi buah durian, memulainya dengan sentuhan dengan penderiaan. Durian itu dihidu. Persepsi mereka bahawa "buah yang harum, buahnya berasa sedap." Kemudian dicicipi sedikit demi sedikit. Dan akhirnya, satu keluarga itu boleh makan habis.

Isteri yang banyak berbincang dengan akal absar, mula dengan pengfungsian deria. Isteri cuba pegang dan sentuh-sentuh kulit luar durian. Selepas membuka kukitnya, isteru menghidu baunya. Wangi. Kemudian isteru mula mencicipi sedikit. Kulum punya kulum, mula ia dapat menemukan titik temu wangi dengan rasa. Sedap, katanya. Akhirnya, durian perdana yang dicubanya adalah Musang King.

Alhamdulillah, isteri pun suka. Anak-anak seronok mendapati ummi mereka suka. Kata isteri, selepas ini, "Beli yang berwarna kuning menyala saja."

Selama ini, dalam pemerhatian, ketidaksukaan diri pada sesuatu, khasnya makanan-minuman, tidak dilandasi maklumat. Jahil terhadap sesuatu kemudian menghukumi dengan ketidaksukaan. Terkait dengan buah, diri sudah letak kata tak suka namun tidak pernah pegang, menghidu dan mencuba. Ketidaksukaan yang mengawang.

Semalam, saya bawa isteri dan anak-anak ke kebun durian. Isteri dan anak-anak pertama kali ke kebun durian. Mereka khairan, kenapa tidak ada yang panjat pokok memetik durian. Selepas beberapa masa, terdengar bunyi benda jatuh. Ada beberapa kali terdengar sampai nampak seorang makcik mengangkat satu durian dan membawanya ke arah kami. Barulah isteri dan anak-anak perasan bahawa durian dituai dengan tanpa petikan, tetapi jatuh sendiri bila sudah tiba masanya.

Apakah tafakkur dan pengajaran yang akhirnya saya dan isteri kongsikan kepada anak-anak dalam perjalanan kami pulang ke rumah?

Dengan tafakkut, kami boleh mengambil ibrah daripada buah durian.

Buah durian yang sudah masak atau "layak dimakan" akan mempersembahkan dirinya dengan jatuh ke tanah. Al-hubut. Kematangannya yang dinanti jelas bermanfaat iaitu dengan peminatnya yang akan mengkomsumsinya.

Buah durian yang masak, tangkainya pun sudah menua seratnya sehingga ia akan mudah lepas daripada dahan dan ranting.

Durian yang sudah layak dimakan tidak akan bertahan lama di atas pokok, sebab ia akan dimakan oleh binatang dan rosak di atas.

Pengajarannya, manusia pun sedianya demikian. Manusia yang matang aspek zahir dan batinnya, sedianya memberi manfaat kepada diri dan sesama. Hak Allah dipenuhi, hak sosial terwujud.

Kematangan keilmuan, faham dan amal menjadikan manusia bermanfaat bagi dirinya dan orang lain. Dan sentiasa memiliki sifat al-hubut, iaitu menunduk ke bawah, tidak egois dan angkuh dengan segala kematangannya. Ada ilmu dikongsikan manfaat kepada sesama, bukan disimpan seorang di menara tinggi keselesaan.

Berbeza dengan buah durian yang masih mentah isinya, tentu serat tangkainya pun masih kuat terikat dan dahan dan ranting tidak melepasnya untuk jatuh. Binatang di atas pokok pun tidak minat memakan kementahannya. Apalagi manusia,  memang tidak akan berminat dengan durian mentah, kan?

Pengajarannya, selagi masih mudah bertenaga, sentiasalah mengisi anjakan usia dan masa muda dengan belajar dan belajar sampai kematangan itu "tiba pada masanya".

Ketika masa kematangan itu tiba, berkhidmatlah kerana ramai manusia lainnya yang dapat mengambil manfaat kematangan itu.

Laluilah proses menuju kematangan yang penuh kemanisan, dan bukan memaksakan diri dengan kementahan yang penuh kapahitan.

AIA

#TukangKebunRami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan