Sabtu, 24 April 2021

Sains

 Tiada KBAT dan STEM.. National Curriculum England #2 


1. Aku baca 'National curriculum in England: Science Programmes of Study'.  Aku search perkataan 'HOT', 'Thinking skills'  dan 'STEM', semua tak ada. Malah perkataan 'scientific thinking' pun tak ada. Anda search lah sendiri, spt foto yang aku lampirkan. Janganlah manja sangat.


2. Mana mungkin sebuah negara terkenal dgn scientists tak ada perkataan tersebut ? 


3. Aku suka statement dalam kurikulum sains tersebut 'Pupils should be able to describe associated processes and key charateristics in common language...'


4. Juga statment 'They should also apply their mathematical knowledge to their understanding of science, including collecting, presenting and analysing data'.


5. Semua ini menunjukkan intergrasi disiplin yang bergantung kepada guru utk memanfaatkannya. Sebab itu juga satu kelas boleh buat satu projek yang merangkumi semua elemen - sains, maths, geografi, language...' tanpa tertakluk kepada subjek tertentu di bawah guru tertentu. 


6. Aku selalu menulis mengapa tidak perlunya scientific thinking dalam silibus sekolah rendah, sebab aku fikir mereka belajar utk FAHAM sains dulu, belum lagi belajar utk berFIKIR mcm sainstis..


7. Silibus di ENGLAND pun tak ada scientific thinking. Pelik sungguh. Yang namanya scientific thinking tu dipanggil dalam kurikulum di England sebagai work scientifically - observing, recording, measuring... bahasa mudah utk anak2 sekolah rendah.


8. Bila aku baca kandungan silibus.. memang simple dan flexible  silibus sains di ENGLAND. Tapi bila aku lihat hasil kerja anak-anak di sana (aku ada foto-foto yang aku simpan dan pengalaman melawat serta pengalaman anak aku sendiri) memang mereka belajar utk explore dan menguasai sains. Superb !


9. Sebab itu murid boleh FAHAM sains sebagai satu pengetahuan bukan kerana belajar dalam subjek sains untuk jawab peperiksaan. Mereka juga boleh berhujah dan menjelaskan fenomena sains dalam kehidupan, bukan fokus kepada  As, atau menang Gold Medal jika sebahagian besar projek dilakukan oleh guru bersama murid terpilih. Mereka utamakan main stream.


10. Tentu sahaja bukan semua murid di England tu bijak sains, sama macam di Jepun jugak... dan lain-lain negara atas muka bumi ini, yang culas dan malas pun ada.. tetapi bila mereka menguasai  sesuatu, mereka kuasai dgn pemahaman dan aplikasinya sehingga memberi impak ! Lihat sahaja pelbagai inovasi yang mereka hasilkan wpun dilakukan dalam garage dgn perbelanjaan sendiri. Kita tak ada budaya tersebut.


Sekadar membuka minda mereka yang lansung tak pernah tahu dan ambil tahu apa  yang berlaku di negara lain !


OT

Rabu, 21 April 2021

Sekolah

 Fikir2 balik,


sebenarnya sekolah x ajar kita berfikir.

Sekolah membentuk kita menjadi RAM computer (storage sementara/volatile memory).


Kita ambil data dari textbook, itu lah segala pangkalan data (storage/non-volatile memory).


dan transmit ke kertas soalan, sbb kita akan carry apa yang user nak (soalan tu nak apa).


Once exam abis, data-data dari RAM ni, hilang/lenyap (lost).

Dat's y, bila kita restart computer, bila kita paste balik apa yg kita copy tadi, langsung xda apa, sbb data yang kita copy disimpan dalam volatile memory(RAM)...


KPM menjadi user-preference, how the data should be handle.


Exam adalah Quality Check Control before release this RAMs,


sijil kelulusan adalah statement Quality rate of this RAM

Ahad, 11 April 2021

Upsr

 11 kebaikan apabila peperiksaan UPSR dimansuhkan.


1. Murid lebih seronok belajar, tiada lagi stres kerana peperiksaan ketika belajar diusia kanak-kanak.

2. Semua mata pelajaran yang diperuntukan dalam jadual waktu dapat dipelajari termasuk mata pelajaran elektif. Murid tidak lagi belajar MP (BM, BI, MATE, SAINS) pada waktu RBT/TMK, SEJARAH, Pend. Islam/Moral, PJ/PK, MUZIK, PSV.

3. Kemahiran dan fakta dalam semua bidang bagi setiap mata pelajaran dapat dipelajari dan diterokai secara menyeluruh, bukan hanya pada mata pelajaran tertentu dan topik khusus kerana desakan format peperiksaan.

4. Tiada lagi pengkelasan murid mengikut gred sehingga menafikan hak murid lain dalam pelajaran.

5. Pentaksiran Bilik Darjah dapat dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kekangan format peperiksaan.

6. Semua murid mendapat hak kesamarataan, tiada lagi istilah ini murid cemerlang dan ini murid gagal! 

7. Murid dapat menghasilkan lebih banyak karya mengikut kreativiti dalam setiap mata pelajaran bukan hanya menghafal fakta tertentu hanya pada mata pelajaran tertentu (UPSR).

8. Diusia kanak-kanak, murid sepatutnya belajar dalam keadaan yang menyeronokkan, buka dibebani dengan tekanan pembelajaran yang beroriantasikan peperiksaan.

9. Pembentukan jati diri dibentuk di peringkat sekolah rendah dengan fokus pendidikan terhadap adab dan nilai, bukan penekanan kepada pencapaian dalam peperiksaan.

10. Hasil keputusan UPSR yang diperolehi HANYA sebagai salah satu elemen kecil untuk layak ke sekolah-sekolah menengah pilihan, bukan penentu kejayaan dalam kehidupan.

11. Penjimatan kewangan, ini kerana kos mengurus dan menjalankan peperiksaan awam menelan belanja yang sangat tinggi.   


#justsharing

#justthinkaboutit

#CnP


Jumaat, 9 April 2021

Niat puasa

 Niat puasa untuk Tahun 2021..buat ingatan semua 😊


*Bahasa Inggeris*

I'm fasting tomorrow's intention to perform the fard in the month of Ramadan this year, because Allah Ta'ala.


*Bahasa Jawa*

Niat engsun poso tutuko imsak dino sesuk, sangkeng anekani fardhune bulan Romadhone, ikilah tahun hale iman aken lan ngeyakin aken kerono ngelakoni dawuh dalem gusti Allah ta'ala...


*Bahasa Arab*

Nawaitu shauma gadhin ‘an ada-i fardhi syahri ramadhana hadzihis-sanati lillahi ta’ala.


*Bahasa Melayu*

Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadan fardu ke atasku kerana Allah Ta'ala


*Bahasa Bugis*

Mapuasaka' baja reulang rammalang farradu rialliaku lillahi'Taala 


*Bahasa Dusun*

Tumomod oku puasa suab id suang wulan Ramadan mositi kuma'a doho karana Allah Ta'ala


*Bahasa Iranun*

Bpuasa aku amag sa ulan a Ramadan imantu ragun fardhu sa ginawaku kerana Allah Ta’ala


*Bahasa Bajau Samah*

Sahaja aku poso semaung fardhu ke atas ku kerana Allah Taala


*Bahasa Suluk*

Magpu asa aku kinsum adlau halaum bulan Ramadhan  fiardhu  kakuk kerna Allah Taala.


*Bahasa Thai*

ฉันอดอาหารในวันพรุ่งนี้เพื่อแสดงความตั้งใจในเดือนรอมฎอนในปีนี้เพราะอัลลอฮ


*Bahasa Sungai*

Tomodonku magpuasa sesuab lalom wulan no Ramadhan fardhu bagi koyuwanku kerana Allah Ta'ala


*Bahasa Tamil*

அல்லாஹ் தஆலா என்பதால், இந்த ஆண்டு ரமலான் மாதத்தில் ஃபார்ட் செய்ய வேண்டும் என்ற நோக்கத்தை நான் நாளை நோன்பு நோற்கிறேன்.



*Jgn kata tak diingatkan sampai terlupa niat puasa*....

Fatamorgana

 KEGILAAN FATAMORGANA


Seorang ayah datang berjumpa seorang pengamal perubatan Islam mengadu tentang anak bujangnya. Satu-satunya anak yang tinggal di rumah ketika itu.


Pemuda itu seorang graduan universiti tetapi sudah 3 tahun menganggur. Dia tidak ada inisiatif untuk mencari kerja tetapi menghabiskan masanya di dalam bilik dengan bermain game di gadget.


Kurang mahu berbual dengan ibubapa atau adik beradik lain apabila mereka datang berkunjung, emosinya terserlah semasa menyendiri; berbual, menjerit & bergelak ketawa di hadapan komputer. Makan atau solat pun kena disuruh. Lazim, siang tidur - malam berjaga hingga ke Subuh.  


Aneh. Si ayah merasakan anaknya terkena gangguan, mungkin disihir.  


"Pakcik, benar anak pakcik tu kena sihir. Sihir Yahudi. Itulah tipu daya dunia yang penuh ilusi. Ketagihan game ni pakcik, lebih bahaya dari merokok"


Anak saya budak baik, bukan bukan jahat . Dia jarang keluar rumah & bergaul tak tentu arah. Sentuh rokok pun tidak. Apalagi dadah"


"Pakcik, orang gila pun tak jahat bukan?"


Anak saya waras, sihat walafiat. Bukan gila!


"Anak pakcik ni, jika saya katakan gila itu dah keterlaluan. Tetapi itu hakikatnya. Gila ilusi yakni jiwanya tak hadir di alam nyata."


"Hidupnya dalam dunia fatamorgana. Jiwanya ketagihan sesuatu yang bukan realiti. Game peperangan yang ditaja Yahudi tu telah meragut jiwa anak pakcik. Dunianya hanya sekitar itu & dia bersungguh-sungguh menjayakannya."


" Yang bermain di akal fikirannya adalah bagaimana untuk menang, visual-visual skrin sentiasa terpampang di mindanya. Hampir setiap saat. Apa langkah seterusnya, bagaimana strategi untuk menawan watak & apa langkah untuk menghadapi situasi itu ini, apa cara untuk meningkat ke level seterusnya dan sebagainya."


" Kehidupan alam realiti, bermesra dengan keluarga tidak penting. Apabila berbicara dengannya, seolah-olah dia tiada di situ. Jiwa dan rohnya diragut dunia fatamorgana. Bukan sahaja ibu ayah, adik beradik;  Allah & Rasul lagilah tiada dalam hidupnya. Jiwanya kosong. Zero."


" Saya nak tanya, pakcik menyara anak 100% bukan? Termasuk bil internetnya."


Ya. Di rumah kami ada internet tanpa wayar.


" Beginilah, balik rumah nanti pakcik potong cable wireless tu. Maksud saya, tamatkan perkhidmatannya.  Hakikatnya pakcik sedang menanam saham akhirat (aka neraka) dalam perkembangan jiwanya kerana pakcik yang membayar bilnya. Pakcik harus luangkan lebih banyak masa untuk berbual dengannya."


Tak boleh potong wi-fi tuan. Nanti anak saya mengamuk.


" Pakcik sayang sangat dengan anak pakcik tu nampaknya. (Aka takut). Jika perkara ini berlarutan bagaimana rasanya kehidupan rumahtangga dia nanti."


Pakcik diam.


" Pakcik boleh datang seminggu lagikah untuk melaporkan perkembangan terbaru selepas ambil langkah potong wi-fi?"


Pakcik diam.


" Pakcik kena bertegas dengan anak pakcik, pakcik kan orang tua. Anak pakcik bukannya budak-budak lagi. Layan dia seperti seorang dewasa. Langkah seterusnya pelan-pelan pulaukan dia, beritahu isteri pakcik jangan masak untuk anak. Moga-moga dia sedar dia memerlukan siapa dalam hidup ini."


"Ajar dia untuk menghargai kehidupan terutamanya orang tua. Semoga Allah dan Rasul ada dalam hidupnya suatu hari nanti"


Pakcik tunduk, tetap diam dan membisu. 


ANTARA TANDA DEKATNYA KIAMAT, DI AKHIR ZAMAN LAHIRLAH ANAK-ANAK YANG BERLAGAK SEBAGAI TUAN KEPADA IBUBAPANYA DI DALAM RUMAH.