Jumaat, 20 Ogos 2021

Vaksin

 ADA APA DENGAN VAKSIN YANG MENGANDUNGI mRNA SINTETIK?

Terjemahan Bayan Mufti Ebrahim Smith

Darul Iftaa Western Cape  

Allah SWT telah mengurniakan sistem immuniti tubuh, sistem pertahanan yang telah di program sebaik-baiknya.

Dia telah menciptakan suatu ALAM SEMESTA tersendiri di dalam badan manusia!

Kita selalu takjub melihat keindahan & manfaat dari mahkluk hebat yang diciptakan eg. gunung-ganang, lautan, bintang dan planet di dalam alam semesta tetapi kita jarang berfikir sejenak untuk mengkagumi dan menghayati keajaiban KECIL seperti sistem immuniti tubuh, mekanisme pertahanan yang dikurniakan & terprogram secara percuma, yang diaktifkan sebaik sahaja anda dilahirkan, semasa anda meletakkan bibir anda di payudara ibu dan menyedut susu ibu anda yang mempunyai kolostrum!

Bayangkan! Allah SWT tahu apa yang sangat diperlukan oleh manusia yang diciptakannya bersendirian.

Allah SWT telah memprogram setiap manusia untuk melawan sebarang jenis virus, sebarang bakteria, sebarang fungi, sebarang parasit, yakni apa-apa benda asing yang ingin memasuki tubuh manusia.

Allah telah mencipta sistem imun ini untuk mengenal pasti setiap pathogen. Bukan satu khususnya, bukan dua khususnya, bukan sepuluh juta (tetapi) ratusan juta!

Kita dikelilingi oleh begitu banyak pathogen, namun ketika kita makan, minum, tidur, ketawa – tubuh kita terus berjuang dan menyerang mereka yang ingin menakluk tubuh kita tanpa kita memintanya, tanpa kita sedar!

Oleh itu saudara - saudaraku sistem immuniti kita ini yang diberi percuma, bahawa ia dapat mengenali setiap virus yang berkeliaran di luar sana dan itulah sebabnya anda telah mencapai usia yang anda jangkau sekarang.

Apa waksen mRNA dan mengapa ada pihak memaksanya ke atas orang lain?

Anda mesti ingat bahawa Allah telah mengurniakan anda dengan sistem imun semulajadi. Sistem kekebalan inilah yang ingin dihancurkan oleh team para kuffar, atheis dan saintis zalim hari ini kerana sistem itu adalah sempadan terakhir yang dimiliki seorang hamba Allah.

Jika mereka membuangnya atau memperbaikinya – seperti yang dituntut mereka – hakikatnya mereka mahu memberitahu manusia bahawa ciptaan Allah ini tidak lengkap atau banyak kecacatan.

Mereka ingin menanam dalam minda manusia bahawa mereka sahaja yang mampu memperbaiki sistem yang sedia sempurna ini.

Syaitan telah berikrar akan menyesatkan manusia sesesat-sesatnya!

Mereka (syaitan) akan mendorong hati-hati yang rosak sedemikian rupa (akibat fahaman atheism, agnosthic, kuffar) sehingga ciptaan Allah SWT secara fizikal diubah-ubah sesuka hati.

Bukan hanya secara fizikal, tetapi yang lebih utama adalah mencacatkan dalaman manusia. Inilah benteng terakhir iman. Pemikiran, keyakinan yang tidak kelihatan – pun sedaya upaya mahu diubah sedaya-upaya secara Sains.

Pada hari ini itulah yang disebut dengan satu kod yakni mRNA! –

mRNA ciptaan ini dihasilkan secara sintetik untuk mengubah bentuk dalaman anda yang sudah terprogram dengan penuh Rahmat dan Rahim-Nya. mRNA ini disuntik lalu mendarah daging dalam badan yang sedia sempurna.

Orang-orang akan menjadi gila, lupa dari mana semua ini bermula dan anda yang masih memiliki sistem immuniti asal bakal mempelajari sesuatu dari semua saudara-saudara yang teraniaya itu.

Pertama dan terpenting bahawa apabila anda mengambil waksen mRNA, ia membunuh sistem imun semula jadi kurniaan Allah SWT yang telah diprogram untuk mengenali setiap virus di luar sana.

Badan hanya akan mengenali vaires secara khusus.

Apabila selesema biasa atau virus selainnya masuk ke dalam badan anda, ia tidak akan diserang kerana sistem imun semula jadi anda telah dibunuh oleh waksen buatan.

Oleh itu, anda akan berjalan separuh mati atau separuh hidup. Fizikalnya, mentalnya. Sedikit-sedikit. Bertahap atau sesegera mungkin!

Apa-apa perkara kecil yang memasukii badan anda boleh membunuh anda!


 Bed & Breakfast bagi Syaitan & Jin

Bagaimana menurut anda apabila beribu-ribu orang yang meninggal setelah divaksin tetapi pihak ‘mereka’ ini sangat yakin & memberitahu dunia bahawa itu tidak ada hubungkait dengan vaksin.

Bagaimana mereka mengharapkan kami untuk mempercayai kebohongan itu?!

Lagi sukar untuk percaya bahawa ada saudara-saudara se-Islam kita yang mempercayai sekumpulan saintis serta atheist yang diketahui bahawa mereka ini juga sebagai pakar penipu di seluruh dunia (fraud).

Hakikatnya mereka ini, saudara-saudara se-Islam kita ini sebenarnya telah diperangkap oleh pihak berkuasa mereka sendiri. Dan ini adalah salah satu tanda-tanda Hari Kiamat.

Mengapa ini semua berlaku? Dengarlah ucapan Rasulullah SAW dalam sepotong hadis indah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. dan baginda mengatakan ”

“Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan الرُّوَيْبِضَةُ – Ruwaibidhah turut bicara.” Lalu beliau ditanya, “Apakah الرُّوَيْبِضَةُ al-ruwaibidhah itu?” Beliau menjawab,“Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum” (HR Ibnu Majah).

Kami percaya ucapan Rasulullah SAW berbanding dengan orang lain. Baginda mengatakan, “Pada waktu itu orang yang memperkatakan kebenaran akan disebut sebagai pembohong dan orang yang selalu berbohong akan dijulang sebagai orang yang benar.

Mereka yang bercakap benar akan dicap sebagai pembohong, ahli teori konspirasi, orang yang menakut-nakutkan dan sebagainya. Semua istilah ini telah dicipta oleh para zionis, oleh para ateis dan oleh para ahli akademik penipu yang profession mereka itu saintis.

Orang-orang Muslim pada hari ini, mereka mempercayai para saintis dan doktor lebih daripada kalam Rasulullah SAW sendiri.

Begitulah buruknya keadaan di luar sana, (jika) anda memberitahu si fulan bahawa Nabi SAW (bersabda) “Makanlah kurma ‘ajwa, bacalah doa ini,” Dia akan memandang kamu dengan acuh tak acuh,

Sekiranya anda memberitahunya “Doktor mengatakan anda mesti mengambil ini”

Dijawab – “Ya, baik – bolehkah saya mengambilnya dengan banyak?”

Begitulah caranya, seorang pembohong akan diistilahkan sebagai seorang yang benar dan orang yang jujur ​​akan dipandang rendah dan dianggap pendusta

Para saintis serta mereka yang ada autoriti yang telah MENCIPTA segala huru-hara & masalah di seluruh dunia kini, mereka dihormati dan tetap masih percayai .

Allah SWT berfirman “Madu itu baik untuk kesihatan jasad seseorang” – berapa orang yang mempercayainya?

Nabi SAW bersabda “Makanlah habatussawda” Berapa ramai yang mempercayainya dengan yakin?

Doktor mempreskripsi anda sebuah beg yang penuh dengan ubatan & anda percaya anda akan sembuh dengan ajaib!

Inilah masalah aqidah umat manusia yang selama ini telah berjalan selama bertahun-tahun.

Nabi menyambung : para orang bodoh di kalangan masyarakat ini ini turut berbicara.” Lalu baginda ditanya, “Siapakah orang-orang bodoh (الرُّوَيْبِضَةُ) itu?” Baginda menjawab,“Orang-orang paling bodoh, paling sesat dan khianat yang berbiacara kepada orang awam & mengurusi urusan perkara umum”

Yakni mereka adalah para atheist, para saintis yang mempunyai autoriti kepada orang-orang kebanyakan lalu orang awam mempercayai mereka.

Jika anda menyentuh apa-apa tentang vaksin pada hari ini mereka segera menapis anda. Mereka akan memboikot anda, mereka mengambil alih akaun anda, menutup akaun anda.

Sains perubatan telah menjadi Illah (Tuhan) yang mempunyai kuasa tersendiri hari ini.

Orang menganggap Sains sebagai Tuhan kerana terlalu takutkan kematian!

Kita semua akan mati.

Tetapi kematian yang bagaimana yang kita mahukan?

Mati dalam iman adalah yang mesti anda bimbangkan.

Ingat! Syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan manusia.

Hukumnya adalah haram mengubah fizikal luaran manusia, maka sama sekali haram untuk mengubah mekanisme dalaman tubuh manusia juga!

Sistem immuniti yang telah dikurniakan oleh Allah SWT untuk kepentingan manusia dengan percuma, orang-orang itu mahu mengubahnya? Mengapa?

Kerana mereka menjana berbilion-bilion dolar.

Anda mesti mengambil suntikan booster itu setiap tahun, saudara-saudaraku!

Dos pertama.

Dos kedua adalah penyuntikan racun tertentu yang menggunakan bahan janin yang digugurkan, yang diawet dengan alkohol, juga termasuk ginjal monyet, serta bermacam jenis ramuan, losyen dan bahan toksik.

