Rabu, 10 Mac 2021

Wanita

 Harini dapat macam2 bentuk wasap sempena hari wanita.. Yang kat bawah ni paling  kelakar..cc: Kem Dapat Jodoh  -  KDJ 


*Selamat Hari wanita 2021.*


wanita menurut kaca mata lelaki dan profesional bidang masing2 😀 :


🌹Wanita boleh ingat peristiwa pada jam 5:30 petang, hari Selasa tahun 1995 dengan tepat tanpa tertinggal satu pun fakta. Namun dia lupa kat mana dia letak kerongsang dia. Dan getah rambut.

- Peniaga kerongsang-


🌹Wanita (isteri) sengaja tinggal tanda dalam kereta suami. Samada kasut, selipar anak, kerongsang dan seumpamanya. Ia tanda amaran kepada wanita lain yang naik kereta suaminya bahawa lelaki itu sudah ada isteri.

- Kasanova insaf -


🌹Wanita ni, kalau dia tengah marah, kita jawab lagi dia marah. Kita diam pun kena marah. Buat-buat mati pun dia datang cekik lagi.

- Brader rock -


🌹Berhujah dengan wanita ni, usahkan nak menang. Seri pun belum tentu.

- bekas wakil rakyat -


🌹Wanita suka makan. Tapi tak suka gemuk. Dia diet sehari, 18x naik penimbang. 🤦‍♂️

- coach fitness -


🌹Lelaki akan letak nama isteri sebagai penerima pampasan takaful. Namun wanita akan letak nama anak-anak. Pun masih kata lelaki tidak setia. 🤦‍♂️

- Abam takaful -


🌹"Abang, saya dah tak ada tudung nak pakai. Beli baru jom". - wanita -

Kau buka almari, ada 365 helai dah tudung dia. Pun kata tiada. 🤦‍♂️

- kontraktor-


🌹Bergaduh dengan wanita ni, menang malu. Kalah pun malu.

-  tok guru silat -


🌹Jangan sesekali tanya wanita "Nak makan apa". Just don't!

- Bekas banduan -


🌹"Abang. Duduk sat. Ada benda saya nak bincang". - wanita -

Siap sedialah lelaki. Dia dah ready dengan fakta sains dan risikan dari CIA, FBI, Bukit Aman segala dah tu. Doalah banyak-banyak masa ni. Aku tak leh tolong.

- inspektor sahab-


🌹"Saya makin gemuk ke bang?" - wanita -

Kau jawab jujur dia marah, kau tipu dia tak percaya. Ehh.. ko nak apa sebenarnya?

- pengantin baru-


🌹Diam wanita lebih bahaya dari dia membebel tak henti-henti.

- penceramah motivasi-


🌹Wanita kalau dia kata, "sekali ni je bang". Kau jangan percaya. Kau percaya, kau bodoh.

- UAI -


🌹Wanita baca kes suami curang, tonton filem lelaki jahat, kau yang kena marah. Confirm!

- drebar teksi -


🌹Jangan hilangkan waima tudung botol kecil Tupperware. Satu set kau kena ganti. Selagi tak ganti, bernanah telinga dengar bebelan dia.

- pakar e. n. t -


🌹Bila wanita masak resepi baru, maniskan muka terus puji sedap. Kalau jujur, berkarat kuali kat rumah. Hadap la megi hari-hari. 

-  chef -


🌹Sebahaya periuk api, bahaya lagi tudung wanita baru lepas gosok.

- mejar (B) -


🌹Wanita punya kuasa, bila dia tempik kat anak suruh pergi mandi, dengan kau sekali melompat pergi mandi.

- bapa mithali-


🌹Jangan sesekali baca wasap lepas tu senyum-senyum. Jangan!

- arkitek pencen-


🌹Tangan yang menghayun buaian,mampu menggoncang dunia...

--jurutera pencen--


🌹Jangan terkejut kalau suami bangun-bangun tidur terus kena marah sebab malam tu isteri mimpi suami kahwin lagi satu.. 🤣 🤣

~ zaujah dari syurga~


🌹wanita kata "Lelaki semuanya sama!" 

Masa nak pilih buat laki, kemain lagi demand nak macam tu macam ni. Kalau dah semua sama, buat apa memilih.

-auditor-


WANITA 

Matanya mampu mengesan segala benda dalam rumah. Apa yang kau cari tak jumpa kau tanyalah dia. Pasti dia nampak walau benda itu tersorok bawah karpet sekalipun.

Sabtu, 6 Mac 2021

Pingat Hang Tuah

 

Pahlawan Kanak-Kanak 1976


Seorang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Petaling, Musa bin Zainuddin, 10 tahun dari Petaling Jaya, Selangor telah diisytiharkan oleh Majlis Pusat Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia sebagai 'Pahlawan Kanak-Kanak 1976'.


DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada waktu itu iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra telah berkenan menganugerahkan 'Pingat Hang Tuah' kepada pahlawan kecil itu di satu perhimpunan sempena menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia yang berlangsung di Staduim Negara, Kuala Lumpur. Tema perayaan tahun itu ialah 'Mendekati mereka yang sukar dihampiri'.


Musa ialah anak seorang buruh, menerima Pingat Hang Tuah beserta hadiah wang tunai $350.00 berserta sijil penghargaan oleh pihak Lembaga Letrik Negara (LLN) dan menerima anugerah dari syarikat Guiness Stout.


Musa berjaya menerima Pingat Hang Tuah kerana keberaniannya menyelamatkan ibunya serta tiga orang rakan-rakannya daripada korban kejutan elektrik pada 1 September 1975 kira-kira pukul 2.00 petang.


Kronologi Kejadian:


Kejadian itu berlaku apabila tiga orang kanak-kanak adik beradik iaitu Saharah bt. Abdul Aziz 8 tahun, Azizan 6 tahun dan Azahar 5 tahun telah bermain-main di rumah kosong dengan wayar yang mepunyai arus elektrik. Mereka telah terkena kejutan elektrik daripada wayar tersebut dan kejadian itu telah disaksikan oleh adik kecil Musa yang melaporkan kepadanya.


Musa pun berkejar ke tempat itu dan melihat tiga orang adik beradik tadi sedang terbaring dan tidak menyahut penggilannya. Musa segera memanggil ibunya di rumah yang berhampiran tempat kejadian. Ibunya, Puan Rahmah bt. Harun terus memegang wayar tersebut bila melihat kanak-kanak itu sedang bergelimpangan. Dia juga turut mengalami kejutan elektrik dan Musa segera mengambil sebatang kayu dan memukul wayar itu hingga terputus.


Akhirnya keempat-empat mangsa kejutan elektrik itu dapat diselamatkan setelah dirawat di Hospital Universiti, Petaling Jaya.


Mengikut sejarah, Anugerah Pingat Hang Tuah telah diberikan kepada tokoh kanak-kanak negara berdasarkan keberanian istimewa mereka dan penganugerahan Pingat Hang Tuah telah dijadikan acara tetap sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bermula 21 Okt 1960.


Bagi tempoh 1960 hingga 1977, seramai 30 orang kanak-kanak telah dianugerahkan Pingat Hang Tuah sebelum ia ditamatkan kerana ia hanya menumpukan kepada kebolehan fizikal. Ia ditukar kepada Tokoh Kanak-Kanak Kebangsaan pada 1982 yang mengambilkira keistimewaan seseorang kanak-kanak secara menyeluruh meliputi kecemerlangan akademik, kegiatan ko-kurikulum, kepimpinan, motivasi diri dan sahsiah.


Dimanakah Musa bin Zainuddin sekarang?

Allah bersama org lapar

 Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman, “Wahai anak Adam! Aku sakit mengapa engkau tidak menjenguk-Ku, ia berkata: Wahai Tuhanku, bagaimana mungkin aku menjenguk-Mu sedangkan Engkau adalah Tuhan semesta alam. Allah berfirman: Engkau tahu bahwa seorang hamba-Ku sakit di dunia, akan tetapi engkau tidak menjenguknya, seandainya engkau menjenguknya sungguh engkau akan dapati Aku di sisinya.”

“Wahai anak Adam, Aku meminta makan kepadamu, mengapa engkau tidak memberi-Ku? Orang itu berkata: Wahai Tuhanku, bagaimana mungkin aku memberi-Mu makan sedangkan engkau adalah Tuhan semesta alam? Allah berfirman: Engkau mengetahui ada dari hamba-Ku yang kelaparan dan engkau tidak memberinya makan, sekiranya engkau memberinya makan, niscaya engkau dapati Aku di sisinya.”

“Wahai anak Adam Aku meminta minum padamu sedang engkau enggan memberi-Ku minum. Ia berkata: Wahai Tuhanku, bagaimana aku memberi-Mu minum sedangkan Engkau adalah Tuhan semesta alam? Allah menjawab: Seseorang meminta minum padamu dan engkau tak memberinya, sekiranya engkau memberinya minum niscaya engkau dapati Aku di sisinya.” (HR. Muslim)

Hadis ini mengandung pesan bahwa kesalihan individu tanpa dibarengi dengan kesalihan sosial adalah muspra. Itulah kenapa Tuhan pun sakit, lapar dan haus.

Artinya, ketika kita ingin bertemu Tuhan kita, maka temuilah segera saudara kita yang tengah ditimpa kemalangan, berbaring sakit, dan kelaparan.

Derma masjid

MEMBELI UBAT DEMAM ANAK DI KEDAI RUNCIT

Penulis: Abd Ghani Haron


Suatu pagi saya menunggu giliran untuk membayar barang yang dibeli di kedai runcit sambil berbual dengan seorang kenalan yang kebetulan nak beli barang juga.

Seorang ibu pertengahan umur mendukung anak kecil yang merengek dan yang mengekornya anak lelaki yang mungkin 5 tahun. Dia bertanya taukeh, “Ah Huat, ubat demam budak kecik yang minum punya ada dak?” Ah Huat membalas, “Kak, ubat demam minum punya tarak juai sini, biji punya ada. Kak pi klinik la. Kesian budak tu”. Wanita itu menjawab, “Tak cukup duit nak pi klinik.”


Saya cepat mencelah, “Kenapa kak tak pi hospital”. Dibalasnya, “Cikgu, hospital kena tunggu lama, susah bawa anak kecik. Lagi pula kena ambik teksi, mahai. Klinik satu Malaysia pun jauh, lagi pun hari ni cuti. Saya tak cukup duit, dua tiga hari lagi baru nak dapat duit kebajikan masyarakat untuk anak yatim dan ibu tunggal”. Anak yatim rupanya. Kesal saya berkata begitu padanya. Matanya mula berair, cepat dia beralih muka untuk melindungi kesedihannya. Mungkin dah semalaman anak ini demam, merengek dalam dokongan. Kepalanya panas bila saya menyentuhnya. Dia mencari ubat demam bentuk sirap untuk mudah anak kecil itu minum.


Ketika dia nak melangkah pergi dengan wajah penuh risau, kenalan saya berkata, “Cikgu, ini bagi pada saya untuk selesaikan. Saya bawa depa pi klinik.” Saya bersyukur dan minta diperiksa abangnya sekali. Mereka berjalan menuju ke sebuah klinik berhampiran. Saya menghantar mereka dengan pandangan sedih dan bersyukur. Sedih melihat ibu tunggal berhempas-pulas nak mengubat anak, bersyukur kerana Allah pertemukan dengan seorang yang lembut hatinya, ringan tangannya dan pemurah. Ya Allah.


Kita selalu lihat orang memberi bantuan makanan dan pakaian pada anak yatim, tetapi banyak orang lupa aspek yang lebih berat pada seorang ibu tunggal ialah bila anaknya sakit, di manakah wang yang dia nak dapatkan untuk membiayai ubat dan rawatan. Akhirnya, dengan apa yang ada, berikhtiarlah mereka, seperti ibu ini. Berbanding kita yang anak baru nak demam, sudah risau, terus dibawa ke klinik tanpa fikir hal belanja. Kerisauan bila anak sakit melebihi yang lain.


Semasa saya menjadi setiausaha masjid dulu, saya kutip data anak yatim dan miskin dalam qariah, dan daftarkan. Senarai mereka saya beri kepada satu klinik di pekan dan tiap keluarga diberi satu kad pengenalan. Bila ahli keluarga mereka sakit, mereka hanya perlu pergi ke klinik ini, mendapat rawatan dan ubat, tidak perlu bayar. Di penghujung bulan saya kunjungi klinik untuk membuat bayaran rawatan seluruh keluarga yang terdaftar yang mendapat rawatan. Duit yang diguna adalah dari wang disumbangkan ke tabung kebajikan anak yatin dan miskin dibawah AJK masjid. Akhirnya klinik berkenaan sendiri tidak mahu menuntut bayaran kerana katanya dia pun nak membantu anak yatim dan miskin yang telah diiktiraf oleh masjid.


Program begini amat membantu yatim dan miskin. Hilanglah kebimbangan mereka bila mereka sakit kerana ada jaminan untuk mendapatkan rawatan. Anak qariah mendapat faedah dengan menyumbang kepada tabung ini dan dengan itu mereka secara tidak sedar telah membantu yatim dan miskin. Seluruh qariah juga telah secara tidak langsung melaksana tanggungjawab membantu yatim dan miskin kerana tabung kebajikan ini juga membantu aspek bahan makanan, pendidikan disamping sakit demam.


Apa saya ajak anda fikir ialah jika anda boleh mencadang program sebegini kepada masjid atau surau iaitu mewujudkan tabung kebajikan anak yatim dan miskin. Mungkin mana-mana NGO boleh mengumpul dana dan mewujud program sebegini. Bahkan apa kata jika keluarga yang berpendapatan selesa mengambil beberapa keluarga yatim atau miskin sebagai keluarga angkat yang dibantu aspek makanan, kesihatan atau pendidikan. Ingatlah yatim disebut 23 kali dalam Quran menunjukkan perlunya diberi perhatian sedangkan ada perkara Allah sebut sekali dua sahaja tetapi kita gigih memperjuangkannya.

Ahad, 28 Februari 2021

PdPR

 [TEKNIK GURU MENGAJAR MASA KINI]


Bismillah.


Guru bukan sahaja pakar dalam bidang keilmuannya, malah guru juga perlu menjadi seorang pemudahcara dan penyampai ilmu kepada para pelajar. Dengan keadaan pelajar yang sudah 'kreatif' dan 'luar biasa', maka guru juga perlu lebih kreatif serta luar biasa. 


Jom para guru kita ketahui teknik-teknik mengajar masa kini! 


1. Active interaction

- guru mengajar dengan menggunakan elemen komunikasi seperti eye contact dengan pelajar, perubahan intonasi suara sama ada mendatar, tinggi atau rendah, dan sebagainya. Cara ini guru menjadikan interaksi bersama pelajar lebih aktif dan berimpak. 


2. Applied-learning 

- teknik memang biasa digunakan oleh guru iaitu mengajar dan menunjukkan sesuatu perkara kepada pelajar. Kemudian praktikkan semula dengan menggunakan kaedah yang sama. Sesuai untuk subjek yang praktikal seperti sains, matematik dan sebagainya. 


3. Scanning & Levelling 

- untuk teknik ini, guru perlu mengesan tahap kefahaman dan iq para pelajar sebelum mengajar. Dengan kaedah ini guru dapat mengenal pasti metode yang bagaimana sesuai dengan semua pelajar. Belum tentu juga jika berada di dalam kelas yang sama, mereka berada pada tahap iq yang sama. Boleh buat dengan cara membuat kuiz, mock-exam dan sebagainya. 


4. Discussion & Feedback

- untuk lebih memudahkan sesi PdP tersebut maka guru-guru boleh menggunakan kaedah analogi dan perumpamaan. Contohnya bila guru mengajar subjek kemahiran hidup bagi sesuatu topik, maka kaitlah dengan perkara yang berkaitan dengan kehidupan kita. Boleh juga bertanya dengan pelajar untuk beri peluang mereka berfikir dan berkongsi pandangan. 


5. Story telling 

- teknik ini sangat sesuai untuk pelajar tadika dan sekolah rendah. Masukkan elemen kejutan, perubahan intonasi suara, gunakan props yang sesuai dengan tajuk ingin dikupas. Contohnya mengajar subjek sains tentang bumi, maka boleh bawal glob bumi atau bola sebagai kaedah penceritaan yang menarik dan kreatif. 


6. Body Language

- menggunakan anggota badan dengan membuat pergerakkan supaya PdP itu lebih aktif, menarik, kreatif dan lebih utama supaya pelajar ingat. Seperti cara mengira bilangan hari sesuatu bulan menggunakan jari. 


7. Picture & Group Technology

- saya yakin wabak pandemik telahpun berjaya mengeluarkan pelbagai kreativiti guru bagi pelaksanaan pdpr. Iaitu dengan menggunakan video animasi, poster gambar, slide presentation dan sebagainya. 


8. Self Reflection 

- sangat praktikal bila guru ingin bertanyakan soalan berbentuk KBAT. Biar pelajar memberikan respons jawapan mereka dan guru hanya perlu memperbetul serta memperkemaskan sahaja jawapan pelajar. Sudah pastinya ianya selaras dengan tujuan KBAT antaranya untuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif, inovatif, dan berfikiran luas. 

.

.

Boleh ke boleh cikgu? 

Moga bermanfaat 😁


#KhalilKongsi 

#InspirasiGuru

#InspirasiPelajarCemerlang