Ahad, 18 Julai 2021

Graviti

 GRAVITI: KENAPA PENTING?





Sebenarnya ramai anak-anak ayahku minta ayahku tuliskan pasal gravity ni..tapi selalu tertangguh jer atas pelbagai sebab..hu hu.


Soalan: Kenapa gravity ni penting ayahku?


Emm..tersangat la penting my dear! Ayahku bagi contoh la…


Pada suatu pagi sabtu yg aman damai, kita pun bangun dari tidur..terus pergi timbang berat..fuuh terkejut tengok..rasanya amalan exercise bawa basikal keliling kampung sejauh 2 km petang semalam bersama Bg Din Kerpok memang berkesan..rasa ringan sungguh badan pagi ini.


Dengan rasa teruja kita pun buka tingkap, niat nak jerit kabar kat Bg Din yg program semalam berkesan. Ehh takde pulok Bg Din dan isterinya Kak Kiah..selalunya jiran kita tu ada jer tgh siang ikan pepagi ni. Tetiba..poosshhh..ada objek berkilat pulok tepi rumah kita ni..mana mari nih..bila ditenung betoi-betoi, rupanya objek tadi tu adalah salah satu satelit LEO (Low Earth Orbit). Ha ha..


Untuk maklumat, satelit LEO ni diberikan gelaran kpd satelit yg berada sekitar 160 hingga 2,000 km dari Bumi.


Aikk kenapa pulok satelit ni jadi jiran kita pulok? Emmm..itulah yg berlaku jika pada tengah malamnya Sang Pencipta telah mengubah fikiran utk mengurangkan sedikit gravity kita kat Bumi ini.


Mengikut perkiraan ayahku, jika ditakdirkan gravity dikurangkan hanya 10%, maka kita dan rumah kita akan terapung di angkasa lepas bersama satelit LEO setinggi 351 km dari permukaan Bumi..ha ha..hanya sekitar 50 km di bawah ISS (International Space Station) sahaja yg berada pada ketinggian 408 km dari Bumi. Nanti dihujung penulisan, ayahku akan tunjukkan formula pengiraannya. Menarik dan boleh dicuba!


Jika berat kita 80kg biasa-biasa tu, jika gravity dikurangkan sebanyak 10%, maka berat kita seolah-olah tinggal 72 kg jer lah..tu yg rasa seronok sangat tuh tadi..he he.


Dan sebaliknya jika sekiranya Sang Pencipta menambah 10% kepada kekuatan gravity sedia ada pada malamnya sewaktu kita tengah tidur, maka paginya kita akan terasa berat badan kita akan bertambah sebanyak 10% juga lah menjadi 88kg dari asalnya 80kg. Itupun jika kita tidak mati dihempap oleh rumah kita sendiri la..hu hu.


Mengikut perkiraan kasar dalam pembinaan rumah, berat bahan dianggarkan 90 kg bagi setiap kaki persegi rumah setingkat; 125 kg/kaki persegi rumah 2 tingkat dan 160 kg/kaki persegi rumah 3 tingkat.


Misalnya jika rumah kita setingkat dan bersaiz 60 kaki x 60 kaki = 3,600 kaki persegi, maka anggaran beratnya adalah 324,000 kg atau 324 tan metrik. Berat 324 tan ni lebih kurang bersamaan dgn berat 6 lori container penuh muatan maksima la gitu.


Jika gravity bertambah 10%, maka berat juga akan bertambah 10%. Maka rumah kita asal seberat 324 tan akan menjadi 356.4 tan..bertambah 32.4 tan la my dear. Tak tau la rumah kita boleh bertahan pertambahan beban sebanyak itu..Wallahu a’lam.


Jadi itulah kesan gravity my dear..walaupun berlaku perubahan 10% sahaja, tetapi mungkin kita manusia akan pupus dalam masa tak sampai 50 tahun.  Itu tak termasuk lagi kerosakan kepada system badan kita saperti tulang dan semua organ kita..MasyaAllah.


Soalan: Apakah gravity itu sebenarnya ayahku..adakah dia merupakan daya atau bukan?


Amat sukar utk dijawab my dear!


Mengikut Hukum Graviti Newton, gravity adalah daya yg paling lemah iaitu pada kedudukan keempat la selepas Daya Kuat, Daya Elektromagnet dan Daya Lemah. 


Tetapi, mengikut General Theory of Relativity Einstein pulok, dia mengatakan bahawa gravity bukan daya tetapi merupakan sifat atau character fabrik spacetime (ruang-masa) sahaja.


Einstein kemukakan Teori tetapi Newton hanya kemukakan Hukum sahaja. Apa beza Hukum dan Teori ni ayahku?


Yaa..Hukum hanya mengemukakan hukum atau formula sahaja tetapi tidak menerangkan kenapa terjadi demikian.


Teori mengemukakan hukum bersama penerangannya kenapa terjadi demikian. Misalnya dalam General Theory of Relativity Einstein itu, dia menerangkan bahawa gravity wujud akibat dari lekukan fabrik spacetime tersebut…dan dia boleh menerangkan kenapa Planet Mercury dan Venus mengorbit Matahari saperti itu…tetapi Newton tidak.


Bagi ayahku, ayahku tabik spring kepada kedua-dua saintis hebat ini memandangkan pada masa tersebut tiada calculator dan juga computer..bagaimana mereka mengira tak tau la..pakai jari dan buku log atau slide rule agaknya masa tuhh…aduyai..memang gigih depa nih! Newton hidup di antara Jan 4, 1643 hingga March 31, 1727 dan Einstein pula dari March 14, 1879 hingga April 18, 1955.


Komputer analog pertama Z2 hanya dicipta oleh Konrad Zuse, jurutera German pada tahun 1939. Manakala calculator solid-state dihasilkan pada tahun 1960an. Calculator bersaiz kecil (pocket size) hanya mula dijual pada tahun 1970an dulu..ayahku masih ingat lagi hal-hal calculator ni..lawak sangat. Masa tu ayahku berada di Tingkatan 4..he he!


Soalan: Apa guna pengukuran gravity ni Ayahku?


Penyelidikan pengukuran gravity ni samalah kisahnya dengan Alchemy jugak my dear. Alchemy sibuk membuat penyelidikan (formal & tak formal) untuk hasilkan Emas (Aurum) dari Plumbum atau logam-logam lain sejak dari tahun 2000 sebelum Masehi sehingga tahun 1700an. 


Walau pun mereka tidak berjaya menghasilkan emas, tetapi manusia menemui pelbagai proses baru, teknik, kimia analisis, kimia tak organic/cat/dakwat/dye, metalurgi dan pelbagai peralatan saintifik – yang akhirnya membawa kemajuan dan ketamadunan kepada kehidupan di dunia skrg ini.


Pada asalnya pelbagai alat dan teknik dihasilkan untuk mengukur gravity di Bumi bertuah kita ini..tetapi akhirnya apa yg kita dapat adalah sesuatu yg lebih menakjubkan. Fuuhh…


Disebabkan gravity ini sangat sensitive kepada jisim (mass), maka ianya juga sangat sensitive kepada  kandungan bahan di Bumi (dari Kerak Bumi hinggalah ke lapisan sempadan Mantel Atas). 


Graviti ini berbeza-beza nilainya, walaupun kecil dalam beberapa milliGal sahaja, antara banjaran gunung dan gaung/jurang di laut dalam. Nilai graviti juga berbeza berdasarkan ketumpatan bahan di Bumi. [ 1 milli Gal = 1.0E-5 m/s^2; Jadi gravity acceleration 9.81 m/s^2 = 9.81E+5 milliGal].


Misalnya, nilai gravity di banjaran gunung lebih tinggi dari di jurang laut dalam. Nilai gravity bagi kawasan batuan yg mempunyai ketumpatan lebih tinggi dari tanah biasa yg mempunyai ketumpatan lebih rendah.


Nilai gravity bagi kawasan yg mempunyai lapisan ais tebal lebih tinggi dari kawasan yg mempunyai lapisan ais lebih nipis. Aduyai!


Jadi dari nilai-nilai gravity ini, saintis boleh menggunakan data untuk memetakan permukaan/geoid Bumi saperti jurang di dalam laut, banjaran gunung, perubahan lapisan ais kutub (hasil pemanasan global), mengesan sumber air bawah tanah, mengesan struktur dalaman Bumi saperti perubahan plat tektonik akibat gempa bumi besar & tsunami (spt pd tahun 2004 Sumatera, tahun 2010 Maule Chile & tahun 2011 Tohoku Japan), aras air lautan, sehinggakan boleh mengesan arah aliran arus lautan. MasyaAllah.


Jika ada yg berminat maka boleh baca tentang GRACE dan GOCE. Ringkasannya saperti berikut:


GRACE = Gravity Recovery and Climate Experiment; Berada 460 km dari Bumi; Menggunakan 2 satelit - jarak antara keduanya adalah 220 km; Menggunakan GPS dan microwave ranging system – ukur kelajuan dan perbezaan jarak antara keduanya; Menggunakan panjang gelombang (wavelength) panjang-ke-medium 40,000 – 800 km; Kepunyaan National Aeronautics and Space Administration (NASA); Beroperasi mulai dari March 2002 hingga Dec 2017.


GOCE = Gravity field and steady-state Ocean Circulation Explorer; Berada 255 hingga 235 km dari Bumi; Membawa Gravity Gradiometer; Menggunakan panjang gelombang (wavelength) medium-ke-pendek 1,500 - 160 km; Kepunyaan European Space Agency (ESA); Dilancarkan pada March 17, 2009 dan tamat pada Oct 21, 2013.


Soalan: Apa sebenarnya gravity ni pada pandangan ayahku?


Pada pandangan peribadi ayahku la, gravity ni Sang Pencipta jadikan hanyalah utk imbangkan daya emparan (centrifugal force) hasil pusingan Bumi 464 m/s yg laju tu la. Jika tiada gravity yg mencukupi utk menarik kita ke Bumi tu (mewakili centripetal force), tentu kita semua sudah terpelanting ke udara dah..dah arwah semua. MasyaAllah.


Jadi gravity ini boleh bersifat sebagai daya di Bumi kita atau di mana-mana planet di dalam system solar kita atau di mana-mana di alam semesta ini. Ianya wujud sebagai interaksi antara jasad yg berkadar terus kepada jisim pada tempat di mana gravity itu diukur.


Bagi interaksi antara 2 objek besar di luar sana saperti Bulan dan Bumi, Bumi dan Matahari, maka lengkungan fabrik spacetime memainkan peranannya.


Ringkasnya, gravity ini wujud akibat dari:


1. Pusingan Bumi pada paksi, 464 m/s.


2. Interaksi antara dua jasad berjisim yg mewujudkan daya (Hukum Newton)


3. Akibat lengkungan fabrik spacetime, General Theory of Relativity (Einstein)


4. Interaksi dengan Dark Matter? (Perlu bukti kukuh!)


Ayahku rasa cukup dulu nih.


Terima kasih. Harap ada manfaatnya.


Formula dalam pengiraan Kelajuan, Cepatan dan Orbital Period bagi Objek di angkasa lepas.


Formula utk Orbital Speed:

v = [G * M central/R]^(1/2)


Formula utk acceleration (cepatan):

a = [G * M central/R^2] = v^2/R


Formula utk orbital period:

T^2/R^3 = [4 (pi)^2 / (G * M central)]


Nota:

R adalah radius orbit dikira dari pusat Bumi; R (orbit)= R (radius bumi) + R (tinggi dari permukaan bumi)

Di mana R (bumi) = 6.37E+6 m.


Gravitational constant G = 6.673E-11 N m^2/kg^2


Jisim bumi  M central = M bumi = 5.98E24 kg


Pi = 3.1415

Sunda

 



Pentas Sunda sebagai benua luas dan tenggelam kemudiannya memang tidak dapat dinafikan. Tetapi pada waktu bila tenggelamnya ia sebenarnya masih kabur. Memegang tanggapan pengkaji Barat bahawa ia berlaku ketika zaman ais mula berakhir 22,000 tahun lalu dan selesai tenggelam 6,000 tahun lalu adalah semata-mata tiada kajian lain yang mempercanggahnya. 


Jika kita lihat semula persoalan kaitan antara etnik Sabah dengan etnik Sumatera Utara ataupun Kadazandusun dengan Batak, persoalan mana datang kaitan antara mereka dengan lokasi masing-masing yang mustahil, ditambah tiada jawapan dalam mana-mana sumber yang di cari selama ini, rupa-rupanya perkaitan itu ada jika dilihat benua Sundaland yang belum tenggelam.


Jika mengikut kira-kira akademik, itu adalah sebelum 22,000 tahun lalu. Tetapi mengikut kira-kira dalam agama wahyu seperti Islam, Kristian dan Yahudi, manusia moden dimulakan, jika tidak dimulakan semula, melalui penciptaan Nabi Adam kurang 8000 tahun lalu. Pada peringkat menggemilangkan bangsa sendiri ramai yang memilih saintis daripada ilmuwan tiga agama. Tetapi dalam hidup seharian, habis dipangkah pendapat sains.


Pada kami, air laut mula naik 22,000 tahun lalu adalah semata-mata pendapat yang masih boleh dicabar. Tetapi sementara tiada yang mencabar, ia perlu dijadikan wadah dan fakta dalam menceritakan masa lalu.


Berbalik  kepada gambar, nilaikan perkaitan jika diandaikan satu bangsa yang sama mendiami muara sungai dahulu sebelum benua ini tenggelam yang kini menjadi Selat Melaka dan muara kepada sungai dari Indo-China  yang kini berada di tengah-tengah Laut China Selatan.


Andaikan pula jika mereka berhijrah dari pendalaman Himalaya menghilir turun melalui sungai yang mengalir ke Laut China Selatan masa lalu dan pada masa yang sama menemukan sebuah lembah subur bermuarakan sungai ke Lautan Hindi dahulu yakni petempatan asal sebelah kiri dalam gambar. Dengan menguasai pintasan dua laut ini iaitu Lautan Hindi dan Laut China Selatan melalui gabungan jalan darat seperempat dan selebihnya jalan sungai yang cukup besar untuk dimudiki kapal dahulu, mereka merupakan bangsa maju yang disinggahi pedagang timur dan barat.


Mengukuhkan teori ini, apabila air laut naik dalam kadar perlahan-lahan tetapi drastik, masing-masing di dua muara dua laut ini melarikan diri ke kawasan lebih tinggi yang mereka ketahui. Yang di pinggir Lautan Hindi lari menghulu sungai  ke pergunungan Sumatera dan hari ini menjadi Batak dan di pinggir Laut China Selatan lari menghulu sungai ke rantau hari ini letaknya Brunei dan jauh lebih tinggi mengungsi ke pergunungan Sabah dan hari ini menjadi Kadazandusun-Murud. Pengungsian ini lebih jauh hingga ke kepulauan Filipina.


Kaitan yang mungkin membenarkan bahawa hal ini adalah baharu ialah Batak, pribumi Borneo dan orang Filipina masih segar menggunakan perkataan 'manuk' merujuk kepada 'ayam'. Bahkan orang Sunda nun di bucu selatan benua juga merujuknya kepada 'burung' yakni keluarga besar bagi spesis ayam.


Ini lebih logik dari arkeologi semasa yang menyatakan pribumi borneo datang dari Taiwan melalui Filipina. Masa bila pula manuk terbang ke Danau Toba? Jika dakwaan itu mengambil kira benua yang belum tenggelam, mengapa susah-susah masuk ikut Filipina?


Sebab rantau tengah tidak mereka huni adalah berbalik kepada pendedahan kami sebelum ini yang ia adalah berciri kering seperti savana tapi dalam bentuk tersendiri. Ini mungkin penyebab bahawa orang asli di Semenanjung yang berciri negroid tetap menguasai kawasan ini. Seperti puak asli negroid lainnya, kawasan sebegini memang habitat asal bagi mereka identikal dengan yang di pulau-pulau timur Indonesia, Australia timur dan tentu sekali, Afrika.


Lalu dalam gambar ini kami gandingkan semula pakaian tradisi kaum berciri mongoloid ini dengan versi setelah Islamisasi yang masih menunjukkan ciri jiwa yang sama dalam mengevolusikan pakaian asal. 


Seperti biasa, perlu diterangkan bahawa kami bukanlah pihak yang berkelayakan akademik dalam menyatakan inilah faktanya. Bahkan kami memaparkannya agar ada penggiat akademik yang terpanggil untuk mengkaji dan kami menyokong apa jua hasil kajiannya nanti. Tidak mungkin kita boleh mempercanggah kajian barat tanpa bukti dan hanya melalui dakwaan semata-mata. Takkan lah kami pula yang nak kaji.  Malulah negara nanti. Takkan lah tak cukup-cukup lagi.


Tetapi hanya menanggapi ada sesuatu yang disembunyikan tanpa berusaha mencari adalah seperti berlari menjerit-jerit melintas jalan sambil menutup mata berulang kali. Lambat laun dilanggar jua dan kembali sepi.

Jumaat, 16 Julai 2021

Organik

 

REACTION OF PROPENE W/ EXCESS ACIDIFIED/HOT KMnO4 solution.


Soalan 27:

Asalnya ada 30 cm3 campuran sama isipadu (10cm3) methane, ethane dan propene. Gas dilalukan melalui KMnO4 berasid/hot..berapa isipadu akhir?


Jawapan:

Sudah pasti 30 cm3 juga!

Kenapa?


Hanya propene yg akan react dgn KMnO4 berasid memberikan CH3COOH(liq) dan CO2 (gas). Satu mol propene akan hasilkan satu mol CO2 gas..jadi 10cm3 propene gas akan hasilkan 10cm3 CO2 gas.


Reaction:

CH3CH=CH2 (g) + 5[O]  -->  CH3COOH (liq) + CO2 (g) + H2O(liq)


Propene ada satu primary carbon dan satu methyl carbon. Karbon primary akan dioksidakan oleh KMnO4 berasid kepada asid karboksilik. Manakala Methyl carbon akan dioksidakan kepada CO2 (g).


Jika molekul yg ada secondary carbon, maka ia akan dioksidakan kepada ketone.

Tuan Jana khatib

 Kedatangan sekumpulan pendakwah Para Aulia’ dan Wali yang berketurunan Rasullulah S.A.W dari titian Syaidina Hussein Ibni Syaidina Ali Ibni Abi Talib pada abad  ke 14 Masehi.  Setelah misi dakwah mereka di Deccan Selatan India selesai dan seterusnya mereka berlayar membawa syiar Islam di seluruh pelusuk Asia Tenggara khususnya Alam Melayu Nusantara, yang pada ketika itu menganut Agama Hindu dan Buddha serta Kepercayaan Nenek Moyang.

Maka bermulalah satu misi memperkenalkan Agama Islam keseluruhannya termasuklah langkah serta gerak tari seni mempertahankan diri iaitu ilmu-ilmu perang yang selepas itu dikenali sebagai Silat, ditambahkan pula pengisian rohani Islam yang dikenali sebagai Seni Kebatinan Islam, melalui kekuatan Zikirullah dan Ayat-ayat suci Al-Quran.

Mereka ini dikenali dengan gelaran Wali Tujuh.

1.     YM SAIYID HUSSEIN JAMADIL KUBRO IBNI SHEIKH AHMAD JALAL TITIAN DARIPADA SYAIDINA HUSSEIN IBNI SYAIDINA ALI  IBNI ABI TALIB ATAU MAULANA HUSSEIN.

2.     YM SYEIKH THANA’UDDIN IBNI SHEIKH AHMAD JALAL ATAU ABDUL KARIM AS SAMAN AL-MADANI ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI ADI PUTRA.

3.     SYEIKH ZAINUDIN AL-KHATIB TUAN JANA KHATIB ATAU SINGAPURA DILANGGAR TODAK.

4.     SAIYID BARAQAT ZAINOL ALAM –MENUJU KE BRUNEI DAN MENJADI SULTAN BRUNAI DENGAN GELARAN SULTAN BARAQHAT.

5.     SYARIF MUHAMMAD KEBUNGSUAN-MENUJU KE KEPULAUAN SULAWESI DAN PEMERINTAH DI MINDANAO FILIPINA DAN SULU.

6.      TUAN SYARIF AULIA ATAU SYEIKH ABDUL KARIM AL-MAKDUM-MENJADI ULAMA BESAR MELAKA DI MAKAMKAN DI PANGKALAN KEMPAS PORT DICKSON.

7.     ARWAHI GHOIBIYAH.

Kumpulan Jemaah Aulia’ dan Wali Allah tersebut diketuai oleh YM SAIYID HUSSEIN JAMADIL KUBRO IBNI SHEIKH AHMAD JALAL TITIAN DARIPADA SYAIDINA HUSSEIN IBNI SYAIDINA ALI  IBNI ABI TALIB ATAU MAULANA HUSSEIN .

Setelah beberapa lama dalam pelayaran, mereka tiba di Pasai.  Dari situ mereka berpisah dan meneruskan hala tuju misi dakwah ke Melaka, Tumasek (Singapura), Tanah Jawa, Aceh Sumatera Utara, Sulawesi, Mindanao, Kalimantan, Kelantan, Pattani, Kemboja dan Champa.

Salah seorang daripada rombongan tersebut, bernama Sheikh Zainuddin Al-Khatib (Tuan Jana Khatib) dari Pasai meneruskan misi dakwahnya ke Tumasek (Singapura).  Raja Tumasek pada ketika itu bernama Paduka Seri Maharaja.  Pada suatu hari Permaisuri Baginda telah kagum mendengar kekeramahan Tuan Jana Khatib dan menitahkan beliau menunjukkan kebolehan.  

Tuan Jana Khatib menyatakan bahawa dengan kudrah Illahi segalanya boleh terjadi (Kun Faya Kun).  Tuan Jana Khatib telah merenung pada sebatang pohon pinang dan dengan kekeramahan beliau dari hujung hingga ke pangkal pohon pinang tersebut terbelah dua.  Bila ini terjadi Raja Tumasek telah dihasut oleh Pembesar Istana yang menyakinkan bahawa takhta Raja boleh dirampas semudah peristiwa pohon pinang.  Raja Tumasek menitahkan agar Tuan Jana Khatib dihukum bunuh.  

Sebelum kemangkatan, beliau melafazkan ‘Tanah Tumasek akan musnah dan tidak akan ada Raja Melayu memerintah’.  Sehari selepas kemangkatan Tuan Jana Khatib satu peristiwa yang tercatat di dalam sejarah iaitu seluruh pantai Tumasek dilanggar oleh ikan Todak sehingga beberapa minggu yang menyebabkan ramai rakyat Tumasek terutama Armada Laut Tumasek yang terkorban, ini menyebabkan Raja Tumasek gering dan berdukacita.  

40 hari selepas Tumasek dilanggar Todak, Armada Majapahit menyerang sehingga Pulau Tumasek menjadi ‘Padang Jarak Padang Tekukur’.  Seperti sumpah Wali Allah, Tumasek atau Singapura tidak lagi diperintah oleh Melayu hingga kini.

Manakala yang lain meneruskan misi dakwah ke beberapa negeri di Nusantara. Sayed Husein Jamadil Kubra bersama adiknya iaitu Sayed Thana’uddin atau gelarannya Sheikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani ke Kelantan.  

Setelah disambut meriah oleh Raja Kelantan dan memperkenankan untuk menempatkan beliau dua beradik tinggal di perkarangan Istana, tetapi mereka lebih selesa berdakwah serta berkhalwat (bersunyi-sunyian) di dalam Gua Puncak Bukit Panau sambil menyebarkan Islam dan berdakwah. 

Sayed Thana’uddin atau Sheikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani berulang alik dari Bukit Panau ke Pulau Besar Melaka dan Gunung Ledang berkhalwat serta berdakwah, mengajar ilmu hikmah dan kebatinan Islam.  Beliau juga dikenali sebagai Tuan Syarif Aulia atau Sang Adiputra yang menjadi guru kepada Laksamana Hang Tuah lima saudara di Gunung Ledang.  

Manakala di Pulau Besar Melaka beliau menjadi guru kepada Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Kalijaga, yang kemudiannya dikenali sebagai Wali Sembilan di Tanah Jawa. Manakala murid beliau Sheikh Sutabris juga menjadi Wali dan Pendakwah terkenal.  

Sheikh Abdul Karim As-Saman Al-Madani mangkat ketika berumur 120 tahun. Jenazah beliau disemadikan / dimakamkan di puncak Bukit Panau, Kelantan dan ada juga mendakwa jenazah beliau dimakamkan di Pulau Besar Melaka.

Pulau Upih adalah sebuah pulau yang kecil di pesisiran pantai Melaka.  Di situ juga ada penempatan pondok perguruan dan pusat dakwah yang terkenal di seluruh Nusantara, di bawah bimbingan Sheikh Awlul Islam atau Maulana Isyak ayahanda kepada Sunan Giri.  

Beliau juga menjadi guru kepada Wali–Wali Sembilan di Tanah Jawa, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Acheh, Champa dan Pattani.  Pesantren ini banyak mengeluarkan ulama serta para Wali–Wali Allah yang terkenal yang menyinarkan cahaya Islam di seluruh alam Melayu.

Selasa, 13 Julai 2021

Sebak

 #SAYAHANYASHARE ...


-Beratur nak bayar barang kat satu kedai runcit kat Puchong Prima petang tadi. Depan aku ada brader nie tengah bayar sekotak susu formula sama dengan brand anak aku kat kaunter berharga rm23 dan telur 10 biji berharga rm7. Apa yang tersentuh hati aku, brader nie bayar duit pakai duit syiling.!! berdesing bila duit syiling tue jatuh selambak kat meja kaunter. Termenung dan terdiam sekejap budak cashier tue dengan kawan dia kira dan asingkan duit seringgit².. Aku dan pelanggan lain kat belakang yang tengah beratur (ada cina, India dan Bangla) pon turut terkasima dan pastinya semua sayu tengok kejadian nie depan mata.


Budak cashier tue terus kira dan rasanya baru sampai Rm10 dan dia terus cakap duitnya cukup dan bungkus cepat² susu formula tadi. Aku nampak mata dia dan kawannya mula berkaca. Aku tahu bukan budak cashier nie malas kira tapi dalam fikiran dan perasan budak cashier  tue sedang sedih dan andai kata duit syiling brader tue kurang dia akan gantikan.


Tak semena² aku tegur brader tue. "Bang, takpa bang biar saya bayarkan". Brader tue menoleh dengan berat kat muka aku dan jawab "tak apa bang, saya 'saja' jer nak pakai duit tabung saya.. hehehe" dengan muka senyum 1000 penipuan. Tiba² uncle cina belakang aku sahut "Takpa apa barang u ambil sini kasi cukup barang rumah saya bayar". Dan tetiba Bangla kat belakang auntie India bergerak ke depan letak beras 5 kilo kat cashier sambil pegang bahu dan gelengkan kepala untuk signal yang dia sedekahkan beras tue kat  brader tadi.. (mungkin dia tak pandai cakap tapi dia faham situasi tadi).


Brader tadi serba salah dan terkedu dan matanya mula berkaca.. tapi last² ayat dia "Takpa bang...takpa" terus sambar barang dia dan keluar dengan laju menuju ke motornya, Kitorang jerit panggil dia buat tak dengar. Start motor terus jalan.


Cashier ambil duit dia yang tak habis kira tue masuk dalam bekas bawah meja dan kawan dia dah basah pipi dah. Bangla tue ambil balik beras dia dengan muka sedih dan beratur balik. Uncle cina tue sembang dengan auntie India belakang dia pasal brader tadi.. aku pulak terdiam dan terus bayar dan keluar kedai dengan bawak balik satu kejadian yang menyedihkan aku. Patutlah dia mundar mandir dalam kedai tue macam nak tunggu taiming kaunter cashier clear. Dia segan kot nak bayar pakai duit syiling.


Bro.. (andai kata ko dapat baca posting aku nie) Aku tau ko ada ego lelaki, ego seorang ketua keluarga, seorang ayah dan suami.. Aku boleh rasakan betapa beratnya perasaan seorang Ayah yang korek duit tabung dan tebalkan muka beli susu dan telur untuk keluarga.. Dengan alasan ko kata "saja nak pakai duit tabung" itu aku takleh terima sebab aku tahu yang duit terakhir ko adalah duit tabung. Orang korek tabung hanya bila dia dah terdesak.


Dengarlah nasihat aku bro.. saat getir ini. Tak perlu malu sekiranya ko perlukan bantuan. Dan jangan segan silu kalau ada yang sudi membantu. Sebab sebenarnya dugaan untuk ko adalah ujian untuk kami. Fikirlah demi untuk keluarga dan bukan kerana mahalnya egomu. Andai ko baca posting aku nie dan masih dalam kesukaran. Jangan segan untuk naikkan bendera putih. Demi survival keluarga ko dapat bertahan sampai habis darurat ini. Bila ko dah pulih nanti siapa tahu mungkin giliran ko pulak bantu orang lain. Bagilah peluang untuk orang lain bantu diri dan keluarga ko.


Aku balik rumah dan terfikir, saat Tuhan turunkan dugaan, Ia juga turunkan rahmat dan pertolongan melalui insan² di sekeliling kita. Dan dugaan kesusahan orang lain sebenarnya adalah ujian untuk kita. Kat sini aku nampak rakyat tolong rakyat.Tanpa ada perbezaan fahaman, bangsa Melayu India Cina dan Bangla sekalipun semua nak membantu tak kisah lah status ko kaya atau miskin.. ramai yang susah sekarang nie tapi ramai juga yang membantu, sedar atau tidak amalan bersedekah semankin banyak dipraktikkan.. teruskan rakyat Malaysia, semoga dengan amalan bersedekah ini diterima Allah dan semoga Allah mengampuni dosa² kita dengan mengangkat semula Wabak ini keluar dari bumi Malaysia.. Amin...😭😭😭


-kredit to Amirul azizi-