Ahad, 1 Ogos 2021

Guru

 Guru adalah profesional


1. Apa yang berlaku dalam kelas adalah tanggungjawab guru. Guru adalah ketua dan pengurus dalam kelas masing-masing. 


2. Tiada siapa sepatutnya sentiasa arahkan guru utk buat A dan jangan buat B. 


3. Tanggungjawab pengurusan pula adalah membantu menyediakan keperluan guru dalam menjayakan PdP, bukan memantau saban waktu. 


4. Pihak pengurusan juga bertanggungjawab mengatur dan menyelaras latihan ikhtisas berterusan kepada guru sesuai dengan peredaran zaman, bukan mengurus apa yang perlu guru lakukan dalam kelas. 


5. Guru adalah ketua dan pengurus dalam kelas masing-masing. Sebab itulah guru dianggap profesional dan tiada siapa boleh menjadi guru tanpa kelayakan profesional keguruan.


6. Profesional bermaksud guru dibayar gaji utk bertugas dalam bidang yang dia qualified iaitu pengajaran. Tugas-tugas lain adalah sampingan sahaja, bukan primary.


7. Apa yang aku tahu dan berpengalaman di negara maju, tiadanya amalan mengaturkan strategi apa yang guru perlu lakukan dalam PdP, memantau apa yang guru sedang lakukan serta mengarahkan guru untuk membuat segala pelaporan, menyemak lesson plan serta perlu melakukan ini dan tidak boleh melakukan itu yang pada hemat aku sesuatu yang tidak menepati maksud profesional dan profesionalism. 


8. Guru sendiri perlu ada PLC yang lebih realitik utk menambahbaik PdP dalam kelas masing-masing, maka tak perlulah bila ada sedikit perubahan dasar, macam2 jawatankuasa dibentuk dipelbagai peringkat dan pelbagai nama dgn meeting yang tiada kesudahan utk pastikan guru buat ini dan itu, sedang guru 'bisa saja mengerti' kerana semuanya ada dalam skop pengetahuan professional mereka. Berikan sahaja peluang dan sediakan keperluan dan jika perlu, juga latihan bagi aspek teknikal, selebihnya tahulah mereka utk melaksanakannya..


9. Guru yang sentiasa menunggu arahan dan takut untuk berkarya dgn bebas mengikut profesion dan profesionalism mereka, adalah natijah dari sistem yang kurang pemikiran profesional. 


10. Tugas PdP adalah tugas heuristic, gabungan pengetahuan, pengalaman dan latihan yang berterusan yang meningkatkan profesional guru mengharungi perubahan zaman..


 OT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan