*Sesi QnA bersama pihak SPP anjuran FPend, UKM*
Tarikh webinar: 19 Ogos 2021 (Khamis)
1. Berapa lamakah tempoh sesi temuduga?
- +- 1 jam (depends on how produktiviti & kompetensi kumpulan calon)
- Kumpulan calon yg ditemuduga adalah kesemuanya memohon opsyen yg sama
2. Apa FAQ ketika sesi iv?
- Pengenalan diri, jawab apa yg ditanya shj (2-3 minit)
- Slot 1: Soalan from Wakil Jabatan (soalan mengenai opsyen: kurikulum, pedagogi, pdp, pentaksiran, strategi, content opsyen)
- Slot 2: Soalan from Pengerusi SPP (soalan am: isu semasa)
- Slot 3: Ulasan (beri jawapan sendiri- nak tgok tahap pengetahuan calon)
p/s: Masa iv nanti, boleh je nak refer google tp jgn baca text sebijik2. Olah ayat sendiri. Panel boleh tgok facial expression kita.
3. Apakah sebenarnya persediaan calon yg memenuhi expectation penemuduga?
- Calon yg boleh menjawab
- Confident level yg setara
- Pakaian, air muka, body language yg sedap mata memandang
- Daya berfikir & komunikasi
- Menguasai bidang opsyen
- Cakna isu2 semasa, pengetahuan am
4. Bagaimana status kalau calon apply lebih 1 opsyen?
- Akan dipilih dgn melihat kesesuaian bidang, kekosongan permohon opsyen
5. What if calon gagal iv? Ada peluang lagi tak next time?
- Masih lagi boleh apply cuma intake nanti bukanlah pengambilan one-off mcm skrg. - Depends on keperluan & kekosongan opsyen setiap tahun.
6. Adakah graduan ISMP diberi keutamaan?
- Ya, graduan ISMP yg ada ikhtisas dari UA & swasta diutamakan
- Kalau ISMP tak dapat ditampung, baru dibuka utk ISM
7. Adakah one-off ni dibuka utk penempatan di sekolah seperti kolej vokasional?
- Semuanya tertakluk kpd keperluan KPM (SK, SMK)
p/s: Mentally physically kena bersedia ditempatkan di mana2 je (kaum wanita esp).
8. Bilakah tarikh temuduga?
- Setakat ini, pihak SPP ada 1.5 juta dokumen yg perlu disemak
- Masih belum ada kata putus utk tarikh temuduga. Sedang dalam proses semakan. Akan dibuat secepat mungkin
9. Adakah calon yg lulus confirm dpt penempatan?
- SPP tak urus. KPM yg uruskan ttg penempatan. SPP cuma melantik. Jadi apa2 soalan berkaitan penempatan, kena tanya KPM.
- Posting mmg akan lambat so jgn expect dapat surat lantikan cepat.
10. Apakah penggunaan bahasa ketika sesi temuduga? Perlu speaking ke?
- Temuduga dalam BM. Wakil jabatan shj akan tanya ikut opsyen (eg: opsyen arab- speak arab)
11. Nasihat SPP kpd calon utk spesifikasi peranti ketika iv?
- Laptop / phone /tab etc
- Line internet yg kuat
- Camera wajib sentiasa on
- Try & error guna apps webex sebelum ditemuduga
12. Calon boleh tak share screen ketika temuduga?
- Bergantung kpd panel. Minta izin panel dahulu. Jika panel kata boleh, present apa yg ditanya shj. Kalau boleh 1 slide shj. Short & concise.
13. Sekiranya calon diberi tarikh iv, tp tidak hadir. How?
- Tidak disenaraihitam. Cuma catatan Tidak Hadir.
p/s: Sila lah commit. Peluang cuma datang sekali
14. Boleh ke tukar tarikh iv?
- Boleh. Cuma jagan inform SPP last minute.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua 🌷
Tiada ulasan:
Catat Ulasan