Jumaat, 27 Ogos 2021

Beksin

 Kawan...


Saya tahu, ada yang ambil vak-sin kerana ikhtiar


Ada yang ambil kerana tuntutan pekerjaan


Ada yang ambil atas tujuan ingin berdakwah


Ada yang ambil kerana ingin menunaikan haji dan umrah...


Saya faham, dan saya raikan semuanya...❤


Tapi perlu juga diingat,


Ada juga yang menolak vak-sin kerana mempunyai ikhtiar yang lain


Ada yang menolak kerana ragu-ragu dengan kandungan vak-sin itu sendiri


Ada yang menolak kerana risaukan kesan jangka masa panjang


Ada yang menolak kerana salah seorang ahli keluarganya adalah antara yang terkena kesan AEFI itu sendiri


Kita semua ada sebab masing-masing

Kita semua ada pandangan masing-masing

Kita ada hujah sendiri


Jadi, kenapa perlu memaksa?


Kenapa perlu memerli?


Kenapa perlu berlaku kejam pada orang yang tak sependapat dengan kita?


Adakah kita sebenarnya mempunyai masalah hati?


Yang divak-sin boleh menjangkiti, yang tak vak-sin pun boleh menjangkiti. 


Yang dah vak-sin boleh mati, yang tak vak-sin pun akan mati.


Kita terpengaruh dengan golongan tertentu yang menyebar kebencian, adakah kita lupa negeri yang kekal abadi?


Sedih apabila masing-masing saling mendoakan perkara yang buruk kepada Muslim yang lain.


Doakan supaya mereka dipecat, doakan supaya mereka dijangkiti kovid, doakan mereka terus mereput di rumah...


Anda lupa agaknya, doa itu akan kembali kepada diri anda sendiri🙂

Tiada ulasan:

Catat Ulasan