Jika sudah masuk ke dalam badan manusia, sukar untuk dipulihkan atau untuk mengeluarkannya dari sistem itu.

Jika anda sedang merancang untuk mempunyai anak, bahan-bahan terebut akan diturunkan kepada keturunan anda.

Anda tahu apa yang berlaku apabila menyuntik sesuatu yang haram?

Sebenarnya anda telah membuka pintu bagi para syaitan dan jin, kerana anda telah menjemput masuk makanan yang disukai oleh para syaitan ini. Oleh itu, badan anda sudah menjadi domain, tempat menginap & istirahat, sebagai ‘bed & breadfast’ 100% bagi mereka.

Para barang haram, sampah dan kotor di sisi syarak ini menjadi makanan lazat bagi mereka!


 Penglibatan Jin Dalam ICU Pesakit Covid?

Kira-kira 2,3 minggu yang lalu beberapa orang profesional dalam bidang perubatan datang bertemu saya.

Salah seorangnya adalah berpangkat Professor. Seorang Muslim berfahaman Sunnah, memakai kurta, janggutnya lebih kurang macam saya.

“Mufti, saya datang untuk memberitahu satu maklumat. Beritahu orang ramai, jangan ambil vaksin! Ia akan membunuh mereka dengan perlahan, sangat perlahan”

Saya tidak akan memberitahu namanya (Professor itu) & dari mana tetapi beliau bekerja di dalam unit trauma di salah satu hospital terkemuka di Afrika Selatan.

Beliau menyambung, “Dua tahun, tiga tahun lagi anda akan melihat bagaimana orang-orang yang telah divaksin ini akan mati – kerana vaksin mRNA ini telah merosakkan sistem immuniti asli yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepada mereka. Ia amat tidak selamat sehingga kami sendiri tidak sekali-sekali akan mengambilnya,”

Di waktu lain saya bertemu lagi dengannya. Beliau sedang bersama seorang alim berumur 70 tahun.

“Saya bekerja dalam unit trauma, saya harus memberitahu anda sesuatu yang sangat penting

Saya bertanya “Apa yang berlaku di hospital, Professor?

Beliau menyambung “Kebanyakan pesakit yang meninggal akibat Covid 19, waktu kematian yang sebenar berlaku selepas jam 12am, yang bermaksud dari pukul 12 malam hingga waktu fajar, ketika itulah kami terpaksa melakukan begitu banyak resusitasi (CPR)”

Semasa ini pesakit kebanyakkannya merasa seperti dicekik. Professor memberitahu, ketika jangkamasa inilah jin paling aktif.

Saya berkata, “Ulang sekali lagi Prof?”

Dia mengatakan “Ya, mereka yang meninggal akibat Covid, seolah-olah para Jin yang menyerang mereka, seolah-olah mereka ini dicekik”

!Sekarang baru saya teringat, kenalan dan mereka-mereka yang telah meninggal kerana Covid19, peneumonia, beberapa antara mereka yang meninggal pada bahagian waktu malam tersebut dan saya agak terkejut!

Apa yang ada dalam badan pesakit (Virus Covid, vaksin) menjadi magnet bagi Jin, maka para Jin mengambil kesempatan dengan mencekik dan membunuh mereka yang tidak bersalah.

Ingatlah! Seorang doktor & Professor bahagian trauma yang memberitahu saya secara peribadi di dalam rumah Allah SWT. Mustahil beliau berbohong.

Saya membuat kesimpulan bahawa Covid ini – 40% dapat dikaitkan dengan penyakit fizikal, dan 60% mempunyai kekuatan luaran iaitu dari Jin dan Syaitan.

Orang-orang yang disuntik dengan zat-zat haram ini, maka jin dan syaitan akan berpesta – mereka akan membunuh orang secara rawak. Selain itu mereka akan mencetuskan fikiran yang kacau bilau.

Psikosis adalah salah satu kesan sampingan. Psikosis adalah istilah perubatan untuk kegilaan, semua sedang menjurus berwatak ke arah itu.

Diceritakan telah ada peningkatan kes penyakit mental kepada mereka yang pernah menderita Covid 19 serta penerima vaksin.

Oleh itu, pakar psikiatri di hospital mental akan menghasilkan banyak bilion wang di seluruh dunia kerana jumlah pesakit mental akan meningkat.

Kita mesti melawan Syaitan, kita wajib melawan para saintis atheis tersebut, kita harus melawan para jutawan yang membiayai vaksin ini!

Dan apa tujuan mereka dengan semua ini? Ini adalah depopulasi. Ini adalah kaedah undang-undang yang sah & termudah untuk membunuh manusia, untuk mengurangkan bilangan manusia di dunia ini. Inilah objektif mereka.

Mereka tidak boleh menggunakan cara lain kerana cara lain tidak sah.

Sebab itu mereka ada kekebalan. Mereka tidak boleh didakwa di mahkamah, atas undang-undang yang mereka sudah rangka dengan telilti. Anda akan kalah di mahkamah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan