Selasa, 17 Ogos 2021

Radzi

 Terima kasih, Dr Radzi Judin. Jasa YB tetap dikenang ...


'Semalam merupakan hari terakhir saya berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah memberi kepercayaan kepada saya mengemudi sebuah kementerian yang memainkan peranan amat besar dalam membangunkan generasi pewaris negara. Thank you very much, Sir!


Dari hari pertama menjejakkan di kementerian, saya telah menyatakan kepada warga KPM bahawa saya adalah seorang pekerja sepertimana mereka. “Yang membezakan kita cuma nama kerja saya iaitu, Menteri”. Saya mengabdikan diri sepenuhnya kepada urusan kementerian sepanjang 18 bulan yang lalu. Bagi saya, setiap detik itu adalah amanah yang perlu digunakan sebaiknya untuk melakukan penambahbaikan kepada ekosistem pendidikan negara. Saya berada di Kementerian bukan untuk menjadi popular. Tetapi untuk saya melakukan perkara yang betul mengambilkira data dan maklumat yang ada serta analisis yang dibuat. 


Sejujurnya, menguruskan Kementerian dalam waktu pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak ada sesiapa pun di antara kami di Kementerian atau di luar sana pernah melaluinya. Sebab itu kami amat teliti dalam membuat sebarang perancangan. Setiap keputusan dibuat berdasarkan perbincangan yang amat mendalam selepas mengambilkira pandangan pelbagai pihak. 


Secara peribadi saya merasakan bahawa setiap detik saya di Kementerian dalam tempoh 18 bulan yang lalu telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik demi generasi pewaris negara. Banyak perkara tunjang  di Kementerian yang berlarutan bertahun-tahun lamanya telah dapat diselesaikan. Sebahagiannya sedang diselesaikan. Prinsip saya mudah. Jika niat kita ikhlas dan kita ikhtiarkan sebaiknya untuk menyelesaikan sesuatu perkara, InsyaAllah sesukar mana sekalipun penyelesaiannya, Allah akan membuka jalan untuk kita. Ada yang dicapai dalam masa yang singkat dan ada yang mungkin memerlukan masa yang lebih panjang. Sekiranya apa yang telah diikhtiar dengan terbaiknya itu tidak berjaya seperti yang dihasratkan, tentu ada hikmah disebaliknya. Apa pun, saya selalu berpesan kepada warga Kementerian, Nothing beats hard work!


Selain menyelesaikan isu yang telah lama berlarutan, banyak juga penambahbaikan yang telah dan sedang dilaksanakan. InsyaAllah, sekiranya segala perancangan dan usaha yang ditinggalkan dapat diteruskan sebaiknya, kita boleh melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap yang jauh lebih tinggi.


Kepada dua pendokong utama saya di Kementerian, Ketua Setiausaha Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datin Sri Nor Zamani, terima kasih atas jasa baik dan usaha gigih kalian. Terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh kakitangan Kementerian, jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah yang bertungkus lumus untuk memastikan segala perancangan dapat berjalan dengan baik. Sebagai Panglima Perang di waktu krisis, mungkin ada yang tersinggung dengan tindakan atau ketegasan saya. Maafkanlah saya.


Untuk guru-guru, terima kasih atas bakti dan keringat yang dicurahkan dalam tempoh sukar ini. Semua dalam kalangan kita tidak pernah melalui situasi sebegini, jadi kita sentiasa sama-sama berikhtiar untuk dapatkan penyelesaian terbaik. Masing-masing telah berusaha sehabis baik untuk memastikan anak-anak murid dapat terus belajar dalam keadaan selamat. Tidak kira sama ada secara bersemuka atau PdPR. Apa yang penting, murid terus mendapat akses kepada pendidikan.


Akhir kalam, saya menginsafi bahawa saya cuma dipinjamkan oleh Allah SWT untuk mengemudi KPM dalam tempoh yang amat sukar dan tidak pernah dilalui oleh mana-mana Menteri Pendidikan sebelum ini. Saya anak kampung yang merantau ke luar negara hampir 20 tahun dan kembali ke tanah air dengan niat semata-mata untuk menabur bakti kepada ibu pertiwi. Amanah mengemudi KPM telah saya pikul dengan seikhlas hati tanpa sekelumit niat lain selain daripada melihat kualiti Pendidikan negara dapat dilonjakkan ke pringkat yang jauh lebih tinggi.


Kini, dengan kadar vaksinasi yang semakin meningkat, negara hampir keluar dari kemelut pandemik COVID-19. Tempoh persinggahan yang dizinkan Allah di KPM akhirnya tamat semalam. 


Kepada ibu bapa, sesungguhnya saya telah ikhtiarkan yang terbaik untuk anak-anak kalian dalam tempoh yang penuh cabaran ini. Kepada guru, saya tidak pandai beretorik. Tapi yakinlah dan tanyalah rakan-rakan di Kementerian, saya telah usahakan yang terbaik untuk kalian dalam tempoh yang amat sukar ini. Kepada anak-anak, pak cik doakan yang terbaik buat semua. Jangan lupa doakan pak cik!'


dari laman fb dr radzi jidin

Ahad, 15 Ogos 2021

Career

 Top 10 Sites for your career

1. Linkedin

2. Indeed

3. Naukri

4. Monster

5. JobBait

6. Careercloud

7. Dice

8. CareerBuilder

9. Jibberjobber

10. Glassdoor


10 Tech Skills in demand


1. Machine Learning

2. Mobile Development

3. SEO/SEM Marketing

4. Data Visualization

5. Data Engineering

6. UI/UX Design

7. Cyber-security

8. Cloud Computing/AWS

9. Blockchain

10. IOT


11 Sites for Free Online Education


1. Coursera

2. edX

3. Khan Academy

4. Udemy

5. iTunesU Free Courses

6. MIT OpenCourseWare

7. Stanford Online

8. Codecademy

9. ict iitr

10 ict iitk

11 NPTEL


10 Sites to learn Excel for free


1. Microsoft Excel Help Center

2. Excel Exposure

3. Chandoo

4. Excel Central

5. Contextures

6. Excel Hero b.

7. Mr. Excel

8. Improve Your Excel

9. Excel Easy

10. Excel Jet


10 Sites to review your resume for free


1. Zety Resume Builder

2. Resumonk

3. Resume dot com

4. VisualCV

5. Cvmaker

6. ResumUP

7. Resume Genius

8. Resume builder

9. Resume Baking

10. Enhance


10 Sites for Interview Preparation


1. Ambitionbox

2. AceThelnterview

3. Geeksforgeeks

4. Leetcode

5. Gainlo

6. Careercup

7. Codercareer

8. InterviewUp

9. InterviewBest

10. Indiabix

Homoseks

 ASAL MUASAL TERJADINYA HUBUNGAN HOMOSEKSUAL DAN LESBIAN.


Homoseksual dan Lesbian merupakan suatu perbuatan penyimpangan sosial yang memiliki orientasi yang bertentangan dengan fitrah manusia, agama dan budaya hidup masyarakat. Homoseksual merupakan di mana lelaki suka kepada lelaki atau kaum sejenisnya sementara Lesbian merupakan istilah bagi wanita yang mengarahkan orientasi seksualnya kepada sesama jenisnya. Istilah ini juga merujuk kepada wanita yang mencintai wanita baik secara fizikal emosional dan seksual, atau bahkan secara spiritual.


Asal mula terjadinya kedua hubungan ini adalah di sebuah negeri bernama negeri Sadum. Pada awalnya, kaum Sadum menyembah kepada Allah Ta'ala. Dengan keimanan yang mereka tunjukkan, maka negeri mereka dikurniakan oleh Allah Ta'ala kekayaan bumi yang melimpah ruah terutamanya hasil buah²an. Dengan hasil bumi yang mereka miliki, negeri mereka tidak pernah mengalami masalah makanan malah mereka menjualnya kepada orang-orang luar yang datang ke negeri tersebut.


Lama kelamaan, kaum Sadum lupa kepada Allah Ta'ala kerana lalai dalam kehidupan duniawi. Oleh sebab itu, Allah Ta'ala pun menguji mereka dengan menahan hujan turun ke bumi. Hal ini berterusan sehingga menjadi kemarau yang berpanjangan. Hasil bumi mula tidak menjadi dan mati sehingga membuatkan mereka kelaparan berpanjangan. Orang² luar yang biasa datang untuk mendapatkan buah²an dihalau kerana mereka tidak dapat menampung keperluan di dalam negeri mereka.


Hal ini menguntungkan Iblis di mana pada suatu hari, Iblis pun datang menemui dua orang pemilik kebun buah²an dengan menyamar sebagai seorang lelaki separuh usia. Dalam pertemuan itu, Iblis memberi cadangan agar kedua orang pemilik kebun itu mengenakan syarat kepada orang luar yang ingin mendapatkan buah²an. Adalah syarat yang dikenakan ialah dengan membayar 4 dirham kepada pemilik kebun dan melakukan hubungan badan.


Maka tersebarlah berita tentang syarat yang dikemukan oleh Iblis itu. Maka ramailah orang luar yang tidak datang ke negeri Sadum kerana syarat yang ditetapkan. Tujuan awal syarat itu dikenakan untuk memberi tekanan kepada orang luar supaya tidak datang ke negeri Sadum untuk mendapatkan buah²an.


Pada suatu hari, Iblis pun datang dalam rupa bentuk seorang lelaki yang sangat tampan. Dia pun datang menemui pemilik kebun untuk membeli buah²an. Sebelum pemilik kebun memberinya, pemilik kebun pun mengenakan syarat yang telah ditetapkan. Maka pemuda tampan itu bersetuju untuk membayar 4 dirham kepada pemilik kebun tersebut dan sanggup untuk melakukan hubungan badan. Maka dari situlah asal mula terjadinya hubungan homoseksual. Dalam melakukan hubungan badan dengan pemilik kebun itu, Iblis menyalurkan satu nikmat kepada pemilik kebun itu sehingga pemilik kebun itu merasakan suatu kenikmatan yang luar biasa dan terfana dengannya.


Sejak pemilik kebun merasa nikmat melakukan hubungan itu, mulailah Iblis menghasutnya agar melakukan hubungan tersebut kepada sahabat² rapatnya. Hubungan ini berlanjutan sehingga kepada anak lelaki mereka dijari untuk melakukan hubungan tersebut. Berpunca dari hubungan inilah maka para wanita kaum Sadum merasa kesepian kerana mereka tidak dicintai oleh suami mereka. Kaum lelaki meninggalkan para isteri mereka kerana ingin melakukan hubungan homoseksual.


Dalam situasi itu, Iblis memerintahkan sekumpulan Syaitan bernama Laqis. Syaitan Laqis datang kepada wanita² kaum Sadum dalam rupa paras seorang wanita yang mempunyai kecantikan yang luar biasa. Ketika itu, para wanita Sadum dalam kesedihan kerana suami mereka sudah tidak mencintai mereka. Syaitan Laqis pun berkata kepada para wanita Sadum: "Biarlah para suami kita melakukan hubungan jenis sesama mereka. Kenapa kita tidak melakukannya sesama kita seperti mana mereka melakukannya sesama mereka?". Oleh kerana kecantikan Syaitan Laqis yang tiada tara, maka salah seorang dari wanita Sadum mencuba melakukan Lesbian. 


Dalam perhubungan itu, Syaitan Laqis menyalurkan suatu nikmat kepada wanita itu sehingga wanita itu merasa kenikmatan yang sangat berbeza. Dari situ, Syaitan Laqis pun mengajak wanita lain untuk melakukannya. Maka para wanita yang lainnya pun mencuba melakukan hubungan Lesbian buat pertama kali dalam hidup mereka. Dalam hubungan itu, mereka merasakan suatu kenikmatan yang tidak pernah mereka alami. Sejak itu, perilaku kaum Sadum menjadi terbalik di mana lelaki meminati lelaki dan wanita meminati wanita.


Oleh kerana kesesatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh kaum Sadum berpanjangan, maka Allah Ta'ala pun mengutus Nabi Luth bin Haraan ke negeri tersebut untuk mengajak mereka ke jalan yang benar. Saban hari, Nabi Luth mengajak mereka supaya kembali kepada fitrah yang asal tetapi Nabi Luth sering mendapat tentangan yang hebat dari pemuka kaum.


Oleh kerana mereka mengingkari risalah yang disampaikan oleh Nabi Luth, maka Allah Ta'ala pun menimpakan bencana ke atas mereka berupa hujan api dari langit sebelum negeri mereka diterbalikkan oleh Allah Ta'ala bersama kaum Amurah (Gomorrah) kerana kaum Amurah juga cenderung dalam melakukan perbuatan yang sama dengan kaum Sadum.


#MAMR

Isnin, 9 Ogos 2021

Bakcin

 BM Version

 

ADAKAH KOMPLOT PFIZER-ZIONIS UNTUK MEMBUNUH JUTAAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA?

 

1.    Kami mengesyaki adanya komplot geopolitik yang sangat keji untuk membunuh beramai-ramai bangsa Melayu (18 juta) dan umat Islam (20 juta) dalam persuhabatan melibatkan Pfizer, Zionis, Kuasa pro-Zionis handalan dan sebuah negara selatan dengan tujuan menghancurkan keselamatan negara, menyerang dan mengambil alih negara kita yang tercinta dalam 1 hingga 2 tahun untuk menjadi penjajah baru pro-Amerika Syarikat dan pro-Israel.

 

2.    KENYATAAN. Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla berkait rapat dengan Zionis Israel (kami mempunyai bukti). Pfizer juga terkenal sebagai syarikat yang sangat berasuah, tidak berakhlak dan jahat, mereka terlibat di seluruh dunia dalam rasuah, penipuan dan ujian haram terhadap kanak-kanak. (Tidak percaya? Cubalah Google Pfizer dengan perkataan “corruption, fraud and illegal tests on children”)

 

3.    KENYATAAN. Jumlah penduduk Islam di negara kita sekitar 20 juta dan SEMUA umat Islam mungkin terbunuh atau lumpuh dari 1 hingga 2 tahun JIKA kita tidak menghentikan pelalian besar-besaran SEKARANG yang menggunakan vaksin amat beracun Pfizer. Proses sudah bermula pada Februari 2021 dan kini dipercepatkan.

 

4.    KENYATAAN. Kerajaan telah memesan 44.8 juta sukatan pengubatan baka kimia percubaan Pfizer, yang dirujuk dengan senang hati sebagai vaksin yang sangat beracun untuk 22.4 juta orang atau 70 peratus penduduk negara kita yang berjumlah 32 juta orang. Sejauh ini, kira-kira 3 juta orang telah disuntik dengan satu atau dua sukatan vaksin Pfizer, yang kebanyakannya ditujukan kepada polis dan angkatan bersenjata (80 peratus sudah disuntik), kakitangan kerajaan, kakitangan barisan depan dan untuk umat Islam lain. Sebilangan besar umat Islam lebih suka vaksin Pfizer kerana mereka berpendapat bahawa ia sangat berteknologi tinggi dan selamat serta disebabkan Arab Saudi hanya menerima vaksin Pfizer sebagai halal untuk tujuan haji dari 3 vaksin yang ada di sini. Baki vaksin Pfizer (tolak 20 juta umat Islam) adalah untuk 2 juta hingga 3 juta orang bukan Islam.

 

5.    KENYATAAN. Vaksin baka kimia mRNA percubaan Pfizer, seperti Senjata Bio-Kimia, telah disahkan oleh kajian pengedaran Bio (ditaja oleh agensi kerajaan Jepun) dan diumumkan melalui stesen radio Amerika Utara "ON Point" pada 28 Mei 2021 oleh pakar Kanada bebas Prof Dr Bryam Bridle, bahawa vaksin ini sangat berbahaya. 

 

6.    Vaksin mRNA ini akan menghasilkan kebangkitan protein yang sangat beracun (seperti durian mikroskopik) yang kemudian akan memasuki sistem peredaran darah, menyebabkan pembekuan darah, kegagalan jantung, kerosakan otak dan kegagalan organ badan lain. Ia mungkin tidak berlaku dengan segera tetapi kemungkinan dalam jangka masa 1 hingga 2 tahun. Itulah sebabnya mengapa banyak orang leka (sikap tidak apa).

 

7.    KENYATAAN. Partikel nano yang meliputi molekul mRNA terbuat dari Polyethylene Glycol, JUGA diketahui sangat berbahaya bagi tubuh manusia. Mereka berkemungkinan bleh memusnahkan kesuburan wanita seperti yang disahkan oleh pakar bebas bertaraf dunia Dr Roger Hodgkinson pada 11 Jun 2021. 

 

8.    KENYATAAN. Seorang bekas Naib Presiden dan Ketua Saintis Pfizer Dr Mike Yeadon juga membuat tuduhan serius bahawa vaksin Pfizer yang sangat maju dapat diatur secara berkala di kilang untuk menyebabkan serangan jantung atau penyakit berbahaya lain pada masa hadapan. Kami tidak dapat membuktikan atau membantah dan sama sekali tidak mempunyai teknologi dan kemampuan untuk mengesahkan kandungan vaksin Pfizer. Dr Mike Yeadon yang telah bekerja untuk Pfizer Penyelidikan dan Pembangunan selama 16 tahun, telah dituduh sebagai anti-vaxxer seperti yang diharapkan, oleh media pemeriksa fakta barat yang dikendalikan oleh pro-Pfizer.

 

9.    Terdengar desas-desus bahawa banyak orang berasuah terlibat telah dibayar (oleh pasukan pro-Zionis) dengan bayaran wang pendahuluan dalam akaun bank dibentuk di negara selatan ini. Terdengar khabar angin bahawa lebih banyak pembayaran akan dibuat untuk setiap suntikan Pfizer – semakin banyak suntikan, semakin banyak wang untuk pengkhianat yang berasuah ini. Mereka kini sedang mempercepatkan pelalian Pfizer.

 

10. Untuk Skandal 1MDB, tidak ada yang terbunuh. Untuk persuhabatan geo-politik ini, ia adalah 22.4 juta kali lebih teruk kerana 22.4 juta penduduk, kebanyakannya orang Islam dan bukan Islam, mungkin mati atau lumpuh seumur hidup atau dicederakan dengan cara lain. Negara kita yang tercinta mungkin diserang dan diambil alih oleh pasukan pro-Zionis. Sekiranya ini berlaku, ia boleh menjadi seperti menjatuhkan 100 bom Hiroshima di negara kita.

 

11. Kita mesti menghentikan vaksinasi Pfizer dengan segera, sementara menunggu siasatan penuh.

Ahad, 8 Ogos 2021

Iv SPP one off

 Dicatat oleh :

Hamizah Salleh:

SU grup

Round 1: Pengenalan Diri (2 minit)


- Sesi ni kena pendek, ringkas dan padat. Kalau boleh hanya 2 minit sahaja. Kalau penemuduga tanya dalam BM, jawab dgn BM. Kalau dia tanya dalam BI, jawab dalam BI.


- Salutation kena jaga juga. Sebab nanti kita gunakan Webex nanti, dekat situ akan nampak nama penemuduga tu. Biasanya ada dua panel di mana seorang orang SPP dan seorang lagi adalah Guru Cemerlang (GC) bagi opsyen yang anda mohon. SPP akan bertanya soalan yang berkaitan dgn Malaysia, isu terkini dunia ke pendidikan di luar negara mahupun dalam negara. Manakala, GC akan bertanya soalan yang berkaitan dengan opsyen. 


- Semasa sesi ini, anda kena mempunyai penampilan sebagai seorang guru sebab anggap ini adalah sesi untuk mempromosikan diri


- Suara yang dilontarkan hendaklah jelas dan matang. Elakkan daripada meleweh-leweh. Suara anda hendaklah tegas dan menunjukkan jati diri seorang guru.


- Poin dalam sesi pengenalan diri ini hendaklah disusun terlebih dahulu. Ingat, jangan hafal skrip ya. Sebab penemuduga akan jelas nampak anda sedang menghafal skrip. Kalau boleh biarlah datang daripada hati.


- Body language dan juga eye contact kena jaga


- Anda boleh menyusun isi pengenalan diri anda dengan terus menerangkan tahap akademik anda seperti: "Assalamualaikum. Nama saya ....... dan saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ...." Pastikan mulakan dengan tahap akademik yang paling tinggi tau. 


- Lepas dah terang pasal akademik, barulah terus masuk dalam bidang kokurikulum tertinggi macam pernah join sukarelawan antarabangsa, pengarah program mobiliti antara universiti dan sebagainya.


- Last but not least, boleh terangkan pasal pengalaman kerja jika anda mempunyai pengalaman kerja.


Round 2: Umum


- Soalan dekat sini kebiasaannya adalah soalan umum yang mana kalau anda nak jadi guru, anda kena tahu.


- Soalan-soalan yang berkaitan dengan pembangunan RPH. Apa elemen yang nak ada dalam RPH? Macam mana nak hasilkan objektif pembelajaran yang baik? 

- Soalan yang paling popular: Kenapa nak jadi guru bawah KPM ni dan apa hala tuju anda? Kenapa bidang perguruan? Apa benefit KPM dapat kalau hire anda sbg pendidik?


Round 3: Content.


- Perkara pertama yang dipesan daripada panel semalam ialah kena kenal silibus opsyen anda dan fahami kandungan dalam silibus opsyen yang anda pohon. Jika anda memohon opsyen Bahasa Melayu untuk Sekolah Rendah, maka sila hadamkan silibus tersebut. Begitu juga dengan opsyen yang lain.


- Mahirkan juga dgn isu terkini pendidikan iaitu PdPR ataupun ODL. Apa learning tools yang boleh digunakan dalam suasana sekarang dan macam mana nak pastikan objektif pembelajaran tu tercapai dalam suasana PdPR?


- Jika anda adalah graduan TVET ataupun memohon subjek seperti RBT ataupun RC, anda kena hadamkan bebetul silibus RBT dan RC ni sbb ni subjek baru lagi. Kalau mana subjek yang akan pergi ke KV, kena faham mengenai SKM, JPK, MBOT dan MQA.


- Setiap hujah kena disokong dengan fakta yang kukuh. Yang penting kena yakin. Kata panel semalam, nak jadi guru mmg kena banyak cakap dan jangan takut dengan orang ramai. 


- Selain itu, cuba kaitkan bidang anda dalam ISM/ISMPV dgn opsyen yang anda pohon. Contohnya, anda pemegang ISM Kimia, macam mana nak terapkan ilmu yang anda pelajari dkt universiti dalam opsyen yang anda mohon seperti RC?


Round 4: Mock Teaching. 


- Mock Teaching ni bergantung kepada panel masing-masing. At least sorang akan ada kena buat sesi mock teaching ni. Anda akan diminta berdiri dan mengajar. Maka, kena make sure proper attire from top to bottom.


Tips lain yang nak kena study:


- Pedagogi Abad 21 dalam opsyen masing².

- 4C

- Soalan² kemungkinan dalam bidang masing². Contohnya macam: Berikan definisi sistem tiga fasa? Macam mana nak buat sistem pembumian (Ni kalau dalam bidang elektrik ya)

-Set induksi 

-MQA, MBOT, JPK

- Macam mana nak lahirkan pelajar yang seiring akademik dan kemahiran? 

- Penyediaan RPH/objektif

- Macam mana nak elakkan terlebih masa mengajar


Perkara lain yang kena take note:

- Make sure nanti gunakan nama penuh anda dalam Webex. Make sure professional.

- Gambar Icon atau DP pun kena professional. Elakkan selfie dan sebagainya.

- Kena ada pendapat sendiri dan jangan main setuju je dgn pendapat kawan sbb anda akan diberikan satu masa untuk bincnagkan satu isu dengan rakan² lain.

- Bahasa kena jaga. Jangan gunakan bahasa macam sembang dengan kawan-kawan mcm korang, dia orang dll.