Ahad, 8 Ogos 2021

Iv SPP one off

 Dicatat oleh :

Hamizah Salleh:

SU grup

Round 1: Pengenalan Diri (2 minit)


- Sesi ni kena pendek, ringkas dan padat. Kalau boleh hanya 2 minit sahaja. Kalau penemuduga tanya dalam BM, jawab dgn BM. Kalau dia tanya dalam BI, jawab dalam BI.


- Salutation kena jaga juga. Sebab nanti kita gunakan Webex nanti, dekat situ akan nampak nama penemuduga tu. Biasanya ada dua panel di mana seorang orang SPP dan seorang lagi adalah Guru Cemerlang (GC) bagi opsyen yang anda mohon. SPP akan bertanya soalan yang berkaitan dgn Malaysia, isu terkini dunia ke pendidikan di luar negara mahupun dalam negara. Manakala, GC akan bertanya soalan yang berkaitan dengan opsyen. 


- Semasa sesi ini, anda kena mempunyai penampilan sebagai seorang guru sebab anggap ini adalah sesi untuk mempromosikan diri


- Suara yang dilontarkan hendaklah jelas dan matang. Elakkan daripada meleweh-leweh. Suara anda hendaklah tegas dan menunjukkan jati diri seorang guru.


- Poin dalam sesi pengenalan diri ini hendaklah disusun terlebih dahulu. Ingat, jangan hafal skrip ya. Sebab penemuduga akan jelas nampak anda sedang menghafal skrip. Kalau boleh biarlah datang daripada hati.


- Body language dan juga eye contact kena jaga


- Anda boleh menyusun isi pengenalan diri anda dengan terus menerangkan tahap akademik anda seperti: "Assalamualaikum. Nama saya ....... dan saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ...." Pastikan mulakan dengan tahap akademik yang paling tinggi tau. 


- Lepas dah terang pasal akademik, barulah terus masuk dalam bidang kokurikulum tertinggi macam pernah join sukarelawan antarabangsa, pengarah program mobiliti antara universiti dan sebagainya.


- Last but not least, boleh terangkan pasal pengalaman kerja jika anda mempunyai pengalaman kerja.


Round 2: Umum


- Soalan dekat sini kebiasaannya adalah soalan umum yang mana kalau anda nak jadi guru, anda kena tahu.


- Soalan-soalan yang berkaitan dengan pembangunan RPH. Apa elemen yang nak ada dalam RPH? Macam mana nak hasilkan objektif pembelajaran yang baik? 

- Soalan yang paling popular: Kenapa nak jadi guru bawah KPM ni dan apa hala tuju anda? Kenapa bidang perguruan? Apa benefit KPM dapat kalau hire anda sbg pendidik?


Round 3: Content.


- Perkara pertama yang dipesan daripada panel semalam ialah kena kenal silibus opsyen anda dan fahami kandungan dalam silibus opsyen yang anda pohon. Jika anda memohon opsyen Bahasa Melayu untuk Sekolah Rendah, maka sila hadamkan silibus tersebut. Begitu juga dengan opsyen yang lain.


- Mahirkan juga dgn isu terkini pendidikan iaitu PdPR ataupun ODL. Apa learning tools yang boleh digunakan dalam suasana sekarang dan macam mana nak pastikan objektif pembelajaran tu tercapai dalam suasana PdPR?


- Jika anda adalah graduan TVET ataupun memohon subjek seperti RBT ataupun RC, anda kena hadamkan bebetul silibus RBT dan RC ni sbb ni subjek baru lagi. Kalau mana subjek yang akan pergi ke KV, kena faham mengenai SKM, JPK, MBOT dan MQA.


- Setiap hujah kena disokong dengan fakta yang kukuh. Yang penting kena yakin. Kata panel semalam, nak jadi guru mmg kena banyak cakap dan jangan takut dengan orang ramai. 


- Selain itu, cuba kaitkan bidang anda dalam ISM/ISMPV dgn opsyen yang anda pohon. Contohnya, anda pemegang ISM Kimia, macam mana nak terapkan ilmu yang anda pelajari dkt universiti dalam opsyen yang anda mohon seperti RC?


Round 4: Mock Teaching. 


- Mock Teaching ni bergantung kepada panel masing-masing. At least sorang akan ada kena buat sesi mock teaching ni. Anda akan diminta berdiri dan mengajar. Maka, kena make sure proper attire from top to bottom.


Tips lain yang nak kena study:


- Pedagogi Abad 21 dalam opsyen masing².

- 4C

- Soalan² kemungkinan dalam bidang masing². Contohnya macam: Berikan definisi sistem tiga fasa? Macam mana nak buat sistem pembumian (Ni kalau dalam bidang elektrik ya)

-Set induksi 

-MQA, MBOT, JPK

- Macam mana nak lahirkan pelajar yang seiring akademik dan kemahiran? 

- Penyediaan RPH/objektif

- Macam mana nak elakkan terlebih masa mengajar


Perkara lain yang kena take note:

- Make sure nanti gunakan nama penuh anda dalam Webex. Make sure professional.

- Gambar Icon atau DP pun kena professional. Elakkan selfie dan sebagainya.

- Kena ada pendapat sendiri dan jangan main setuju je dgn pendapat kawan sbb anda akan diberikan satu masa untuk bincnagkan satu isu dengan rakan² lain.

- Bahasa kena jaga. Jangan gunakan bahasa macam sembang dengan kawan-kawan mcm korang, dia orang dll.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan